CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6332|Reply: 51

Datang Kerumah Minta Derma Untuk Surau.

[Copy link]
Post time 27-4-2008 01:56 PM | Show all posts |Read mode
apa pendapat anda  tentang AJK2 Surau

datang kerumah bagi menguntip derma untuk surau

derma  ditetapkan dibayar minimum RM10 setiap bulan.

1 Adakah ianya proper

2 Bolehkah ia dilakukan mengikut undang2.

3 Bleh ke dia orang datang kerumah minta sumbangan tetap.

4 adakah anda akan merasa selesa dengan kedatangan mereka


   1 jika anda ada tetamu
   2 anda tiada dirumah cuma isteri anda saorang je
   3 atau anak dara anda bersendirian.
   4 atau anda sedang bersolat
   5 atau anda sedang berehat
   6 Sedang makan dengan keluarga.
   7 adakah anda akan merasa selesa bila mereka
      berinterasi dan bertanya bermacam2 soalan
      dgn ahli2 keluarga anda.
   8 kekadang anda sedang tidur terpaksa bangun dangan muka tak terurus
      terutamnya bagi isteri dan anak2 perempuan.
   9 atau sedang melakukan sesuatu seperti tengah talipun dll.


biasanya org kita akan komen RM10 pun nak berkira ke

jangan kedekut kerana pahalanya besar dan #$$%%^^&^&&

Apa kah Padangan Islam dalam perkara ini.

so berikan pendapat dan komen anda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 02:19 PM | Show all posts
tak pernah pulak dengar derma tetap surau 10 sebulan.  rock sangat ke kariah surau tu sampai kena paksa derma.  takkan tak pernah mai surau hulur-hulur ke dlm tabung?

yang biasa dtg minta derma surau ni dari kedah dengan siam ajer.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 02:24 PM | Show all posts
kalau mintak derma utk surau
selalu abah main bagi je n ikhlas
tp xde lak minimum brapa kene derma

nape kita x wat mkn ke atau solat ramai2 kat surau ke atau masa mesyuarat ke
sorg derma le duit .. hari2 ke, seminggu sekali ke ..
rasanyer bab2 derma utk surau / masjid .. x ramai yg nak derma
tp kalau undi af ramai kot ..

tp kalau dtg umah, abah just bg n xde la org yg mintak derma tu ada tanya soklan2
takat ajak dtg surau ada ler .. terutama yg tabligh ....
tp area kwsan fly ... xde yg mintak derma utk surau depan
maybe diorg ada tabung sendiri kot ..

kat surau tu tmpt budak2 latih kompang n main ping pong ..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 03:27 PM | Show all posts
surau kat sini pun tak pernah wat cam tu. yang bayar tetap tu duit persatuan penduduk je. tu pun tak pernah kutip kat umah bila jumpa je beri pas tu
resit diorang selitkan dlm peti surat
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 03:27 PM | Show all posts
nak sedekah ..kene tetapkan nilai ke....takut jadi tak iklas lak
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 04:29 PM | Show all posts
sedekah is ok..

tapi bile tetapkan nilai... macam ader sikit problem kat situ..

pendapat saya.. derma jelah.. walaupun mereka tetapkan nilai, kita derma sahajalah... kite selesaikan bahagian kita, bahagian dorang, dorang nak tetapkanlah, itulah, inilah, itu dah hal dorang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2008 06:22 PM | Show all posts
haku rasa pihak AJK surau tak patut tetapkan jumlah derma minima RM10 sebulan.........haku agak ini membebankan ahli kariah surau tuh.....ttp jika ada sesuatu program yg akan dijalankan dan memerlukan lebih perbelanjaan, maka boleh ler pungut derma .....itu pon jumlahnya sekadar keikhlasan hati.........
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 08:41 PM | Show all posts
rasanya bila orang minta tu
dia perlukan bantuan le kot
jadi bagi je la
tak yah banyak citer
kot nak bagi
kalau tak nak bagi cakap jer
tak nak bagi
biar berterus terang
mudah citer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2008 12:42 PM | Show all posts

Reply #8 ianho's post

diharap Ianho dapat memahami soalan2 di atas

saya ulangi :


1 Adakah ianya proper

2 Bolehkah ia dilakukan mengikut undang2.

3 Boleh ke dia orang datang kerumah minta sumbangan tetap.

4 adakah anda akan merasa selesa dengan kedatangan mereka


tk
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 06:49 PM | Show all posts
kebanyakan datang menipu, kutip duit untuk diri sendiri atas nama surau atas nama anak yatim, tu yang rajin sangat pegi rumah ke rumah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2008 07:15 PM | Show all posts
Originally posted by bizsari at 28-4-2008 12:42 PM
diharap Ianho dapat memahami soalan2 di atas

saya ulangi :


1 Adakah ianya proper

2 Bolehkah ia dilakukan mengikut undang2.

3 Boleh ke dia orang datang kerumah minta sumbangan tetap.

4 adakah anda akan merasa selesa dengan kedatangan mereka


jawapan:-
1. tak proper.....patut ikut ikhlas....
2. tak tau la...tak blaja law...
3. cam takleh jerk.....sukati la nak bagi ker idak....
4. tak...

masyarakat setempat patut bersuara la....jgn main ikut jerk.....
susah2 suh derang tu bentangkan ac masjid....brp byk
dikutip....brp byk belanja....ader resit ke tidak.....yg ni kalu
ader unsur menipu baru bley buat report kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 27-4-2008 02:19 PM
yang biasa dtg minta derma surau ni dari kedah dengan siam ajer.


Yang ramai mai kedah ni minta derma pulak kata mereka datang dari Perak. Pernah ada sorang tu sampai ngaku dari Kuala Kangsar bandar diraja.....ishk sultan perak tak nampak surau2 daif mereka noo.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by bizsari at 28-4-2008 12:42 PM
diharap Ianho dapat memahami soalan2 di atas

saya ulangi :


1 Adakah ianya proper

2 Bolehkah ia dilakukan mengikut undang2.

3 Boleh ke dia orang datang kerumah minta sumbangan tetap. ...


1. Ya.. ia adalah proper jika ia di buat atas persetujuan ahli2 kariah tempat tersebut yang dilakukan dalam mesyuarat2 yang diadakan. Alahai...kalau ahli2 kariahnya boleh duduk rumah banglo2 takkan RM10 sebulan nak tampung bil letrik,air dsbnya untuk surau takleh nak keluarkan. Sewa astro sebulan pun boleh sampai langgan movie pakej takkan tu tak boleh.

2. Undang2 adalah peraturan dan peraturan adalah manusia yang buat...so no problem. Indah water pun boleh tetapkan berapa bayaran ikut suka hati mereka naper tak nak bising?

3. Kalau tak mau collection di kutip di rumah maka rajin2 lah pergi ke surau tersebut dan bagi sendiri sumbangan tu. Dapat pahala gak semayang berjemaah dan bercampur gaul dengan jiran2 yang ada.

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 02:27 PM | Show all posts
1 Adakah ianya proper?


Tak benar ada infaq semacam ini, dan nabipun tak pernah mencontohkan. Jika sesuatu yang tak pernah di contohkan nabi dilakukan, maka pasti ada kerugiannya. Contoh lah, kan tak selalu orang-orang situ punya uang, mungkin RM10 bagi sebagian orang terasa ringan, tapi mungkin bagi sebagian orang yang miskin 10 RM tuu amat berarti, bisa beli keropok tuk makan anaknya. Jadi tak bisa disamakan seperti itu. Dan setiap amal tu harus memenuhi 2 syarat agar di terima Allah -azza wa jalla-, yaitu ikhlas dan sesuai contoh dari Nabi. Jika seperti ini, apakah bisa ikhlas? Mungkin sedikit ada yang ikhlas, tapi belum tentu semuanya bisa ikhlas yang ada justru keterpaksaan. Dan Islam bukan bersifat mengobati penyakit yang sudah terjadi, tapi infact mencegahnya. Maka Islam menutup pintu ke arah ketidak ikhlasan tersebut. Dan kadang orang yang terpaksa akan bersumpah serapah di belakang kite. Di depan mungkin dia terseyum, tapi di belakang mungkin dia berkata "makan dah tuu wang!!!" . Dan juga orang yang mampu lebih dari 10RM pun karena sudah ditentukan dia enggan untuk menambahnya. Yang mungkin at first dia mau berinfaq 100RM, karena sudah ditentukan maka dia hanya memberi 10 RM saja. Ini mungkin saja rite Menentukan harga infaq ini banyak mudharotnya. Allahu a'lam

Yang ahsan, di dakwahi orang sekeliling masjid tentang keutamaan berinfaq untuk masjid. Di jelaskan pahala dan ancaman orang yang bakhil menahan hartanya. Setelah itu biarkan semampu dia untuk berinfaq. Yang miskin akan berinfaq semampu mereka hatta 3 RM, dan yang kaya akan berinfaq dengan semangat mungkin sampai beribu-ribu RM, who knows...hidayah itu hanyalah milik Allah.


2 Bolehkah ia dilakukan mengikut undang2.


Mungkin boleh-boleh saja asal peminta derma tidak melakukan yang melanggar hukum. Tapi jika derma dengan ancaman, tuu lain pasal

3 Boleh ke dia orang datang kerumah minta sumbangan tetap.


Dah ana jelaskan di atas

4 adakah anda akan merasa selesa dengan kedatangan mereka


Tentu merasa terganggu. Dah wangnyer di tentukan, belum lagi jika yang dirumah hanya istri seorang. Etc.


[ Last edited by  ikhwanindo at 29-4-2008 02:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 02:50 PM | Show all posts
Originally posted by bizsari at 28-4-2008 12:42
diharap Ianho dapat memahami soalan2 di atas

saya ulangi :


1 Adakah ianya proper

2 Bolehkah ia dilakukan mengikut undang2.

3 Boleh ke dia orang datang kerumah minta sumbangan tetap. ...


Assalamualaikum bizsari,

Teman ghaser forumis di sini memahami isi soklan yg miker kemukakan itu.
Dan mereka sudah pung memberi jawaban nya.
Walaupun tidak seperti yg miker MAHUkan.

Miker adalah oghang yg mahu segala gala nya HITAM PUTIH.
Tetapi di dalam AGAMA.......segala gala nya adalah IKHLAS n IMAN
Dan soklan yg di ajukan miker................mencerminkan sifat miker sebenarnya.

Bayangkan...............kita bley makan KFC sampai RM30.
Kita bley main bowling...............RM10 setiap hari.
Tetapi kita sanggup bertanya, adakah UNDANG2 yg membolihkan mereka meminta derma?
Kita ghaser terganggu mereka meminta derma semasa kita ada tetamu, semasa kita sedang  menontong tv bla bla bla.......

SEPATUT nya, mereka yakni AJK Surau tak perlu datang meminta derma IN THE FIRST PLACE.
Oghang Islam di sekeliling nya lah yg sepatut nya menderma or menghulurkan bantuan tanpa di minta!!!

Ia terjadi sebegini pabila terdapat masyarakat Islam yg tidak prihatin.
Dan berapa kerat yg datang solat fardhu walaupun pada hari kelepasan am???

Wang tersebut akan di gunakan utk baik pulih or menaikkan taraf surau.
Ia juga bley di gunakan utk membayar bil letrik, air.........
Ini belum lagi di sebut pasal jamuan makan Israk Mikraj, Nisfu Syaaban etc....

Belanja utk membesarkan tahi.................manusia sanggup keluarkan $$$ yg besar. (hi-tea, buka poser kat hotel)
Tapi utk Allah.............terlalu kikir.
Padahal rezeki yg mereka dapat itu adalah dari Allah swt.

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 07:10 PM | Show all posts

Reply #9 bizsari's post

mudah citer
tak perlukan huraian
kalau tak nak bagi cakap jer
tak nak bagi
biar berterus terang
mudah citer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2008 09:22 PM | Show all posts
ramai yg macam menuduh.......

bahawa apalah RM10.

betul dan tepat sekali.

Dengan itu aku ingin maklumkan pd kamu semua yg budiman

bahawa hulurkan sahaja RM 10 tampa diminta

kepada  yg terdekat dgn kawasan anda seperti :

1 Masjid

2 Madrasah

3 Pondok2 agama

4 Fakir2 miskin

5 Sekolah ugama

6 Rumah anak2 yatim

7 Pemimta sedekah.

jika mereka datang kerumah anda dan meminta kemungkinan anda

tidak pernah menjegok atau melawati tempat2 yg tersebut di atas.

jadi sebelum mereka datang kerumah anda meminta

hulurkan sahajalah jangan tunggu2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 08:46 AM | Show all posts
bersyukurlah ada ajk surau yang bersemangat nak membantu surau sehingga sanggup memalukan diri datang minta yuran kat rumah penghuni.

Gunakan peluang hidayah yang Allah berikan ini untuk muhasabah diri kita, sejauh mana sumbangan kita dari segi material dan spiritual kepada rumah Allah di kawasan kita itu agar next time depa tak payah mai rumah kita lagi meminta-minta.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 11:36 AM | Show all posts
Originally posted by niceghost2005 at 29-4-2008 02:50 PM


Assalamualaikum bizsari,

Teman ghaser forumis di sini memahami isi soklan yg miker kemukakan itu.
Dan mereka sudah pung memberi jawaban nya.
Walaupun tidak seperti yg miker MAHUkan.

...


setuju ngan statement u
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 12:47 PM | Show all posts

Reply #1 bizsari's post

Hmm

Tak dapat disangkal yang derma ikhlas sangatlah baik TAPI

Derma rm10 kepada sebuah surau sahaja. Yakni kalau ada lebih kurang 100 buah rumah kat situ 10x100 = rm 1000 sebulan untuk sebuah surau tuuuu je. Kalau setahun rm12 000.00. Dua belas ribu untuk sebuah surau tu SAHAJA.

Muskil
Tak ke lebih elok kalau duit kita yang ada dapat kita sendiri agih2kan untuk menderma. Anak2 yatim ke,rumah orang tua2 ke. kat dunia sekarang ni manusia yang kebuluran dah sampai tahap kritikal.

So saya rasa Tak Proper..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.059425 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list