Bolehkah?
bolehkah Allah mencipta sebuah batu yang begitu berat sehingga Dia sendiri tidak mampu mengangkatnya?
sori kalau soklan ni sensitif tapi camne nak jawab kalau orang agama lain tanya?
Dah dengar soklan macam ni, yang bertanya tu asalnya dari Atheis agaknya, ataupun dia terlalu sangat fikirkan dan cuba guna akal yang pendek untuk faham Zat Allah
Mari kita teliti jawapan yang mungkin:
1. Allah Maha Hebat, tentulah Dia boleh mencipta batu yang sangat berat
2. Allah Maha Hebat, tentulah Dia boleh menggerakkan segala sesuatu tanpa mengangkat
3. Allah Maha Hebat, Dia yang menciptakan berat dan jisim, kesemua itu dalam Kekuasaan-Nya
4. Allah Maha Hebat, manusia tak mampu memikirkan Zat-Nya yang Maha Hebat
Soalan di atas tu melibatkan Zat Allah yang manusia tak akan faham sebab manusia nak bandingkan makhluk (yang lemah) dengan Zat Allah yang Maha Hebat dengan perbandingan 'angkat batu'. Kemudian falsafah manusia itu kata kalau Allah Hebat tentulah Allah boleh cipta batu sampai Dia sendiri tak mampu angkat, kalau Dia masih mampu angkat tentunya belum cukup hebat. Ini soalan muslihat logik yang SALAH tempatnya kerana Allah tidak dapat dibandingkan dengan cara bandingan macam tu (perbandingan makhluk, berat, dan kuat. Sifat Berat dan Kuat itu juga ciptaan Allah). Allah tidak bergantung kepada sifat2 kelemahan makhluk (perbandingan kekuatan untuk angkat sesuatu)
Al-Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4)
[ Last edited by mnm77 at 4-5-2008 03:18 PM ] |