CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5425|Reply: 31

tidak solat?

[Copy link]
Post time 6-5-2008 09:44 AM | Show all posts |Read mode
Assalamu'alaikum...

ader tak hukuman bunuh bagi mereka yang terang2 tidak bersolat? aku rase takde.. tapi ader orang2 yang belum lagi Islam memberi artikel tentang perkara itu kat sini..

http://forum4.cari.com.my/viewth ... age%3D1#pid22655161

setau aku takde kan hukuman bunuh bagi yang tak solat..?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 10:18 AM | Show all posts

Reply #1 gunblade712's post

dalam kitab kifayatul muhtadi ada diskus dengan detail macam mana nak laksanakan hukum bunuh kepada orang yang tidak bersolat. Ianya adalah tanggungjawab pemerintah Islam.

Secara ringkasnya, orang Islam yang tak sembahyang tu (berdasarkan aduan orang ramai atau syak pemerintah) kena kurung dan nasihatkan dia sembahyang dan observe 100% tengok dia sembahyang ke tidak dalam waktu dia dikurung tersebut. Kalau dia cakap dia tak tahu sembahyang, kena ajar dia sembahyang. Kalau dia masih enggan sembahyang walaupun disuruh, dinasihat dan dah diajar, baru boleh dijatuhkan hukuman bunuh.

Kalau semasa dikurung itu, tiba-tiba dia hilang buat beberapa ketika, kemudian muncul semula, dia tidak dikira tidak sembahyang, kena tunggu waktu yang seterusnya dan teruskan pemerhatian, ajaran dan nasihat.

Zaman sekarang susah nak implement kot cara macam ni. Setakat kita buat pengajaran utk diri sendiri dan cerita kat anak-anak kita la boleh la kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 10:23 AM | Show all posts

Reply #2 always_typo's post

ohh??

siapa eh pengarang kitab tuh? adakah ianya daripada al-qur'an, hadith, ataupun daripada keputusan mesyuarat para ulama'?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:26 AM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 6-5-2008 09:18 AM
dalam kitab kifayatul muhtadi ada diskus dengan detail macam mana nak laksanakan hukum bunuh kepada orang yang tidak bersolat. Ianya adalah tanggungjawab pemerintah Islam.

Secara ringkasnya,  ...

Tunjukkan   dalil yg  kuat   ....   utk  menghukum org yg tak solat ni  .....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 6-5-2008 09:23 AM
ohh??

siapa eh pengarang kitab tuh? adakah ianya daripada al-qur'an, hadith, ataupun daripada keputusan mesyuarat para ulama'?

Setau aku  ..   tadak pula Nabi menghukum org yg tak solat ni ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:28 AM | Show all posts

Reply #3 gunblade712's post

kitab itu adalah syarahan kepada  kitab original (yang saya dah lupa tajuknya) karangan ulamak tersohor nusantara Syeikh Daud Abdullah Al Fathoni. Syeikh Daud ni belajar di Mekah 20 tahun lebih, most probably praktis ni dibuat di Mekah zaman dahulu, dia bawak balik mai nusantara.

Zaman Nabi dan para sahabat, mungkin orang Islam belum pandai terang-terangan ponteng solat secara sengaja, so mungkin tak ada nas yang direct kot, so ini most probably adalah pendapat para ulamak mutaakhiran untuk mengekang masalah ponteng solat di kalangan umat Islam berdasarkan nas-nas indirect dari hadith dan al quran juga.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2008 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by gunblade712 at 6-5-2008 09:44 AM
Assalamu'alaikum...

ader tak hukuman bunuh bagi mereka yang terang2 tidak bersolat? aku rase takde.. tapi ader orang2 yang belum lagi Islam memberi artikel tentang perkara itu kat sini..

ht ...


Khilaf, berbeza pendapat ulamak.

Petikan dari buku "Pedoman Solat" oleh Prof. TM Hasby As-Siddieqy.

Kata Imam An-Nawaay.
"Orang yang meninggalkan solat dengan jalan mengingkari kewajibannya, dipandang telah menjadi kafir, keluar dari millah Islam - dengan ijma' segala ulama Islam, terkecuali kalau ia baharu memasuki Islam dan belum mengetahui hukum kewajiban solat itu.

Imam As-Syafi'e dan Imam Malik berpendapat bagi orang yang meningglkan solat dengan kemalasan serta masih beriktikad keajiban solat itu atas dirinya:
"Orang itu, tidak dikafirkan, hanya dipandang fasiq dan disuruh bertaubat, jika ia tidak mau bertaubt, niscaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

Bagi golongan ulamak salaf di antaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan:
"Orang itu, dikafirkan dan dibunuh selaku orang kafir"

Abu Hanifah dan A-Muzany menetapkan:
"Orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan di ta'zirkan sehingga kembali mengerjakan solat".

Ulamak-ulamak yang tidak mengkafirkan orang yang meninggalkan solat berpandukan hadis:
"Barangsiapa mengucapkan  "Lailahailallah", masuklah ia kedalam syurga". (H.R. Ahamd dari Abu Hurairah; N-Nahl 1:376 - As-Solah Ibnul Qayyim 39)

Ulamak yang mengkafirkan orang yang tidak mau solat berpandukan:
"Saya diperintah memerangi manusia (Musyrikin Arab) sehingga mereka mengucap lailahailallah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat.  Apabila mereka mengerjakan yang demikian, niscaya mereka pelihara darah-darah dan harta-harta mereka dipadaku" (H.R. Al-Bukhary dan Muslim dari Ibn Umar; Nailul-Auther 1:364)

Firman Allah surah At-Taubah 9:
"Maka jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, lepaskan perjalanan mereka".

Ulamak yang tidak menghukum bunuh orang yang meninggalkan solat berpandukan:

"Tidak halal darah seorang Muslim yang mengaku bahawa sesunggunya tak ada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya aku pesuruh Allah, melainkan dengan kerana salah satu dari tiga perkara; pertama, tsaib mengerjakan zina, kedua; membunuh orang dan ketiga menginggalkan Agama dan menentang jamaah" (H.R. Al-Bukhary dan Muslim, Muftahul- Khathabah 219).

Kata Prof TM Hasby:

Seseorang yagng meninggalkan solat pada suatu waktu dengan kerana kemalasan, atau mengerjakan kemaksiatan kerana kejahilan dengan merasa penyesalan dan kekecewaan hati serta ingin bertaubat, tiadalah iman orang itu berlawanan dengan iman mutlaq dan tiadalah halnya itu mengeluarkan dirinya dari millah walaupun berulang-ulang.

Seseorang yang terus-menerus meningglkan solat dengan tidak merasa keberatan apa-apa, tidak merasa penyesalan dan tidak merasa kekecewaan serta tidak merasa perlu bertaubat, maka orang itu dipandang dan dikum kafir, kerana meninggalkan solat yang semacam ini meniadakan iman.

"Kami tidak mengkafirkan seseorang muslim kerana ia mengerjakan sesuatu dosa"..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 10:40 AM | Show all posts

Reply #6 always_typo's post

Tindakan mencegah kalau tak dibuat akan membawa kepada masalah yang besar kepada umat. Once you loosen the standard, it is hard to go back.

Bagaimana dengan tindakan Saidina Abu Bakar ra yang memerangi golongan orang tak bayar zakat? Perang tu tak bunuh ke?  Zakat tu rukun Islam ke berapa? Saidina Abu Bakar pakai nas apa ya?

FYI, kalau ikut hukum, kalau orang Islam di sesuatu kawasan itu berkata solat berjemaah tidak fardhu (kifayah) dan buat keputusan tak perlu solat jemaah di kawasan tu, mereka juga wajib diperangi oleh pemerintah Islam.

[ Last edited by  always_typo at 6-5-2008 10:45 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 10:56 AM | Show all posts

nak tanya......saudara always typo

apabila sampai perkataan wajib dibunuh itu, maka darahnya halal, seperti halalnya qisas akibat membunuh dan rejam akibat zina ?

kalau begitu, apakah had2 yang perlu sehingga saya berhak membunuh ahli keluarga saya yang terdekat selepas mengetahui yang mereka tidak mahu sembahyahng....

adakah kewajiban membunuh ini utk setiap manusia.....harap dapat jawapan....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 11:12 AM | Show all posts

Reply #9 ussopp's post

Tuan usopp, saya assume anda bukan penguasa lantikan pemerintah Islam, jadi tiada sebab kenapa anda nak pi bunuh keluarga anda yang tak solat. Tanggungjawab ini adalah di atas pemerintah Islam, bukan atas orang awam yang tidak berkapasiti seperti kita ni.

Pemerintah Islam nak hukum kena ada perbicaraan, ada bukti, ada saksi, ada pembelaan  ie due process kena berlaku. Tanggungjawab pemerintah Islam untuk menyediakan prasarana untuk itu, atau berusaha dan berstrategi ke arah itu. Kalau prasarana tak ada, memang tak boleh buat sebab tak akan wujud keadilan. Kalau pemerintah Islam tu tak laksanakan, itu dia kena jawablah dengan Allah di padang mahsyar kelak.

Even hukum hudud utk membunuh dan berzina pun begitulah procedurenya, mana boleh pi bunuh macam tu saja.

Seperti yang saya katakan awal-awal lagi, kita di zaman sekarang, sekadar boleh ambil pengajaran dari hukuman2 sebegini utk menasihati diri sendiri dan keluarga tentangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 6-5-2008 10:40 AM
Bagaimana dengan tindakan Saidina Abu Bakar ra yang memerangi golonganorang tak bayar zakat? Perang tu tak bunuh ke?  Zakat tu rukun Islam keberapa? Saidina Abu Bakar pakai nas apa ya?
...


satu persoalan gak... sesuatu yg rasul saw tak lakukannya dan tdk ada nas pun di dlm quran... so..?
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 05:05 PM | Show all posts
Originally posted by always_typo at 6-5-2008 11:12 AM
Tuan usopp, saya assume anda bukan penguasa lantikan pemerintah Islam, jadi tiada sebab kenapa anda nak pi bunuh keluarga anda yang tak solat. Tanggungjawab ini adalah di atas pemerintah Islam, b ...


okey....terima kasih banyak2 kerana menjelaskan................
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 05:23 PM | Show all posts
member serumah haku xnak solat..

adakah haku perlu bunuh diorg.??.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 05:31 PM | Show all posts

Reply #13 cak!'s post

hmy3: ko nk bunuh diowg ke??
da nasihat kan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2008 05:52 PM | Show all posts

Reply #13 cak!'s post

dah dijawab pada post #10..

thanks always_typo..

so sebenarnye, terdapat beberapa pendapat para ulama tentang hal ni...

jadi.. kite pegang kepada mazhab shafi'e.. apa kata imam shafi'e?

atau ader tak mana2 kitab yang saya bole rujuk? yang bole di beli lah.. jangan kasi kitab yang tak dapat dicari
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 06:06 PM | Show all posts

Reply #15 gunblade712's post

topik ni ramai ustaz tak mahu ajar, buku-buku terbaru karangan mufti-mufti tersohor pun dah tak mahu sebut dah.  Kalau ada dalam kitab yang depa ajaq pun, selalu depa skip the pages.  Terutama dalam tulisan rumi, depa takut orang bukan Islam kata kita ni ganaih kot?

Cuma ustaz-ustaz pondok yang baca kitab tradisional jawi dari cover-to-cover yang ajaq dan terang satu persatu supaya difahami dan diambil iktibar.

Kitab Kifayatul Muhtadi tu agak popular di sekitar utara tanah air, selalu ada dijual di kedai-kedai buku agama, mungkin sebelah tengah dan selatan pun ada, cuba tanya skit inshaallah boleh berjumpa. Saya tak pernah berjumpa version rumi, semuanya jawi.  

Syeikh Daud tu memang bermazhab Shafie, jadi itulah pegangannya. Cuma kitabnya utk audiens 100-200 tahun lepas yang jarang bertanya pasal dalil kerana depa percaya kat dia, so tak adalah dimuatkan dalil-dalil yang detail di dalam tu, nanti kitab tu jadi tebal susah nak ditulis, dikarang dan diajar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-5-2008 06:15 PM | Show all posts

Reply #11 indah1285's post

Pasal Saidina Abu Bakar memerangi mereka yg tak bayar zakat tutak silap saya sebabnya mereka tu dah murtad. Dan bukan murtad saja, memurtadkan orang lain sama, dan juga masa tu timbul nabi palsu

Ada hadith bunyinya lebih kurang, Nabi nak suruh kanak2 kumpul kayu nak bakar rumah orang yang tidak menunaikan solat (tak silap saya Jemaah). Tu solat jemaah, macamana dengan tinggal solat terus?!

Dan itu perumpamaan pentingnya solat, bukannya perintah bakar rumah. Namun fuqaha' lebih arif menafsir setiap hadith dengan nas-nas dan hujjah tertentu.

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 11:22 PM | Show all posts

Reply #16 always_typo's post


Inilah kitab yang dinama akandia Kifayatul Muhtadi pada menerangkan Cahaya Salamul Mubtadi
karangan Muhammad Nur bin Muhammad Bin Ismail Al Fathoni ...
yaitu syarah bagi Salamul Mubtadi pada ilmu tauhid atas jalan
Salafussolih dan pada ilmu feqah atas mazhab Imam Shafie ... karangan
Al 'Alim ul 'Aamil AsSheikh Daud bin Abdullah Al Fathoni.


Mukasurat 39


* yang dlm kurungan adalah kitab asal syeikh daud dan yang lain ulasan pensyarah kitab

[(Dan wajib atas wali al Amir ya'ni orang yang memerintahkan pekerjaan muslimin)
iaitu imam atau naibnya (membunuh akan orang yang) muslim yang mukallaf lagi zahir
ia kerana had dengan dipotongkan batang lehernya dengan pedang apabila ia itu
(meninggalkan sembahyang) yang wajib atau tinggalkan satu syarat daripada syaratnya yang
ijma' ulamak atasnya atau satu rukun daripada segala rukunnya yang ijma' ulama atasnya
(sebab malas) ya'ni bermudah-mudahan akan yang demikian itu (jika tiada taubat ia) yakni
jika tiada ia sembahyang dan menyesal ia karana mentakkhirkan sembahyang itu
(maka wajib kita suruh akan dia dengan ditakutkan) dengan bahawa diberi janji akan dia...]

(Nota: kpd yang berminat, sila rujuk dari ustaz yang bertauliah untuk menerangkan isi kitab ini agar tidak menjadi
kekeliruan)
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 11:48 PM | Show all posts

Reply #18 always_typo's post

ialah fatwanya sama seperti fatwa Imam As-Syafie.. di tangkap disuruh bertaubat dan disuruh solat dalam satu jangkawaktu.. lepas itu kalu masih ingkar mestilah dijatuh hukum qisas (pancung sampai mati).
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 12:00 AM | Show all posts

salam

masalahnya depa guna qada' punya alasan tau kalau just missed waktu solat...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.062912 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list