CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1163|Reply: 19

Tarbiyah Darul Sunnah?

[Copy link]
Post time 14-5-2008 07:43 PM | Show all posts |Read mode



Semenjak dua menjak ni, kita disajikan dengan pelbagai kes yang menyayat hati. Terbaru, kes Hatib Leman, seorang buruh kasar diseret oleh 20 sekumpulan penduduk ketika menonton Televisyen bersama isteri dan anak-anak di rumahnya di Kuala Perlis. Kononnya, beliau dituduh mengintai anak dara jiran dan cuba mencabulnya. Lalu beliau dibelasah bertubi-tubi didepan mata isterinya. Isterinya yang masih dalam pantang juga dipukul ketika cuba mempertahankan suaminya itu. Hamba Allah yang malang itu akhirnya mati syahid.






Tragisnya, tindakan ganas yang dilakukan atas sangkaan semata-mata terbongkar apabila anak dara (yang diintai) tampil mengesahkan bahawa mereka tersilap orang. Manakala isteri mangsa memberitahu bahawa suaminya berada bersama beliau dan anak-anak sewaktu kejadian pengintaian itu. Jika benar sekalipun, seseorang yang mengintai @ cuba mencabul tidak sepatutnya dikenakan hukuman mati mandatori. Demikian, penjelasan yang boleh difahami secara umum menurut perspektif Al-Qur'an dan al-Sunnah.






Fenomena ini menyerlahkan kepada kita beberapa pengajaran :




1) Manusia yang bertindak sedemikian sudah tidak lagi berpedoman kepada al-Kitab Wa al-Sunnah. Sebaliknya menurut sangkaan hawa nafsu yang kejam. Situasi ini memperlihatkan kepada kita bahawa Darul Sunnah tak 'matching' dengan rakyatnya. Ni, baru kes pukul. Tak campur lagi kes dadah, penyeludupan beras, curi motor, rempit, gangster, peras ugut, rompakan DLL. Dalam konteks Semenanjung, Saya kira, Kelantan lebih mengaplikasi Sunnah berbanding Perlis.






2) Undang-undang sekular yang sedia ada sudah tidak diyakini lagi. Disebabkan itu, manusia suka mengambil undang-undang rimba sebagai jalan penyelesaian. Akhirnya, insan yang tidak bersalah menjadi mangsa. Allyarham Hatib sudah 'selamat' kembali. Tetapi bagaimana dengan nasib isterinya dan 5 orang anak yang masih kecil. Tentu zalim kan? Siapa yang zalim itu? Kerajaan @ rakyatnya? Atau kedua-duanya sekali.





3) Tindakan ini juga membuktikan kepada kita bahawa Kerajaan Darul Sunnah gagal mentarbiyah rakyatnya secara bersepadu dan menyeluruh. Sebab itulah, mereka mudah bertindak secara 'cowboy' dalam menyelesaikan sesuatu masalah.





Nasihat saya buat Mufti Perlis, islahkan dahulu hamba rakyatmu. Didiklah mereka dengan rukun Islam, Iman dan Ihsan. Bawakan mereka kepangkal jalan. Biarlah mereka hidup dengan benar-benar mengenal Tuhan Sekalian Alam. Tak payahlah Tuan Mufti 'menyibuk-nyibuk' dengan urusan persekutuan, masjid Cina, Faizal Tahir, Sunnah Wahhabiy, menyerang peribadi tertentu...renunglah pada bidang tugas Mufti. Mufti sepatutnya membimbing dan mentarbiyah masyarakat. Bukannya meragukan mereka dengan pelbagai permasalahan agama. Atau menjadi jaguh secara SS ( syok sendiri). Dimana tajdid yang dilaungkan? Fikirkanlah.

[ Last edited by  Muntz at 15-5-2008 03:35 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-5-2008 07:45 PM | Show all posts
mungkin inilah kesan daripada pak mupti tak keluarkan patwa haramkan cerita ganaz dan unsur2 dedah aurat...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 07:53 PM | Show all posts
inilah islam hadhari
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 08:03 PM | Show all posts
Kat tempat saya ada satu taman tuh kebanyakannya kaki tangkap khalwat atau curi adalah penyokong PAS, jika ditangkap itu kes curi, sebelum polis sampai mereka belasah dulu buat lauk...mana kala jika kes khalwat pula kena brainwash siap maki hamun malah ada lelaki yg kena menampar sulong..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2008 08:04 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 14-5-2008 07:53 PM
inilah islam hadhari

amar makruf nahi munkar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 08:04 PM | Show all posts
Originally posted by nik2121 at 14-5-2008 07:53 PM
inilah islam hadhari



-Bukannn!!! kalau kat negri Perlis mereka kata DARUL WAHABI..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2008 08:05 PM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 14-5-2008 08:04 PM

amar makruf nahi munkar...


-Itu Geng PE GE DAH
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 08:11 PM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 14-5-2008 07:43 PM
.) Undang-undang sekular yang sedia ada sudahtidak diyakini lagi. Disebabkan itu, manusia suka mengambilundang-undang rimba sebagai jalan penyelesaian. Akhirnya, insan yangtidak bersalah menjadi mangsa. Allyarham Hatib sudah 'selamat' kembali.Tetapi bagaimana dengan nasib isterinya dan 5 orang anak yang masihkecil. Tentu zalim kan? Siapa yang zalim itu? Kerajaan @ rakyatnya?Atau kedua-duanya sekali...


atau.. percayakah rakyat pada PDRM.. apa punca rakyat makin marah eh? atau sebab yg ternyata didorong oleh faktor politik??? atau.. dah dapat pukul..pukul aje lahh..bila lagii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2008 08:14 PM | Show all posts
Originally posted by NTvirus at 14-5-2008 08:03 PM
Kat tempat saya ada satu taman tuh kebanyakannya kaki tangkap khalwat atau curi adalah penyokong PAS, jika ditangkap itu kes curi, sebelum polis sampai mereka belasah dulu buat lauk...mana kala j ...

sama laa
tempat saya punn... yg tangkap org pro Pas.. yg kena tangkap pro keris..
hehheheheh..
tapi tangkap dg polis le... bukan ada kuasa pun nak tangkap sendiri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 08:38 PM | Show all posts
guna akal apa sampai benda nie boleh jadi isu wahabi ?

org2 yg belasah tu pun tah mana2.....

bahaya la camnie anak pejuang, kalo anda terus menuduh.....dan mengambil isu2 seperti ini utk dibuat rujukan....

inilah false generalization...........
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 10:19 PM | Show all posts
alahai, sebab tak suka Mufti Perlis apa isu pon diletakkan bawah dosa dia

dekat Kelantan tu pon aritu ada kes pukul sebab terlanggar org

Kelantan pon ada yg sampai buat seks ngan kambing, takkan nak salahkan MB Kelantan juga?

udah2 ler tunjukkan perasan benci sesama Islam ni, lebih baik banyakkan tarbiah org Islam supaya mengikut cara hidup Islam ataupon menentang puak2 yg memang tidak beriman dengan Allah dan Rasul tetapi berselindung atas nama Islam

ker ko ni tak tahu ada org2 mcm ni wujud di sini?
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 10:41 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 14-5-2008 22:19
alahai, sebab tak suka Mufti Perlis apa isu pon diletakkan bawah dosa dia

dekat Kelantan tu pon aritu ada kes pukul sebab terlanggar org

Kelantan pon ada yg sampai buat seks ngan kambin ...



Abu Syafiq baru update bloq dia..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2008 10:47 PM | Show all posts
[quote]Berhentilah Memusuhi Tanpa BuktiPosted on May 11, 2008 under Isu Semasa, Ibadat |
Apabila kita membaca al-Quran dan al-Sunnah, kita dapati Maha Adil adilnya Allah s.w.t. yang tiada suatu pun untuk dibandingkan. Adapun, dunia ini kelihatan tidak adil adalah hasil kerja buat manusia yang memusnah sistem yang indah dan cantik yang telah diletakkan oleh Allah untuk kehidupan.
Sama seperti mana manusia memusnah ekosistem alam ini, manusia juga dalam banyak hal memusnahkan sistem keadilan dalam kehidupan sesama manusia. Seperti rosaknya alam; sungai, ozon, laut, bukit-bukau dan pelbagai lagi sehingga dunia ini rosak lalu memberi mudarat kepada kehidupan manusia, demikian juga manusia memusnah keadilan, kedamaian hidup, simpati dan rahmat yang akhirnya memusnah ketenteraman hidup sesama manusia. Lalu manusia bertanya: 揇i manakah keadilan Tuhan?擺/i] Mereka lupa berkata: 揑nilah hasil kezaliman kita
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2008 12:14 AM | Show all posts
Originally posted by revolusi_30 at 14-5-2008 10:47 PM


sambungannya disini...

http://drmaza.com/?p=289


belalah dirimu wahai ASRI bin Muthalib... mananye dalil mu kata Tuhan duduk atas kerusi????
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 04:05 AM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 14-5-2008 10:19 PM
alahai, sebab tak suka Mufti Perlis apa isu pon diletakkan bawah dosa dia


tak terjangkau pikiran aku kenapalah geng al-boya benci sgt dgn mufti perelih sampai segala dosa di bwh langit ni dia letak atas kepala mufti.   
mungkin begitulah akibatnya bila otak dah kena bius dgn al-boya.   ubat bius jenis apalah agaknya al-boya pakai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 04:30 AM | Show all posts
Originally posted by tobby at 15-5-2008 04:05 AM


tak terjangkau pikiran aku kenapalah geng al-boya benci sgt dgn mufti perelih sampai segala dosa di bwh langit ni dia letak atas kepala mufti.   
mungkin begitulah akibatnya bila otak dah ke ...


geng2 nih kena sihir ngan pemilik blog jamban tuh kot. tuh yang depa cari sumer benda salah pastuh kata mufti yang salah.

eh. abu syafiq tuh dok negeri mana? aku assume negeri abu syafiq aman damai tadak jenayah langsung hari2 dilimpahi rahmat sebab dia paling Islam dalam dunia la nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2008 04:40 AM | Show all posts
Originally posted by aizverus at 15-5-2008 04:34 AM
sapa abu syafiq ni...misteri sungguh...



hang try tanya anak pejuang. dia nih anak murid abu syafiq yang setia kot (aku assume je la) depa dua nih la yang paling Islam dalam dunia kalo hang nak tau
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 04:48 AM | Show all posts
Originally posted by aizverus at 15-5-2008 04:34 AM
sapa abu syafiq ni...misteri sungguh...


ahli sihir kot??   


aku joke jer. jgn amik serius.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 04:50 AM | Show all posts
Originally posted by aizverus at 15-5-2008 04:46 AM
oh ye ker...

erm...kalu gitu boleh laa bukak pondok pengajian...jarang ada org tinggi ilmu zaman sekarnag nih..nak jugak belajo ilmu2 tinggi..asyik rendah jerk..


bagus ada cita2 tinggi. aku cadangkan hang pi blajaq kat al azhar ka cambridge ka harvard ka
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2008 11:25 AM | Show all posts
Originally posted by anak_pejuang at 15-5-2008 00:14


belalah dirimu wahai ASRI bin Muthalib... mananye dalil mu kata Tuhan duduk atas kerusi????


Abu Syafiq..SS Dr Maza sudah jawab tu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.068386 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list