View: 5870|Reply: 13
|
tikus 'tawan' bukit chittagong!!
[Copy link]
|
|
Bukit Chittagong ditawan tikus
DHAKA: Program Makanan Sedunia (WFP) memulakan usaha mengedar bantuan makanan kecemasan kepada 120,000 penduduk yang berdepan kebuluran di Tenggara Bangladesh selepas 憇erangan |
|
|
|
|
|
|
|
tringat plak kat crita peniup seruling dgn tikus dulu2.................. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 bubpallo's post
citer camana tu.. bub... stori kat aku sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
Kecoh kerana tikus
Penduduk di Chittagong, Bangladesh bukan saja berdepan denganrisiko kebuluran, malah ancaman wabak penyakit bawaan tikus apabilapopulasinya meningkat.
SEORANG penduduk menunjukkan tikus yang berjaya ditangkapnya.
Masyarakat di kawasan terpinggir lereng bukit Chittagong, Bangladeshkini berhadapan dengan risiko wabak bubonik iaitu sejenis penyakitbawaan tikus.
Program Pemakanan Dunia UN (WFP) telah mula mengedarkan bekalanmakanan bernilai 3 juta dolar (RM11 juta) kepada lebih 120,000 orang disempadan India dan Myanmar sejak Mei lepas selepas populasi tikusmeningkat dengan mendadak.
Tikus-tikus tersebut ada yang mencecah berat sehingga 1.5 kilogram(2.2 paun) dan makan buluh-buluh di kawasan berbukit di daerah tersebut.
Profesor Zoologi Universiti Dhaka, Nurjahan Sarker yang berkunjungke kawasan tersebut telah mengeluarkan amaran terhadap gejala dan wabakyang ditimbulkan tikus sepanjang tahun lepas.
"Ancaman yang boleh mengakibatkan kebuluran ini memusnahkan segala-galanya di bukit tersebut," katanya.
Menambah kepada situasi yang membimbangkan itu, Nurjahanmemberitahu, pihak berkuasa harus bertindak pantas untuk mengelakkansebarang wabak merbahaya menyerang kawasan tersebut.
"Kerajaan seolah-olah tidak menyedari masalah ini dan tidakmemikirkan cara untuk membanterasnya sedangkan kajian di Bangladeshmenunjukkan populasi tikus telah meningkat dua kali ganda setiap tigaminggu," kata Pakar Ekologi Tikus, Universiti Greenwich di Britain,Steven Belmain.
KOLONI tikus telah merosakkan makanan dan tanaman penduduk di Chittagong, Bangladesh.
Ini bermakna, populasi tikus-tikus itu akan merebak ke kawasan lain untuk mencari makanan.
"Bukan sahaja memusnahkan hampir semua tanaman di kawasan tersebut,tikus-tikus itu juga menceroboh ke dalam rumah penduduk dan merosakkanharta benda dan makanan yang disimpan serta menggigit penduduk ketikamereka tidur.
"Seluruh kawasan tersebut diancam kebuluran memaksa orang ramaibergantung kepada bantuan makanan. Masalah kekurangan bekalan makananakan menjadi masalah untuk kawasan ini bagi tempoh beberapa tahun.
"Kami berjaya menangkap 2,000 tikus besar dalam satu hektar tanah.Keadaan akan menjadi lebih teruk jika tikus-tikus ini mulamemperluaskan kawasan pembiakan mereka," kata Belmain.
RATUSAN ekor tikus boleh ditangkap pada satu-satu masa.
Kesatuan Eropah telah membelanjakan 1.65 juta euro (RM7.8 juta)untuk bantuan kecemasan pada Mei lepas dan mengumumkan akan menghantarbantuan sebanyak 2 juta euro (RM9.4 juta) lagi untuk jangka masa 12bulan.
Tikus-tikus itu makan segala-galanya dan kemudian beredar ke kawasanlain. Kali terakhir kawasan itu diserang tikus adalah pada tahun 1958dan ia berlarutan selama tiga tahun.
Menteri kerajaan, Dipankar Talukdar berkata, situasi telah bertambahbaik di sesetengah kawasan setelah kerajaan memperkenalkan satu programuntuk mengurangkan populasi tikus.
Tetapi Belmain memberitahu, tikus-tikus tersebut meninggalkansesebuah kawasan hanya selepas mereka menghabiskan segala sumbermakanan dan terpaksa mencari kawasan lain.
Katanya, risiko untuk tercetusnya wabak bubonik adalah sangat tinggidalam negara berpenduduk 144 juta orang yang merupakan antara negaratermiskin di dunia.
Penyakit yang disebabkan oleh bakteria itu berlaku akibat gigitanhama atau kutu yang dibawa oleh tikus yang dipercayai menjadi puncakematian jutaan manusia pada kurun ke-14 di Eropah.
Tercetusnya masalah itu di Bangladesh boleh melumpuhkan ekonomi yangsedang berkembang sebanyak enam peratus setahun sejak empat tahun lepasdaripada aktiviti eksport.
Kerajaan mungkin terpaksa mengarahkan kuarantin antarabangsa dengansemua penerbangan keluar masuk negara dibekukan termasuk eksport danimport.
Wabak yang melanda Surat di India pada 1994 telah mengakibatkanfenomena yang serupa iaitu kuarantin antarabangsa yang telahmenguburkan ekonomi buat seketika.
Belmain memberitahu, masalah kesihatan dan ekonomi yang diakibatkanoleh pembiakan tikus boleh membangkitkan isu sekuriti di kawasantertentu yang mengakibatkan perbalahan antara etnik.
Kekurangan bekalan makanan telah pun memberi tekanan antara 13 etnikminoriti dan beberapa penghuni dari kawasan lain di Bangladesh.
Kerajaan telah pun menandatangani perjanjian perdamaian dengan puakterbesar kawasan itu pada 1997 yang berjaya menamatkan perbalahanselama dua dekad yang mengorbankan 2,500 orang.
Sejak permusuhan tersebut tercetus, ramai yang menyalahkan kerajaan kerana tidak menangani masalah itu dengan telus.
"Kebanjiran populasi tikus boleh menambahkan perbalahan di kawasanini. Mereka yang lapar adalah mereka yang marah," kata Belmain. - AFP
******************************************************************************
tak yah pergi chittagong.. kat KL ni pun tikus berlambak2 ada yang besar anak kucing yang
dah umur 2 bulan.. - terutama kat sampah2, kat longkang2 kedai makan
memang kotor la sangat -
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan lari pegi Malaysia bawa tikus tu udah le ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni kalo kt china dh lama kene wat sup tikus2 ni hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
kalau tikus berkoloni byk2 cam tak bawak penyakit ke .. cam plague zaman pertengahan dulu yg mana setengah penduduk eropah mati |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat india nie, dah tangkap byk2, depa bakar dan makan .. yum2 |
|
|
|
|
|
|
|
besor2 nyer tikus tue.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hantar kat zoo le buat makanan ular. |
|
|
|
|
|
|
|
sihat2 tul tikus2 nie.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|