Angka kematian akibat Taufan Nargis di Myanmar cecah 31,938 orang
Pelapor: rtm/ida
Tarikh: 13/05/2008
Myanmar- Angka kematian akibat Taufan Nargis yang melanda Myanmar meningkat kepada 31,938 orang. PBB dan beberapa agensi lain menjangka ia lebih tinggi memandangkan hampirkan 30,000 lagi dilaporkan masih hilang. Selain memusnahkan ternakan, ladang dan infrastruktur, Nargis memusnahkan ratusan ribu buah rumah di zon bencana Delta Irrawaddy. klik pada gambar untuk melihat dengan jelas
Ingin Melihat Gambar Keadaaan selepas Taufan Nargis, LAYARI DISINI Lebih malang junta tentera terus berdegil untuk tidak membenarkan pihak luar yang mempunyai banyak pengalaman dalam menangani krisis kemanusiaan masuk ke negara itu.
Mereka memberi alasan mereka mampu mengendalikan sendiri semua urusan bantuan.
Bekalan ubat dan makanan semakin berkurangan, malah bantuan asing yang mencurah tiba semakin bertimbun di Lapangan Terbang Yangon.
Ramai pelarian yang membuat khemah di kawasan lapang, terpaksa meminum air yang tercemar dengan mayat dan bangkai binatang.
Futej DVB yang dibekalkan pergerakkan Pro-demokrasi, menunjukkan mayat-mayat terdampar di tebing sungai atau terapung didalam air di Wilayah Bogolay. klik pada gambar untuk melihat dengan jelas
Di Laputta, antara kampung yang teruk terjejas, penduduk yang hilang tempat tinggal membanjiri kuil Buddha untuk berlindung.
Seorang wanita berkata ramai penduduk di kampungnya terbunuh dan jumlahnya tidak terkira.
Katanya daripada 300 buah rumah di kampung itu, hanya kira-kira 100 orang yang masih hidup.
Seorang pemberita DVB berkata tiada bantuan diterima daripada kerajaan meskipun general-general dari junta tentera melawat kawasan itu.
Mereka yang ingin menderma boleh melakukannya melalui SMS dengan menaip "derma" diikuti dengan jumlah wang yang hendak disumbangkan iaitu antara RM1 dan RM10 dan hantar kepada 32776.
contoh: taip sms DERMA RM10 dan hantar kepada 32776
Mereka juga boleh menyalurkan bantuan dengan menghantar cek atas nama " Tabung Bencana Kementerian Luar Negeri".
Encik Mohammed Zamberi Othman
Ketua Akauntan
Kementerian Luar Negeri,
No. 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
62602 PUTRAJAYA.
Tel : 03-88874251
03-88892924
E-mail : [email protected]
[ Last edited by MUZRI at 29-5-2008 11:20 PM ] |