|
Sukan Malaysia XII
:: Corat-coret SUKMA XII ::
Jom kita sokong pasukan Sarawak :pompom:
Kedudukan Terkini Pungutan Pingat [ Pagi 9 Jun 2008 ]
E P G
TER 59 39 46
SEL 53 46 51
SAR 52 52 42
PAH 31 27 24
WPA 29 38 57
KED 29 27 38
PRK 29 27 37
PEN 27 30 46
JOH 26 31 40
MEL 23 22 27
SAB 21 20 31
NSM 11 21 35
KEL 8 9 18
PER 4 6 7
BRU 0 2 0
no.3 :pompom:
[ Last edited by buDak_gaTaL at 9-6-2008 08:21 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak mudah jinakkan Kedah
KUALA TERENGGANU - Juara bertahan, Sarawak turun mempertahankan pingat emas hoki wanita dengan menewaskan Kedah 3-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan A, Sukan Malaysia XII.
Sarawak mendahului 1-0 dalam babak pertama menerusi jaringan Suzzane Majang manakala Bulan anak Sauh meledak dua gol untuk Sarawak di babak kedua.
Kedah memperoleh jaringan tunggal menerusi Pauziah Abd. Wahab.
Jurulatih Sarawak, Siva Subramanian berkata, kemenangan tersebut merupakan permulaan baik buat pasukannya yang mahu mempertahankan kejuaraan yang diraih di Kedah dua tahun lalu.
Jelasnya, dia berpuas hati kerana pemain beraksi seperti yang diarah dan lega kerana barisan serangan berjaya.
"Saya gembira kerana pemain mempamer kesungguhan di sepanjang perlawanan dan memanfaatkan setiap peluang gol.
"Saya berharap corak permainan yang ditunjukkan pemain dapat dikekalkan untuk perlawanan seterusnya," katanya.
Begitupun, laluan getir menanti Sarawak apabila menentang pasukan pilihan, Pahang yang dibarisi beberapa pemain kebangsaan dalam perlawanan kedua, Khamis ini. |
|
|
|
|
|
|
|
7 rekod pecah hari ketiga
KUALA TERENGGANU - Satu rekod kebangsaan dan enam rekod kejohanan berjaya dipecahkan melalui acara renang dan juga angkat berat pada hari ketiga Sukan Malaysia XII 2008 di sini, semalam.
Perenang Selangor, Foo Jian Beng berjaya mencatatkan masa 50.94 saat untuk memecahkan rekod lama acara 100 meter Gaya bebas lelaki milik Allan Ong 51.31s yang dilakukan pada 2001.
Malah, Jian Beng turut berjaya memperbaharui rekod acara 50m kuak kupu-kupu Sukma di Kompleks Renang Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT), Batu Buruk.
Lain-lain rekod kejohanan yang berjaya dipecahkan pada acara renang ialah melalui Lew Yih Wey, Leung Chii Lin, Marellyn Liew, Foo Jian Beng dan Brian Derrick Lim.
Di Dewan Besar Kolej Multimedia Timur, Rusila, Marang pula menyaksikan atlet angkat berat Melaka, Mohd. Zahir Rahim berjaya meleburkan rekod 10 tahun Sukma kategori bawah 52 kilogram yang dilakukan oleh atlet angkat berat kebangsaan, Amirul Hamizan yang dicatatkan pada Sukma 1998 di Selangor.
Hari ketiga menyaksikan Wilayah Persekutuan mula menunjukkan taring dengan mengungguli temasya dwi tahunan Sukma XII dengan pungutan lapan pingat emas melalui acara renang, karate, tenpin boling, memanah dan juga ekuestrian.
Lebih menarik, dua pingat emas hari ini disumbangkan oleh atlet renang, Melvin Chua B.Q melalui acara 200m Kuak Lentang dan 200m Rampaian Perseorangan.
Wilayah Persekutuan kini mendahului kedudukan pingat dengan jumlah keseluruhan 22 pingat.
Diikuti rapat, Sarawak dengan enam pingat emas di mana hari ini Negeri Bumi Kenyalang itu berjaya menggondol lima emas melalui memanah, basikal dan wushu.
Tempat ketiga dihuni oleh jiran Sarawak, Sabah dengan pungutan tujuh pingat emas, enam perak dan juga 11 gangsa.
Hari ini, 48 emas, 48 perak dan 55 gangsa bakal menjadi taruhan di mana lapan emas akan ditawarkan melalui acara memanah.
Acara yang menjadi favorite pula ialah berbasikal di mana Azizulhasni Awang bakal beraksi pada 1 kilometer ujian masa perseorangan Lelaki yang turut disertai abangnya, Azrulhafiz.
sumber : Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa perlu pecah kan rekod, apa la atlit nie
elok2 tak pecah nak dipecah kan.....
kalo wa kecik2 dulu, kalo ada kaca pecah mak wa marah tau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by salimrock at 3-6-2008 09:14 AM
kenapa perlu pecah kan rekod, apa la atlit nie
elok2 tak pecah nak dipecah kan.....
kalo wa kecik2 dulu, kalo ada kaca pecah mak wa marah tau....
salah sorang otai bod borak yang lama tak nampak
|
|
|
|
|
|
|
|
Miri ngantar pasukan perahu layar, 3 org anak geng kmk pegi, baruk jak form 1. Bkn senang acara ya, bjam2 atas perahu layar ya...mudahan jak ada ngmbak pingat emas blt. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kejeron2 at 3-6-2008 01:43 PM
Miri ngantar pasukan perahu layar, 3 org anak geng kmk pegi, baruk jak form 1. Bkn senang acara ya, bjam2 atas perahu layar ya...mudahan jak ada ngmbak pingat emas blt.
wah baguslah..semoga menang emas :pompom:
|
|
|
|
|
|
|
|
congrate BG...update2 la slalu... |
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak terus dominasi wushu
KUALA TERENGGANU - Sarawak terus mendominasi pingat emas dalam acara wushu apabila dua atlet dari negeri itu diumumkan sebagai juara dua kategori yang dipertandingkan di Sukan Malaysia XII, semalam.
Lau Hui Wei dan Ho Jong Xian meraih emas kategori Gunshu Lelaki dan Wanita.
Kelebihan 0.02 mata membolehkan Hui Wei mengetepikan Ng Say Loke dari Kedah yang mengutip 9.54 mata untuk diumumkan sebagai juara kategori Gunshu Lelaki.
Atlet Melaka, Ryvon Lim Leng Ooi terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila hanya mengutip 9.52 mata dalam kategori itu.
Jong Xian pula berjaya mengutip 9.38 mata untuk menewaskan atlet Pulau Pinang, Tee Tze Chee untuk merangkul pingat emas bagi kategori Gunshu Wanita.
Pang Joey menerima pingat gangsa dalam kategori tersebut selepas mengutip 9.19 mata.
Dalam pada itu, Pulau Pinang turut tidak ketinggalan meraih emas menerusi Fong Chui Theng manakala Lie Wei Yuen dari Kedah juga menggondol emas.
Wei Yuen disahkan sebagai juara kategori Qiangshu Lelaki apabila berjaya mengutip 9.43 mata berbanding atlet Sarawak, Bong Teck Fuu yang hanya menerima 9.38 mata.
Pingat gangsa kategori berkenaan dipegang oleh Wong Kin Hon dari Negeri Sembilan selepas mengutip 9.36 mata.
Chui Teng yang mempunyai kelebihan 0.2 mata untuk diumumkan sebagai juara kategori Qiangshu Wanita dengan mengenepikan Khaw Jing Yee dari Negeri Sembilan yang mengutip 9.12 mata manakala atlet Melaka, Yap Yee Lin terpaksa berpuas hati dengan tempat ketiga.
Pada sebelah petang, kategori Taijiquan lelaki juga dimenangi oleh peserta Sarawak, Loh Jack Chang yang memperoleh 9.63 mata mengalahkan atlet Melaka, Go Boon Siong.
Boon Siong yang juga merupakan pemenang pingat perak pada kategori yang sama di Sukma XI 2006 Kedah hanya mampu memperoleh 9.37 mata.
Di tempat ketiga atlet Negeri Sembilan, Chan Wai Lit dengan mengumpul 9.24 mata.
Sementara itu, kategori Taijiquan wanita pula menyaksikan atlet Melaka, Chai Fong Ying berjaya mengumpulkan 9.65 mata di depan rakan sepasukan, Ng Shin Yii dengan kelebihan 0.35 mata.
Gangsa diperoleh atlet Negeri Sembilan, Pang Tung Yee dengan mengumpul 9.22 mata.
Sumber : Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
Sarawak raih emas sulung boling
KUALA TERENGGANU - Sarawak memenangi pingat emas pertama dalam acara tenpin boling Sukan Malaysia XII apabila Dayang Khairuniza Dhiyana dan Jacqueline Jenelee Sijore menjuarai acara beregu wanita yang diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.
Pasangan itu berjaya melakukan sebanyak 2,426 jatuhan pin, sekali gus menundukkan pesaing terdekat mereka dari Perak, Nazrinnah Mohamad Kamil dan Nor Atteya Zainal Abidin yang mencatatkan 2,423 jatuhan pin.
Pingat gangsa pula dimenangi pasangan dari Negeri Sembilan, Adlin Nadhirah Ghazal dan Nur Hidayah Mohd Nurdin yang melakukan 2,356 jatuhan pin.
-Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 dabei_presh's post
wonder juak o, apa ndak crita watson nyambek kinek tok? ada juak nenga nasib nya x terbela. ksian kan...mun benalah nya merempat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 kejeron2's post
hehee,,melelat ke Golok indah dgrnya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 kejeron2's post
Nengar2 nya dah gemuk kinek tok... |
|
|
|
|
|
|
|
Swk sik pernah Juara SUKMA aku rasa...kalau jd juara, boleh lah mintak cuti awsam brg sehari..hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Munc at 4-6-2008 10:09 PM
Swk sik pernah Juara SUKMA aku rasa...kalau jd juara, boleh lah mintak cuti awsam brg sehari..hehehhe
ish...bukan dolok memang Sarawak kah selalu johan...kinek |
|
|
|
|
|
|
|
3 rekod kebangsaan berkecai
KUALA TERENGGANU |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|