View: 33002|Reply: 76
|
Lima Planet Mirip Bumi Ditemui - update: ada berbillion bumi di galaksi
[Copy link]
|
|
Lima planet mirip bumi ditemui
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0617/Kosmo/Dunia/du_06.1.jpg)
LAKARAN artis yang disiarkan semalam menunjukkan tiga planet mirip
Bumi tetapi mempunyai saiz lebih besar mengelilingi sebuah bintang
NANTES, Perancis - Para saintis di Eropah semalam menyatakan bahawa mereka berjaya menemui lima planet mirip bumi yang lebih besar.
Menurut mereka setiap satu planet baru itu bersaiz lima sehingga 30 kali ganda daripada Bumi.
Penemuan itu memberikan gambaran bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga bintang mirip dengan fungsi matahari.
"Dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi, adalah dipercayai bahawa kita akan mampu menemui planet yang mempunyai habitat yang mengelilingi bintang kecil mirip matahari," kata seorang penyelidik di Balai Cerap Geneva di Switzerland, Setphane Udry.
Beliau juga adalah anggota kumpulan yang berjaya mengesan planet Bumi super itu.
Tiga daripada lima planet Bumi super itu mengelilingi sebuah bintang yang dikenali sebagai HD 40307 dan sejauh 42 tahun cahaya, kata saintis-saintis kumpulan tersebut.
Satu tahun cahaya bersamaan dengan 9.5 trilion kilometer. Planet itu ditemui menerusi sebuah teleskop di pergunungan La Scilla di pinggir gurun Atacama, Chile. - AFP
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
getting interesting alam cekerawala ni, eh....
someday nak pergi galaxy milky ways dengan
hubble telescope tu...
kalau planet tu lebih besar dari bumi - dah kira planet tu -
jauhnya -42 tahun cahaya -- and that is far -
[ Last edited by amazed at 22-2-2009 07:22 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
i tak tolak kemujudan kehidupan2 di planet lain. masakan alam semesta yg maha besar ni just ader kite ajer kat planet kite yg kerdil ni... |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu bubpallo, aku pon setuju ngn ko..mesti ade hidupan lain selain kite.. |
|
|
|
|
|
|
|
haaaa aku ade idea, gi hantar exploration team gi super earths tuh, cari minyak, muhwhahah! nama pun super Earth, i bet ada Super Oil reserves, LOL! just kidding, ahaks, kalau ade pun alien life forms, mesti dlm bentuk primitive gilewr, bacteria ke, virus ke, kalau ade life forms yg complex pun, ntah le, tak kot, kalau ade pun mungkin tak terbentuk lagi ke, atau da pupus ke, hehe too many speculations psal alien life forms nih, kekadang aku terpikir gak, cam too many problems on Earth, nanti kalau human migrate gi super earth, i wont surprise our offsprings akan berperang kat planet tuh, balik cam dulu dulu....disputes, crisis, agressions, huhu, melainkan semua manusia bersikap seperti para anbia, then baru okay...kalau tak, hmm, tgk je la dunia skang, baru mukadimah oil crisis, dah huru hara, blom lagik fresh water crisis tuh. LOL! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita gi planet tu, mungkin kita dianggap macam alien menceroboh ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 penyo's post
Bukan camtu da...penggunaan Tahun Cahaya ialah sebab akan ada terlalu banyak kosong kalau guna kilometer. Jadi guna tahun cahaya iaitu jarak yang dilalui cahaya dalam masa setahun.
Dalam kes ni bukan la teleskop tu dah ditala tahun 1966 dulu, tapi gambar planet tu menunjukkan keadaan planet tu tahun 1966...sebab cahaya dari planet tu ambil masa 42 tahun nak sampai Bumi. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau planet tu lebih besar dari bumi - dah kira planet tu -
jauhnya -42 tahun cahaya -- and that is far -
Memang jauh...tapi dari konteks alam semesta, ianya 'dekat'...consider this
1. Galaksi satelit terhampir dengan Bumi ialah Large Magellanic Cloud dengan jarak 160,000 tahun cahaya
2. Galaksi terhampir dengan Bumi ialah Andromeda dengan jarak 2.5 juta tahun cahaya
3. Hujung alam (istilah saya) ialah 13 billion tahun cahaya dari Bumi. Hujung alam merupakan jarak maksimum (buat masa ini) bagi kamera Hubble. Ini bermakna gambar yang diambil Hubble itu menunjukkan keadaan alam 13 bilion tahun dahulu! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 alphawolf's post
true....
93 million miles jarak matahari dan bumi.....
and yet that's the closest star...
imagine bintang2 lain di galaxy sana...
berbillion billion sampai tak nampak kat hubble
telescope rasanya - |
|
|
|
|
|
|
|
ada berbillion bumi kat galaksi!!
Berbilion Bumi di galaksi
KEWUJUDAN berbilion planet di galaksi yang menyerupai Bumi mendedahkan kemungkinan makhluk lain juga wujud di angkasa.
CHICAGO - Satu persidangan anjuran Persatuan Sains Lanjutan Amerika Syarikat mendedahkan kemungkinan besar terdapat sejumlah 100 bilion Bumi di seluruh galaksi Bima Sakti.
Namun, saintis Dr. Alan Boss dari Institut Sains Carnegie membayangkan suasana di planet tersebut barang kali seumpama kehidupan Bumi lebih empat bilion tahun lalu.
Setakat ini, teleskop paling canggih sekali pun hanya dapat mengesan lebih 300 buah planet menyerupai Bumi di luar daripada sistem solar kerana terhad dari segi liputan.
"Secara purata, bagi setiap sistem matahari dalam sebuah gugusan bintang biasanya mungkin mengandungi paling kurang pun sebuah planet dengan hidupan semacam Bumi," kata Boss. - Agensi
aku tak pasti ada thread lagi pasal ni.... pagi2 buta ni tak leh nak fikir pernah ada ke idak... nanti kalau sempat aku check...dah ada kalu aku mergekan.....
eniwei... kalu dah ada 300 planet mcm bumi.... ada ker maknanya sama hidupan..... hah!!! yg itu yang kita tak taw...... dan aku bajet yg tu scientist tengah kaji.... terutama ahli2 astronomi nih!!! :victory: |
|
|
|
|
|
|
|
dalam sistem matahari kita mungkin bumi saja yang ada hidupan. tapi dalam sistem matahari yang lain mungkin ada planet spt bumi juga yg ada hidupan. profesor tu kata kehidupan di sana munkin seumpama di bumi 4 bilion tahun lalu BUT sapa tahu entah2 mrk lebih 4 bilion tahun advance dari kita .... kapal angkas mrk mungkin dah terlalu advance dan boleh sampai ke bumi sekelip mata dan lesap sekelip mata |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cepat kesana kemungkian mereka memerlukan jawatan Memteri Besar |
|
|
|
|
|
|
|
jawatan menteri besar ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Padangan sebagai seorang muslim, Allah maha kuasa, kuasanya tidak terhad mencipta makhluk hidup hanya di planet-planet lain yang seperti bumi sahaja. Di bumi sendiri ada makhluk manusia, jin dan tumbuhan, sesuai untuk hidup di bumi tapi berbeza dari asal kejadian. Malaikat juga makhluk ciptaan Allah yang kita tahu dan mampu hidup di luar kawasan bumi... Maka sudah tentu maha pencipta boleh mencipta makhluk yang tidak terfikir oleh akal manusia untuk mendiami planet-planet lain yang berbeza dari bumi.
Saintis barat hanya terfikir hidupan akan wujud jika planet lain itu merupai bumi. Tapi Allah dapat mencipta hidupan lebih dari apa yang terfikir oleh saintis barat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dari sudut Fermi Paradox...ada "apparent contradiction between high estimates of the probability of the existence of extraterrestrial civilizations and the lack of evidence for, or contact with, such civilizations"
Ada banyak theoretical explanations untuk Fermi Paradox...antaranya civilization lain memang tak wujud, ataupun depa tend to self-destroy sebelum dapat kontek dengan kita. Macam kat sini jugak perang sana perang sini sampai habis semua...
Tapi rasanya absence of evidence is not the evidence of absence... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
amazed...natGEO dah keluarkan edisi ni laa..aku rasa dah bertahun2 sudey..napa us baru nak kuarkan berita ni?dan ada 2 planet yg seakan2/hampir dgn struktur bumi diluar galaksi kita yg sedang dikaji...samada manusia boleh hidup kat sana atau tak...salah satu planet yg seakan bumi tu masih banyak dgn gas apa tah...satu lagi dipenuhi air dari daratan..dan memang banyak planet2 diluar galaksi kita tapi kebanyakannya manusia tak boleh hidup...dorang kaji start dari zarah2 halus ke microorganisma baru laa tempatkan hidupan lain..cam parasit..fungus etc ...rajin2 kan laa khatam cenel natgeo.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nape paler kembang tak dapat kredit i think his posting is good
tumpang baca je ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|