View: 4141|Reply: 0
|
HMS Ontario - Kapal Karam British -
[Copy link]
|
|
Kapal karam British
KAPAL perang British yang karam semasa Revolusi AS dan sejak sekian lama dianggap sebagai salah satu kapal karam Holy Grail telah berjaya ditemui di dasar Lake Ontario di Amerika Utara. Ia ditemui dalam keadaan masih terpelihara di kawasan air sejuk dan dalam.
Peminat kapal karam, Jim Kennard dan Dan Scoville berjaya mengesan kapal perang berusia 228 tahun itu, HMS Ontario yang hilang tanpa dapat dikesan dalam satu kejadian ribut pada tahun 1780. Menurut sejarah, ia membawa 130 tentera ketika kejadian.
Kapal perang itu yang merupakan kapal karam British tertua dan paling berkeadaan elok yang ditemui di Great Lakes, kata Scoville dan Kennard.
"Untuk menemui sebuah kapal perang dalam Perang Revolusi yang berkeadaan baik adalah suatu yang sukar dipercayai. Ia merupakan keajaiban arkeologi," kata penulis Kanada, Arthur Britton Smith yang menulis buku tentang HMS Ontario, The Legend of The Lake yang diterbitkan pada 1997.
GAMBARAN lukisan kapal HMS Ontario yang karam pada 1780.
Penemu kapal karam itu berkata, mereka menganggap ia sebagai 'pusara perang' dan tidak merancang untuk membawanya naik ke daratan atau mengambil apa-apa artifak dari kapal tersebut. Mereka berkata, kapal itu masih dianggap sebagai harta milik angkatan tentera Britain.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
saya ada baca tentang hms ontario ni masa baca sejarah2 tentang liners/ships yang karam or hilang
tak sangka pula dijumpa di lake ontario - so it means kapal british ni during the rebel - irish rebel in 18th
century yang berpusat di ontario, canada -
kalau ada artifacts fari HMS Ontario ni pasti ianya sangat valuable.. wish depa ambil dan letak kat
british museum ke or even kat museum in toronto - supaya orang ramai pun dapat tengok dan lihat
sendiri artifacts tersebut - |
|
|
|
|
|
|
| |
|