CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3277|Reply: 3

California Diancam Kebakaran Petir - 8000 Petir in 24 hours

[Copy link]
Post time 25-6-2008 12:02 AM | Show all posts |Read mode
California diancam kebakaran petir
24/06/2008

SAN FRANCISCO 24 Jun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2008 12:15 AM | Show all posts
muahaahahaha..pembalasan dunia diatas penindasan dan kematian rakyat palestine...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2008 07:44 AM | Show all posts
California Utara catat 8,000 petir dalam tempoh 24 jam
Fenomena ribut petir kering


SAN FRANCISCO 25 Jun - Hampir 8,000 panahan petir dicatatkan dalam tempoh tidak sampai 24 jam sewaktu California Utara dilanda fenomena 'ribut petir kering' yang mencetuskan lebih 800 kebakaran.

Pegawai sains dari Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan AS, John Juskie berkata, fenomena itu banyak mencetuskan percikan api hingga menyebabkan kawasan hutan dan semak yang kering di California Utara terbakar.

"Ribut seumpama ini hanya membawa sedikit sahaja air hujan, kadang-kala tiada langsung, kerana air disejat dengan begitu cepat dalam lapisan udara yang panas dan kering sebelum ia sempat turun ke bumi," jelas Juskie.


Keadaan iklim itu dianggap luar biasa kerana ia bukan sahaja memancarkan begitu banyak panahan petir di sebuah kawasan yang luas tetapi kerana ia bergerak masuk dari Lautan Pasifik terlalu awal.

Menurut Juskie, ribut petir seumpama itu biasanya bermula pada lewat Julai atau awal Ogos dan selalunya berlaku di bahagian tenggara California.

"Anda sedang melibat satu fenomena iklim yang luar biasa. Kejadian seumpama ini biasanya tidak berlaku pada musim panas," katanya kepada wartawan di Sacramento.

Ribut petir kering itu melanda California ketika negeri ini sedang mengalami salah satu musim kemarau paling teruk yang pernah direkodkan.

Beribu-ribu hektar kawasan hutan telah musnah dalam kebakaran-kebakaran besar yang berlaku di sekitar California Utara akibat panahan petir yang luar biasa itu.

Kebakaran-kebakaran itu memaksa ratusan penduduk meninggalkan rumah, dengan sejumlah besar bangunan mengalami kerosakan teruk, kata jurucakap untuk Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, Daniel Berlant.

Beribu-ribu anggota bomba dan pesawat-pesawat bomba terlibat dalam operasi memadamkan api di darat dan juga dari udara.

"Keadaan cuaca amat kering. Ini bermakna percikan yang kecil berisiko tinggi mencetuskan kebakaran besar.

"Orang ramai perlu berhati-hati bagi mengelakkan bencana yang lebih besar," kata Berlant.

- AP
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8000 petir in a day????
memang menakutkan dan boleh mengakibatkan
kebakaran no doubt -

Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 05:56 PM | Show all posts
8000m petir sehari?
aduh, kalau la satu petir tu menyambar org, mau 8000 org mati jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.069289 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list