boleh dapat info dilaman JAKIM
SEMAKAN ARAH QIBLAT KETIKA MATAHARI TEPAT ATAS KAABAH Pada15 Julai 2008 jam 5.27 petang mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM),umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak arah qiblat dilokasi masing-masing. Berpandukan kepada analisis data matahari dalamAlmanak Falak 2008 oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan IslamMalaysia, matahari akan berada tepat di atas Kaabah bagi tahun 2008pada dua waktu tersebut menyebabkan semua bayang objek tegak akanmenunjukkan arah qiblat. Mengikut astronomi, keadaan ini berlakuapabila deklinasi matahari adalah bersamaan dengan latitud Kaabah.Salah satu cara yang boleh digunakan adalah mendirikan tiang tegak disuatu kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala kepangkalnya pada waktu tersebut adalah arah qiblat. Umat Islam disaranmemastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.
Kedudukan matahari tepat di atas Kaabah yang menyebabkan bayang objek tegak di seluruh dunia menunjukkan arah Qiblat. |