View: 4882|Reply: 4
|
kubur usia 300 tahun dijumpai!!!
[Copy link]
|
|
Kubur berusia 300 tahun ditemui
PENDUDUK kampung (dari kiri) Mohd. Zain, Tan Leki dan Mohd. Suraini menunjukkan t
ulang dan rangka manusia yang ditemui di tapak kubur yang dipercayai berusia 300 tahun.
TEMERLOH - Penemuan tapak kubur lama yang dianggarkan berusia 300 tahun di Kampung Kemuning, Lanchang sejak lima hari lalu dijangka mampu merungkai sejarah penempatan terawal kehidupan manusia di negeri Pahang dan mungkin sebelum munculnya zaman kesultanan Pahang lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi, Penerangan dan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, beliau dimaklumkan kubur seluas 2.4 hentar itu berjaya ditemui oleh beberapa pekerja syarikat perladangan ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja pembersihan tanah untuk tanaman sayur-sayuran di kawasan itu.
Difahamkan, kawasan tanah perkuburan itu menjadi tempat persemadian pejuang yang menentang penjajah di Pahang yang dikenali sebagai Tok Uban.
Malah, mengikut apa yang disampaikan oleh beberapa penduduk terdahulu, Kampung Kemuning adalah penempatan awal manusia di negeri ini di mana waktu itu masih belum wujud lagi kesultanan Pahang.
"enemuan kubur dan tulang manusia yang dianggarkan berusia 300 tahun adalah penting kerana ia boleh membuktikan bahawa kawasan Lanchang kemungkinan menjadi tempat penempatan awal manusia di Negeri Pahang," katanya ketika melawat tapak kubur itu yang terletak berhampiran Ladang Tapak Kekal Makanan (LTKM) dekat sini semalam.
wowzie... aku ni fobia ttg bab2 kubuq ni... ni sumer lepas aku balik dari pulau besaq kat melaka sinun... kubuq kat sana besaq2... aku rasa ratus tahun gak... cuma yg ni lagi lama nih... perjumpaan kubuq yg bersejarah aku rasa... boleh buat kajian tentang besaq kecik nyer worang2 jaman dulu... specificnya 300 taon dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
penempatan awal hanya sekadar 300 tahun aje ke...dan kesultanan Pahang pun sekitar 300 tahun? kalau macam tu masih muda lah...kependudukan negeri Pahang |
|
|
|
|
|
|
|
Penemuan tulang bukan bukti penempatan awal
KERATAN Kosmo! semalam.
KUALA LUMPUR - "Kaji dulu sejarah sebelum mengeluarkan sebarang fakta mengenai penempatan terawal kehidupan manusia di negeri Pahang."
Demikian tegas Ahli Lembaga Muzium Negeri Pahang, Prof. Datuk Dr. Nik Hasan Suhaimi Nik Abdul Rahman berkenaan penemuan tapak kubur lama yang dikatakan dapat merungkai sejarah penempatan awal kehidupan manusia di negeri itu.
"Dakwaan kononnya penemuan tapak kubur lama itu dapat merungkai sejarah penempatan terawal manusia di negeri itu adalah tidak tepat dan mesti dibetulkan.
"Ini kerana sejarah penempatan awal manusia di situ sudah wujud sejak 8,000 hingga 10,000 tahun dahulu seperti di Gunung Senyum iaitu pada zaman prasejarah," katanya ketika dihubungisemalam.
Semalam Kosmo! melaporkan penemuan kubur lama yang dianggarkan berusia 300 tahun di Kampung Kemuning, Lanchang sejak enam hari lalu dan dikatakan mampu merungkai sejarah penempatan kehidupan terawal manusia di Pahang.
Tapak kubur itu ditemui oleh beberapa pekerja syarikat perladangan ketika mereka sedang melakukan kerja-kerja pembersihan untuk tanaman dan sayur-sayuran di kawasan itu.
Nik Hasan yang juga merupakan Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menegaskan, masyarakat tidak boleh mengeluarkan sebarang fakta sejarah sesuka hati tanpa berpandukan kepada kajian terdahulu.
" Pihak yang berkenaan sepatutnya merujuk dahulu kepada pakar-pakar sejarah sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang akan mengelirukan," tambahnya lagi.
Tegasnya, tulang-tulang yang ditemui itu mesti ditanam semula kerana kehidupan manusia sekitar 300 tahun dahulu di Pahang wujud selepas kedatangan Islam dan tulang mereka mesti dihormati.
"Kemungkinan besar kubur itu milik orang Islam dan sekiranya sudah digali mesti ditanam kembali," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
300 tahun takde le lama sgt...
3000 tahun baru lah lama.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|