View: 4610|Reply: 11
|
Piala Dunia FIFA 2010: Waktu Malaysia dan persediaan menghadapinya?
[Copy link]
|
|
Untuk pengetahuan anda, Piala Dunia 2010 merupakan Piala Dunia pertama seumpamanya yang akan diadakan di benua Afrika dan dilangsungkan di Afrika Selatan. Ia berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 nanti.
DI Malaysia, bagaimana dengan waktu perlawanan bola sepak Piala Dunia pertama Afrika nanti?
Walaupun Piala Dunia 2010 lama lagi, apakah persediaan anda untuk menghadapi Piala Dunia 2010 selepas persoalan 32 pasukan layak ke pusingan akhir kejohanan bola sepak terunggul dunia itu terjawab?
Inilah logo Piala Dunia pertama Afrika.
[ Last edited by 93933 at 16-10-2008 12:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
world cup bukan 4 thn skali ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 supernaturalee's post
iye...2006 punye dah lepas
ni untuk 2010 pulak |
|
|
|
|
|
|
|
jap..nak megira dulu nih |
|
|
|
|
|
|
|
cam skang kt KL ialah 12:58PM. manakala kt Johannesburg adalah 6:58AM
so beza beza KL dgn Johannesburg Afrika - 6 Jam..
kira ar agak2.. hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo game pkl 6PM waktu afrika. so kita tgk dorg lwn pkl 12AM ar kan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kazaraf at 28-7-2008 12:59 PM
kalo game pkl 6PM waktu afrika. so kita tgk dorg lwn pkl 12AM ar kan
Ada sesiapa yang akan pergi ke Afrika selatan pada 2010 tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Program Piala Dunia 2010
Disember 2009
- Upacara undian akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang menentukan 32 pasukan yang layak ke pusingan akhir
Demam Piala Dunia mungkin akan melanda seluruh dunia sebaik sahaja selesai teka-teki 32 pasukan ke pusingan akhir terjawab.
Januari 2010
- Lagu-lagu Piala Dunia bakal ke udara di corong-corong radio bagi menghangatkan suasana Piala Dunia
Februari 2010
- Semua aktiviti yang berkaitan dengan Piala Dunia (bola sepak, promosi dan lain-lain) akan bermula
- Piala Dunia akan menjadi perbualan utama di seluruh dunia
- Iklan Piala Dunia akan disiarkan di TV, radio dan media cetak
AMARAN! (Untuk peminat AF) Jika AF8 pada 2010 bermula pada bulan Februari/Mac maka AF8 tidak akan diharamkan |
Mac 2010
- Restoran-restoran tertentu bakal menayangkan kesemua 64 perlawanan secara langsung bola sepak Piala Dunia 2010
Ini merupakan langkah terbaik untuk menghangatkan suasana demam Piala Dunia.
- Stesen-stesen televisyen bakal menyiarkan Piala Dunia 2010 secara langsung
- Pengedar jenama barangan sukan terkemuka bakal mengedarkan poster gergasi jadual perlawanan Piala Dunia 2010
April 2010
- Majalah edisi khas Piala Dunia 2010 bakal berada di pasaran (termasuk jadual perlawanan)
- Orang ramai di seluruh dunia sudah mula menjadikan Piala Dunia sebagai topik utama apabila kejohanan bola sepak terunggul dunia itu bakal berlangsung
Mei 2010
- Bahana Piala Dunia 2010 akan dapat dirasai di seluruh dunia
- Majalah edisi khas Piala Dunia 2010 boleh diperolehi di kedai-kedai buku (termasuk kedai sukan) di seluruh dunia
- Restoran-restoran, warung-warung, gerai-gerai di seluruh dunia telah membuat persiapan menyambut kedatangan Piala Dunia 2010 yang akan bermula 11 Jun nanti
- Laman-laman forum, laman sembang akan menjadi medan perbualan bola sepak Piala Dunia 2010
- Stesen-stesen TV akan menyiarkan Piala Dunia secara langsung
Jun-Julai 2010
- 1hb Jun: Program "Salam Piala Dunia" diperkenalkan bersempena dengan sambutan kedatangan Piala Dunia 2010 yang akan bermula 11hb nanti
- 4hb Jun: Countdown 7 hari menjelang sambutan kedatangan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan
- 10hb Jun: Detik 12 malam nanti menandakan hari pertama Piala Dunia berlangsung
- 11hb Jun-11hb Julai: Piala Dunia FIFA 2010 berlangsung di Afrika Selatan
- 11hb Jun: Orang ramai sanggup berbaris, berebut-rebut atau mencari tempat yang sesuai untuk menonton perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010
- 11hb Jun: Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010. Restoran-restoran, warung-warung dan gerai-gerai serta merata-rata tempat akan bergema dengan sorakan "GOL" (ikut pasukan yang dipilih)
- 11hb Julai: Perlawanan akhir Piala Dunia 2010. Siapakah yang bakal menjuarai Piala Dunia 2010? Sama-sama kita nantikannya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by supernaturalee at 28-7-2008 12:44 PM
world cup bukan 4 thn skali ker?
Piala Dunia kan datang empat tahun sekali. Ia adalah satu perayaan berbentuk pesta bola sepak seluruh dunia setiap empat tahun sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 93933's post
hohohohoho...gile mantap program2 nie |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by alexacarlos at 9-10-2008 06:58 PM
hohohohoho...gile mantap program2 nie
Betul tu. Ini adalah langkah terbaik untuk menghadapi Piala Dunia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|