CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9634|Reply: 22

Paralimpik Beijing 6 Sept 2008: Update - China Ucap Selamat Tinggal -

[Copy link]
Post time 20-8-2008 08:37 AM | Show all posts |Read mode
Tiga acara jadi taruhan pingat


ISMAIL SABRI (tengah) bergambar bersama atlet Paralimpik yang
akan beraksi pada Sukan Paralimpik di Beijing bulan depan.



KONTINJEN Malaysia yang akan beraksi pada Sukan Paralimpik Beijing bermula 6 September depan menyandarkan harapan kepada acara memanah, renang dan powerlifting untuk meraih pingat.

Ketua kontijen negara, Ng Keng Chuan berkata, segala persiapan telah dibuat sejak awal tahun ini.

"Harapan pingat disandarkan dalam acara memanah, renang dan powerlifting.

Ini kerana Malaysia merupakan salah satu daripada enam negara terbaik dunia dalam ketiga-tiga acara tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kem Latihan Pusat Akhir Sukan Paralimpik Beijing oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil semalam.

Keng Chuan berkata, kontinjen paralimpik negara juga pernah mempamerkan persembahan cemerlang pada temasya Sukan Paralimpik Barcelona 1992 dengan memenangi satu pingat perak dan dua gangsa melalui acara powerlifting.

Seramai 19 atlet paralimpik negara kini membuat persediaan terakhir dengan menyertai latihan pusat selama 12 hari bermula semalam sebagai persiapan untuk memburu pingat di Sukan Paralimpik Beijing.

Atlet negara akan mengambil bahagian dalam lima acara iaitu memanah, olahraga, powerlifting, renang dan perahu layar.

Sementara itu Ismail Sabri berkata, dia berharap atlet negara akan berjaya membawa pulang pingat tanpa mengira warnanya daripada temasya tersebut kelak.

Katanya, kerajaan membuat keputusan untuk memberikan insentif berjumlah RM300,000 kepada setiap atlet yang memenagi pingat emas, RM200,000 kepada pemenang pingat perak dan RM100,000 untuk gangsa.

"Pemberian insentif itu diharap mampu membakar semangat atlet untuk berjuang lebih gigih dalam mengharumkan nama negara pada temasya kali ini.

"Cabaran yang bakal dipikul oleh atlet paralimpik adalah besar kerana mereka terpaksa beraksi dalam bulan puasa. Namun saya tahu itu bukanlah menjadi penghalang buat mereka," katanya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


all the best to malaysia contingent - hopefully dapat bawa balik gold medal -
beraksi dalam ramadhan ni - mencabar juga ni pada athletes yang fasting -


[ Last edited by  dexa at 18-9-2008 12:35 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2008 01:12 AM | Show all posts
atlet paralimpik kalo dapat pingat emas dapat sejuta or title datuk/datin tak ?  

bukan apa diorg pun bertanding peringkat antarabangsa apa .. kesian kat diorg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2008 07:00 AM | Show all posts
Kon Fatt mahu tebus kegagalan Amirul

KUALA LUMPUR - Selepas atlet elit normal angkat berat negara, Amirul Hamizam Ibrahim gagal menyumbang emas untuk negara dari Olimpik Beijing, kini beban tugas itu digalas oleh atlet kurang upaya (OKU) yang akan mengalas cabaran Malaysia pada Sukan Paralimpik yang berlangsung di venue yang sama dari 6 hingga 17 September depan.


Atlet OKU dari acara powerlifting, Cheok Kon Fatt yang pernah memenangi pingat perak di Paralimpik Barcelona 16 tahun lepas yakin bahawa beliau masih mampu untuk mengulangi kegemilangannya dengan membawa pulang pingat emas pertama negara dalam pertandingan sukan peringkat tertinggi itu.

"Sekiranya tidak menghadapi masalah dari segi cuaca ataupun pemakanan, saya mampu untuk membuat angkatan yang terbaik," kata Kon Fatt, semalam.

Beliau berkata, persaingan sengit bakal diberikan atlet dari Mesir, Iran dan China yang mempunyai atlet yang bertaraf dunia dalam acara itu.

Kon Fatt kini menjalani latihan lima kali seminggu di Majlis Sukan Negara (MSN) di bawah bimbingan jurulatihnya Jamil Adam dan Ghazali Osman sebagai persiapan terakhir sebelum bertolak ke Beijing.

"Walaupun MSN telah menyediakan kemudahan mencukupi namun saya memerlukan lebih banyak lagi latihan dan pendedahan untuk memperbaiki mutu persembahan," katanya.

Kon Fatt yang akan bertanding dalam kategori Bawah 52 kilogram (kg) berkata beliau tidak mempunyai masalah dalam mengekalkan berat badan dan kini berada dalam lingkungan berat badan yang ideal.

Beliau dengan bersemangat berkata, sasaran angkatan adalah 155 kg dan kini beliau berjaya melakukan angkatan sekitar 145 kg.

Angkatan terbaik yang pernah dibuat olehnya ialah 155 kg semasa di temasya Persekutuan Sukan Kurang Upaya Pasifik Timur (Fespic) di Korea Selatan pada tahun 2002.

- Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2008 07:04 AM | Show all posts
Zul Amirul Sidi tetap buru pingat di Beijing


ZUL AMIRUL SIDI kini berada dalam
kedudukan kelima dunia.


SELEPAS perenang elit negara pulang tanpa sebarang pingat pada Sukan Olimpik XXIX di Beijing, atlet Orang Kurang Upaya (OKU) dalam acara renang, Zul Amirul Sidi Abdullah berazam menebus kegagalan itu dengan membawa pulang satu pingat pada temasya Paralimpik dari 6 hingga 17 September ini.

Zul Amirul Sidi, 36, yang kini berada dalam kedudukan kelima dunia berkata, pengalaman menduduki tempat kelapan pada temasya Paralimpik 2004 di Athens akan digunakan untuk meraih pingat di Beijing.

"Setakat hari ini sasaran utama bagi saya adalah untuk layak bertanding ke peringkat akhir, namun demikian, saya yakin mampu untuk membawa balik satu pingat tanpa mengira warna," katanya semalam.

Pada temasya Olimpik Beijing yang berakhir Ahad lepas, dua atlet elit renang negara, Daniel Bego dan Siow Yi Ting terpaksa berpuas hati dengan sekadar membaiki rekod peribadi masing-masing yang juga rekod kebangsaan tanpa sebarang pingat.

Zul Amirul Sidi yang cacat kaki dan tangan sejak lahir berkata, kegagalan perenang normal di Beijing membakar semangatnya untuk menyumbang pingat dari kolam renang.

Atlet yang berasal daripada Sarawak itu berkata, dia kini menjalani latihan sebanyak dua kali sehari bersama rakan sepasukannya, Yusup Dewa di bawah bimbingan jurulatih May Ang Seok Leng.

Sementara itu, Seok Leng berkata, dia menaruh harapan tinggi kepada anak didiknya untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa.

"Sekiranya mereka mampu untuk memberi tumpuan sepenuhnya adalah tidak mustahil untuk mereka membawa pulang pingat," katanya.

Seok Leng berkata, atlet paralimpik seharusnya diberikan lebih masa untuk membuat persiapan ke temasya sukan OKU terbesar dunia itu.

"Tempoh masa enam bulan persiapan seperti sekarang adalah terlalu suntuk untuk menyediakan atlet. Sebaiknya memerlukan masa empat tahun," katanya.

Atlet renang OKU negara dijadual bertolak ke Beijing pada 31 Ogos ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2008 12:01 AM | Show all posts
Atlit paralimpik Beijing turut diberi insentif

PUTRAJAYA: Atlit Paralimpik XIII Beijing akan menerima insentif kewangan untuk setiap pingat yang dimenangi pada temasya sukan itu.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata ganjaran bagi pingat emas ialah RM300,000, perak (RM200,000) dan gangsa (RM100,000).

"Ini adalah kali pertama tawaran insentif diberikan kepada atlit paralimpik kerana kita mahu atlit paralimpik juga merasai tawaran kerajaan yang tidak pernah membeza-bezakan mereka dengan atlit biasa (normal)," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik XIII Beijing 2008 di Seri Perdana di sini, hari ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2008 11:54 PM | Show all posts
September 02, 2008

1.19 Million Paralympics Tickets Sold

BEIJING, Sept 2 (Bernama) -- More than 1.19 million tickets for the Beijing Paralympics have been sold or given away by September 1, a Game official said here Tuesday morning.


The figure account for about 72 percent of the total 1.65 million Paralympics tickets on sale, XINHUA quoted Zhang Qiuping, director with the Paralympic Games Department of the BOCOG (Beijing Organizing Committee for the Olympic Games), as saying here.

Among those 1.19 million tickets, about 300,000 were free tickets for students, disabled and common citizens said Zhang.

He said the BOCOG had made more seats available at popular sites such as the National Stadium and the National Aquatics Center (Bird's Nest and Water Cube) to which the tickets had been sold out more than a week ago.

The newly added tickets were available for sale on Tuesday at accredited Bank of China outlets and on the official ticketing website of the BOCOG.

Zhang, however, refused to reveal the number of newly added tickets.

The official booking site was jammed because of the overwhelming demand. Delays were about half an hour to buy a ticket Tuesday afternoon.

By Tuesday noon, the newly added tickets for the Water Cube were also sold out, while a number of tickets for the Bird's Nest were still available.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2008 02:06 AM | Show all posts
September 01, 2008

Malaysian Contingent Ready For Beijing Paralympics

By Farhanah Azmi

BEIJING, Sept 1 (Bernama) -- Malaysian athletes are ready for the Beijing Paralympics that begins this Saturday.


"This is the first time that the athletes had such a long training session. They trained for six months and now they are ready for the competition," said the Malaysian contingent chief, Ng Kong Chuan, when met by Bernama.

He was met after attending the flag-raising ceremony at the Paralympics Athletes Village here today.

Also present was Malaysian ambassador to China, Datuk Syed Norulzaman Kamarulzaman.

Beside Malaysia, also honoured at the ceremony were the contingents of Saudi Arabis, Uruguay and Portugal who also checked in today.

The games village will be host to more 7,000 athletes and offcials from 148 countries.

Ng said the arrival five days early of the athletes was for them to be acclimatised to the weather.

Eleven Malaysian athletes will take part in five sports which are archery, swimming, athletics, rowing and powerlifting.

They all arrived here this morning.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2008 08:16 PM | Show all posts
04 September, 2008

Atlet Paralimpik Di Beijing Digalakkan Berpuasa

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Atlet paralimpik negara, yang beragama Islam, digalakkan menyempurnakan ibadah puasa semasa menyertai temasya Sukan Paralimpik, Beijing yang bermula Sabtu ini hingga 17 Sept.


Ketua Unit Hal Ehwal Islam Cawangan Khidmat Pengurusan Majlis Sukan Negara Ustaz Mohammad Hasnol Bakar bagaimanapun berkata atlet dibenarkan tidak berpuasa sekiranya tidak mampu untuk menunaikan ibadat itu terutama ketika beraksi pada cabaran peringkat tinggi dunia.

"Atlet dibolehkan berbuka atas sebab musafir (mengembara lebih daripada dua marhalah) namun demikian mereka perlu mengganti puasa (qada') dengan kadar segera," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai persediaan atlet paralimpik Malaysia yang beragama Islam beraksi di Sukan Paralimpik, temasya sukan orang upaya terbesar di dunia, yang berlangsung dalam bulan Ramadan.

Mohammad Hasnol berkata usaha dan pengorbanan atlet negara berjuang untuk mengharumkan nama negara dengan niat ikhlas melakukannya kerana Allah s.w.t adalah satu jihad yang harus digalakkan pada setiap umat Islam selagi ia tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Daripada 11 atlet negara yang menyertai temasya Paralimpik Beijing tujuh daripadanya beragama Islam iaitu Mohd Raduan Emeari (Olahraga), Sharifah Raudzah Syed Akil (Powerlifting), Al Mustakim Matrin (Pelayaran), Muhammad Salam Sidik, Zulkifili Mat Zin (Memanah), Zul Amirul Sidi Abdullah, Yusup Dewa (Renang).

-- BERNAMA

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

all the best pada athletes paralimpik....
harap dapat buat yang terbaik -

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2008 08:31 PM | Show all posts
05 September, 2008

Beijing Ready For Paralympics, Says BOCOG Official

BEIJING, Sept 5 (Bernama) -- Beijing has braced itself up to the opening of the largest-ever Paralympics on Saturday, Xinhua news agency quoted an official with the Beijing Organizing Committee for the Olympic Games (BOCOG) as saying.


"After seven years of unremitting efforts, preparatory work for the Beijing Paralympic Games has been fully completed," said Wang Wei, also the spokesman of the Beijing Paralympics at a press conference on Friday.

Around 4,000 athletes from 148 countries and regions will participate in 20 sports at the 13th Paralympics from September 6 to 17.

According to Wang, all venues preparations and athletes registration have been completed, and over 178,000 Games-related staff and more than 400,000 volunteers are in place.

Evaluation of the impairment classification for the athletes has completed on Thursday to ensure the "fair play".

Under the principle of "Two Games, Equal Splendor", the host has beefed up its 100-million-U.S.-dollar budget for the Paralympics to further improve its accessible facilities at competition venues, athlete village, airports, public traffic system, hotels, hospitals and scenic spots like the Great Wall and the Forbidden City.

At least one third of all the entrances at every competition venue are wide enough to accept wheelchairs and more than 3,000 barrier-free buses and taxies are put into use.

Meanwhile the Games flames returned Beijing on Friday after eight-day tour in 10 other Chinese cities on two routes and a joint rehearsal for the opening ceremony was successfully held at the Bird's Nest National Stadium on Thursday evening.

Wang said there would be enough seats for more than 2,000 athletes on wheelchairs and other spectators with disabilities, who would attend the opening ceremony.

"We are all set for the exciting moment (of the grand opening) to come and we have confidence to present the world a wonderful Games again," said Wang.

Safety remains top of the organizers' agenda as the strict security measures at the Olympics will be followed at the 11-day Paralympics.

"We will never underestimated any threat and we will first ensure safety of the Games," said Wang.

More than 100,000 officers will be deployed across the city, and security teams will be based at 17 competition venues, 29 training bases and 16 designated hotels.



"While the scale of the Paralympics is much smaller than the Olympics, the number of police on duty across the city will be the same," said Zhu Yijun, a senior police officer with the Beijing Municipal Public Security Bureau.



As tough as the measures are, the policy makers also give full consideration to the disabled.

Police and security check personnel have received trainings on how to deal with people with various disabilities in a bid to respect their independence and privacy, said Zhu.

As the Paralympics approaches, the enthusiasm of the Chinese for sports, which has ebbed after the Olympics, resurges with "the good sales of tickets".

According to Wang Wei, more than half of the total 2.1 million tickets for the Beijing Paralympics competition were sold out, and those to the National Stadium and the Aquatics Center, the two most recognized venues, were the most attracting.

"Originally, it was planned for 1.66 million tickets (in total). The demand is very high. We opened the 3rd tier of the Bird's Nest to the public and so we have 500,000 more tickets to be sold to the public."

According to the official, the price of the tickets, ranging from 80 yuan (US$13) to 30 yuan (US$5), are affordable for the public in China especially for the disabled people.

A person can buy a maximum of 10 tickets at a time after registering their identity information in 10 major Paralympic venues in the host city.

Meanwhile, tickets will be sold at 48 Bank of China branches in Beijing and the official website www.tickets.beijing2008.cn.

In addition, the spectators with disability are allowed to drive their own cars and motorcycles to the venues, where prepared special parking lots for them.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2008 08:33 PM | Show all posts
05 September, 2008
China Set To Host Another Prestigious Games

BEIJING (CHINA), Sept 5 (Bernama) -- After successfully hosting the summer Olympics last month, China's capital city, Beijing, will once again be the centre of attention.


This time, all eyes will be focused on more than 4,000 disabled athletes from all over the world when they compete at the Paralympic Games which will be officially opened tomorrow. The games end on Sept 17.

Dubbed the biggest ever and prestigious games for the disabled, the event will be held at the same venue as the Olympic Games.

With the theme, "One World, One Dream", the Paralympic Games will reflect the essence and the universal values, namely unity, friendship, progress, harmony, participation and dream.

The athletes will be competing in 20 sports -- powerlifting, sitting volleyball, wheelchair rugby, shooting, wheelchair basketball, wheelchair fencing, wheelchair tennis, goalball, boccia, equestrian, 7-a-side football, 5-a-side football, judo, rowing, swimming, cycling, sailing, athletics, archery and table tennis.

At stake there are 472 gold medals.

Of the 20 sports, two will be held outside Beijing, that is, sailing in Qingdao and equestrian in Hong Kong.

Wang Wei, executive vice-president and secretary-general of the Beijing Organising Committee for the Olympic Games (BOCOG), told a news conference at the Main Press Centre here today that the Beijing Paralympic Games would usher in a grand opening.

"We believe that with full support of our government and people, with the aid of the International Paralympic Committee, the media friends from around the world, we can successfully host a high-level Paralympics with distinct features and make new contributions to promoting the Paralympic movement and development of all undertakings," he said.

Wang, who is also the games spokesman, said that as of yesterday, the host had received 3,599 entries from the national Paralympic committees of 148 countries.

Malaysia, which has been participating in the games since 1988 in Seoul, South Korea, is banking on 11 athletes who will compete in five sports -- archery, athletics, powerlifting, sailing and swimming -- here.

Our paralympians clinched Malaysia's first medal in Seoul, through P. Mariappan who won a bronze medal in powerlifting.

They did better in the following Games in Barcelona, Spain, in 1992, winning three medals. Cheok Kon Fatt clinched the silver medal and Mariappan once again grabbed bronze. Another bronze medallist was Mohd Khasseri Othman in athletics.

China, as host, is fielding a strong contingent of 332 athletes, the largest, in this edition of the Games and will compete in all the 20 sports.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2008 10:00 AM | Show all posts
Sarang Burung' kembali bermandikan cahaya




KONTINJEN Malaysia berarak megah di Stadium Sarang Burung Beijing pada upacara pembukaan Sukan Paralimpik, malam tadi.

Lebih 4,000 atlit terbabit dalam temasya yang bermula hari ini dan berakhir pada 17 September.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 01:04 PM | Show all posts
[youtube]_ktVt90c6PQ[/youtube]
Beijing Paralympic Games opening ceremony part7
[youtube]vBYLahldjD8&feature=related[/youtube]
[youtube]Kc17dp63xfw&feature=related[/youtube]
[youtube]O2XvhMWsZaA[/youtube]

[ Last edited by  mamamimi at 7-9-2008 01:22 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2008 05:23 PM | Show all posts

Paralympic gold medallist Hou Bin, of China (centre) hauls himself up to light the
Paralympic cauldron, during the opening ceremony of the 2008 Beijing Paralympic
Games at the National Stadium in Beijing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2008 06:34 PM | Show all posts
07 September, 2008
Rakyat Perlu Beri Sokongan Kepada Atlet Paralimpik

BEIJING, 7 Sept (Bernama) -- Rakyat Malaysia perlu sama-sama memberi sokongan moral kepada atlet Paralimpik negara sama seperti yang diberikan kepada atlet normal, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah.


"Saya harap semua rakyat Malaysia dapat lihat melalui majlis pembukaan rasmi Sukan Paralimpik semalam. Mereka memberi keutamaan kepada penglibatan orang kurang upaya (OKU). Bukan sahaja atlet tetapi juga penyanyi dan penari.

"Kita yang normal ini sepatutnya buat lebih kepada mereka. Saya rasa dalam keadaan ini, kitalah yang cacat. Sebab kita tidak nampak OKU ni...kalau kita tak dapat bantu, tak tahulah," katanya kepada Bernama.

Jeanne, yang juga penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), hari ini mengadakan perjumpaan dengan atlet-atlet Malaysia di Perkampungan Sukan Paralimpik di sini.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob, Duta Malaysia ke China Datuk Syed Norulzaman Kamarulzaman, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ab Hakim Borhan dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong.

Menyentuh persediaan atlet Paralimpik negara, Jeanne berkata semua atlet negara sudah bersedia menghadapi saingan pada temasya Paralimpik kali ini.

"Saya rasa mereka begitu fokus bila berada di sini. Perdana Menteri pun melihat atlet-atlet Paralimpik kita ini sangat bersemangat. Mereka sanggup berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

"Walaupun tak mahu letak sasaran kerana tidak mahu beri tekanan kepada atlet. Pak Lah (Perdana Menteri) kata atlet Paralimpik kita juga boleh menaikkan nama Malaysia di Sukan Paralimpik," katanya.

Ketibaan isteri Perdana Menteri dan rombongannya ke blok penginapan atlet Malaysia dalam Perkampungan Sukan itu disambut oleh ketua kontinjen Malaysia Ng Keng Chuan.

Pada pertemuan itu, Jeanne menyampaikan ucapan selamat maju jaya Perdana Menteri kepada atlet-atlet itu.

Jeanne diberi penerangan mengenai persiapan atlet oleh setiap jurulatih.

Seramai sembilan atlet Paralimpik negara tinggal di Perkampungan Sukan, sementara dua lagi atlet perahu layar, Al Mustakim Matrin dan Loke Sin Ying berada di Qingdao.

Walaupun beberapa acara sukan telah berlangsung hari ini, namun atlet-atlet negara hanya akan memasuki gelanggang bermula esok.

Jeanne turut melawat kemudahan-kemudahan mesra OKU yang disediakan penganjur dalam kawasan Perkampungan Sukan dan berpuas hati dengan persediaan itu.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2008 06:38 PM | Show all posts
Zul Amirul mara ke pusingan akhir kuak lentang

BEIJING: Perenang paralimpik negara, Zul Amirul Sidi Abdullah melayakkan diri ke peringkat akhir acara kuak lentang lelaki S5 di temasya Sukan Paralimpik di Pusat Akuatik Nasional di sini hari ini.


Zul Amirul, 26, mencatat masa 42.74 saat, kelima terpantas pada peringkat saringan.

Beliau memperbaiki catatan masa 42.87s yang dilakukannya di Sukan Para Asean ke-4 di Korat, Thailand, awal tahun ini.

Di peringkat akhir, Zul Amirul akan bersaing antaranya dengan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Athens, He Junquan, dari China.

Pada peringkat saringan hari ini, He mencipta rekod baru dunia dengan catatan 35.04s.

Akhir acara kuak lentang S5 akan berlangsung pada pukul 6.41 petang (waktu tempatan). Acara renang di Sukan Paralimpik yang masuk hari kedua hari ini menawarkan 18 pingat emas. - Bernama


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

all the best  zul -

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2008 05:28 AM | Show all posts
Zul Amirul terkilan gagal raih pingat

BEIJING - Hanya air mata mengiringi kekecewaan perenang Paralimpik negara, Zul Amirul Sidi Abdullah, 26, (gambar kecil) selepas gagal meraih pingat pada peringkat akhir acara kuak lentang lelaki S5, Sukan Paralimpik Beijing 2008 di Pusat Akuatik Nasional di sini, malam tadi.


"Saya sendiri terkilan dengan apa yang berlaku pada diri saya. Ini bukan berpunca daripada kesilapan jurulatih saya. Apa boleh buat, ia silap saya. Bila sudah masuk ke peringkat akhir, macam-macam perkara bermain di fikiran.

"Saya minta maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana saya gagal meraih pingat untuk negara," katanya sambil air mata berlinang menahan rasa sebak.

Bagaimanapun, menurutnya beliau berpuas hati dengan catatan masa yang dilakukan di sini.

Pada saingan peringkat akhir malam tadi, Zul Amirul mencatat 42.94 saat berbanding 42.74 saat yang dicatatnya pada peringkat saringan di sebelah pagi.

Ketika di peringkat saringan, beliau turut memperbaiki catatan 42.87s yang dilakukan di Sukan Para ASEAN ke-4 di Korat, Thailand awal tahun ini.

Pingat emas acara ini dimenangi atlet dari Brazil, Daniel Dias dengan catatan 35.28 saat, 0.15 saat lebih pantas daripada juara bertahan, perenang tuan rumah, He Jungquan yang mencatat 35.43s untuk pingat perak manakala gangsa menjadi milik Zsolt Vereczkei dari Hungary dengan 38.78s.

Malaysia mempunyai satu lagi peluang untuk menebus kekecewaan di Pusat Akuatik Nasional itu melalui seorang lagi perenang, Yusuf Dewa yang akan beraksi pada 15 September ini melalui acara 50m gaya bebas lelaki S6.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2008 10:31 PM | Show all posts
Paralimpik: Raduan baharui rekod Para ASEAN, kebangsaan
09/09/2008

BEIJING 9 Sept.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 12:10 AM | Show all posts
Paralimpik Beijing: Lee Chan raih gangsa untuk negara
10/09/2008

BEIJING, 10 Sept. – Atlet powerlifting negara, Siow Lee Chan menamatkan kemarau pingat selama 16 tahun buat negara pada temasya Sukan Paralimpik Beijing 2008 apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori bawah 56kg wanita hari ini.

Lee Chan, 37, berjaya membuat angkatan seberat 95kg, yang mengatasi pencapaian beliau ketika Sukan Paralim pik Athens 2004 dan Sukan Para ASEAN ketiga di Manila pada 2005 dengan angkatan seberat 92.5kg.

Kejayaan beliau turut disaksikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, yang juga penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).

Pingat emas menjadi milik Fatma Omar dari Mesir yang melakukan angkatan seberat 141.5kg yang merupakan rekod paralimpik dan rekod dunia, sementara pingat perak menjadi milik atlet dari Rusia, Irina Kazantseva dengan angkatan seberat 97.5kg.

“Sangat sangat teruja, sangat mencabar. Saya berpuas hati dengan keputusan ini. Saya tidak fikir terlalu banyak. Saya akan terus berlatih powerlifting dan mencuba yang terbaik untuk mencapai keputusan lebih baik,” kata Lee Chan pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian pingat yang diadakan di gimnasium Universiti Aeronautik dan Astronautik Beijing. – Bernama


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

syabas dan tahniah lee chan -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 11:28 PM | Show all posts
11 September, 2008

Mohd Salam, Zulkifli Kecundang Di Arena Memanah

Daripada Farhanah Azmi

BEIJING, 11 Sept (Bernama) -- Kemaraan atlet negara dalam acara memanah recurve lelaki W1/W2 pada temasya Sukan Paralimpik ke-13 tersekat apabila kecundang kepada lawan masing-masing pada pusingan penyingkiran kedua hari ini.


Mohd Salam Sidik, pemain ranking kelapan kejohanan, tumpas di tangan pemain ranking kesembilan Jung Young-joo dari Korea Selatan 94-106, manakala Zulkifli Mat Zin pula tewas di tangan pemanah tuan rumah, Cheng Changjie (ranking kelima) 103-108.

"Mula-mula saya tidak merasa tekanan tetapi bila masuk separuh kedua, saya hilang fokus bila anak panah tidak menggena sasaran dengan tepat.

"Pada Ends terakhir, saya cuba untuk mengejar semula tapi tidak boleh. Masa anak panah kedua terakhir (ke-11) saya dah hilang fokus," kata Mohd Salam ketika ditemui Bernama selepas pertandingan di Gelanggang Memanah Olimpik.

Pada enam anak panah pertama, Mohd Salam ketinggalan tiga mata, 47-50. Beliau cuba mencari rentak dan berjaya menambah 27 mata dengan mendapat dua kali mata penuh (10's), manakala Jung menambah 28 mata.

Bagaimanapun pada tiga anak panah terakhir, beliau hilang tumpuan dan hanya mampu manambah 20 mata berbanding Jung yang melakukan bidikan konsisten untuk memenangi pusingan itu dengan 106 mata.

Sementara Zulkifli pula memberikan saingan yang kuat kepada pemain ranking kelima kejohanan itu, namun nasib tidak menyebelahi beliau kali ini.

"Perlawanan tadi memang mempunyai tekanan yang kuat tapi saya cuba yang terbaik buat diri saya dan juga negara. Nasib tidak menyebelahi saya.

"Saya tidak berapa puas hati dengan keputusan yang saya perolehi. Saya terpaksa bekerja lebih keras lagi pada masa akan datang untuk menebus kembali kekecewaan saya itu," katanya, sambil menambah prestasi pada Sukan Paralimpik Beijing jauh lebih baik daripada penampilan pertama beliau empat tahun lepas di Athens.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2008 11:33 PM | Show all posts
11 September, 2008 22:08 PM           

Perlumbaan Ditunda Akibat Keadaan Angin

BEIJING, 11 Sept (Bernama) -- Perlumbaan ketujuh acara perahu layar Sukan Paralimpik ke-13 terpaksa ditunda kerana angin yang terlampau perlahan.


"Sepatutnya ada dua perlumbaan hari ini. Disebabkan angin bertiup terlampau perlahan, perlumbaan ditunda sehingga esok. Mengikut jadual, sebanyak tiga perlumbaan akan dijalankan esok," kata ketua jurulatih kebangsaan Mohamed Fauzi Mohamed Mustafa ketika dihubungi Bernama.

Acara perahu layar pada temasya Sukan Paralimpik dijalankan di Pusat Pelayaran Olimpik di Qingdao yang terletak dalam Wilayah Shandong.

Menyentuh mengenai prestasi semasa atlet selepas enam perlumbaan, Mohamed Fauzi berkata pelayar-pelayar Paralimpik negara telah mempamerkan prestasi yang membanggakan.

"Walaupun hanya empat bulan membuat latihan sebelum menyertai Sukan Paralimpik ini, mereka telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Mereka mampu memberi saingan yang hebat kepada peserta-peserta yang lebih berpengalaman dari negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

"Penyertaan mereka juga mendapat pujian daripada jurulatih-jurulatih negara pesaing. Mereka tidak menyangka dengan tempoh latihan yang tidak lama, pelayar negara mampu bersaing dengan baik," katanya.

Selepas enam perlumbaan, Loke Sin Ying dan Al Mustakim Matrin yang bertanding dalam acara Keelboat dua peserta kini menduduki tempat ketujuh daripada 11 negara dengan mengumpul 32 mata daripada enam perlumbaan.

Pendahulu perlumbaan setakat ini ialah pasangan pelumba Amerika Syarikat -- Nick Scandone dan Maureen McKinnon Tucker dengan tujuh mata.

Sementara itu, setakat pukul 8 malam (waktu tempatan), tuan rumah China mendahului jumlah pungutan pingat keseluruhan dengan 32 pingat emas, 37 perak dan 26 gangsa. Great Britain mengekori dengan 25 emas, 13 perak dan 14 gangsa dan Amerika Syarikat di tempat ketiga dengan 18 emas, 12 perak dan 14 gangsa.

Malaysia berkongsi kedudukan di tempat ke-57 keseluruhan dengan lapan negara lain di mana masing-masing memperoleh satu pingat gangsa.

Esok, sebanyak 54 pingat emas dipertaruhkan pada hari keenam temasya Sukan Paralimpik ke-13. Daripada jumlah itu, acara olahraga menawarkan jumlah pingat emas terbanyak iaitu 18 pingat emas, diikuti renang (16) dan lumba basikal lebuh raya (15).

-- BERNAMA
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


kalau lah malaysia dapat pingat emas or any other pingat lagi
bagus sangat -

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.141400 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list