|
Permohonan fasakh menantu Rais Yatim didengar 19 September
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini menetapkan 19 September ini bagi sebutan semula permohonan fasakh Riza Ainurin Ramlan, 24, menantu Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Hakim Syarie Mohd Yunos Mohamad Zin menetapkan tarikhberkenaan setelah mendengar permohonan peguam syarie Roslizam Rahim,yang mewakili Riza Ainurin, bahawa pihaknya gagal menyerahkan surat saman kepada Dino Rais, 30.
Roslizam juga memberitahu mahkamah bahawa sudah dua kali pihaknya cuba menghantar surat saman itu, iaitu pada 28 Ogos dan 29Ogos lalu, tetapi tidak berjaya kerana Dino tiada di rumah pada hari berkenaan.
Riza Ainurin, yang kini mengandung lapan bulan anak sulung dan tidakbekerja, memfailkan permohonan fasakh pada 15 Ogos lalu.
Dino Rais yang bekerja sebagai perunding teknologi maklumat adalah anak kedua kepada Rais.
Dino berkahwin dengan Riza Ainurin pada 10 November tahun lalu.- Bernama
[ Last edited by Syd at 3-9-2008 05:17 PM ] |
|