View: 2387|Reply: 18
|
Dayang sertai artis antarabangsa
[Copy link]
|
|
HARIAN METRO
Khamis, 11 September 2008
Dayang sertai artis antarabangsaOleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
Usaha ini sedang berjalan dan ada antara artis terbabit sudah merakamkan lagu dihasilkan.
Agak membanggakan apabila penyanyi tempatan Dayang Nurfaizah Awang Dowty atau Dayang turut terbabit bersama artis negara lain antaranya pemenang anugerah Latin Grammy 2007 dari Brazil, Daniela Mercury; bintang yang menyumbangkan suara di pembukaan sukan Olimpik Beijing, China, Wei Wei; penyanyi filem popular India, Soni Niigam dan Ruth Sahanaya dari Indonesia.
Penyanyi bertaraf antarabangsa lain yang sudah memberikan pengesahan menyertai projek mega ini Liroy dari Poland, The Blendz (Jepun), Kevin Johanssen dan Abel Pintos (Argentina) juga Bnegao dan Black Alien dari Brazil.
Sebagai penyanyi yang hampir 10 tahun membabitkan diri dalam industri muzik tempatan, Dayang berasakan pemilihannya menjayakan album terbabit sebagai satu penghormatan.
Ditemui di majlis berbuka puasa bersama anak yatim di restoran Bora Ombak anjuran Shapemaster Assisted Exercises baru-baru ini, Dayang akui pembabitannya dalam album yang bakal dipasarkan Mac 2009 ibarat mimpi menjadi kenyataan.
“Segalanya bermula daripada emel yang saya terima dari pihak Rob. Saat permulaan diberikan tawaran ini saya seperti tidak percaya. Maklumlah sebelum ini pun ada juga tawaran serupa tetapi ia seperti hangat-hangat tahi ayam.
“Pada mulanya mereka menunjukkan kesungguhan, tetapi apabila kerja sudah dilakukan ia tidak berlaku seperti apa yang diharapkan. Ada antara projek kononnya mahu mengetengahkan bakat saya ke negara luar terbengkalai di tengah jalan.
“Bagi memastikan pisang tidak berbuah dua kali, pengurus saya menghubungi mereka kembali dan bertanyakan pelbagai soalan. Bagusnya, mereka cukup profesional walaupun ada antara pertanyaan diajukan tidak masuk akal.
“Saya faham pengurus saya bertindak demikian kerana mahu memastikan album yang mahu dihasilkan ini benar-benar wujud dan saya tidak dipergunakan di kemudian hari,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai tawaran itu, jelas Dayang dia harus mengucapkan terima kasih kepada Ruth Sahanaya dan pengurusnya yang mencadangkan namanya kepada mereka
“Perkara ini saya tahu selepas pihak pengurusan saya dapat bercakap sendiri dengan Rob. Bagusnya mereka begitu profesional kerana sebelum memberikan tawaran segala maklumat diperlukan membabitkan kerjaya seni saya, pencapaian dan kemampuan bakat sudah mereka ketahui.
“Bagaimanapun ada sedikit rasa terkilan di hati kerana tidak berpeluang merakamkan lagu di Madrid, Sepanyol seperti dilakukan Wei Wei, Sonu Niigam dan Ruth Sahanaya kerana tawaran datang pada saat saya sibuk dengan pelbagai aktiviti,” katanya.
Kesibukan dengan jadual harian juga menyebabkan Dayang terpaksa melakukan segala proses rakaman sendirian di sini. Lagu dihantar menerusi emel dan dia sendiri terpaksa bertindak sebagai penerbit.
“Walaupun begitu saya melihat ia dari sudut positif. Sebelum ini segala kerja rakaman dipantau penerbit tetapi untuk album ini saya melakukan semua kerja.
“Pengurus saya memastikan segala urusan berjalan lancar dan saya memastikan kerja rakaman dilakukan dengan sempurna. Banyak perkara dapat saya belajar daripadanya dan selepas ini mungkin saya mampu menerbitkan album sendiri.
“Saya merakamkan lima lagu dan semua dinyanyikan dalam bahasa Melayu. Itu yang mereka mahukan. Dua lagu single iaitu Lately ditukar kepada Tanpa Mu dan My Heart menjadi Mimpiku.
“Payah juga apabila terpaksa mengubah liriknya, namun menurut Rob setiap perkataan tidak semestinya sama makna namun, yang penting maksud lagu itu sampai.
“Saya turut difahamkan antara tujuan projek ini bagi membuktikan kepada masyarakat dunia muzik tidak pernah meminggirkan bahasa dan bangsa,” katanya.
Majlis pra pelancaran album dihasilkan akan diadakan pada Januari depan di Madrid, Sepanyol dan semua artis terbabit akan berada di sana. Sementara album akan diedarkan di seluruh dunia pada Mac.
Kata Dayang, mengikut perancangan album ini akan dikeluarkan dalam dua versi. Pertama menampilkan lagu nyanyian bersama semua penyanyi terbabit sebagai single pertama dan satu lagi album diambil daripada setiap lagu dendangan setiap artis.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lanjut mengenai projek bersejarah bagi industri muzik dunia ini boleh layari lawan web www.globalonemusic.com dan semua keterangan dan latar penyanyi boleh diperoleh di sana. |
|
|
|
|
|
|
|
meletup dayang...harap nye projek ni menjadi ler |
|
|
|
|
|
|
|
Kenal nama Ruth Sahanaya je
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pulak Dayang terbitkan sendiri lagu
Kenapa sebelum ni tak buat sendiri ?
|
|
|
|
|
|
|
|
ruth mmg mengagumi Dyg sejak dulu lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang Nurfaizah
Dayang Nurfaizah's effortless rendering of ballads and difficult, high-pitched songs have earned her numerous awards and have managed to boost her popularity to the likes of our top Malaysian divas. Dayang Nurfaizah has sung alongside the best and has held her head up high with her undeniable talent.
Yet, this pint-sized, humble girl from Kuching, Sarawak oozes charisma and charm with her deep, husky voice and smile that manages to melt anyone抯 heart. Dayang Nurfaizah shines in her element. Her forte, R&B, has seen her singing songs from Beyonce to Alicia Keys and her mesmerizing vocals have delighted her audience, near and far. Always singing to packed crowds has boost her confidence and her growing experience in the industry is seen in her self-financed fourth album, DAYANG SAYANG KAMU and subsequently KASIH. Dayang recently released her latest album, DAYANG 20 07 which earned rave reviews. Here, we witness excellent control of her strong, clear vocals |
|
|
|
|
|
|
|
ANOTHER MILESTONE IN THE GROUNDBREAKING GLOBAL ONE
MULTINATIONAL PROJECT – KUALA LUMPUR ADDS IT’S DISTINCTIVE
MARK!
We are delighted to announce that Dayang Nurfaizah, whose incredible vocal
range has earned her numerous awards marking her as one of Malaysias top
pop divas, has recorded a collection of 5 songs for the Global One music Project
together with Daly one of the movers of the powerful ‘dikir’ music scene.
The recording took place in Kuala Lumpur in August this year. During a series of
intense energy filled sessions Dayang recorded all 5 songs for the Global One
Project: Lately, My Heart, In the Room, In My Head, Tossin`n`Turnin. Two of five
songs (Lately and Tossin`n`Turnin) have been recorded together with Daly, the
Malaysian rapper and a member of AhliFiqir group.
“I am so happy to join Global One Project, I fully support their philosophy of
exploring the power of music together with uniting people through the common
language of music with all my heart” – said Dayang Nurfaizah after the recording.
Global One is a worldwide initiative to record songs with local muti-platinum
selling artists in their own languages in over 20 countries spanning 5 continents
around the world. The songs will be released on a double CD compilation. CD1
will feature domestic and international (English) versions of the collection of
Global One songs as well as selected other language versions and some of the
multi language mega-mixes. CD2 will be a compilation featuring some of the
biggest hits from each of the artists who are involved in the project.
Charlie Dilks (the Chief Operating Oficer of Global One and responsible for A&R)
added “We are delighted to have such a great contribution from Dayang and
Daly. Global One is founded and built on the idea of the best in the world from all
around the world. We have proved this is possible, and hope this album will be a
landmark in showcasing the best from around the world to the world.”
The album is to be released through key record companies in all of the countries
around the globe.
Global One album will be released in March 2009.
Visit the Global One web site for the most up to date information and news on all
the stars from around the world and the development of Global One.
www.globalonemusic.com |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tweetytweety at 11-9-2008 12:51 PM
HARIAN METRO
Khamis, 11 September 2008
Dayang sertai artis antarabangsaOleh Rudy Imran Shamsudin
[email protected]
Usaha ini sedang berjalan dan ada antara artis terbabit sudah merakam ...
Majlis pra pelancaran album dihasilkan akan diadakan pada Januari depan di Madrid, Sepanyol dan semua artis terbabit akan berada di sana. Sementara album akan diedarkan di seluruh dunia pada Mac.
nak itot!!! |
|
|
|
|
|
|
|
dayang punya version dah masuk dalam megamix...
http://www.globalonemusic.com/
for now, dayang nyanyi part yg last sekali lepas ruth sahanaya...
kusentiasa berdoa kita kembali bersama
apa gunanya hidup ini tanpa cintamu...
tanpamu~~
cintamu... yeah~yeah ohhh~ cintamu...
ohhh yeaahhh tanpa cintamu... uhuuu...
tanpa, cintamu...
oh~oh... tanpa cintamu, tanpa cintamu ...
----------
dayang spt biasa nyanyi lagu tu style dia sendiri... lain daripada yg lain...
[ Last edited by male30plus at 10-11-2008 09:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
lmbt lgk nk kuar nih.hrp nye promosi melatop.ni la kot kejutan thn dpn yg dayang bg tau dlm JTL kot? |
|
|
|
|
|
|
| |
|