View: 4805|Reply: 50
|
saket kepala yang amat sangat...
[Copy link]
|
|
aku asik rasa otak kanan aku berdenyut2..saket sangat...kedudukan betul2 atas telinga(sejengkal dari telinga).
Bile aku pikir banyak sket kepala belah kanan aku bedenyut2...runsing sket berdenyut..nape ek..
aku x suke saket2 nih...huhuuuu..banyalk aku lom study lagih..tolong~ |
|
|
|
|
|
|
|
aku x migraine..kalo migrain keseluruhan belah kanan kan?
tp ni satu part jee....sejengkal dari telinga..kirenye area orang perempuan botak...slalu perempuan botak kat part tu laaa....tapi harap2 aku x botak la..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
aku xtau sangat bab sakit kpala ni..aku cdangkan ko p jumpa dktor cepat sblum ia mrebak lgi truk..![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
mcm taw jek...ta jauh dr telinga kan.... saket oooo...picit2 or tekan2 ngan ujung jari jek ![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 sunshine66's post
pi la jumpa doktor..
benda2 kesihatan ni kena check fizikal bukan bulih tanya dlm forum je..
mencegah lebih baik dari mengubati..![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bf aku slalu sakit kpala..
mkn panadol xjalan pon
pastu susah die nk stadi
byk kali soh g jmpe dkto, die xmo..
haritu die g jmpe dkto,
dkto kta die stress,
tp bile xstress pon die sakit kpala jugak
dkto bg ponstan n
die refer bf aku tu g neurologist 1dis ni
kene la tggu..
so aku rsa, bek ko cek je dkto, dr menahan sakit yg xtau sbb
atleast bile ko tau sbb ko leh la elak, leh mkn ubt ke ape |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 sunshine66\ catat
ada drh beku kot..... xpun ada ketumbuhan.....baik gi periksa.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 sunshine66\ catat
saya biasanya kalau tension @ stress kerja atau terlalu banyak berfikir akan sakit kepala macam tu..
sebab kalau ikut fungsi otak, kita menggunakan otak kanan untuk berfikir/perkara berfakta... sementara otak kiri untuk kerja-kerja seni/kreatif/imaginasi... yang paling baik adalah menggunakan kedua belah otak dalam kehidupan seharian... ada test yang boleh kita buat untuk tengok sejauh mana kita menggunakan fungsi kedua belah otak...
sebagai student mungkin sunshine stress berfikir... kalau sakit tu keterlaluan, u better buat medical check-up...![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
aku plak sakit bahu ni. xsabar nak balik umah mak nak dok kat kerusi ogawa, ble urut2 manja.
sori..off topic. hehe..![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
SAKIT KEPALA
Sakit kepala adalah gejala yang paling biasa di dalam kebanyakan penyakit. Adalah penting untuk mengenalpasti punca sakit kepala dan belajar untuk menanganinya, supaya sakit dapat dikurangkan.
Jenis-jenis Sakit Kepala
1. Sakit Kepala Yang Tegang
Ia merupakan bentuk sakit kepala yang paling biasa. Ia merupakan sakit kepala yang berterusan dan yang meneruk pada waktu pagi. Sakit terhasil dari pengecutan berterusan otot-otot pada bahagian kepala dan leher yang menyebabkan rasa berat pada dan di belakang leher. Pesakit terasa seperti adanya pemberat di kepala atau pita di sekeliling kepala. Biasanya, stres dan kegelisahan dikaitkan dengan sakit kepala jenis ini. Selain daripada sakit semasa pemberian tekanan pada otot di leher, pemeriksaan-pemeriksaan lain adalah normal.
2. Migrain
Ia merupakan sakit kepala yang tenat dan yang berpanjangan sehingga 6-24 jam. Ia diklasifikasikan kepada dua jenis.
v Migran klasik - Sakit kepala dengan kehilangan selera makan, mual dan muntah, yang didahlui oleh "aura" - kesan visual seperti pancaran petir, perasaan mencucuk dan perubahan fikiran.
v Migran biasa - lebih kurang sama kecuali tiada kehadiran.
v Bentuk migran lain yang lebih jarang
Migrain biasanya didapati di kalangan 5% populasi. Kebanyakan pesakit mendapat serangan pertama mereka sebelum berumur 30 tahun. Sakit kepala ini biasanya berlaku pada sebelah kepala tetapi kerap kali menyeluruh, dan berlaku kurang dari sekali dalam sebulan.
3. Sakit Kepala Berkelompok
Ia mengakibatkan sakit menikam yang tajam yang menumpu pada sebelah mata. Biasanya pesakit akan terjaga dengan sakit kepala ini dalam beberapa jam sahaja selepas tidur. Gejala-gejala seperti keluarnya air mata, kelopak mata yang melentok dan hidung berhingus mungkin juga hadir. Jangkamasa serangan adalah biasanya pendek, selama 30-90 minit.
4. Sakit Kpala Disebabkan Oleh Penyakit Yang Memberi Kesan Terhadap Salur-salur Darah
Ini adalah disebabkan oleh kesan salur-salur darah di dalam tengkorak, misalannya pendarahan, gumpalan darah, kelemahan dan penipisan dinding pada salur-salur darah dan tekanan darah yang tinggi.
5. Penigkatan Tekanan Pada Otak
Tekanan di dalam kranium mungkin ditingkatkan oleh ketumbesaran, bengkak bernanah, keradangan selaput otak dan kecederaan dengan pembengkakkan pada otak.
6. Keradangan Pada Selaput Otak
Ia mungkin dihubungkan dengan rasa mual dan sakit atau kekakuan pada leher.
7. Sakit Kepala Selepas Dilanggar Pada Bahagian Kepala
Ini mungkin menunjukkan kerosakan yang serius seperti tengkorak yang patah atau pendarahan dalaman.
8. Penyakit Pada Tengkorak Atau Pada Rongga Tulang (Sinus)
Penyakit seperti sinusitis, tengkorak yang patah dan tumor tulang boleh menyebabkan sakit kepala.
9. Penyakit Telinga
Penyakit-penyakit telinga yang tertentu boleh menyebabkan sakit kepala.
10. Penyakit-penyakit Mata Dan Orbit
Tumor orbital dan glaukoma (peningkatan tekanan dalam mata) boleh menyebabkan sakit kepala.
11. Punca Toksik Dan Metabolik
Jangkitan dengan demam, aras gula yang rendah dalam darah dan rasa kurang senang selepas memiium arak, juga boleh menyebabkan sakit kepala.
Faktor-faktor Pencetus
v Stres
v Corak tidur yang berubah
v Alkohol
v Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
v Cahaya yang terang
v Kelaparan
v Makanan-makanan tertentu, contohnya wain, coklat
v Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
v Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
v Ubat-ubat tertentu - runding dengan pegawai farmai anda
v Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
v Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap
Pengendalian
Mengelakkan dari faktor-faktor yang merangsangkannya
v Ambil ubat penahan sakit yang mudah (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
v Sakit kepala Sinus - Ambil ubat antihistamin atau yang melegakan penyumbatan hidung (runding dengan doktor ataupun pegawai farmasi anda).
v Letakkan tekanan yang panas pada bahagian sinus.
Ingat untuk berjumpa dengan doktor jika
v sakit kepala tidak dilegai oleh penjagaan kendiri yang mudah.
v Sakit kepala hadir bersama demam, kekakuan pada leher, masalah penglihatan dan perubahan keperibadian ataupun jika ia berlaku selepas kecedaran di bahagian kepala.
v Sakit kepala yang berulang-ulang dan bertambah tenat.
Tabiat Baru
v Belajar untuk beristirehat
v Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.
v Senam selalu dan jadilah bertenaga.
v Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
v Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
v Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
v Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
v Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
v Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.
Perubahan dalam gaya hidup boleh melegakan atau menghapuskan kebanyakan dari sakit kepala yang biasa.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 akusetia's post
deknon..g jumpa dokter..
or..tk cukup rest nih...g lah berehat..bermeditasi ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 liyana_nahar's post
nokss..post u semua clust2..nanti ai suh momod gurl kasi u kedit byk2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 freekey's post
opkos lah dia pilih u..ai apa ada...![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nyah..ko pk pasal sepupu ko kawen dengan orang kaya tu selalus angat.. tu yang sakit kepala tu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 sayang_mulut's post
kan!!!
nokss..rindu lah kat u..bila nak gegeli.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|