CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14792|Reply: 85

Bush dibaling kasut di Iraq - Update: wartawan dibebas isnin ni!!

[Copy link]
Post time 15-12-2008 01:28 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by amazed at 11-9-2009 07:40
Bush dibaling kasut di Iraq
15/12/2008 12:44pm


http://www.utusan.com.my/utusan/ ... erkini&pg=bt_07.htm

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Arab membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq semalam.

Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang media bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya berteriak dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.

Bush menundukkan kepala dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin manakala kasut kedua tersasar dari sasaran.

Muntazer segera dijatuhkan oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu. - AFP


VIDEO

http://cosmos.bcst.yahoo.com/up/ ... ch=4226716&src=news

kesian Bush

[ Last edited by  amazed at 1-2-2009 07:56 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 01:33 PM | Show all posts
padan muka ko bush......!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 01:41 PM | Show all posts
semoga bush dapat balasan yang lebih dari ini..yang lebih setimpal dgn perbuatan nya!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 02:04 PM | Show all posts
hehehehee... padan muka bush..
pasnie nuri 2 mesti kena tahanan cia..hehehee
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 02:16 PM | Show all posts
hihihi di tayangkan berulang kali kat CNN.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 02:23 PM | Show all posts
hehe... balik umah report kat wife dia.. "td abg kena mkn kasut ngan org arab la yang", wifenye berkata "padan muka, yg attack iraq dulu sapa surh"...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2008 02:23 PM | Show all posts

Reply #5 abgboroi's post

adakah kita masih sempat ketawa dah gelak besar atas segala derita anak2 kecil dan wanita di Iraq hasil tangan celaka bush dajal ini?  moga Allah menimpakan laknat dan bencana kepada puak2 kafir yang terlalu jahat seperti bush ini.... :@
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 02:29 PM | Show all posts
tabik lah wartawan arab...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2008 02:45 PM | Show all posts
wartawan Malaysia berani buat mcm tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 02:52 PM | Show all posts
balingan xtepat...haha
tapi rase kan bush anjing
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 09:32 PM | Show all posts

http://uk.youtube.com/watch?v=dmt2_wyDKJI

Lawatan Bush ke Baghdad dilempar dengan kasut

http://www.bharian.com.my/Curren ... 81215200631/Article

BAGHDAD: Seorang wartawan televisyen Iraq melemparkan kasut kepada Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan memanggilnya 'anjing' pada satu sidang akhbar di Baghdad semalam.

Tindakan luar kawalan wartawan terbabit, Muntazer al-Zaidi menyebabkan pegawai keselamatan Iraq dan ejen khidmat rahsia Amerika Syarikat terkejut.

Mereka terus meluru ke arahnya dan menariknya menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dia dibawa keluar dari bilik Bush bersama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki mengadakan sidang akhbar.

Bagaimanapun kasut berkenaan tidak mengenai sasaran. Bush sempat mengelak ketika berdiri di sebelah Maliki dan terkena dinding di belakangnya manakala satu lagi kasut terkena bendera Amerika Syarikat dan Iraq.

Bush hanya tersenyum tapi jelas nampak tidak selesa dengan keadaan itu.

“Saya langsung tak kisah,” kata Bush sambil meminta semua bertenang berikutan kekecohan tercetus di bilik persidangan itu.

Ketika ditanya mengenai kejadian berkenaan selepas itu, Bush berkata “saya tidak berasan terancam dengan kejadian berkenaan. Jika anda mahukan fakta, kasut itu mempunyai saiz 10,” katanya.

Beberapa wartawan Iraq lain memohon maaf bagi pihak rakan mereka itu yang dikenali sebagai pemberita sebuah televisyen.

Bush tiba di Baghdad kelmarin sebagai lawatan selamat tinggal sebelum beliau mengakhiri tugas sebagai presiden Januari ini. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 09:34 PM | Show all posts
A journalist who threw shoes at George Bush is being questioned over the incident, Iraqi officials have said.


http://news.sky.com/skynews/Home ... sh%2C_Is_In_Custody

US President had to duck to avoid being hit by a shoe

Muntadar al Zeidi is facing interrogation over whether he was paid to interrupt the US President's news conference in Baghdad.

The reporter, who works for the Al Baghdadia channel which broadcasts from Cairo, is also being tested for alcohol and drugs.

The reporter jumped up as Mr Bush was speaking alongside the Iraqi prime minister Nuri al Maliki on Sunday.

He shouted, "It is the farewell kiss, you dog," before throwing two shoes.

The first hit the US and Iraqi flags behind the leaders after Mr Bush ducked. The second was off target.

The reporter was immediately wrestled to the ground by security guards and marched out of the room.

Zeidi's employers described him as a "proud Arab and an open-minded man" and said they feared for his safety.

The reporter is being questioned to see if anyone paid him

"Al Baghdadia television demands that the Iraqi authorities immediately release their stringer Muntadar al Zeidi, in line with the democracy and freedom of expression that the American authorities promised the Iraqi people," it said in a statement.

Iraqi officials say Zeidi, who is in his late 20s, is being held at the prime minister's headquarters.

After his trip to Iraq, Mr Bush moved on to Afghanistan for a farewell visit where he addressed hundreds of troops and met President Hamid Karzai for talks.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 12:36 PM | Show all posts
Well he deserved more than that..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 03:10 PM | Show all posts
Bush dibaling kasut

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_02.htm


DIAIBKAN... (Gambar besar) Muntadar Al-Zeidi bangun secara tiba-tiba
dari tempat duduk bahagian pemberita dengan memegang kasut
di tangan kanannya ketika Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki
mengadakan sidang akhbar bersama di Baghdad, semalam manakala gambar
di bawah (dari kiri ke kanan) dia melontar kasut ke arah Bush sambil
melaungkan “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing! Ini salam perpisahan
daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.” Bush
mengelak kasut yang dilontar dan berselindung di sebalik rostum ketika
Muntadar mencapai satu lagi kasutnya sebelum melontar ke arah Bush
sambil diperhatikan oleh Nuri Al-Maliki yang tergamam. – AP


BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.

Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.

Bush ‘terima’ kasut daripada wartawan Iraq

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=lu_04.htm

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.

Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.

Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing. Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq” lalu membaling kasut yang dipakainya.

“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.

Bush menundukkan kepala dan kasut pertama mengenai bendera-bendera AS dan Iraq di belakang kedua-dua pemimpin. Kasut kedua tidak mengenai sasaran.

Muntazer segera dijatuhkan oleh pengawal keselamatan dan dibawa keluar dari bilik itu.

Tapak kasut dianggap penghinaan paling teruk dalam masyarakat Arab.

– AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 03:16 PM | Show all posts
Presiden Bush diaibkan

http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html


MUNTAZER ditangkap pegawai keselamatan Iraq
selepas melempar kasut ke arah Bush pada sidang media
di Baghdad, semalam
.


Wartawan Iraq baling kasut, memanggilnya 'anjing'

BAGHDAD: Seorang wartawan televisyen Iraq melemparkan kasut kepada Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan memanggilnya 'anjing' pada satu sidang akhbar di Baghdad kelmarin.

Tindakan luar kawalan wartawan terbabit, Muntazer al-Zaidi menyebabkan pegawai keselamatan Iraq dan ejen khidmat rahsia Amerika Syarikat tergamam.

Mereka terus meluru ke arahnya dan menariknya menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dia dibawa keluar dari bilik tempat Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki mengadakan sidang akhbar.


Bagaimanapun kasut berkenaan tidak mengenai sasaran. Bush sempat mengelak ketika berdiri di sebelah Maliki dan terkena dinding di belakangnya manakala satu lagi kasut terkena bendera Amerika Syarikat dan Iraq.

Bush hanya tersenyum tapi jelas nampak terganggu dengan kejadian itu.

"Saya langsung tak kisah," kata Bush sambil meminta semua bertenang berikutan kekecohan di bilik persidangan itu.

Ketika ditanya kejadian berkenaan, Bush berkata "saya tidak merasakan terancam dengan kejadian berkenaan. Jika anda mahukan fakta, kasut itu mempunyai saiz 10," katanya.

Beberapa wartawan Iraq lain memohon maaf bagi pihak rakan mereka itu yang dikenali sebagai wartawan sebuah televisyen.

Bush tiba di Baghdad kelmarin sebagai lawatan selamat tinggal sebelum beliau mengakhiri tugas sebagai presiden Januari ini.

Dalam perjalanan ke Kabul, Bush memberitahu pemberita kejadian berkenaan mengimbas kembali kejadian pada April 2006 apabila seorang anggota pergerakan spiritual Falungong mengganggu ketibaan rasmi Presiden China, Hu Jintao di pekarangan Rumah Putih.

Bush yang mempertahankan serangan terhadap Iraq pada 2003, menolak anggapan bahawa wartawan berkenaan mewakili rakyat Iraq keseluruhannya.

"Saya tidak fikir anda boleh menganggap seorang lelaki melempar kasut dan kemudian menyatakan dia mewakili orang lain di Iraq," katanya. – Reuters/AFP


Bush pernah datang Malaysia ker tak?

Bush diserang dengan kasut oleh wartawan

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2253506.asp

BAGHDAD - Seorang wartawan bertindak melempar sepasang kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush ketika pemimpin itu melakukan lawatan perpisahan ke Iraq kelmarin.

Muntazer al-Zaidi bangun ketika Bush sedang mengadakan sidang akhbar dengan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki dan kemudian melempar sebelah kasut yang dipakainya.

“Ini ciuman selamat tinggal untuk kamu anjing,” jerit Muntazer ketika melempar kasut ke arah Bush.

Bush terpaksa menundukkan kepala bagi mengelak lemparan itu dan kasut tersebut mengenai bendera AS dan Iraq yang berada di belakang kedua-dua pemimpin itu.

Lemparan kasut yang sebelah lagi tersasar jauh.

Muntazer, seorang wartawan untuk saluran Al-Baghdadia yang beroperasi dari Kaherah, kemudiannya segera dijatuhkan oleh pengawal keselamatan di situ dan dia kemudian dibawa keluar dari bilik sidang akhbar itu.

Melempar kasut dalam budaya Arab adalah perbuatan yang dianggap menghina seseorang.

Bush dilaporkan ketawa apabila ditanya tentang insiden itu dan tidak memberikan sebarang ulasan lanjut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 03:18 PM | Show all posts
Wartawan ditahan

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... an&pg=mh_03.htm

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq yang membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush ditahan untuk disoal siasat oleh pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki.

Insiden yang berlaku semasa lawatan Bush ke Baghdad semalam disambut oleh penduduk Arab di seluruh Asia Barat sebagai ‘salam’ perpisahan yang sewajarnya diterima oleh Presiden AS yang tidak popular itu.

Muntazer al-Zaidi, lewat 20-an, disoal siasat untuk memastikan sama ada beliau diupah oleh pihak tertentu untuk membaling kasutnya ke arah Bush pada sidang akhbar semalam, kata seorang pegawai Iraq hari ini.

Rakan-rakan Muntazer berkata, beliau pernah diculik oleh militia Syiah tahun lepas dan hanya dibebaskan berikutan campur tangan majikannya, stesen televisyen Al-Baghdadia

Wartawan Iraq baling kasut disoal siasat

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=lu_05.htm

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq yang membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush ditahan untuk disoal siasat oleh pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al- Maliki.

Insiden yang berlaku semasa lawatan Bush ke Baghdad semalam disambut oleh penduduk Arab di seluruh Asia Barat sebagai ‘salam’ perpisahan yang sewajarnya diterima oleh Presiden AS yang tidak popular itu.

Muntazer al-Zaidi, lewat 20-an, disoal siasat untuk memastikan sama ada beliau diupah oleh pihak tertentu untuk membaling kasutnya ke arah Bush pada sidang akhbar semalam, kata seorang pegawai Iraq hari ini.

Rakan-rakan Muntazer berkata, beliau pernah diculik oleh militia Syiah tahun lepas dan hanya dibebaskan berikutan campur tangan majikannya, stesen televisyen Al-Baghdadia.

Wartawan bermazhab Syiah itu kini ditahan di ibu pejabat Nuri dan kasutnya dirampas sebagai bahan bukti, kata pegawai tersebut.

Al-Baghdadia berulang kali menyiarkan rayuan supaya Muntazer dibebaskan, sambil memainkan rakaman letupan dan muzik latar yang mengutuk pencerobohan AS di Iraq.

– AP


alahai, setakat Bush ni tak payah diupah2 pon memang patut kena
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 04:25 PM | Show all posts
lempar je bom molotov kt dier tu..biar padan muka..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 11:19 PM | Show all posts
bagus .. tpi apa agaknye akan jadi kat wartawan tuh...

terer ngak die duck dri lemparan tuh..agaknye bush biasa berlatih besball..atau dorang ade train bush tuk elakkan sebarang benda yg di lempar....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 11:23 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 16-12-2008 03:18 PM




alahai, setakat Bush ni tak payah diupah2 pon memang patut kena


betul.. tu lah ..harap2 reporter tuh selamat..patutnye Bush bagi jaminan tak de ape akan jadi kat Nuri  ..kononnye untuk nak tunjuk die tak berkecik hati...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 01:30 PM | Show all posts
Muntazer diberi anugerah berani menghina Bush

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2257223.asp

TRIPOLI - Wartawan Iraq yang membaling sepasang kasut kepada Presiden George W. Bush diberikan anugerah keberanian oleh sebuah pertubuhan kebajikan Libya yang dipengerusikan anak perempuan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Pertubuhan amal, Wa Attassimou menggesa kerajaan Iraq membebaskan wartawan Muntazer al-Zaidi selepas dia ditangkap kerana membaling kasut ke arah Bush dan memanggil Presiden AS itu dengan perkataan `anjing’.

“Pertubuhan Wa Attassimou memutuskan untuk menganugerahkan hadiah keberanian kepada Muntazer kerana apa yang dilakukannya merupakan kemenangan terhadap hak asasi manusia di seluruh dunia,” kata badan itu yang diketuai Aicha Gaddafi.

Menurutnya, pihak berkuasa Iraq sepatutnya memberikan penghormatan kepada wartawan itu kerana tindakan beraninya.

Sementara itu, penasihat media perdana menteri Iraq, Yasin Majeed berkata, Muntazer akan dibicarakan berhubung dakwaan memalukan negara Iraq.

Bekas peguam Saddam Hussein, Khalil al-Dulaimi berkata, beliau akan membentuk sebuah pasukan untuk membela Muntazer.

“Setakat ini 200 peguam Iraq dan lain-lain termasuk dari Amerika memberitahu mereka sanggup melakukan pembelaan terhadap Muntazer secara percuma,” katanya.


tahniah, Muntazer
memang respek gila ler
padan muka Bush

Rakyat Iraq tuntut wartawan dibebaskan

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2257455.asp

BAGHDAD - Ribuan rakyat Iraq mengadakan tunjuk perasaan kelmarin untuk menuntut pembebasan wartawan yang membaling kasut kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush.

Penduduk Arab di seluruh Asia Barat menyifatkan Muntazer al-Zaidi sebagai hero dan memuji perbuatannya menghina Presiden AS itu.

Muntazer yang berumur dalam lingkungan 20-an, membaling sepasang kasut yang dipakainya ketika Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki hendak berjabat tangan sempena perjanjian keselamatan AS-Iraq.

Perbuatan menunjuk kasut kepada seseorang dianggap satu penghinaan dalam budaya Arab manakala tindakan membaling kasut adalah sesuatu yang lebih buruk.

“Inilah ciuman perpisahan untuk kamu anjing...inilah hadiah daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer dalam bahasa Arab ketika membaling kasutnya ke arah Bush.

Bush, yang mengarahkan serangan Amerika di Iraq pada 2003, berjaya mengelak daripada terkena kasut tersebut.

Muntazer ditangkap dan disiasat sama ada dia menerima bayaran untuk melakukan perbuatan berkenaan, kata seorang pegawai Iraq.

Sementara itu, stesen televisyen Al-Baghdadia yang menjadi majikan Muntazer merayu supaya wartawan tersebut dibebaskan.


hehe, nampaknya Muntazer akan diangkat menjadi HERO
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.212192 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list