View: 4044|Reply: 5
|
Syiling Emas 1300 Tahun Dijumpai di Baitulmaqdis -
[Copy link]
|
|
Duit syiling emas 1,300 tahun ditemui
ROSS menunjukkan sebahagian duit syiling emas
yang ditemui di Baitulmaqdis kelmarin.
BAITULMAQDIS - Sejumlah duit syiling emas berusia lebih 1,300 tahun ditemui di bawah tapak kawasan meletak kereta di Baitulmaqdis, kata Pihak Berkuasa Antikuiti Israel kelmarin.
Ahli-ahli arkeologi menyatakan sebanyak 264 duit emas ditemui di tapak runtuhan sebuah bangunan lama pada abad ketujuh Masihi. Ia merupakan penemuan paling besar pernah ditemui setakat ini.
"Kami pernah menemui barang-barang tembikar, kaca tetapi tidak seperti ini," kata seorang ahli arkeologi Britain, Nadine Ross yang menemui duit itu Ahad lalu.
Terdapat wajah mirip seorang maharaja yang memakai pakaian ketenteraan dan memegang salib di tangan kanan pada satu bahagian duit syiling itu.
Pakar-pakar arkeologi menyatakan duit syiling itu dicetak pada permulaan pemerintahan Heraclius sebelum tentera Parsi menakluk Byzantine yang menguasai Baitulmaqdis pada 614 Tahun Masihi.
Menurut dua pengarah di tapak penggalian, Doron Ben-Ami dan Yana Tchekhanovets, sebelum penemuan itu, hanya lima duit syiling emas ditemui di Baitulmaqdis. - Reuters
****************************************************************************************
bestnya dapat jumpa wang emas ni -
dah la emas mahal.... lagi pula yang dah usia 1300 ni
antique betul -
malang sikit pada malaysian - kita tak boleh pergi ke
baitulmaqdis lagi... -- kalau ada rezeki someday -
insyaallah palestine dapat balik negara depa - dan
kita boleh visit baitulmaqdis... mungkin syiling ni
dipamerkan kat muzium di sana - kalau ada muzium pun - |
|
|
|
|
|
|
|
besar gak eh yg dikorek tue... |
|
|
|
|
|
|
|
byk gak syling yg dorang jmp ni tp sesuai la dgn tempat yg dikorek. |
|
|
|
|
|
|
|
mah aih, bestnyer...dpt sekeping wat kenang2an pun ok gak...dpt bnyk lg le horey |
|
|
|
|
|
|
| |
|