View: 4301|Reply: 9
|
Thailand: 60 mati, kelab malam terbakar kat bangkok!!
[Copy link]
|
|
60 maut, 212 cedera kebakaran di kelab malam Bangkok
BANGKOK: Sebuah kelab malam yang sedang meraikan ketibaan Tahun Baru 2009 di tengah Bangkok terbakar, menyebabkan sekurang-kurangnya 60 maut dan 212 cedera.
Kebakaran di Kelab Santika di daerah Ekkamai berlaku ketika kelab itu penuh sesak dengan pengunjung, termasuk pelancong asing.
Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan mereka yang maut itu membabitkan warga asing.
Bangunan dua tingkat kelab itu hangus dan hampir runtuh dengan 30 mayat masih di dalam bangunan.
“Api mula marak dari kawasan pentas kebal malam ketika pengunjung sedang meraikan saat tahun baru," kata Lefternan Kolonel Prawit Kantwol.
Beliau berkata, kebanyakan mangsa yang terbunuh disebabkan keadaan sesak serta asap tebal. - AFP
pada aku... bagus sgt kelab malam terbakar ni.... banyak sangat maksiat dan paksiat dah... cuma kesian gak pada mangsa yg mati... harap2 jadi tauladan ler.. pada yg hidup...
morel of the stori.........jgn pi kelab malam... nanti ko leh mati terbakaq... |
|
|
|
|
|
|
|
MUSNAH... Keadaan dalam Kelab Malam Santika di Bangkok yang musnah terbakar malam tadi. - AP
MAYAT mangsa kebakaran Kelab Malam Santika di Bangkok malam tadi dibawa keluar oleh anggota bomba dan penyelamat. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
mati ms tgh wat mksiat...huhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
tak sempat tengok tahun baru |
|
|
|
|
|
|
|
Allah nk tunjuk/bagi peringatan kat kita....renungkan2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada rakyat Malaysia dalam Kebakaran di Thailand
01/01/2009
BANGKOK 1 Jan. — Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam tragedi kebakaran yang mengorbankan kira-kira 58 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain di sebuah kelab malam terkemuka di Bangkok ketika sedang meraikan sambutan Tahun Baru 2009 pada Khamis. Pegawai Malaysia dan Thai mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden itu menjelang ketibaan Tahun Baru.
Kebakaran itu dikatakan berpunca daripada bunga api, tetapi menurut beberapa saksi insiden itu akibat kerosakan elektrik di kelab Santika.
Sungguhpun butiran kejadian masih tidak lengkap, difahamkan pengunjung kelab malam diberikan bunga api sejurus sebelum tengah malam dan sebaik sahaja dentingan jam menunjukkan bermulanya 2009, bunga api mula dinyalakan di kawasan menari, sekali gus mengakibatkan kebakaran besar.
Kelab itu terletak di Ekkamai, iaitu jalan yang popular dengan pengunjung dari luar negara dan masyarakat kelas atasan Thai. Banyak mayat yang rentung sehingga tidak dapat dikenal pasti dan kebakaran memusnahkan sepenuhnya bangunan terbabit.
— BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
hah, masa dekat Indonesia dulu kena bom, sekarang ni terang2 turun bala
ramai pula tu |
|
|
|
|
|
|
|
61 maut kelab malam terbakar
SEBAHAGIAN anggota-anggota bomba mencari mangsa
kebakaran kelab malam di Bangkok semalam.
BANGKOK - Sebanyak 61 orang terbunuh manakala lebih 200 lagi cedera apabila sebuah kelab malam dua tingkat yang dipenuhi ratusan pengunjung terbakar di Bangkok awal semalam.
Punca kebakaran masih belum diketahui tetapi beberapa saksi menyatakan satu pertunjukan bunga api sempena sambutan Tahun Baru menyebabkan kejadian itu berlaku.
Sebanyak 35 pelancong asing merupakan antara mereka yang maut di Kelab Santika itu.
Kelab itu menjadi tumpuan ramai golongan muda Thailand, ekspatriat dan pelancong asing.
Bagaimanapun, menurut laporan Bernama, tidak ada seorang rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kejadian itu.
"Setiap orang saling menolak antara satu sama lain ketika mereka hendak keluar di pintu depan dengan segera.
"Saya melihat sebahagian orang terutama gadis ditolak dan dirempuh serta terjatuh ketika sejumlah pengunjung hendak keluar," kata seorang saksi, Sompng Tritaweelap.
Menurutnya, kebakaran merebak dalam tempoh 10 minit.
"Orang ramai menjerit meminta pertolongan di setiap tingkat. Suasana penuh mengerikan. Rambut dan pakaian mereka terbakar.
"Namun, tidak ada apa-apa yang boleh mereka lakukan kerana api sedang marak," katanya.
Menurut seorang pegawai polis, Mejar Jeneral Chokchai Deeprasertwit mangsa-mangsa mati kerana terbakar, terhidu asap dan kecederaan akibat dirempuh kerana hanya terdapat satu pintu untuk orang awam menyelamatkan diri.
BEBERAPA anggota bomba mengira jumlah mayat mangsa
kebakaran kelab malam di Bangkok semalam.
Seorang pakar forensik, Leftenan Kolonel Sujettana Sotthibandhu menyatakan hampir 30 mayat sukar dikenal pasti akibat rentung.
Akhbar Nation melaporkan seorang pengunjung, Somchai Frendi menjelaskan kebakaran itu berlaku akibat bunga api terkena siling kelab itu.
Seorang anggota bomba, Watcharapong Sri-saard berkata, selain kekurangan pintu keluar, beberapa tangga dalam kelab itu termasuk bar yang terdapat di sepanjang tingkap di tingkat dua menyukarkan pengunjung untuk menyelamatkan diri. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa kes kebakaran belum dikenal pasti
BANGKOK: Pihak berkuasa menghadapi masalah mengenal pasti mangsa kebakaran Kelab Santika pada malam Tahun Baru dengan dua lagi warga Thailand yang cedera parah kejadian itu meninggal dunia, meningkatkan angka kematian daripada tragedi itu kepada 61 orang, semalam.
Mangsa terbabit wanita berusia 30 dan 26 tahun meninggal dunia akibat melecur teruk dalam kejadian yang turut menyebabkan lebih 200 lagi cedera.
Pakar forensik masih berusaha mengenal pasti identiti mayat 15 lagi mangsa yang rentung ketika 26 yang lain masih dirawat di unit rawatan rapi.
Antara terbunuh termasuk seorang warga Singapura dikenali Teo Sze Siong, manakala sekurang-kurangnya 20 warga asing dari Jepun, Australia, Britain, Korea selatan, Perancis dan Amerika cedera dan terpaksa dirawat di hospital.
Menteri Dalam Negeri, Chavarat Charnvirakul berkata kebakaran itu dijangka memburukkan lagi imej Thailand yang sebelum ini tercemar dengan bantahan jalanan dan penutupan lapangan terbang negara itu. - AP/Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by adaakukesah at 14-1-2011 03:38
-delete post- |
|
|
|
|
|
|
| |
|