CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9326|Reply: 62

Benarkah anak itu rezeki???/

[Copy link]
Post time 4-1-2009 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Askm,

Kalau orang melayu, bila kita jumpa orang yang ramai anak, mesti diorang akan kata :" Murahnya rezeki orang tu, ramai anak dia". Atau :" He is so lucky, I nak dapat anak sorang pun susah"

Tapi betul ke anak tu rezeki?. Rezeki ke amanah?. Rezeki ke ujian?

Boleh tak quote untuk aku hadis atau ayat Quran yang mengatakan bahawa anak itu adalah rezeki daripada Tuhan??

Yang aku tahu anak tu ialah ujian dan amanah Tuhan....so please help me

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2009 05:46 PM | Show all posts
aku tak pernah ada anak...but in my experience...sebagai seorg anak...
bagi aku...anak ni ujian and amanah...becos it's hard for my parents to handle me...
and klu di didik baik2...jadi org yg berguna...jadi rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 06:11 PM | Show all posts
ada...anak itu dikatakan rezeki dari tuhan. tuhan bagi ingatan kat kaum jahiliah sbb suka sgt bunuh anak particularly baby pompuan ..cuba baca tafsiran surat al-am kalau tak silap, dekat hujung hujung...maksud surah ni kalau ikut bahasa ialah surah binatang ternakan. selamat mencari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2009 06:16 PM | Show all posts

Reply #3 aduarduviana's post

"Say: "Come, I will rehearse what Allah hath (really) prohibited you from": Join not anything as equal with Him; be good to your parents; kill not your children on a plea of want;- We provide sustenance for you and for them;- come not nigh to shameful deeds. Whether open or secret; take not life, which Allah hath made sacred, except by way of justice and law: thus doth He command you, that ye may learn wisdom. "Al-An'aam 6:151

Yang ni ker???.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 06:30 PM | Show all posts
alamak,,mtk maaf la saya baca tafsiran b.m je..tak berani baca yg tafsiran bi,, susah sikit nak faham,,ayat klasik je. tak dapat la saya pastikan. nanti saya tgk balik mlm ni,, dan cakap ayat no. berapa

[ Last edited by  aduarduviana at 4-1-2009 06:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 4-1-2009 06:16 PM
"Say: "Come, I will rehearse what Allah hath (really) prohibited you from": Join not anything as equal with Him; be good to your parents; kill not your children on a plea of want;- We provide sus ...


Katakanlah: Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) yang terang daripadanya dan yang tersembunyi dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.  


Kalau ikut tafsiran ni, maknanya Allah dan para malaikat (sebab guna 'kami') yang akan beri rezeki kepada kita dan anak kita...

Secara tak langsungnya, anak tu adalah rezeki juga le..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2009 08:47 PM | Show all posts
surah al-am ayat 140. tp ni berdasarkan pemahaman cetek saya je. nak yg lebih baik, tanya lah yg lebih arif maksud ayat 140 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2009 09:47 PM | Show all posts

Reply #7 aduarduviana's post

Tu jangan bunuh anak sebab takut papa...jadi ayat itu sebenarnya tak menjanjikan bahawa dengan adanya anak yang ramai, maka seseorang itu akan mendapat rezeki yang melimpah ruah...sedangkan Tuhan juga kata pada kita bahawa dia akan berikan rezeki itu kepada anak kita..adalah menguntungkan kalau Dia berikan rezeki tersebut kepada anak kita MELALUI kita...tapi kalau Dia berikan direct kepada anak, takdanya melalui kita, still ia tidak menjamin kita mendapat rzeki yang murah..ke salah??.hhehehehe.

Boleh jadi, ada bapa yang tak bertanggungjawab dan membiarkan anak dia tak berjaga, maka Tuhanlah yang akan jaga anaknya itu, tapi pada akhirnya,kerugian akan jatuh kepada bapa itu sendiri kerana telah membiarkan anak tersebut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2009 10:47 PM | Show all posts
yup.. anak adalah anugerah, rezeki dan amanah...


揇ia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 12:19 AM | Show all posts

Reply #9 indah1285's post

Ia adalah satu amanah dan satu ujian, tapi tidak pula disebutkan ia adalah satu rezeki dari Tuhan...kalau dikatakan bahawa ia datang bersama rezeki, mungkin ada maksud lain?. Maksudnya, apabila si bapa gagal memberikan pendidikan atau bantuan kewangan kepada anaknya, pada saat pembesaran anaknya, maka Allah akan mencukupkan rezeki anak tersebut dengan rezekiNya...tapi kemudiannya, akan menjadi kerugian bagi bapa tersebut kerana telah gagal memenuhi keperluan anak tersebut.Saya rasa saya setuju dengan pandangan makcikmengamok sebab apabila ibu bapa berjaya menjaga anak dengan baik, maka anak, bila dah besar, akan jadi baik dan ingat budi, maka akan balas budi ibu dan bapa....

Maka pada saat itulah, rezeki yang dikatakan datang???. Di mana, si anak yang telah berjaya dan dicukupkan oleh Tuhan segala keperluannya, berkongsi kekayaan dan kejayaannya dengan kedua ibubapanya???.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 12:34 AM | Show all posts
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar”. (QS. Al-Anfal : 28)
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 01:05 PM | Show all posts
DIDIKLAH ANAK SEBAIKNYA...
AKU PUN NANTI..INSYAALLAH ADA ANAK..AKU NAK DIDIK SEBAIKNYA..INSYAALLAH...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 03:11 PM | Show all posts
al quran tu isinya, panduannya menyeluruh...kalau tafsirkan separuh2 tu yg jadi tak faham n tertanya2...lebih baik bertanya pada yg lebih arif...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 05:25 PM | Show all posts

Balas #6 juwaini\ catat

cuba kita tengok perkataan arab bagi 'kami'...

sebab setahu saya ada 2 penggunaan plural dalam bahasa arab...

satu adalah plural of numbers, kuantiti yang banyak, seperti yang kita belajar...

satu lagi adalah plural of respect, membahasakan diri dengan 'kami' sebagai melambangkan kebesaran..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 05:27 PM | Show all posts

Balas #1 eastrun\ catat

kalau difikirkan secara logical pon, anak itu adalah rezeki, amanah dan juga ujian, sebab harta2 yang Allah bagi kat kita juga adalah rezeki, amanah, dan ujian.

pada saya, anak2 adalah rezeki kerana merekalah yang akan menolong kita bila kita tua dengan syarat kita mendidik mereka dengan ajaran Islam yang betul dan haq.

sama juga kalau kita tengok pada perspektive duit, duit itu rezeki jugak, tapi kalau kita salah guna, tak jadi rezeki, malah memudharatkan kita..

wallauhu'alam. Allah knows best.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 06:25 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 5-1-2009 12:19 AM
Ia adalah satu amanah dan satu ujian, tapi tidak pula disebutkan ia adalah satu rezeki dari Tuhan...kalau dikatakan bahawa ia datang bersama rezeki, mungkin ada maksud lain?. Maksudnya, apabila s ...




[quote]揇ia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2009 07:00 PM | Show all posts

Reply #15 gunblade712's post

Ia menjadi rezeki apabila anak itu terdidik dengan baiknya. Ditakdirkan Tuhan, anak itu tidak menjadi, maka, adakah akan dikatakan anak itu rezeki atau ujian dari Tuhan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2009 07:07 PM | Show all posts

Reply #16 indah1285's post

Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 07:41 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 5-1-2009 12:34 AM
”Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar”. (QS. Al-Anfal : 28)


mari kita lihat ayat terdahulu ..


(QS Al-Anfal : 27)  Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).


(QS Al-Anfal : 28)  Dan ketahuilah bahawa harta benda kamudan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.





Ini In lampirkan dari tafsir Ibnu Kathir QS Al-Anfal : 28 :

(And know that your possessions and your children are but a trial.) from Him to you. He grants these to you so that He knows which of you will be grateful and obedient to Him, or become busy with and dedicated to them instead of Him. Allah said in another Ayah.


(Your wealth and your children are only a trial, whereas Allah! With Him is a great reward.) [64:15]

[ Last edited by  indah1285 at 5-1-2009 07:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2009 08:19 PM | Show all posts

Reply #18 eastrun's post

In, perkataan memberikan masih lagi tidak kuat mengatakan bahawa anak itu adalah rezeki. Dalam memberikan ujian dan kesusahan, Allah juga menggunakan perkataan MEMBERI. Bermaksud ujian dan kesusahan itu adalah DARI Allah.


Lalu MEMBERI  anak itu lebih dominan dengan dengan maksud apa? memberi itu adalah kurnia dan kurnia itu adalah rezeki yang berbentuk jasad. Maksud rezeki dr kamus dewan edisi 3 :


nafkah, pendapatan, penghasilan, pencarian, keuntungan, hasil, upah, ganjaran, gaji, bayaran, komisen, elaun, dividen, bonus.

Ganjaran/penghasilan dari sebuah perkahwinan maka dapatlah rezeki - anak.


Ditakdirkan Allah, anak-anak yang dikurniakan itu mmg bukan anak yang 'menjadi', maka adakah itu satu bala atau satu rezeki?. Kalau nak kata anak sebagai amanah Allah saya setuju...sebab selain Allah, siapa yang kena menjaganya kalau bukan kita, betul tak..


Setiap anak dilahirkan Allah dah lahirkan bersamanya rezeki dan ajalnya. In tetap berkata anak selain rezeki ia adalah anugerah dan amanah...



Tapi, Allah juga pernah berjanji bahawa dia akan memberikan rezeki kepada anak itu...mungkin dia bagi direct ATAU dia bagi melalui ibubapa...


east... setiap manusia ada rezeki masing2... dan Allah tdk mmberinya tanpa berusaha. dgn akal, nafsu serta tulang empat kerat manusia bleh mmcari rezeki yang melata di bumi Tuhan ini... jgn cuma pandang bila anak besar dan leh makan gaji maka ibu bapa akan menjadi senang dgn mnumpang kemewahan anak. jgn lupa betapa ramai ibu bapa menderita dgn sikap anak yg kaya tp lupa daratan...



Jadi, pada pendapat saya, anak itu pada mulanya ujian, bila kita jaga dengan baik, baru ia menjadi rezeki...


TIDAK. anak adalah rezeki.  setelah ia membesar, maka berlakulah apa yg dikatakan ujian dlm tempoh mrndidik anak hingga ke alam dewasa.


tapi pada akhirnya mesti akan berbalik kepada takdir Allah. Kalaupun, pada saat bersetubuh, kita membacakan doa supaya anak jadi alim, tapi ketika melahirkannya Allah takdirkan bahawa yang keluar still buruk adabnya..maka, bagi saya itu adalah ujian dari Allah...


Berkata Imam Al Ghazali ; mendidik seorang anak itu 20 tahun sebelum ia dilahirkan. Dari pemilihan isteri, saat mengandungkannya, melahir dan membesar....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.465891 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list