CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34764|Reply: 166

Mahakarya Cinta - Keratan Media Faizal

[Copy link]
Post time 18-1-2009 03:38 PM | Show all posts |Read mode
hello..selamat petang..
This thread purposely dibuka utk letak kn berita reviews,blog,article, atau apa2 sj pasal Faizal Tahir yg media tulis.. artikel yg akan dipost adalah daripada tahun 2006 berturutan sehingga kini...
selamat membaca.:victory::victory:

[ Last edited by  JAY-Z at 19-1-2009 06:30 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2009 03:55 PM | Show all posts
ok..this is the first one...

[]


p/s: credit to faizalrocks @ rockensteiners.net

[ Last edited by  sayasukagame at 18-1-2009 04:02 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2009 04:04 PM | Show all posts
[]
[]

p/s: credit to faizalrocks @ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2009 04:12 PM | Show all posts
SMS ketepi Faizal, julang Suki(Berita Harian Online)
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

8TV jamin fokus diberikan kepada tiga finalis One In A Million untuk perkembangkan karier dalam dunia seni

TERKEJUT? Barangkali tidak! Ini disebabkan dari awal lagi juara musim pertama One In A Million (OIAM) sememangnya sudah diduga. Justeru, tiada apa yang perlu dipertikaikan apabila Low Sook Yee atau Suki diumumkan juara, sekali gus membawa pulang hadiah lumayan bernilai RM1 juta, Jumaat lalu.

Sebetulnya, jika diukur dari segi mutu persembahan, Ahmad Faizal Mohd Tahir atau Faizal lebih layak untuk dinobatkan sebagai juara. Lewat medley lagu rock, We Will Rock You nyanyian Queen dan I Don¡¦t Wanna Be daripada Gavin DeGraw dilunaskan peserta berusia 28 tahun itu dengan berkesan.

Pengalaman nyata mematangkan bekas anggota kumpulan nasyid, Mirwana itu. Justeru, lagu baru, Maha Karya Cinta ciptaan Audi Mok dan lirik, Shah Shamsiri mempamerkan kematangan Faizal dari segi persembahan.

Namun, harus diingat juara OIAM ditentukan sepenuhnya berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan talian tetap, bukan juri profesional. Lalu, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Faizal mengakhiri perjuangannya pada tangga kedua.

Memperoleh 34 peratus undian, lima peratus ketinggalan berbanding Suki yang terus selesa dengan 39 peratus undian, pencapaian Faizal adalah sesuatu yang cukup membanggakan apatah lagi dia hampir tersingkir pada permulaan pertandingan kerana menerima undian terendah.

Mujur ¡¥kejutan¡¦ yang dibawakan 8TV pada saat terakhir membuka ruang kepadanya untuk membuktikan bakat sebenar. Faizal tewas dengan bermaruah dan tidak mustahil, dia akan menjadi rebutan syarikat rakaman berdasarkan bakat besarnya.

Persoalannya apakah penggiat hiburan akan membuka ruang yang besar kepada peserta yang memiliki stamina hebat ini? Atau bakat Faizal akan terbiar tanpa ada pembelaan lantaran terlalu banyak hadir bintang yang dicungkil menerusi program realiti?

Pertanyaan ini masih belum ada jawapannya. Bagi pengurusan 8TV, tumpuan kini tentu kepada juara namun Ketua Pegawai Operasinya, Ahmad Izham Omar memberi jaminan fokus barangkali akan turut diberikan paling maksimum kepada tiga finalis OIAM.

¡§Finalis lain perlu bekerja keras untuk menempatkan diri dalam bidang seni. Kami tidak mahu memberi harapan palsu kepada mereka memandangkan keadaan industri yang kurang meyakinkan ketika ini,¡¨ katanya.

Faizal barangkali dilihat sebagai peserta paling bersedia untuk melangkah sebagai artis rakaman, selain Dayang Nurfaizah yang begitu menyerlah namun tersingkir pada pusingan Top 3 angkara undian tidak mencukupi.

Bagaimanapun, jangan menidakkan keupayaan Suki. Pelajar Sekolah Menengah King George V, Seremban, Negeri Sembilan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akhir tahun ini juga berpotensi besar untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang seni.

Mungkin pengalamannya tidak sehebat Faizal kerana baru berusia 17 tahun, namun untuk jangka masa panjang dan jika diberi pendedahan sebaiknya, tidak mustahil Suki bakal membanggakan industri.

p/s: credit to uptowndragon @ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2009 04:18 PM | Show all posts




p/s: credit to faizalrocks @ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 06:14 PM | Show all posts
Mencari tafsir erti lagu terbaik


    Oleh Suzan Ahmad

               

     

                   Kelayakanmelangkah ke AJL 2008 melalui proses penjurian yang menekankan tigaaspek utama iaitu keberkesanan, kreativiti dan keaslian sesebuah karya

WALAU apapun mekanisma penjurian akhir - kalau mengikut KetuaPegawai Eksekutif TV3, Amrin Awalluddin, ia masih belum diputuskansepenuhnya hinggalah dua hari sebelum majlis berlangsung. Katanya,mereka yang dilantik (barisan juri) akan berkumpul dan menilai lebihawal 14 lagu yang dipertandingkan.

Malam ini, di Stadium Putra Bukit Jalil Kuala Lumpur, bakalmenjadi medan pertembungan tiga kategori - iaitu Etnik Kreatif, PopRock dan Balada membabitkan 14 lagu untuk mencari gelaran juara bagisetiap kategori sekali gus lagu terbaik untuk dinobat selaku Juara LaguKe-23.
         Seperti diketahui ramai, Pop Rock bermaksudcampuran muzik pop dan muzik rock yang menggunakan gaya pop yang catchydigarap lirik yang ringan dengan instrumen iringan paling prominentseperti gitar. Menampilkan lima pencalonan Kalis Rindu (Elyana), LagukuUntukmu - (Meet Uncle Hussein), Aku Stacy (Stacy), Yang Pernah(Estranged) dan Bukan Di Sini (Sofaz), kategori ini menampilkan potensisaingan hebat terhadap kategori balada dari segi pencarian lagu terbaikiaitu Juara Lagu.
          Bukan Di Sini (Zimi/Ameer/One) boleh berharap pada melodinya yangmempesona selain kuasa bait lirik yang mengumpan. Namun, kekuranganSofaz paling ketara pada penampilan pentas yang agak statik. YangPernah - ciptaan Estranged yang juga pernah muncul Juara AJL 22 -jujurnya tidak mampu menandingi impak Itu Kamu dari segi melodi. Namun,lagunya masih mampu menyaingi dari segi kesegaran dan populariti.

Laguku Untukmu menerusi Meet Uncle Hussein pula bersandarkuat pada attitude dan kelainan dari segi ciptaan lagu, penghayatan danpenampilan bertenaga, namun penampilan yang unik mampu membantu markahkeseluruhan kumpulan muzik indie ini. Keunikan Kalis Rindu ciptaanAidit Aifian dan Ad Samad tidak mustahil menjadikan lagu ini bolehmeraih persembahan terbaik jika kena dengan konsep persembahannya.Keserasian dua pencipta kreatif ini terutama menerusi penyampaianselamba Elyana sering mendapat perhatian ramai.

Mungkin menerusi AJL23 Elyana mampu buktikan bahawa berkasut atau tidak bukan penentu kejayaan seseorang artis itu.

Mengharapkan magik menerusi melodi rancak, Aku Stacy (IntanNorul Azlin/Intan Norul Azli/Layla Ismail), kekuatan Stacy nyata padakesegaran dan persembahannya yang bertenaga.

Pernah dianggap sekadar penyendal memandangkan hanya tigapencalonan dalam kategori Etnik Kreatif tahun ini, hakikatnya selainjuara kategori, persembahan terbaik lazimnya mampu datang dari kategoriini. Persoalan Cinta misalnya, biar amat jarang kedengaran di radionamun penjiwaan dan penampilan persembahan yang jitu daripadaFarawahida, masih mampu memberi saingan.

Berbanding Dusta Berkalang (Aiman/Hafiz Hamidun/Ahmad FedtriYahya) dan Persoalan Cinta (Farawahida/Julfekar/Ku Seman/Izza Rosley),lagu Doa Dalam Lagu nyanyian Zahid (menggantikan Mawi) dan Helizamenjadi favourite memandangkan paling kerap diputarkan di radio, selainmelodinya menghiburkan dan paling utama, ia masih segar.
                                Balada, dilihat sebagai kategori paling kritikal kali ini, mungkin enamdaripada 14 lagu yang berentap di pentas final datang dari kategoriini. Dalam muzik jazz dan muzik popular, terma balada membawa maksudlagu pendek dalam tempo perlahan, biasanya diiringi bait lirik romantikatau sentimental.

Dua lagu yang paling layak dan hampir memenuhi kriteria iniialah Sampai Syurga (Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir) dan Dingin(Ziana Zain/Azlan Abu Hassan/Azalea). Cuma, mungkin paling menyeramkanadalah naik turun graf persembahan vokal Ziana yang kebelakangan iniagak terganggu, entah mengapa. Tidak juga bermaksud Cuba (FaizalTahir/Audi Mok/Faizal Tahir) tidak mendapat perhatian Faizal keranabeliau terpaksa berbahagi kasih bersama satu lagi lagu, Sampai Syurga.Namun yang pasti, salah satunya perlu mendapat fokus sepenuhnya darisegi penghayatan dan persembahan. Yang mana akan dikorban Faizal, kitalihat saja malam ini.

Kita (ciptaan sepenuhnya Aizat) tidak terletak padapersembahan vokal sebaliknya alunan begitu meruntun terutama melodinya,namun seperti Cuba, usia putaran lagu ini di radio masih agak barumenyebabkan kedudukannya mudah digugat. Hanya Di Mercu (Ayu/AubreySuwito/Habsah Hassan) begitu merangsang jiwa dan lebih bergantungkepada kekuatan vokal segar dan mantap daripada Ayu. Terserah padanyauntuk menyuntik variasi dalam konsep persembahannya.

Spider pula menerusi Bila Nak Saksi (Tam/Loloq) tidakmungkin mengumpan perhatian juri sekiranya keunikan dan variasi tidakditonjolkan. Ini disebabkan kekuatan melodi saja tidak menjaminkemenangan sekiranya penjiwaan serta penampilan persembahan masih tidakberubah.

Sebelum peminat membuat sebarang ramalan peribadi selepasmembaca pengamatan penulis, sila ambil kira penjelasan yang diberikantiga pegawai kanan TV3, iaitu Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan JenamaTV3, Nurul Aini Abu Bakar; Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan JenamaTV3 (Pasaran Massa), Sherina Mohamed Nordin dan Pengurus ProduksiHiburan, Primeworks Studios Sdn Bhd, Fadzliniza Zakaria yang menyentuhsoal kredibiliti penjurian.

Jelas mereka, seperti tahun lalu, kelayakan melangkah ke AJL2008 melalui proses penjurian yang menekankan tiga aspek utama iaitukeberkesanan, kreativiti dan keaslian sesebuah karya. Dalam masa samatidak menafikan aspek ciptaan, dibantu penulisan lirik sebagaipelengkap.

Namun, TV3 turut melihat sudut penyampaian kerana iamenyumbang kepada keberkesanan penyampaian sesebuah lagu. Mudah kata,tepuk dada tanya selera, rambut mungkin sama hitam tetapi hatilain-lain. Moga temanya Iluminasi Muzik Membawa Sinar Cahaya MentafsirKeajaiban dan Irama Lagu malam nanti mampu jadi nyata.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-1-2009 08:23 AM | Show all posts
Bintang Popular (Berita Minggu) Nov 13, 2006
Impak maksimum 2 Faizal
Oleh Mohd Razif Mohd Rosdi


DALAM Akademi Fantasia 4 (AF4), penangan dua F, Faizal dan Farhan menjadi sebutan ramai. Namun nasib lebih memihak kepada Faizal (Faizal Ramly) yang lebih memikat dengan senyum sokmonya.

p/s: credit to zieydzidane@ rockensteiners.net

DAPATKAH aura
2 Faizal
gegarkan industri
seni tempatan?


Tidak ketinggalan rancangan realiti TV One In A Million (OIAM) siaran 8TV yang berjaya melahirkan seorang lagi Faizal (Faizal Tahir) yang sedari awal dijangka menjadi juara. Namun apakan daya, rezeki lebih berpihak kepada Suki.

Mengambil dari impak dua Faizal itu, Bintang Popular (BP) mengandingkan mereka dalam satu sesi fotografi.

Kebetulan pula kedua-dua mereka berasal dari Terengganu. Sebagai abang, Faizal OIAM yang sudah berumahtangga turut memberi nasihat berguna kepada Faizal AF4.

Komen Faizal OIAM
BP: Antara gosip peribadi dan bakat, manakah lebih mempopularkan anda?

Faizal OIAM: OIAM lebih banyak membantu saya untuk dikenali peminat. Pada mulanya saya tak faham mengapa orang suka buat cerita dengan mendengar sebelah pihak saja. Tapi kini saya sedar, ini semua asam garam dunia artis. Saya berpegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah.
BP: Pandangan anda mengenai Faizal AF4?

Faizal OIAM: Sekarang, kalau mahu cari artis berjiwa rakyat memang susah. Tapi selepas bertemu Faizal, saya kagum kerana dia tidak lupa asal-usul. Walaupun pemalu Faizal fokus terhadap kerjayanya serta ada stail tersendiri. Kelebihannya adalah bersuara lelaki sejati.
BP: Pernah terfikir masuk Akademi Fantasia?

Faizal OIAM: Tidak. Penyertaan saya dalam OIAM pun kerana mahukan hadiah RM1 juta. Tapi bukan bermaksud saya mata duitan. Saya anggap ia sebagai perangsang dan pelaburan untuk kerjaya seni dan famili.
BP: Anda tewas di tangan Suki. Apa rancangan anda?

Faizal OIAM: Kalah bukan bermaksud kita mengalah. Saya tetap berusaha dan berfikiran positif. Alhamdulillah, sekarang saya dan Suki jadi artis pertama Monkey Bone. Saya akan teruskan bakat sebagai komposer dan produser.
BP: Nasihat anda kepada Faizal AF4?

Faizal OIAM: Sebagai abang, saya nasihatkan Faizal, just be yourself. Ingatlah, orang sentiasa pandang kita. Jangan tersilap langkah dan tingkatkan cara komunikasi.

Komen Faizal AF4

Soalan: Pendapat anda mengenai Faizal OIAM?
Faizal AF4: Saya hormat Faizal macam abang sendiri. Dia bagus dan mudah mesra selain pandai bergaul. Saya teringin belajar cara bercakap dengannya memandangkan dia petah berkomunikasi dengan penonton dan wartawan.
Soalan: Apa kelebihan Faizal OIAM?

Faizal AF4: Selain vokal yang baik, dia juga berbakat mencipta lagu. Dia versatile dan boleh menguasai pentas dengan baik. Saya teringin menyanyikan lagu ciptaannya.
Soalan: Bila pertama kali jumpa Faizal OIAM?

Faizal AF4: Ketika menonton persembahan Abang Faizal dalam OIAM, tergerak di hati saya untuk berjumpanya. Terpegun melihat aksi abang Faizal di pentas. Ini pertemuaan pertama saya dengannya. Terima kasih Bintang Popular.
Soalan: Pernah terfikir masuk OIAM?

Faizal AF4: Sebelum ini, saya tidak tahu pun kewujudan OIAM. Saya dengar khabar pun ketika masih dalam akademi. Kalau tidak masuk AF, mungkin juga saya cuba OIAM. Cita-cita pun nak jadi penghibur, jadi saya takkan lepaskan peluang menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.

Soalan: Bagaimanakah anda melihat masa depan sebagai artis?

Faizal AF4: Sejak kecil lagi, saya tanamkan sifat yakin dan jati diri. Melihat sokongan peminat dan media, saya yakin boleh pergi jauh. Saya juga akan cuba memperbaiki kelemahan diri dari segi personaliti, komunikasi dan vokal.

p/s:credit to zieydzidane@rockensteiners.net

[ Last edited by  sayasukagame at 19-1-2009 08:31 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:33 AM | Show all posts
Bacaria 04/11/06
Faizal OIAM jadi rebutan
SELEPAS pertandingan One In A Million rezeki 憁amat handsome
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2009 08:36 AM | Show all posts
Faizal in GALAXIE mag. Nov 1, 2006




p/s: credit to faizalrocks @ rockensteiners.net

[ Last edited by  sayasukagame at 19-1-2009 08:37 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:40 AM | Show all posts
HAI MAGAZINE 30 DEC 2006 - JAN 5 2007



p/s: credit to faizalrocks @ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:43 AM | Show all posts
Faizal in Media Hiburan Dec 23-29 06



p/s: credit to faizalrocks @ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:47 AM | Show all posts
MASKULIN JANUARY 2007








p/s: credit to faizalrocks @ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:51 AM | Show all posts
potluck with faizal in MEDIA HIBURAN






p/s:credit to jEn-[X][email protected]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:56 AM | Show all posts
Faizal in CLEO Magazine March 2007




p/s:credit to jEn-[X][email protected]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 08:58 AM | Show all posts
Faizal dlm Berita Harian (05/03/07)

Faizal tak mahu popular sebagai pengacara
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff

Bidang seni suara, muzik tetap diberi tumpuan, lebih rela peminat kenal diri menerusi bakat menyanyi

SEBELUM dia bergelar naib juara rancangan realiti One In A Million (OIAM), Faizal Tahir sudah biasa dengan dunia pengacaraan rancangan televisyen. Antara lain, anak muda berusia 27 tahun ini pernah mengulas untuk rancangan Sukan Olimpik 2004 dan Sukan Komanwel 2006.


Dia juga mengacarakan rancangan Golden Teen Search ketika berusia 18 tahun. Pada pertandingan itu, Dayang Nurfaizah muncul juara. Tahun lalu, dia dan Dayang sekali lagi bertemu, dalam rancangan realiti OIAM pula.

Lalu, tidak hairanlah kenapa Faizal kelihatan tidak kekok ketika mengendalikan rancangan realiti Gangstarz yang kini menemui penonton setiap Ahad, jam 9 malam di TV3. Begitupun, pasti ramai yang tidak tahu, Faizal juga dikehendaki menghadiri sesi uji bakat sebelum dia terpilih mengacarakan rancangan itu bersama penyampai Hot FM, Putri Adreanna Syigim Mohd Razalli atau Anne.

Jejaka ini berkata, dia sendiri tidak terfikir untuk menjadi seorang pengacara televisyen selepas menyertai OIAM. Apabila tawaran mengacarakan program itu diterima, dia terlebih dulu duduk berbincang bersama pihak pengurusannya, 8 Unit dan Ketua Pegawai Operasi 8TV, Ahmad Izham Omar.

揂pabila kami mendapati, lebih banyak kesan positif yang diperoleh menerusi pembabitan saya sebagai pengacara Gangstarz, barulah saya bersedia menerima tawaran TV3 itu. Namun, harus saya ingatkan di sini, saya tetap seorang pemuzik dan penyanyi, bidang pengacaraan ini hanyalah kerja sampingan.

揝aya juga akan memastikan, peminat lebih mengenali saya sebagai penyanyi. Muzik sudah cukup sebati dengan diri saya. Saya tidak rela sekiranya selepas ini nama saya diingati sebagai hos televisyen, bukan penyanyi,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 09:00 AM | Show all posts
Faizal dan Anne dalam Harian Metro Mar 14, 2007

Faizal, Anne elak gossip
Oleh Norhadiani Baharom
[email protected]

Ingat keluarga, jaga aksi


LUMRAH dunia seni apabila artis wanita dan lelaki berpasangan dalam filem, drama mahupun program televisyen, mereka pasti tidak terlepas menjadi bahan gosip.

Menyedari hakikat itu, Ahmad Faizal Mohd Tahir dan penyampai radio Hot fm, Putri Andreanna Syigim Mohd Razali atau Anne, sentiasa memastikan tingkah laku mereka sepanjang mengendalikan program realiti, Gangstarz.

Semua ini untuk mengelak telahan kurang manis dari masyarakat. Apatah lagi, Faizal, naib juara program One In A Million (OIAM), berstatus suami dan bapa dua cahaya mata. Sementara Anne masih bujang dan menjadi tanggungjawabnya memelihara nama baik keluarga.

Faizal, 29, berkata apabila bergandingan di pentas mengacarakan Gangstarz bersama Anne, mereka perlu mewujudkan keserasian bagi memastikan penonton terhibur.

揘amun, keserasian dan kemesraan yang dipamerkan perlu ada batasnya untuk menjauhkan fitnah orang ramai.

揔alau ikutkan, bukan Anne saja tetapi juga produser, pengarah, krew produksi, peserta dan semua yang terbabit dalam Gangstarz buat saya selesa dan serasi bekerjasama.

揝aya percaya sebuah program jadi lebih hebat seandainya semua pihak sepakat beri yang terbaik dan bekerja bagai sebuah keluarga,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2009 09:03 AM | Show all posts
Faizal News in CyBerita  Apr 12, 2007

Ahmad Faizal Tahir sedar status bujang membantu tapi ia bukan 'senjata untuk mana-mana penyanyi menempa nama'

Oleh
Hanim Mohd Saleh

STATUS bujang memang boleh melonjakkan nama personaliti, terutama mereka yang menyertai rancangan realiti. Lihat Taufik Batisah, lihat saja Asmawi Ani.

Kalau tidak, masakan keempat-empat finalis Anugerah 2005 terdiri daripada bujang trang tang tang belaka.

Tetapi kalau sudah bergelar suami, jangan sekali-sekali berani mengakui 'masih mencari'.

Personaliti dari Kuala Lumpur yang kini dikatakan paling 'panas' popularitinya, Ahmad Faizal Tahir, menyedari hakikat ini.

Justeru, beliau tidak ragu-ragu mengisyhtiharkan dirinya bukan sahaja sudah berpunya, bahkan sudah pun bergelar bapa dua orang anak, biarpun menyedari sokongan peminat terhadapnya mungkin terjejas.

Walhal, ketika membuat pendedahan itu, beliau sedang bertanding dalam rancangan One In A Million, pertandingan nyanyian yang menggu nakan undi penonton sebagai penentuan nasibnya.

Faizal dikagumi kerana kelantangan suaranya terutama ketika membawakan lagu-lagu berirama rok serta karismanya seperti seorang penyanyi profesional.

Tetapi kata orang, kalau bakatnya memang terserlah, tiada siapa dapat mengetepikannya.

Faizal, yang menang tempat kedua pertandingan itu, bahkan dapat mengatasi penyanyi Dayang Nur Faezah yang turut bertanding dan menduduki tempat keempat.

Faizal, yang berada di Singapura minggu ini kerana mewakili Malaysia dalam persembahan Ekstravaganza 07 malam tadi, ketika ditemui berkata, walaupun status bujang 'amat membantu' namun tidak semestinya ia menjadi senjata untuk mana-mana penyanyi menempa nama.

'Saya berfikir, lebih baik pendedahan itu datang daripada saya sendiri daripada pihak-pihak lain.

'Masyarakat perlu tahu sedikit sebanyak tentang kehidupan peribadi kita kerana mereka mahu menghargai kita sebagai insan biasa.

'Lagipun, kita sedang berada dalam era baru dan masyarakat lebih berpendidikan dan berfikiran positif,' kata Faizal, 28 tahun.

Beliau berkahwin dengan buah hatinya, Raihanim Noran, yang menjadi teman sekuliah nya ketika menuntut di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), tiga tahun lalu.

Berbanding dengan juara-juara rancangan realiti di Malaysia yang lain, Faizal istimewa kerana kemampuannya menjadi hos rancangan dan bahasa Inggerisnya yang cukup lancar.

Beliau pernah menjadi pengulas rancangan sukan dan kini menjadi hos rancangan Gangstarz, pertandingan menyanyi berkumpulan yang disertai Indonesia, Malaysia dan Singapura terbitan TV3.

Seorang aktivis media di negara jiran pernah berbisik, Faizal bakal menjadi seorang bintang besar dan istimewa memandangkan kemampuannya menyanyi dengan baik selain boleh menggubah dan menyusun lagu.

Beliau juga cekap sebagai hos dwibahasa dan sudah mendapat undangan berlakon.

Sebelum menjadi penyanyi rok, beliau merupakan penyanyi nasyid kumpulan Mirwana.

Namun, Faizal tidak mahu meletakkan dirinya sebagai seorang superstar.

'Perjalanan saya baru bermula. Saya tidak meletakkan diri saya sebagai bintang besar. Matlamat utama saya ialah menjadi penyanyi, penggubah dan penerbit lagu bagi genre rok yang saya minati. Bagaimanapun, rok bukan sebarang rok tetapi rok yang ada semangat perjuangan dan kebenaran,' kata Faizal yang kini popular dengan lagu Mahakarya Cinta karya Audi Mok.

Beliau kini turut menyanyi lagu tema drama bersiri, Kaiser, di TV3.

Beliau, yang mempunyai studio sendiri, Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, juga bakal mengeluarkan album penuh di bawah penerbitan label Monkey Bone yang diterajui Ahmad Idhzam Omar.

p/s: credit to [email protected]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 09:04 AM | Show all posts
Berita Harian 24 April 2007

Nama sama, bakat serupa
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Dua Faizal kecapi nikmat populariti sebagai pengacara

RELUNG kehidupan dua personaliti lelaki ini kian berubah. Berdikit membina kepercayaan, hari ini mereka mengecap nikmat yang diimpikan ramai insan. Kemasyhuran, barangkali bukan itu yang dipinta namun semakin dikenali memberi petunjuk positif perjalanan karier mereka semakin direstui. Faizal Ismail, bermula di Era namun sejak lebih setahun lalu, suaranya berkumandang menemani 1.5 juta pendengar Hot FM menerusi slot Hot FM AM Krew bersama Fara Fauzana dan pernah menjadi penyanyi menerusi kumpulan Khafi. Ahmad Faizal Tahir pula makin menyerlah sejak menyertai One In A Million (OIAM) dan bakat seninya semakin berkembang apabila menceburi bidang pengacaraan menerusi Gang Starz. Hip mendekati dua nama yang semakin gah membina tapak di bidang seni ini.


> Faizal Ismail

SEJAK awal Mac lalu, wajahnya pula menghiasi layar kaca apabila terpilih sebagai hos bersama Muzik Muzik (MM) 2007 di samping Cheryl Samad.

揝udah lama saya meletakkan sasaran untuk menjadi pengacara kerana ingin mengembangkan bakat. Pernah mencuba namun mungkin dulu rezeki tidak menyebelahi saya. Syukur kerana peluang akhirnya tiba apabila saya menyertai Hot FM, seterusnya diundang menyertai uji bakat untuk program itu.

揟iada jalan mudah kerana saya hanya dipilih selepas melalui beberapa sesi uji bakat. Mempunyai nama mungkin memberi sedikit kelebihan tetapi saya yakin ia bukan sebab utama saya dipilih,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 09:05 AM | Show all posts
Faizal in Weekend Mail, May 12-13 07



p/s: credit to [email protected]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2009 09:08 AM | Show all posts
Kosmo, Selasa, 20 Februari 2007





p/s: credit to [email protected]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.080050 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list