CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13212|Reply: 7

Sejarah Tanah Arab

[Copy link]
Post time 19-1-2009 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Sejarah Tanah ArabSusunan SITI AINIZA KAMSARI

BENTUK asal telaga zam zam yang dipamerkan di Muzium Kota Mekah, Mekah.

SIRAH Nabi Muhammad SAW memerlukan kitamengenali sejarah Tanah Arab terutama dari aspek geografi, sosial danperadaban dan ekonomi. Sebagai pendakwah khususnya, bagi menarikperhatian orang yang didakwah menceritakan kedudukan Tanah Arab mampumenarik perhatian pendengar.



Ini kerana membawakan kepada gambaran dan suasana Tanah Arab akanmendekatkan lagi mereka terhadap diri Rasulullah itu sendiri. Menerimasejarah Nabi bererti kita perlu menerima terlebih dahulu negara yangmenjadi tanah kelahiran baginda itu sendiri.


Justeru memahami kedudukan Tanah Arab yang merupakan satusemenanjung yang berkeluasan antara sejuta batu persegi sehingga1,300,000 juta batu persegi amatlah penting.


Tanah Arab merupakan sebuah semenanjung tetapi lebih dikenali juga sebagai Jaziratul Arab yang bermakna kepulauan Arab. Malah ada yang menyebutnya sebagai Shibhul Jazirah (Pulau Semenanjung).


Ini kerana Tanah Arab ini dikelilingi dengan tiga lautan,menyebabkan ada yang memanggil Tanah Arab ini sebagai pulau. Kalaudiperhatikan, Jazirah Arab itu berbentuk semenanjung yang berbentuk empat persegi yang setiap sisinya tidak sama atau tidak sejajar.


Di sebelah barat bersempadan dengan Laut Merah, di sebelah selatandengan Laut Arab dan Lautan Hindi, di sebelah timur dengan Teluk Arab(dahulu dikenali namanya Teluk Persia atau Parsi) dan hanya disebelahutaranya di sebelah utara dengan Gurun Iraq dan Gurun Syam (GurunSyria).


Kedudukan unik Semenanjung Arab ini memberikan banyak keistimewaanapabila menjadi laluan penting bagi menghubungi benua ke benua, samaada dari darat mahupun laut.


Bahagian barat lautnya menjadi penghubung ke benua Afrika manakalabarat dayanya menjadi laluan ke benua Eropah.

Bahagian timurnya,terutama melalui jalan darat dan laut untuk ke Timur Tengah dan TimurJauh termasuk Asia Tenggara.
Maka tidak menghairankan jika kita mendapati zaman sebelum kelahiranRasulullah menyaksikan Tanah Arab telah mempunyai kehidupan yang aktif.Begitupun faktor geografi Semenanjung Arab telah berjaya membebaskanmereka dari sebarang penjajahan sehinggalah pada detik hari ini.


Walaupun diapit oleh dua kuasa dunia, iaitu empayar Rom dan Parsinamun kedudukan geografi yang hanya dipenuhi belantara padang pasirBerjaya menjadi tembok penghalang kepada sebarang gerakan penjajahan.


Pada bab pertama buku Sirah Nabawiyyah, pembaca akandijelaskan mengenai sejarah bangsa Arab, penduduk yang menghuniSemenanjung Arab mengikut salasilah asal kelahiran bangsa tersebut.

Pada asasnya, bangsa Arab merupakan golongan semitik yang palingbesar di dunia sebagai menyangkal tuduhan bahawa bangsa Arabmengamalkan dasar anti semitik sedangkan pada hakikat sejarahnyakesemua mereka berketurunan dari Sam bin Noh (anak cucu keturunan NabiAllah Adam).

Daripada ketiga-ketiga jenis bangsa Arab telah melahirkan pelbagaijenis puak dan kaum yang menghuni seluruh pelosok semenanjung Arab.


Ini membawakan kepada jurai keturunan kepada baginda Rasulullah SAWdan jurai keturunan kepada penduduk asal Mekah yang dikenali sebagaipuak Jurhum.


Jika dikirakan terdapat beratus-ratus kaum dan puak Arab yang lahirdari tiga kumpulan Arab yang utama ini. Setiap dari mereka dapatdikenalpasti keturunan asal masing-masing ini termasuklah Bangsa ArabAribah misalnya melahirkan dua kabilah utama iaitu Himyar dan Kahlan.Namun menyaksikan persaingan sesama mereka membawa kepada usir mengusirantara satu sama lain.


Puak Kahlan yang terusir dari Yaman setelah dikuasai oleh Himyarkemudiannya bertebaran ke kawasan lain dari empat kumpulan yang lahirpuak ini, iaitu Al Azd, Lakh (dan Judham), Bani Tayyyi dan Kindah.

Begitupun yang jelas, kedatangan Nabi Ibrahim yang berasal dariIraq, yang kemudiannya berhijrah ke Haran diikuti Palestin merupakandetik paling bersejarah kepada lahirnya kabilah yang menjadi keturunanbesar kepada junjungan besar Nabi Muhammad.


Seperti yang diceritakan dalam buku ini. Nabi Ibrahim, seorang yangbanyak mengembara ke segenap pelosok tanah Arab malah sehinggamembawakan baginda sampai sehingga ke negara Mesir.


Di negara itu, Firaun yang memerintah ketika itu telah cuba membuatsesuatu yang tidak baik terhadap isteri Nabi Ibrahim, Sarah namunperbuatan tersebut gagal dengan bantuan Allah. Ini menyebabkan timbulkesedaran kepada Firaun mengenai kekuatan yang dimiliki oleh Sarah lalubeliau kemudiannya memuliakan isteri Nabi Ibrahim itu.


Lalu Firaun sanggup menyerahkan salah seorang anak perempuan, Hajar(Siti) kepada Sarah untuk dijadikan pelayan. Diriwayatkan Sarahkemudiannya menerima Hajar sebagai isteri yang baru kepada NabiIbrahim.


Mereka kemudiannya kembali semula ke Palestin dan hasil dariperkahwinan Ibrahim dan Hajar lalu mereka dikurniakan Nabi AllahIsmail. Namun kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu kepadaSarah lalu Nabi Ibrahim dipaksa supaya meninggalkan Hajar.


Ibrahim pun membawa isterinya dan Ismail ke Hijaz lalu meninggalkanmereka di sebuah lembah yang kering kontang dan langsung tiadatumbuh-tumbuhan apatah lagi sumber air.

Nabi Ibrahim telah meninggalkan mereka dengan hanya berbekalkankantung yang berisi buah kurma dan kendi atau bekas air. Bagindakemudiannya kembali semula ke Palestin.


Diceritakan ibunda Nabi Ismail, Hajar berseru kepada suaminya;"Hendak ke mana engkau, hai Ibrahim? Adakah engkau hendak tinggalkankami berdua di lembah ini?"

Oleh kerana Ibrahim tidak menoleh, maka ibunda Ismail bertanya lagi: "Apakah Allah yang menyuruhmu berbuat begini?"
"Betul!" jawab Ibrahim. "Kalau begitu tentu Dia tidak akan mensia-siakan kami?" ujar ibu Ismail lagi.

Setelah beberapa hari berselang, maka habislah makanan dan air yangditinggalkan Nabi Ibrahim. Akhirnya air susu Hajar juga menjadi keringuntuk diberikan kepada Nabi Ismail yang masih bayi ketika itu. LaluHajar berlari-lari antara antara bukit Safa dan bukit Marwa, untukmelihat kalau-kalau ada orang yang dapat memberi mereka makanan danminuman.


Tujuh kali dia berlari-lari itu, tetapi hasilnya menghampakan. Untukmemperingati peristiwa inilah maka orang yang mengerjakan ibadah hajiakan berlari-lari tujuh kali antara dua bukit itu.

Berkat tidak berputus asa, akhirnya di celah-celah lembah yangkering dan kontang itu Allah cetuskan mata air hasil hentakan kaki NabiIsmail yang menangis kehausan.


Perbuatan Hajar yang mengumpulkan air yang keluar dari celah tanahitu sambil menyebut zam, zam bermakna kumpullah, kumpullah ini yangmembawa nama kepada pertemuan telaga zam-zam yang amat terkenal danmasih melimpahkan air sehingga ke hari ini tanpa pernah kering danputus.


Kisah yang sangat terkenal ini, membuka lembaran baru kepadapembukaan Kota Mekah yang asalnya merupakan lembah yang sangat tandus.

Siapakan puak Jurhum dan apakah dugaan besar besar dan hebat yangterpaksa dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim selepas baginda terpaksameninggalkan Hajar dan Ismail di lembah itu.


Siapakah nama-nama berikut: Nabit atau Binalut, Qaydar, Adbail,Mibsham, Mishma, Duma, Misha, Hadah, Yatma, Yatur, Nafis dan Qaydumandalam sejarah awal Tanah Arab itu. Ikuti dalam keluaran seterusnya!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2009 08:21 PM | Show all posts
telaga zam2 lam gambo tu replika?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-2-2009 03:07 AM | Show all posts
Yahudi pendatang di Tanah Arab

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

DI Zaman Pra Islam iaitu di Semenanjung Arab dikatakan terdapat lebih 20 kabilah yang terdiri daripada puak-puak Yahudi. Ini menjadikan terdapat sejumlah besar penduduk di semenanjung itu terdiri daripada kaum Yahudi selain daripada bangsa-bangsa Arab yang lain.

Tetapi adakah puak-puak Yahudi ini merupakan penduduk asal Tanah Arab dan membentuk negara bangsa Yahudi mereka di situ? Pastinya mereka sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, Yahudi merupakan kaum yang terpaksa migrasi dari satu tempat ke suatu tempat yang lain, mencari bumi mana yang sudi menerima mereka.

Jika kita menyingkap sejarah asal usul kaum ini, mereka juga dikenali juga sebagai Bani Israel bermaksud bangsa yang berketurunan Israel.

Fakta mengenai Israel yang mesti kita ketahui bahawa Israel berasal dari perkataan Ibrani yang bermaksud 'orang yang berjalan di malam hari'.

Iaitu satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakob a.s, iaitu nabi kesepuluh lahir selepas Nabi Adam a.s. Nabi Yaakob dikatakan selalu mengembara dengan memulakan perjalanannya di waktu malam, manakala berehat semasa siangnya dan membuat persediaan untuk meneruskan perjalanan pada waktu malam berikutnya.

Gelaran itu menjadi asal usul kepada kaum yang lahir daripada anak-anak Nabi Yaakob yang seramai 12 orang itu, yang turut dikenali dengan gelaran "Al Asbaath."

Antara anak-anak baginda itu ada yang diangkat sebagai nabi seperti Nabi Yusuf bagi meneruskan syariat Allah yang diperturunkan kepada nabi-nabi terdahulu, iaitu Nabi Ishak, Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim.

Nabi-nabi lain yang lahir dari keturunan ini, termasuklah Nabi Ayyub, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Zulkifli, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa.

Sehinggalah sejarah bangsa ini melewati 587 (atau 586) Sebelum Masihi akibat penempatan mereka di Jerusalem diserang dan dihancurkan oleh Raja Nebuchadnezzar iaitu raja Kaum Chaldea dari Babylon (Iraq).

Peristiwa ini merupakan kali pertama orang Yahudi dihalau keluar dari Israel (Jerusalem) dan ada sebilangan yang ramai daripada mereka ditawan dan dibawa ke Babylon.

Serangan ini tidak sahaja menghancur dan memusnahkan negara mereka malah termasuk juga haikal (kuil-kuil) Yahudi. Namun mereka terpaksa juga meninggalkan Jerusalem mencari penempatan lain untuk meneruskan kehidupan.

Melarikan diri dan perjalanan mencari dunia baru itu akhirnya, menyaksikan ada kalangan mereka sampai di bahagian utara Hijaz dan apabila diterima baik oleh penduduk asal Arab di situ, pendatang Yahudi terus menetap di kawasan-kawasan utara semenanjung Tanah Arab itu.

Lebih ramai Yahudi yang melarikan diri ke kawasan tersebut sehingga mereka berjaya membentuk penempatan Yahudi yang besar iaitu di Yathrib (nama lama bagi Madinah), Khaibar dan Taima.

Mereka kemudiannya membuka lebih banyak perkampungan-perkampungan Yahudi, benteng dan kubu bagi tujuan mempertahankan diri daripada serangan musuh.

Pendatang-pendatang Yahudi itu kemudiannya mula menyebarkan agama mereka di kalangan penduduk-penduduk Arab yang berada di persekitaran mereka, sehinggalah kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Sebagaimana yang kita sedia ketahui, Yahudi berjaya membentuk satu komuniti yang kuat terutama di Yathrib. Kabilah-kabilah Yahudi yang berjaya membentuk pengaruh yang kuat dan terkenal, termasuklah Kaibar, Mustaliq, Nadir, Quraizah dan Qainuqa.

Jadi telah berlaku asimilasi agama dan kaum yang jika sebelum ini agama Yahudi itu dianuti oleh bangsa Israel itu sahaja. Namun mereka nampak ada kepentingan, jika agama Yahudi itu tersebar di kalangan penduduk asal atau orang Arab itu sendiri kerana menyedari status mereka yang sebenarnya berasal daripada kaum pendatang.

Fenomena ini menyebabkan ada pihak yang menyebut terutama di kalangan bangsa Arab, Yahudi dan Islam itu sebenarnya saling bersaudara. Walaupun berbeza agama tetapi sebenarnya kedua-dua kaum ini masih mampu untuk hidup berpakat dan berjiran tanpa ada sebarang prejudis kaum atau perkauman.

Tetapi bagaimana dikatakan agama Yahudi itu menjadi hak anutan kepada bangsa-bangsa Yahudi sahaja, tidak bangsa lain yang ada di muka bumi ini? Adakah anda mengetahui fakta sejarah mengenainya?

Pakar Sejarah terkenal, Harun Yahya (Adnan Oktar) dalam bukunya, Kaum-kaum Yang Pupus (Terbitan Saba Islamic Media, 2004) menulis Kitab-Kitab Perjanjian Lama (Taurat) seolah-olah menggambarkan Nabi Ibrahim seperti menerangkan dua individu berbeza.

Seorang dikenali sebagai Abraham dengan versi mereka sendiri dan seorang lagi Ibrahim sebagaimana kisahnya diceritakan dengan benar dan tepat seperti terkandung dalam al-Quran.

Menurut Harun, tidak ada satu cerita atau kisah Nabi Ibrahim yang dilemparkan ke dalam api dan tindakannya memecahkan berhala-berhala kaumnya, Kaum Namrud disebut dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat).

Secara umum kitab itu hanya menyebut Nabi Ibrahim sebagai moyang kepada kaum Yahudi sahaja.

"Ternyata para pemimpin kaum Yahudi telah menggunakan pandangan Perjanjian Lama ini untuk mengetengahkan konsep "agama bangsa".

Mereka mempercayai bahawa bangsa mereka adalah terpilih oleh tuhan, justeru mereka mempunyai keagungan yang tiada tandingan berbanding bangsa-bangsa lain.

"Mereka dengan sengaja meminda kandungan Kitab Suci mereka sendiri dan menokok tambah serta memadamkan sesetengah kandungan demi kepentingan kepercayaan mereka," kata Harun.

Sementelah bagi penganut dan pengikut Kristian pula berpendapat Nabi Ibrahim yang dianggap sebagai moyang kaum Yahudi tetapi menurut mereka Nabi Ibrahim bukan seorang Yahudi tetapi seorang Nasrani.

"Mereka tidak mengendahkan konsep bangsa seperti Yahudi itu dan mengambil pendirian mereka sendiri, yang telah menyebabkan berlaku perselisihan antara kedua-dua agama itu," katanya.

Perselisihan ini telah disebut dalam al-Quran, iaitu; Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?....Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian. (Ali Imran: 65 - 68)

Turut disebutkan juga terdapat agama lain yang menjadi anutan kalangan penduduk Arab selain, Nasrani, Yahudi pada zaman sebelum keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW.

Iaitu agama Majusi (menyembah api) iaitu kalangan penduduk Arab yang tinggal berdekatan atau berjiran dengan negara Parsi, negara asal agama ini. Agama ini juga dikatakan bertapak di Iraq, Bahrain dan kawasan-kawasan persisiran Teluk Arab yang berdekatan dengannya.

Atau anda pernah mendengar agama Sabiah? Agama ini juga merupakan satu lagi bentuk agama yang dikatakan menjadi anutan kepada sebahagian kecil penduduk Arab di Tanah Arab. Iaitu kaum Ibrahim al Kaldaniy dan juga dikatakan ramai penduduk Syam yang mempercayai agama ini. Namun akibat kehadiran dan kemaraan agama Nasrani dan Yahudi menyebabkan agama ini lemah dan semakin pupus.

Mereka yang menganut agama ini menggantungkan kepercayaannya kepada perjalanan bintang dan falak, berkeyakinan bahawasanya segala sesuatu itu, gerak dan diam, berjalan dan berhenti, semua itu berkait dengan bintang-bintang.

Mungkin ada menariknya kita ikuti corak kehidupan masyarakat Arab Jahiliah dengan lebih dekat lagi. Ikuti keluaran akan datang, bagaimana yang dikatakan dalam kejahilan itu mereka sebenarnya bertamadun seperti dalam bidang kesusasteraan, sehinggakan dinding-dinding Kaabah menjadi saksi kehebatan masyarakat Arab Jahiliah bersastera!
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 02:22 AM | Show all posts
Reply 2# trebadoure7


    bingkai atau benteng telaga zam zam......
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 05:51 AM | Show all posts
Pendatang-pendatang Yahudi itu kemudiannya mula menyebarkan agama mereka di kalangan penduduk-penduduk Arab yang berada di persekitaran mereka, sehinggalah kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Ada beberapa puak dari etnik Arab yang menganuti ajaran yang diamalkan orang Yahudi sblom zaman nabi (saw). Al-Ya'aqubi beritahu, bani Nadhir keturunan Arab dr Utara (Palestine), bukan keturunan Israel.

Puak2 Yahudi yang terkenal dalam sirah nabawi ada 3 sahaja iaitu banu Quraiza, banu Qainuqa', n banu Nadir. Tapi ada beberapa lagi yg tak tersebut dalam sirah macam banu Hadl, n lain2.

Abdullah b. Ubay orang munafiq tu, suku kaum Khazraj.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 03:25 PM | Show all posts
Mod Merged Thread nih dengan Thread Al Tarikh.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2010 09:26 PM | Show all posts
Mod Merged Thread nih dengan Thread Al Tarikh.....
HangPC2 Post at 16-8-2010 03:25 PM


aku setuju...tolong merged dgn thread genot bukak...tarikh arab...kat situ macam2 buleh tambah semula info dan kembangkan info atau mungkin buleh perbetulkan info etc....lagi mudah nak rujuk kalau letak dlm satu thread
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 11:39 PM | Show all posts
Sejarah Tanah ArabSusunan SITI AINIZA KAMSARI

SIRAH Nabi Muhammad SAW memerlukan kitamengenali se ...
Syd Post at 19-1-2009 10:35


thanks TT, info yg berisi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057587 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list