View: 2721|Reply: 15
|
komen citer fantasi magik aku
[Copy link]
|
|
Awas:ini bukan novel/cerita cinta.
Salam.aku ni suka lar jugak menulis tapi nak kata pandai,x lah pandai mana pon..nak kata x pandai,pandai lar jugak.aku ni ader tulis satu story tapi x tau lah bagus ke x.so,aku nak mintak opinion korang lar...aku baru tulis bab 1 coz aku ingat kalau x sedap,aku nak buang jer citer ni....citer ni genre fantasi...ala2 ader magik ar...aku pon serba salah nak ltak citer aku kat ruangan ni coz kat sini aku tgk seme penulis tulis psal cinta....
BAB SATU:SEJARAH WOLFTOWN
Waktu masih pagi benar.Jarum jam di dinding masih baru merangkak ke angka enam.Simbahan cahaya matahari pagi mencelah masuk melalui lubang tingkap.Menjengah hingga ke dalam.Matahari baru menampakkan sinarnya setelah hampir seminggu hujan turun.Hawa sejuk masih tegar membalut suasana.Embun yang menintis di dedaun hijau juga masih belum kering.Namun,suasana hening pada pagi itu dicemari oleh bunyi bising dari ruang dapur rumah kayu dua tingkat di pinggir petempatan Wolftown.Wolftown merupakan kampung yang dipenuhi dengan sejarah kerana di sinilah tempat lahir pahlawan lagenda terknal:Alan The Wolf.
Adam membuka matanya.Bunyi bising itu benar-benar mengganggu lenanya.Adam:budak lelaki berusia lapan tahun,berambut hitam,berkulit cerah,berbadan kurus dan mempunyai sepasang mata coklat yang bersinar.Adam bangun dari katil empuknya dan mengikat kemas langsir kain kapas merahnya yang mempunyai corak kotak yang tidak sama saiznya dan berwarna oren ceria itu untuk memberi cahaya matahari masuk,membuat biliknya berkilauan berapi anehnya.Kemudian,Adam mengambil tuala berwarna biru tua yang disangkut di pintu bilik dan meletakkan tuala itu di atas bahunya.
揗ak masak apa tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Sue:budak prempuan comel yang berwajah bulat,berambut kerinting keperanganyang panjang hingga ke paras pinggang dan bermata hitam bundar.Wajah Sue tidak ubah seperti emak mereka,Lisa Flow.Tetapi,emak mereka berambut kerinting keperangan sampai ke bahu sahaja.Sue merupakan kembar Adam yang juga berusia lapan tahun.
揗ak nak pergi pekan?Kita kan boleh beli topi baru Sue di Kedai Topi Azura je,攖anya Adam dengan mulut yang dipenuhi dengan kentang dan telur goreng.
揧elah,memang Kedai Topi Azura tu dekat tapi koleksi topinya terhad.Lagipun,petang ni mak nak pergi ke pekan juga untuk beli hadiah untuk menghadiri majlis perkhawinan anak Pak Cik Daniz kamu.Kamu tahu kan,sepupu kamu,Maria akan berkhawin hujung bulan ini.擺/size]
揧a,tapi itu kan lambat lagi?攖anya Adam lagi.
揕ebih baik kita beli awal supaya tidak kelam kabut nanti擺/size]
Petang itu,Puan Flow dengan dua orang anak kembarnya,Adam dan Sue pergi ke pekan.Puan Flow telah membelikan Sue topi berwarna kuning cair yang berbunga matahari dan gaun kembang yang sepadan warna dengan topinya.Emak mereka juga membelikan Adam sepasang baju baru yang juga berwarna kuning.
Keadaan di pekan pada hari itu agak sibuk.Puan Flow telah membelikan bingkai gambar berwarna merah jambu yang agak pelik hodohnya untuk diberikan kepada sepupu mereka,Maria di Kedai Cenderamata Pelik.
揗ak nak bagi benda bodoh tu untuk Kak Maria ke?攖anya Sue tiba-tiba.
揟ak lah.Mak nak bagi bingkai
gambar tu untuk kau supaya kau kahwin dengan makhluk gergasi.擳ambah Adam sambil ketawa mengekeh.
揝udahlah kamu berdua!Ini barang antik dan benda ni tak bodoh. |
|
|
|
|
|
|
|
Sue menutup buku Sejarah Ajaib Alan The Wolf dan serentak dengan itu,gambar serigala di kulit buku itu mengaum.Emaknya datang sambil menghidangkan seteko air teh panas di atas mejadi ruang tamu ketika buah catur Adam menjerit,擩angan alihkan aku,bodoh!擺/color]
揘ampaknya Iblis Api dah menyerang Kampung Wirawati.Mereka dah bakar semua rumah-rumah di kampung itu dan penduduknya ditawan dan dikurung di Penjara Api.攌ata ayahnya sambil menggelengkan kepala,擪alau macam ni dunia kita tak akan aman.擺/size]
揑blis api tu apa,ayah?攖anya Adam sambil menjauhkan jarinya dari buah catur yang mahu menggigit jarinya.
揗ereka tu bangsa yang paling menjijikan di dunia!,攌ata ayahnya sambil memeluk tubuh dan memandang akhbar yang dibacanya itu dengan pandangan menjijikan seolah-olah makhluk itu baru keluar dari akhbar yang dibacanya.
揔enapa mereka kurung semua penduduk tu di Penjara Api?tanya Sue yang mula berminat dengan perbincangan ayah dan abangnya itu.
揗ereka tu makhluk penghisap darah.Mereka memerlukan manusia untuk terus hidup.Oleh itu,mereka kurung tawanan mereka dan akan membunuhnya apabila mereka mula merasakan haus akan darah. |
|
|
|
|
|
|
|
揃aguslah!Kamu berdua bersihkan diri cepat sikit.Nanti,bersihkan halaman rumah.擺/color]
Selepas bersarapan,Adam dan Sue pergi ke halaman rumah.Mereka membersihkan halaman rumah mereka.
揔au rasa betul ke pewaris Alan The Wolf tu masih hidup?,攖anya Adam tiba-tiba.
揟ak tahu lah aku.攌ata Sue acuh tak acuh sambil membri ayam makan.
揂pa kata kalau kita cari pewaris Alan The Wolf tu?Lagipun,kita kenal semua orang di Wolftown擺/color]
揟ak mahulah.Adam,tu cuma cerita donggeng je.Tak mungkin ada kacukan manusia dengan Serigala Jadian di dunia ni.攂alas Sue.
揗ana kau tahu?擺/color]
揂ku pernah baca buku Manusia Kacukan dan manusia memang tak boleh dikacukan dengan Serigala Jadian sama macam manusia tak boleh dikacukan dengan naga.Kajian saintifik pun telah membuktikan yang manusia tak boleh dikacukan dengan Serigala Jadian.
Mereka berdua membersihkan halaman rumah mereka sehingga hari petang.Setelah semua kerja pembersihan selesai,Adam dan Sue duduk terbaring di bawah pokok Rambutan sambil memerhatikan sekeliling halaman rumah mereka.Adam tidak pernah melihat halaman rumahnya begitu bersih dan kemas.Kuali-kuali berkarat dan tayar-tayar lama yang biasanya berselerakan di tangga pintu belakang tidak kelihatan lagi,diganti dengan dua pokok bunga mawar dalam pasu besar yang baru,yang diletakkan di kiri dan kanan pintu.
Meskipun tiada angin bertiup ketika itu,daun-daunnya melambai-lambai,memberi kesan beralun yang amat menarik.Ayam-ayam telah dimasukkan ke dalam reban,halaman rumah telah disapu bersih,dan kebun telah dicantas,ditebas,dan diperindah walaupun Adam lebih suka keadaan tidak terbelanya,berpendapat yang kebun itu kelihatan semakin sunyi.
Pak Cik Khoo sudah sampai.Bunyi pertama menandakan ketibaan mereka ialah suara derail ketawa nyaring yang rupa-rupanya suara ayah mereka,yang muncul di pintu pagar tidak lama kemudian sambil membawa bagasi.Di sebelahnya kelihatan seorang lelaki berbadan sasa dan tegap dengan janggut hitam yang kecil dan tirus.Bagaimanapun,air mukanya nampak mesra.Pak Cik Khoo kelihatan amat muda berbanding ayahnya.
Ibunya,Puan Flow keluar menyambut Pak Cik Khoo dengan wajah kemerahan yang ceria.
揗aaflah,menyusahkan saja,攗cap Pak Cik Khoo.
揙h,tak adalah.Jemputlah masuk..Kita makan malam bersama.攌ata Puan Flow.
揑ni Adam dan Sue.Anak kembar aku.攌ata Jack sambil menunjuk ke arah anak-anak kembarnya.
Adam dan Sue bersalaman dengan Pak Cik Khoo..
揙h!Dah besar kamu berdua ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
fuh! panjang nyeeeeeeeeeeeee... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gelugugu at 10-2-2009 12:18 AM
fuh! panjang nyeeeeeeeeeeeee...
ni baru bab satu,bro..sebenarnya ade lagi...
kalu ramai kater best baru aku nk sambung menulis balik... |
|
|
|
|
|
|
|
encik kodok,aku suke ngn cite mu.mmg faveret aku kalu cite genre fantasy gini..malah aku lebih prefer cite gini drpd cite cintan cintun smpah tuh.mmg sedikit sgt penulis di malaysia mengarang cite genre fantasi gini.maklumler rakyat mesia neh suke cite jiwang2..x gitu encik kodok??ekekeke.komen aku laks,.penyampaian cite fantasi mu berkesan dan bijak menampilkan latar masyarakat sihir..cumenyer kalu leh tukar ah nama mata wang tuh..uduh ler kalu main2 kaler2 gitu..cam duit kanak2 lah pulekk..aper kate mu reka nama duit mata wang mcm lah harry potter tuh..duit depa galleon,sickle,knuts kan???baru nmpk unik dan penuh dgn kemagikkan skettt |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by menatang at 10-2-2009 10:14 PM
encik kodok,aku suke ngn cite mu.mmg faveret aku kalu cite genre fantasy gini..malah aku lebih prefer cite gini drpd cite cintan cintun smpah tuh.mmg sedikit sgt penulis di malaysia mengarang cit ...
kau reka ar nama currency dier pastu bagi tau kat aku..
erk???cam budak2 ek???hehehe
nanti ar aku tukar yang tu...
nama dalam watak2 ni pon aku nak tukar jugak coz ader banyak yang x sesuai..tapi aku sbenarnya nak tanya pendapat jalan cerita novel ni...tu yang penting
currency tu maybe aku change lah nanti.
thx for daa comment |
|
|
|
|
|
|
|
not bad.. tapi terlalu berat untuk pemikiran macam haku nie.. pada pendapat haku, kalau nak berfantasi ala malaya, lebih sedap kalo fullfill dengan situasi kat malaya nie.. barulah ada feel, fantasi yang seakan-akan realiti.. just my 2 cent.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 lanalara\ catat
kat malaya ada ke magik2 neh?kalu bomoh2 sihir2 santau2 ade ler..ekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 lanalara\ catat
kalu nak ikut berfantasi ala2 malaya tu boleh,tapi aku rasa x best ar tibe2 lam citer aku ader bomoh siam...
kalu ikut ala2 malaya pun,aku kena ltakkan mcm2 tarian kiter,silat n benda2 lain
satu lagi,kalu versi ikut malaya,aku kena letak nama dia Adam bin jack????
nampak pelik plak..
lagipun,gaya penulisan aku lbh bnyak dpengaruhi penulis dr barat coz aku slalu baca buku fantasi yg ditulis oleh penulis barat memandangkan kat malaysia ni kurang penulis yang menulis genre seperti ini...
ape2 pon,thx for daa comment |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by menatang at 11-2-2009 02:32 PM
kat malaya ada ke magik2 neh?kalu bomoh2 sihir2 santau2 ade ler..ekekekeke
aku setuju ngan ko abg menatang |
|
|
|
|
|
|
|
ada gak magik kat malaya nie.. ala-ala bunian.. hehehe... keep it up bro.. |
|
|
|
|
|
|
|
okey...smbung lagi nanti ye mr.kodok......suka juliet nak ikuti kisah sterusnye |
|
|
|
|
|
|
|
citer nie ok...
tapi bole x klu tukar font?
kecik sgt la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|