View: 11017|Reply: 28
|
Dajjal Adalah Dari Golongan Anti Sunnah/Hadith
[Copy link]
|
|
MEngikut pemerhatian saya dajjal adalah dari golongan yang menolak sunnah dan hadith sebagai sumber syariat. Bahkan boleh dikatakan bahawa dajjal juga adalah anti-Muhammad s.a.w. Namun beliau bukanlah seseorang yang menolak AL-Quran.
Golongan anti sunnah dan hadith yang muncul pada hari ini adalah sebagai dajjal-dajjal kecil yang akan memikul panji-panji dajjal utama laknatullah pada masa depan.
Lihat sekali bagaimana liciknya golongan anti sunnah dan hadith ini menarik anda ke dalam syurga kesesatan dengan membiarkan anda ragu-ragu terhadap sesesetengah sunnah dan hadis qudsi yang mana secara tidak langsung mereka dapat menarik anda sedikit demi sedikit untuk menolak sumber yang berasaskan sunnah serta hadith.
Di tangan kanan mereka adalah syurga yang penuh tipu daya maka ia adalah jurang ke neraka Allah.
Di tangan kiri mereka adalah neraka yang abadi maka ia adalah pintu ke syurga Allah.
Golongan Dajjal ini hanya mementingkan AL-Quran semata-mata dengan tidak mahu mengikuti syariat yang telah ditetapkan oleh rasulullah menyebabkan mereka buta sebelah mata kepada kebenaran.
Dijangkakan ramai umat Islam yang tipis imannya hari ini akan dengan mudah terpedaya dengan janji manis dajjal bahawa Al-Quran sahajalah yang datang dari Allah ditambah pula kemampuan dajjal melakukan mukjizat (sihir) menyebabkan manusia percaya bahawa beliaulah pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
--------------------------------------------------
mari kita sama-sama membincangkan topik ini untuk kemaslahatan bersama... |
|
|
|
|
|
|
|
Islam itu mudah
Kalau la kalalah berguru selama ni, maka x wujudlah sebarang kemusykilan tentang Dajjal, tentang golongan yang menolak hadis ataupun Alquran. Kalau la kalalah berguru, maka dia akan sedar di mana Alquran yg sebenar-benarnya berada dan dimana dan bila kita patut mengikut Hadis dsb. Kalau la kalalah berguru maka patutkah dia peduli tentang janji manis dajal dan sapa sebenarnya dajal ini. Carila guru yg Mursyid maka segala pertanyaan kemusyiklan ini akan lenyap. |
|
|
|
|
|
|
|
tak akan kiamat dunia selagi dajal , imam mahadi dan juga nabi isa muncul di dunia ini... wallahualam..... |
|
|
|
|
|
|
|
Wahai kawan sedara Islamku yang tersayang(kalalah007 ),
di sini ramai yang salah faham mengenai konsep Dajjal.ada pelbagai versi mengenai Dajjal di luar sana.Ada yang mengatakn Dajjal hanyalah isyarat segitiga bermuda, Dajjal adalah Amerika dan sekutunya, Dajjal adalah sekutu Amerika sahaja, banyak sangat versi mengenai Dajjal ini.
Tetapi ketahuilah wahai saudara islamku yang tersayang, mungkinlah kamu dan rakan di luar sana tidak tahu akan hal ini.Hadis-hadis Rasulullah mengenai ciri-ciri Dajjal sungguh terperinci, siapa Dajjal, siapa ibunya, ayahnya, bila dia akan keluar, adakah dajjal itu orang kah, makhluk asingkah, apakah warna kulit dajjal, rambut dia bagaimana, mata dia bagaimana pula, tumit kakinya bagaimana pula, di dahinya ada tulisan "Kaf, fa, ra" yang boleh di baca oleh muslim yang tahu membaca atau tidak..sungguh canyak ciri-ciri Dajjal ini yang telah di jelaskan oleh Rasulullah telah mencapai hadis yang sahih dan sekaligus menolak sama sekali pendapat2 lain yang sekadar di buat-buat dan tidak berasas sama sekali.Apakah tanda-tanda yang dapat di lihat oleh muslim ketika Dajjal ini akan keluar, 3 tahun sebelum Dajjal ini keluar bumi berada dalam keadaan bagaimana, benarkah hujan akn menghadkan air hujannya dari1/3,2,3,3/3 air hujannya ke muka bumi...Semua itu sudah di jelaskan oleh hadis-hadis sahih nabi.
Harap saudara dan yang masih kurang jelas di luar sana boleh faham Dajjal ini dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan seseorang itu Dajjal kecil atau Dajjal besar hanya ikut tafsiran sendiri kerana kita kena ingat akan hadis Nabi mengenai tanda-tanda kiamat kecil ini di mana orang yang jujur akan di pandang jahat.Iyelah takutlah sekarang ini terlalu ramai sangat orang menunding jari ke arah pihak sana katakannya sesat, orang itu sesat, orang ini sesat, orang itu pelampau agama,orang itu ekstrim, pengganas, penderhaka, takut nanti orang yang di tuduh itu berada di pihak yang benar, akhirnya kita yang rugi..sepertimana kata-kata ustaz aku semasa aku di sekolah agama 'kerajaan' masa aku kecil
Terima kasih
[ Last edited by doden at 17-2-2009 12:07 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by doden at 16-2-2009 11:12 AM
Wahai kawan sedara Islamku yang tersayang(kalalah007 ),
di sini ramai yang salah faham mengenai konsep Dajjal.ada pelbagai versi mengenai Dajjal di luar sana.Ada yang mengatakn Dajjal hanyalah ...
Adakah anda beranggapan saya telah salah faham pengertian dajjal?. |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam,
Memandangkan baginda Nabi tidak mengetahui perkara ghaib kecuali yang diwahyukan sahaja dan semua wahyu telah termaktub dalam Al Quran.... dan kedatangan dajjal ini merupakan perkara apa yang akan berlaku kelak (peristiwa masa depan) maka ianya tergolong dalam keadaan ghaib.... siapa yang memberi tahu akan baginda akan hal tersebut sebab dalam Al Quran yang 114 surah dan 6000 lebih ayat tidak terdapat satu perkataan "dajjal" pun.....?
Mungkikah ini merupakan salah satu lagi serapan Israilliyat sebab dalam Bible tercatit perihal dajal ini;
1Yoh. 2:18
Hai anak-anakku, akhir zaman telah sampai; dan sebagaimana yang sudah kamu dengar bahwa si Dajal akan datang kelak, maka sekarang ini pun ada banyak "Dajal"; dengan jalan itu kita mengetahui bahwa inilah akhir zaman.
1Yoh. 2:22
Maka orang yang menyangkal Bapa dengan Anak itu, ialah si Dajal.
1Yoh. 4:3
dan tiap-tiap roh, yang tiada mengaku Yesus itu, bukanlah daripada Allah, melainkan inilah roh si Dajal, yang telah kamu dengar yang akan datang, dan sekarang ini sudah ada di dalam dunia.
2Yoh. 1:7
Karena banyak orang penyesat sudah keluar ke seluruh dunia, yang tiada mengaku bahwa Yesus Kristus sudah datang dengan keadaan manusia. Inilah penyesat dan si Dajal.
Fikir-fikirkanlah..... terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam,
Memandangkan baginda Nabi tidak mengetahui perkara ghaib kecuali yangdiwahyukan sahaja dan semua wahyu telah termaktub dalam Al Quran....dan kedatangan dajjal ini merupakan perkara apa yang akan berlaku kelak(peristiwa masa depan) maka ianya tergolong dalam keadaan ghaib....siapa yang memberi tahu akan baginda akan hal tersebut sebab dalam AlQuran yang 114 surah dan 6000 lebih ayat tidak terdapat satu perkataan"dajjal" pun.....?
Wahai saudaraku, kita di dalam islam ini ada rukun.Rukun Iman kita pula terbahagi kepada 6.2 daripadanya adalah beriman kepada kitab dan juga Nabi Muhammad.Kalau kita beriman hanya kepada al-Quran tetapi tidak beriman kepada apa yang baginda sabdakan itu pun tidak boleh juga.Dan dalam keadaan beriman kepada apa yang baginda sabdakan sahaja dan tidak beriman kepada al-Quran juga tidak boleh juga.Hadis-hadis nabi inilah yang menerangkan setiapsatu ayat al-Quran secara details.Tetapi permasalahannya sesetengah orang kita nie pandai-pandai pula mempertikaikan hadis itu tidak sahih hadis dia sorang jerlah yang sahih padahal dia bukannya ahli hadis sama sekali pun...Orang-orang beginilah yang patut di jauhkan daripada umat islam kerana bila seseorang berbicara tanpa ilmu, sesat dan lagi menyesatkan,ha tunggu lah kiamat..
Menurut Amin Muhammad Jamaluddin, membincangkan mengapa dajjal tidak di sebutkan di dalam al-Quran telah mengatakan seperti berikut;
Fasal ini akan kita tutup dengan menjawab pertanyaan yang kadagkala timbul pada diri sebahagain orang iaitu;mengapa Dajjal tidak pernah di sebutkan di dalam al-Quran sedangkan fitnah dan bahayanya sangat besar dan berat;manakala ilmu pengetahuan tentang kemunculannya di akhir zaman adalah ilmu mutawatir(tidak boleh diingkari).Apakah sebabnya?Beberapa ulama mencuba memberikan jawapan, tetapi jawpan mereka tidak terlepas dari kritikan,(Lihat:Fathul Bari, Kitabul Fitan, Bab Zikruddajjal, Hal:92.Juga lihat:Kitabul Fitan Wal Malahim oleh Ibnu Kathir pada hais-hadis tentang Dajjal)..seperti:
1.Ada orang yang berpendapat:Bahawasanya Dajjal telah disebutkan dalam Al Quran, surah Al An'am,ayat 158:
"Pada hari datangnya beberapa ayat dari Tuhanmu tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang kepada dirinya sendiri yang belum pernah beriman sebelum itu..."
(Al-An'am:158)
Sedangkan dalam sebuah hadis marfu' yang disahihkan oleh Tarmizi daripada Abu Hurairah, dia berkata:
"tiga perkara yang apabila ia keluar, maka tidak aan bermanfaat(tidak akan dapat menolong) iman seseorang yang belum pernah beriman sebelumnya iaitu Dajjal, binatang bumi dan terbitnya matahari dari tempat terbenamnya"
Pendapat atau pentafsiran di atas tidaklah kuat kerana ayat tersebut tidak menyebutkan nama 'Dajjal' dengan teks yang jelas.
2.Ada yang berpendapat:Secara tidak langsung,al-Quran telah menisyaratkan Dajjal akan keluar dengan ayat-ayat tentang turunnya Isa Ibnu Maryam, dalam surah Az-Zukhruf.
"Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar mengetahui hari kiamata, waktu turunnya kerana itu janganlah kam,u ragu-ragu tentang kiamat itu dan turutilah aku, inilah jalan yang lurus."(Az-Zukhruf:61)
Sedangkan sudah jelas bagi kita bahawa dialah (Isa) yang akan membunuh Dajjal.Maka dari itu Al-Quran mencukupkan untuk menyebut salah satu dari dua yang bertentangan tersebut..
......akan di sambung kemudian. |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat atau pentafsiran ini tetap tidak kuat, kerana ayat di atas secara jelas tidak menyebutkan nama Dajjal.
3.Ada orang yang berpendapat Al-Quran tidak menyebutkan nama Dajjal sebagai suatu penghinaan terhadapnya.
Pendapat ini juga lemah, kerana dalam Al-Quran bahkan juga di sebut nama-nama yang lebih hina darinya seperti firaun.
4.Ada pula orang yang berpendapat bahawa di dalam Al-Quran dikisahkan tentang para manusia yang melakukan kerosakan pada masa yang lalu dan telah berlalu perkaranya, berbeza halnya dengan yang belum datang.
Pendapat ini juga lemah, kerana kaum yakjuj dan Makjuj juga di sebut di dalam Al-Quran padahal mereka belum lagi muncul.
Pendapat yang kukuh menurut beliau ialah bahawa Dajjal tidak disebut di dalam al-Quran ialah kerana fitnahnya, ia merupakan fitnah di akhir zaman dan sebagai fitnah yang paling besar.Oleh kerana itu, dengan hal ini(tanpa menyebut Dajjal di dalam al-Quran)Allah akan memeperdayakan orang-orang yang mendustakan hadis-hadis Rasulullah SAW, membuat keraguan atasnya dan menolak penisbatannya kepada Rasulullah SAW.(Orang-orang seperti ini adalah sama seperti kaum ‘al-Farmawiyah’, dan selain mereka dari orang-orang yang mengaku sebagai pengikut akedemi rasinalism.Mereka itulah orang-orang yang hanya menyesuaikan teks-teks syari’at agama sesuai dengan akal mereka sahaja, di mana apabila nas-nas tersebut sesuai dengan keinginan atau kepentingan mereka, maka itu akan mereka terima, tetapi jika tidak demikian halnya, maka mereka akan menolak dan mendustkannya walaupun nas tersebut adalah khabar mutawatir.
Jadi mereka menolak hadis kerana mengikut hawa nafsu dan kejahilan serta ingin popualriti.Mereka itulah orang-orang yang benar-benar akan terpedaya oleh Dajjal dan akan masuk perangkapnya serta akan tersesat dalam kesesatannya, kerana mereka tidak menemukan nas yang tertulis di dalam Al-Quran tentang Dajjal, tetapi ia hanya tertulis dan ditetapkan dalam sunah nabi SAW yang suci, sedangkan mereka tidaklah mengakui sunnah(kecuali apabila ia
bersesuaian dengan hawa nafsu mereka yang telah sakit(rosak).Rasulullah SAW telah bersada:
“Ketahuilah, apakah Isa adalah seorang laki-laki yang telah sampai kepadanya ucapan-ucapan-ku?akan tetapi nanti ia akan berkata sambil menekan tangannya di atas kursinya:”Petunjuk di antara kami dan kamu adalah Kitabullah, maka apa sahaja yang kami temukan halal di dalamnya maka kami akan menghalalkannya dan apa sahaja yang kami temukan haram kami akan mengharamkannya dan sesungguhnya apa-apa yang diharamkan oleh Rasulullah adalah seperti yang di haramkan oleh Allah.”
-Riwayat Tirmizi daripada Miqdam, Riwayat Ad-Darami, ia adalah hadis Sahih.disahihkan oleh Al-Albani dalam Kitab “Al-Misykat”, No:163. |
|
|
|
|
|
|
|
CIRI-CIRI Al-MASIH AD DAJJAL
Dajjal adalah seornag lelaki dari kalangan anak manusia(anak Adam) dari kaum yahudi yang berupa buruk, berperangai dan berbentuk seperti syaitan.Ia dikelilingi oleh syaitan-syaitan dan diikuti oleh 70000 orang Yahudi dengan toga di kepala.
Adapun tentang dua orang tuanya, telah bersabda Rasulullah SAW:
“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu,berperangai buruk dan sangat sedikit manfaatnya, dan ketika matanya tertidur hatinya tidaklah turut tertidur”.Kemudian baginda SAW menerangkan tentang kedua-dua orang tuanya dengan bersabda:”Ayahnya adalah seorang lelaki yang berpostur(gaya tubuh) tinggi, berdaging tidak teratur, berhidung panjang seolah-olah hidungnya adalah paruh burung.Ibunya adalah seorang wanita besar, bertangan panjang dan berpayudara besar”
-Diriwayatkan oleh Ahmad dari Abu Bakar dan diriwayatkan oleh tarmizi dari Hammad bin Salamah dan dia berkata bahawa ini adalah hadis hasan.
Adapun tenatng gambaran tubuh dan bentuk Dajjal, Rasulullah SAW telah menerangkan hal tersebut dengan lengkap dan jelas yang tidak perlu diragukan lagi untuk mengenalinya.Diantaranya ada ciri-ciri yang kelihatan dari jauh dan cirri-ciri yang kelihatan dari dekat. |
|
|
|
|
|
|
|
1.Apabila anda melihatnya dari jauha adalah seorang lelaki yang pendek, berbadan sangat besar, berkulit coklat merah yang murni, pipinya merah, berkepala besar, seolah-olah kepalanya adalah ular, berambut sangat kerinting yang berbintik-bintik seakan-akan ia dibuat dari air dan batu kelikir tebal berkelok-kelok, seolah-olah rambutnya itu adalah dahan-dahan pokok,
-di riwayatkan oleh Ahmad dalam Musnad dan diriwayatkan oleh Abuy Ya’li dari Ibnu Abbas.Sanad hadis ini disahihkan oleh Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam Kitab tafsirnya.
Hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan.
2.Apabila anda melihat dari dekata adalah seperti syaitan.bahagian kanan wajahnya terhapus, tidak bermata dan tidak beralis, mata kiranya menyala berwarna hijau, seolah-olah ia adalah bintang yang berkilau, seolah-olah ia adalah kaca hijau yang mengembung, terbelalak dan membengkak di atas pipinya seperti sebiji anggur yang terapung, atau seperti ludah di dinding.
Jadi, Dajjal itu adalah bermata sebelah, mata kananya terhapus, tidak bercahaya, sedangkan
mata kirnya menjulur keluar, membelalak dan mengembung atau menjulai di atas pipinya.
-Al Hafiz Ibnu Hajar mengutip perkataan ini dari Al-Qadi Iyahd.Berkata Imam Nawawi:”Ia adalah perkataan yang sangat hasan/baik.Lihat:Fathul Bari, Kitabul Fitan, Bab ZIkrudajjal, Hlm:97
Rasulullah ingin mencukupkan keterangannya tentang ciri-ciri Dajjal yang terperinci sampai di sini sahaja, tetapi Allah S.W.T berkehendak untuk menerangkan dengan lebih jelas sehingga tidak seorang pun yang meragukannya, sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW:
“Tertulis di antara dua matanya perkataan “Kafir” yang dieja oleh Rasulullah SAW.Kaf, fa’ ra” yang dapat dibaca oleh setiap mukim yang pandai membaca ataupun mukim yang buta huruf”
Hadis-hadis lain yang menerangkan tentang ciri-ciri Dajjal adalah seperti berikut:
1.Sabda Rasulullah SAW
“….maka ternyata ia adalah seorang lelaki yang berbadan besar, merah, berambut kerinting dan bermata sebelah”.
-Riwayata Bukhari dari Ibnu Umar dalam Kitabul Fitan, Bab Zikrudajjal.Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:”Dalam hadis riwayat Tabrani dari Abdulullah Ibnu Mughaffal disebut bahawa Dajjal tersebut berkulit coklat,berambut kerinting”.Hal ini menunjukkan bahawa ia berkulit coklat murni dan hal ini tidak menafikan untuk mensifatkannya dengan warna merah”, halaman:97.
2.Sabda Rasulullah SAW
“Sesungghnya Al Masih Ad Dajjal adalah seorang lelaki yang pendek, hujung tapak kakinya berdekatan sedangkan tumitnya berjauhan berambut kerinting ,bermata sebelah dengan mata yang terhapus”
-Diriwayatkan oelh Abu Daud dari Ubadah Ibnu Shamit, dan di riwayatkan oleh Ahmad sedangkan sanadnya adalah baik/jayyid sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Albani dalam Kitab Takhrijul Misykat.
3.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya kepala Dajjal dari belakangnya tebal berkelok-kelok”
-Hadis Sahih yang meriwayatkan oleh Ahamd dari Hsiyam bin ‘Amir
4.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungghnya Dajjal itu terhapus matanya yang yang sebelah kiri”
-Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Ahmad dari Anas dan Abu Huzaifah, lihat:Kitab Al-Jami’As-Saghir oleh Imam Sayuti.
5.Sabda RAsulullah SAW:
“…..bermata celek sebelah kanan seolah-olah ia adalh biji anggur yang terapung”.
-Di riwayatkan oleh Bukhari dalam Kitab Sahihnya dari Ibnu Umar,KItabul Fitan, Zikru Ad-Dajjal.
6.Sabda Rasulullah SAW:
“…….bukankah sesungguhnya dia bermata sebelah, tertulis di antara dua mata Dajjal itu “Kafir” yang dapat dibaca oleh setiap mukmin”
-Muttafaqun ‘Alaih dari hadis Anas.
……dan dalam riwayat lain tertulis dua matanya Kaf,Fa,Ra”
-Diriwayatkan oleh Tarmizi dari Anaz.Dan di dalam As Sahihah Al Albani, no:2457. |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam,
Dalam hal ini saya berpandukan kepada firman Allah dalam Al Quran yang Allah arahkan kepada baginda untuk berkata;
AQ 6:50. Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?"
Sangat jelas dalam ayat diatas dan banyak ayat-ayat Al Quran menyatakan baginda tidak tahu yang ghaib kecuali yang diwahyukan sahaja.... perkara-perkara yang akan berlaku kelak adalah perkara ghaib.... maka yang dikatakan hadis nabi yang disandarkan kepada baginda berkenaan Dajjal, Imam Mahdi, turunnya nabi Isa adalah sangat-sangat bertentangan sama sekali ayat Allah diatas.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkikah ini merupakan salah satu lagi serapan Israilliyat sebab dalam Bible tercatit perihal dajal ini;
1Yoh. 2:18
Hai anak-anakku, akhir zaman telah sampai; dan sebagaimana yang sudah kamu dengar bahwa si Dajal akan datang kelak, maka sekarang ini pun ada banyak "Dajal"; dengan jalan itu kita mengetahui bahwa inilah akhir zaman.
1Yoh. 2:22
Maka orang yang menyangkal Bapa dengan Anak itu, ialah si Dajal.
1Yoh. 4:3
dan tiap-tiap roh, yang tiada mengaku Yesus itu, bukanlah daripada Allah, melainkan inilah roh si Dajal, yang telah kamu dengar yang akan datang, dan sekarang ini sudah ada di dalam dunia.
2Yoh. 1:7
Karena banyak orang penyesat sudah keluar ke seluruh dunia, yang tiada mengaku bahwa Yesus Kristus sudah datang dengan keadaan manusia. Inilah penyesat dan si Dajal.
Fikir-fikirkanlah..... terima kasih.
tak bermakna jika peristiwa itu merupakan serapan israilliyat atau terdapat dalam bible maka peristiwa itu tiada KEBENARANNYA
2:136 "Katakanlah (hai orang-orang mukmin): ""Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami, dan apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yakub dan anak cucunya, dan apa yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada nabi-nabi dari Tuhannya. Kami tidak membeda-bedakan seorang pun di antara mereka dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya""." |
|
|
|
|
|
|
|
Pendapat yang kukuh menurut beliau ialah bahawa Dajjal tidak disebut di dalam al-Quran ialah kerana fitnahnya, ia merupakan fitnah di akhir zaman dan sebagai fitnah yang paling besar.Oleh kerana itu, dengan hal ini(tanpa menyebut Dajjal di dalam al-Quran)Allah akan memeperdayakan orang-orang yang mendustakan hadis-hadis Rasulullah SAW, membuat keraguan atasnya dan menolak penisbatannya kepada Rasulullah SAW.(Orang-orang seperti ini adalah sama seperti kaum ‘al-Farmawiyah’, dan selain mereka dari orang-orang yang mengaku sebagai pengikut akedemi rasinalism.Mereka itulah orang-orang yang hanya menyesuaikan teks-teks syari’at agama sesuai dengan akal mereka sahaja, di mana apabila nas-nas tersebut sesuai dengan keinginan atau kepentingan mereka, maka itu akan mereka terima, tetapi jika tidak demikian halnya, maka mereka akan menolak dan mendustkannya walaupun nas tersebut adalah khabar mutawatir.
Jadi mereka menolak hadis kerana mengikut hawa nafsu dan kejahilan serta ingin popualriti.Mereka itulah orang-orang yang benar-benar akan terpedaya oleh Dajjal dan akan masuk perangkapnya serta akan tersesat dalam kesesatannya, kerana mereka tidak menemukan nas yang tertulis di dalam Al-Quran tentang Dajjal, tetapi ia hanya tertulis dan ditetapkan dalam sunah nabi SAW yang suci, sedangkan mereka tidaklah mengakui sunnah(kecuali apabila ia
bersesuaian dengan hawa nafsu mereka yang telah sakit(rosak).Rasulullah SAW telah bersada:
“Ketahuilah, apakah Isa adalah seorang laki-laki yang telah sampai kepadanya ucapan-ucapan-ku?akan tetapi nanti ia akan berkata sambil menekan tangannya di atas kursinya:”Petunjuk di antara kami dan kamu adalah Kitabullah, maka apa sahaja yang kami temukan halal di dalamnya maka kami akan menghalalkannya dan apa sahaja yang kami temukan haram kami akan mengharamkannya dan sesungguhnya apa-apa yang diharamkan oleh Rasulullah adalah seperti yang di haramkan oleh Allah.”
-Riwayat Tirmizi daripada Miqdam, Riwayat Ad-Darami, ia adalah hadis Sahih.disahihkan oleh Al-Albani dalam Kitab “Al-Misykat”, No:163.
akhirnya anda bersetuju juga dengan saya |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #13 kalalah007\ catat
Salaam,
Allah arahkan beriman atau percaya adanya kitab yang diwahyukan kepada umat terdahulu tetapi tidak diarahkan untuk mengamalkannya atau mempercayai kandungannya kerana Allah dah bagitau bahwa kitab terdahulu telah mengalami pengubahsuian...... dan Allah larang untuk mengikuti keinginan mereka dalam bersyariat.
AQ 2:120. Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti millah (cara hidup/kepercayaan/anutan) mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
Bagi mereka yang tidak berapa yakin dengan firman Allah diatas, apa kata renungi pula sabda baginda yang dicatatkan ini;
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata, “Dahulu, Ahli Kitab membaca Kitab Taurat dengan bahasa Ibrani dan menafsirkannya ke dalam bahasa Arab untuk kaum Muslimin. Maka Rasulullah SAW bersabda, ‘Janganlah kalian benarkan perkataan Ahli Kitab dari jangan pula kalian dustakan mereka, akan tetapi katakanlah, ‘Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami’.” (HR Bukhari [4485]).
Diriwayatakan dari Namlah bin Abi Namlah al-Anshari, bahwa ayahnya bercerita kepadanya, ketika ia sedang duduk di dekat Rasulullah saw., datanglah seorang laki-laki Yahudi dan berkata, “Apakah jenazah ini bisa berbicara?” Rasulullah saw. Menjawab, “Allahu a’lam.” Lelaki Yahudi itu berkata, “Aku bersaksi bahwa jenazah itu dapat berbicara!” Maka Rasulullah saw. pun bersabda, “Janganlah membenarkan apa yang dikatakan oleh Ahli Kitab dan jangan pula mendustakannya. Namun katakanlah, ‘Kami beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, dan para Rasul-Nya.’ Jika perkataannya itu bathil, kalian juga tidak membenarkannya.” (HR Abu Dawud [3644], Ahmad [IV/136], ath-Thabrani dalam al-Kabiir [XXII/874-879], al-Baihaqi [II/10], Ibnu Hibban [6257] dan al-Baghawi dalam Syarhus Sunnah [124]).
Baginda sendiri melarang membenarkan atau membantah ahli kitab..... apabila baginda nabi melarang membenarkan rasa-rasanya baginda nak ambil tak apayang terdapat dalam kitab mereka.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 anakmacho\ catat
siapa kata suruh mengamalkan. Ayat 2:136 terang-terang suruh percaya kepada Al-kitab.
pandai pula kamu guna hadis untuk menegakkan hujah kamu yang basah |
|
|
|
|
|
|
|
dajjal juga la selalu kacau internet & server aku,tempat dajjal kan kt dlm tanah dah nak dekat2 dgn neraka |
|
|
|
|
|
|
|
Salaam,
Dalam hal ini saya berpandukan kepada firman Allah dalam Al Quran yang Allah arahkan kepada baginda untuk berkata;
AQ 6:50. Katakanlah (Muhammad), "Aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak mengetahui yang ghaib, dan aku tidak mengatakan kepada kamu, 'Aku seorang malaikat'; aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, "Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu memikirkan?"
Sangat jelas dalam ayat diatas dan banyak ayat-ayat Al Quran menyatakanbaginda tidak tahu yang ghaib kecuali yang diwahyukan sahaja....perkara-perkara yang akan berlaku kelak adalah perkara ghaib.... makayang dikatakan hadis nabi yang disandarkan kepada baginda berkenaanDajjal, Imam Mahdi, turunnya nabi Isa adalah sangat-sangat bertentangansama sekali ayat Allah diatas.
Terima kasih.
Membaca al-Quran itu sesuatu yang mulia.Adalah lebih memuliakan lagi apabila kita tahu maksudnya(terjemahannya)..Tetapi kita harus ingat di sini, apabila kita membaca al-Quran dan membuat tafsiran dan MEMBUAT HUKUM MENGIKUT KEPALA SENDIRI itu sudah di kira berdosa.Kerana apa?Apabila kita salah tafsir al-Quran kita akan bertambah sesat dan lagi jauh menyimpang apatah lagi apabila kita cuba mempengauhi orang lain.Bertaubatlah kamu kepada Allah.Statement di atas mengambarkan seolah-olah forummer tersebut tidak percaya kepada hadis-hadis nabi.Eh, kejap..Wait a minute, saya lihat postnya yang kedua dia mengemukakan ada hadis nabi.Oh orang ini, hanya suka mengambil hadis yang dia rasa ok bagi dia, ok lah dan membuat tafsiran sendiri.Jika dia rasa hadis itu tidak ok walaupun hadis itu sahih bagaimanapun, jika tidak ikut dengan seleranya dia akan kata hadis itu tidak ok atau bertentangan dengan ayat Allah di atas.
contoh yang paling jelas lah,Allah mengizinkan golongan lelaki mengahwini perempuan lebih dari 1.Kalau golongan yang terlalu taksub dengan keadaan ini dia akan kerat ayat ini separuh sahaja untuk menyesuaikan dengan apa yang dia ingin hujahkan tetapi dia terlupa akan ayat seterusnya iaitu mengenai syarat kemampuan yang di sebutkan di dalam al Quran.Kalau orang-orang yang berpoligami tetapi tidak memahami apakah sebenarnya poligami secara keseluruhan di dalam islam kesan daripada ceduk ayat al-Quran sini sikit, sana sikit buat hukum sendiri maka dari itu timbullah permasalahan selepas berpoligami.Jadi, contoh ini boleh di bandingkan dengan ayat di atas.
Ingatlah wahai saudaraku,
dalam kutbah terahir nabi Muhammad menjelaskan sesiapa yang berpegang kepada al-Quran dan hadisku maka, dia di dalam golongan yang tidak akan sesat selama-lamanya.Apa yang saya lihat dari kamu, kamu berpegang kepada al-Quran, kamu berpegang tetapi hadis Nabi Muhammad ada yang kamu pegang, dan ada pula kamu tak nak pegang kerana kamu menimbulkan persoalan bertentangan dengan ayat di atas mengikut tafsiran kepala sendiri.Jika begini apalah bezanya dengan golongan ‘al-Farmawiyah’, seperti yang saya sebutkan sebelum ini.Ada sesetengah orang nie katakan hadis itu tidak sahih, hadis ini tidak sahih, hanya hadis dia sorang sahajalah yang sahih, tapi dia sendiri pun bukan ahli hadis.Cedok mana-mana hadis , ceduk mana-mana ayat al-Quran separuh sini separuh sana kemudian buat hukum ikut kepala sendiri.Berhati-hatilah dalam memberi hujah, takut kita nie jauh menyimpang...Kalau hendak tafsir al-Quran pastikan anda berguru.Jika tidak, tak mahulah saya menyebutnya berguru dengan siapa....
Sama juga halnya di dalam majalah Al-ISLAM ajaran Astora Jabat yang mengatakan Nabi Isa tidak akan turun akhir zaman.Dia membuat tafsiran ikut kepala sendiri.Ceduk ayat al-Quran sana sikit, ceduk ayat al-Quran sini sikit katakan tidak ada pun ayat yang menjelaskan penurunan Nabi Isa.Tetapi dia terlepas pandang ayat Zukhruf itu, yang benar-benar mengatakan Nabi Isa akan turun.Bermakna di sini dia mentafsir ikut kepala sendiri sebelum mengkaji ayat al-Quran secara keseluruhan.Amatlah sedih orang-orang membawa ajaran baru ini dibenarkan oleh kerajaan dalam usaha memperngaruhi golongan yang hanya suka bertaklid(mengikut membabi buta)..amatlah sedih
Oleh itu ingin saya memetik kata Amin Mohammad Jamaluddin di dalam bukunya Peperangan Armageddon dan Kedatangan Imam Mahdi,suatu kajian perbandingan antara al-Quran, al-Hadis, Taurat dan Injil di dalam muka surat 66.
"Oleh kerana itu kami mengatakan bahawa:"Beriman dengan Imam Mahdi A.S adalah wajib" dalam syariat dan iktikad bagi seorang mukmim,kerana hadis-hadis yang menerangkan tentang Al-Mahdi adalah mencapai tingkat haids mutawatir, sebagaimana yang telah kami terangkan dalam bab yang pertama.Sedangkan hadis mutawatir(menurut hampir semua ulama) adalah menunjukkan ilmu yang qat'i( yang tidak dapat digugat lagi, di mana mengetahuinya adalah wajib hukmunya, mengamalkannya adalah fardu dan orang-orang yang mengingkari hadis mutawatir dapat menjadikan orang tersebut kafir."
[ Last edited by doden at 18-2-2009 06:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Imam Asy-Syaukani(wafat 125H), penagrang kitab "Nailul Autar" berkata:"Hadis-hadis Nabi SAW tentang Imam Mahdi A.S yang dapat dijadikan sebagai pegangan di antaranya 50 buah hadis yang terdiri dari hadis-hadis sahih, hasan, daif dan munjabir.Hadis-hadis tersebut tidak diragukan lagi sebagai hadis-hadis mutawatir yang tidak ada subahat padanya"
Kitab :"At-Taudhih Fi Tawaturi Ma Jaa Fil Muntazar wad Dajjal wal Masih"(Keterangan tentang mutawatirnya hadis-hadis yang menerangkan Al Mahdi AlMuntazar, Dajjal dan Isa Al Masih), isi buku ini juga di kutip oleh Syeikh Shiddiq Khan dalam bukunya "Al Iza'ah" hal :113, yang kemudian dikutip oleh Syeikh Abdul Muhsin 'Abbad, hal:21 dan Syeikh Muhammad bin Ismail Al Miqdam, hal:76)
Syeikh Siddiq Hasan Al-Qanuji(wafat 1307H) berkata:
"Hadis-hadis Nabi SAW meriwayatkan tentang Al-Mahdi dengan berbagai riwayat adalah banyak sekali sehingga mencapai tingkat mutawatir"
Kitab "Al-Iza'ah lima kana wa yakunu Baina Yadais-saiah, Syeikh Shiddiq Khan, hal:113 |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 kalalah007\ catat
Salaam,
Saya telah menyertakan dalil larangan menjadikan kitab ahli kitab sebagai panduan dan berserta yang dikatakan hadis nabi, nampaknya saudara menolak kesemuanya demi menegakkan hujah saudara.... maka itu hak saudara dan saya menghormatinya.
Saya tidak pernah berkata, saya menolak yang dikatakan hadis nabi, apa yang sering saya ulangi adalah... SAYA MENOLAK AMALAN SYARIAT YANG TIDAK TERDAPAT DALAM AL QURAN DAN YANG BERTENTANGAN DENGAN AL QURAN.... saya menolak berkenaan kisah dajjal ini sebab pada saya ianya bertentangan dengan Al Quran, dimana baginda diarah untuk berkata oleh Allah bahwa baginda tidak mengetahui yang ghaib kecuali yang diwahyukan sahaja..... dan tiba-tiba ada pulak kisah masa depan akan munculnya dajjal ini yang langsung tidak disebut dalam Al Quran.... ini menjadikan ianya bertentangan dengan Al Quran dimana baginda tidak mengetahui perkara ghaib kecuali yang diwahyukan... dan apabila dirujuk kepada Bible maka kisah dajjal tersebut terdapat pula di dalamnya..... sudah tentu kisah tersebut adalah serapan israilliyat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan mengatas namakan baginda..... terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
| |
|