|
gaban
Sukan selam skuba lebih murah tahun ini
+ utusan malaysia 24 feb 2009
Radha Krishnan (tengah) bersama-sama Marco Cressi (dua dari kiri), Davide Avallone (dua dari kanan), Pengurus Besar UFL, Tan Peng Loon (kanan) dan Eksekutif Jualan UFL, Christopher Peter menunjukkan produk baru Cressi 2009 di Petaling Jaya
PETALING JAYA - Peminat sukan selam skuba kini boleh menarik nafas lega selepas pengedar keperluan sukan dan rekreasi negara, Universal Fitness and Leisure Sdn. Bhd. (UFL) akan menurunkan harga keperluan sukan itu tahun ini.
Malah, produk selam skuba baru tahun ini berjenama Cressi yang merupakan edaran eksklusif UFL di Asia Tenggara juga akan dijual dengan harga kompetitif berbanding harga produk selam skuba yang ada di pasaran sekarang.
Pengarah Urusan UFL, Datuk Radha Krishnan berkata, walaupun dalam keadaan kelembapan ekonomi global sekarang, pihaknya mahu memastikan sukan ini terus menjadi perhatian ekoran ia juga merupakan sukan riadah yang makin berkembang maju.
"Hasrat untuk mengurangkan harga pasaran produk Cressi dibuat dengan kerjasama Cressi Sub s.p.a. di Itali yang sedikit sebanyak akan membolehkan harga pasaran diturunkan untuk menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penerangan produk baru Cressi di Wisma UFL di sini semalam.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah generasi ketiga Cressi, Marco Cressi dan juga Pengurus Eksport Cressi, Davide Avallone.
Menurut Radha yang juga merupakan penasihat Majlis Kecergasan Nasional (NFC), penurunan harga produk Cressi itu juga bakal menyaksikan sukan selam skuba akan berkembang selaras dengan permintaan kerajaan yang mahukan penduduk negara ini sihat dengan cara beriadah.
Dalam pada itu, Marco turut memberitahu, lebih 95.5 peratus produk Cressi masih direka dan dibuat di Itali untuk menjaga kualiti dan mutu produk berkenaan.
"Alatan selam skuba bukan merupakan alatan sukan biasa. ia merupakan 'nyawa' bagi pengguna dan atas alasan itu, kami akan memastikan setiap reka bentuk dan juga pengeluaran produk Cressi di lakukan dengan teliti.
"Malah, ayah saya, Antonio juga akan memastikan sendiri setiap produk yang baru direka bentuk, diuji selama beberapa minggu di Itali sebelum dipasarkan secara global.
"Lebih menarik, Antonio sendiri akan mencuba semua produk yang ada sebelum dia sendiri mengesahkan ia selamat untuk diguna dan dijual," katanya.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk selam skuba Cressi, layari laman web Cressi di www.cressi.it dan UFL di www.ufl.com.my. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #157 eco_internet's post
yg cressi tu confirm aa .. tapi mungkin bebrand lain gaks!
cuba aa usha kat web UFL tuh :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
mmm... thread scuba berwajah baru.. nk tambah info sila sila kan lah ek... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 karambunai's post
oh, wetsuit ku.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 narif\ catat
owh ada ek
thanx sharing pics... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 narif's post
ko dive katne ni? cun... |
|
|
|
|
|
|
|
lerr pindah sini dah? heheh my opinion. scuba diving is not sports.. tapi tak kisah laa mana2 pon boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #18 tulip\ catat
pindah dari mana? setahu dah lama thread scuba diving ni ada kat sini. bukan sport? xper.. tergolong dari sport gak. water sport |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 karambunai's post
dulu kan ke kat travel?
mm.. water sports la sangat. hahah tak kisah la. apa2 la kot..
tapi gambar wa letak kat P&V |
|
|
|
|
|
|
| |
|