CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4594|Reply: 33

Panel Architect of Masjidil Haram

[Copy link]
Post time 27-2-2009 01:35 PM | Show all posts |Read mode
Sapa dah baca tentang  Prof  Mawi - seorang pensyarah dan panel arkitek  terpilih yg dijemput dalam kerja kerja perancangan pembesaran Masjidil Haram? yg disiarkan oleh Utusan Malaysia - MEGA....

apa yang saya nampak ialah the best of attitudes, the humility and i suka thinking dia..especially ttg amanah  dan tanggungjawab...dan beberapa frasa pada perenggan terakhir...

dan satu lagi, tida sapa tahu ttg beliau kan? pada saya nilah yg sebenar org yg berjuang, belaiau tak sepopular "twin" nyer , tak berada pun di persada yg g;lamour tapi nak kau..sumbangan pada peradaban tamadun itu sendiri, and of course bebenda sebegini passion,patient and guts  lama yer .....tak lah secepat mee segera program realiti...tapi bst kan...he is the chosen one....

hmm..bless  him dan tahniah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2009 02:04 PM | Show all posts
Mawi ni dari firm mane,.....

aku pon tak penah dengar....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 02:39 PM | Show all posts

Reply #2 True-X's post

tu lah tu , kita ingat Mawi AF tu pi Mecca...tetiba i terpandang sesuatu so nice about this figure...best kan? dia punya attitude
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2009 02:40 PM | Show all posts
IIU / UIA kot...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:01 PM | Show all posts

Reply #1 mbhcsf's post

sapa twin dia?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:12 PM | Show all posts
citer la lebih sikit... nak tau gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2009 03:27 PM | Show all posts

Reply #6 KembangPagi's post

kat dalam mEGA hari ni...

citer lebih ? well i dunno him but i like his attitude
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 03:39 PM | Show all posts

Reply #7 mbhcsf's post

i hope that's not fake attitude...

btw, why do i get the feeling you avoiding/ignoring me?....please, you're torturing me inside :cry:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2009 03:49 PM | Show all posts

Reply #1 mbhcsf's post

nak citer psl pe neh, Da...?  pasal prof mawi ker, psl pembesaran masjidil haram?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 05:04 PM | Show all posts

Reply #9 indah1285's post

dua2 kot...
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 05:23 PM | Show all posts

Reply #1 mbhcsf's post

i suggest..u paste the article here...at least people will get the idea what u were trying to tell people here...
tQ darl...:handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 05:57 PM | Show all posts
Tajuk ni sesuai masuk di art & culture sebab boleh dibincangkan dari skop estetik senibina yang dicadangkannya.
Kalau masuk di sini maka elok dibincangkan adakah sesuai Masjidil haram itu wajar diperindahkan lagi sedangkan roh ibadahnya semakin hilang. Jika fahaman wahabi orthodox dulu berpendapat bahawa mencantikkkan masjid itu adalah perbuatan bidaah dan begitu juga haram memerdukan azan. Rejim Saudi ni bukan lagi wahabi kot dan sebab itu mereka ditentang oleh geng Osama Laden.
Lately yang didengar akibat perbuatan rejim saud ini ialah sudah banyak perubahan2 berlaku sehingga boleh mencacatkan rukun2 haji yang sebenarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-2-2009 01:00 PM | Show all posts

Reply #9 indah1285's post

pasal attitude Prof Ni, dia punya thinking , dia punya attitude towards knowledge and dia blending ins"  pengetahuan dia, attitude dia and tindakan dia, pada saya humble kan Prof ni sebab tu  i suka nilai nilai dia pegang.....I fokus on his attitudes....

sebab pada saya agak susah nak being humble kalau dah sampai tahap ni, tapi look at him so moderate, so simple but he is "something" - tengok dia punya perception on the assignment - He said , ni amanah ni tanggungjawab..................i like this...sebab  u know it reflects the humility tu....


dan lagi satu, bebenda macam ni perlukan ilmu dan kemahiran tertentu dan you see bebenda macam ni pelukan kesabaran, keikhlasan  etc etc  so

i like his values,

nilah sebab nya thread ni saya letak kat sini sebab pada saya ilmu tu penting, dan perlunay lebih banyak masyarakat or generasi muda ni macam dia...tak perlu glamour  apa tapi sumbangan tu tinggi and at thehighest level....nilah i think
towering personality.....

tu jer...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 06:22 PM | Show all posts

Reply #13 mbhcsf's post

paste ler dia punya articles tu, larling...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 06:38 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 28-2-2009 06:22 PM
paste ler dia punya articles tu, larling...
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Arkitek tempatan Prof Dr Ismawi Zen yang turut dipilih untuk membantu melaksanakan projek pembesaran Masjidil Haram di Makkah menyifatkan pemilihannya itu sebagai sesuatu yang tidak pernah diduga dalam hidupnya.

"Ia datang tanpa diduga. Ketika itu saya sedang tawar-menawar sepasang baju T murah di pasar Namdaemon yang terkenal di Seoul, Korea Selatan apabila seseorang tiba-tiba menelefon saya, memberitahu bahawa saya telah dipilih sebagai salah seorang empat ahli panel antarabangsa untuk mengilhamkan pembesaran dan pembangunan masa depan Masjidil Haram.

"emanggil itu memberitau beliau akan mengatur agar saya dapat menghadiri bengkel pertama besama tiga lagi ahli jawatankuasa dari Turki, Switzerland dan Arab Saudi pada 4 hingga 5 Okt 2008, sekiranya saya bersetuju dengan pelantikan itu," kata Ismawi pada syarahan umum di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dekat sini, Khamis.

Bekas timbalan rektor perancangan dan pembangunan UIAM itu menceritakan pengalamannya yang dipilih oleh kerajaan Arab Saudi Islam sebagai salah seorang daripada enam arkitek dari empat negara lain untuk menganggotai Panel Antarabangsa Untuk Pembesaran MasjidIl Haram, yang dibentuk pada September 2008.

"Hanya saya seorang dari Asia. Yang lain ialah dari Turki, Arab Saudi, Algeria dan Lebanon (dua orang)," katanya.

Kumpulan ini bertanggungjawab merangka garis panduan untuk pembangunan semula Makkah khususnya pembesaran Masjidl Haram untuk dibentangkan kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah.

"Saya masih ingat lagi bagaimana lutut saya bergoyang dan saya sempat mengucapkan terima kasih kepada pemanggil tersebut di atas penghormatan yang diberikan kepada saya itu," jelasnya lanjut tentang pengalamannya semasa menerima tawaran tersebut.

Dr Ismawi berkata di bawah panel itu, beliau diberi tanggungjawab untuk menyediakan dokumen berhubung keprihatinan, permasalahan, peluang dan paradigma baru yang perlu dimasukkan dalam perancangan dan reka bentuk Masjidil Haram.

Katanya projek pembesaran Masjidl Haram tersebut merupakan kali ketiga dilaksanakan oleh kerajaan Arab Saudi di atas arahan Raja Abdullah untuk memberi imej baru kepada Islam.

"Justeru itu, kami perlu mengambil peluang ini untuk menjadikan projek mega ini kepada model yang dapat menyatupadukan dunia Islam," katanya.

Dr Ismawi berkata pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan dalam tempoh lima tahun lagi, jumlah jemaah haji ke Makkah akan berjumlah antara lapan hingga 10 juta orang berbanding 3.5 juta jemaah sekarang.

-- BERNAMA


http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=386615
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 06:44 PM | Show all posts

Reply #15 juwaini's post

nama prof tu Ismawi bukan Asmawi...

Thanks abg juwaini...  baru tahu perkembangan sebenar dan tahniah buat prof Ismawi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2009 06:46 PM | Show all posts
SUBHANALLAH... Allahhu Akbar... Tanpa sedar mata sudah berkaca. Hati menjadi hiba. Rasa insaf menyelubungi jiwa. Tatkala berada di Mekah al-Mukarramah.

Kota Mekah. Destinasi yang menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia, lebih-lebih lagi pada musim Haji dan bulan Ramadan.

Mana tidaknya, di tengah-tengah kota Mekah terletaknya Masjidil Haram atau disebut Masjid al-Haram. Ia merupakan masjid tertua di dunia dan paling suci bagi umat Islam. Dalam bahasa Arab, Masjidil Haram bererti masjid yang dihormati atau dimuliakan.

Tambahan pula, bangunan terpenting di dalam Masjidil Haram itu adalah Kaabah atau disebut Baitullah (Rumah Allah), Baitulatiq (Rumah Kuno) dan Baitulharam (Rumah Suci). Di dalamnya juga terdapat makam Nabi Ibrahim, Hajar Aswad, Hijir Ismail dan Telaga Zamzam.

Keadaan Masjidil Haram pada zaman Rasulullah SAW dan khalifah seterusnya, tidaklah seluas sekarang. Peralihan pucuk pimpinan turut membawa transformasi fizikal ke atas Masjidil Haram.

Lantaran itu, tidak hairanlah, Mekah menjadi tumpuan umat Islam dari semasa ke semasa. Kehadiran mereka pelbagai tujuan, sama ada untuk perlaksanaan ibadah haji, umrah, solat mahupun menuntut ilmu.

Kini, dianggarkan sejumlah 3.5 juta umat Islam membanjiri Tanah Suci, khususnya pada musim haji. Di bahagian dalam masjid sahaja, menampung kira-kira 350,000 jemaah pada satu-satu masa. Malah jumlah ini dijangkakan bertambah kepada lapan hingga 10 juta, manakala bahagian dalam mencecah 1.5 juta menjelang lima ke 10 tahun akan datang.

Kerana tuntutan zaman dan perkembangan umat Islam, Masjidil Haram hingga kini diperluas dan diperindah oleh pemerintahan kerajaan Arab Saudi.

Tidak mustahil dengan kemajuan teknologi, kemodenan pengangkutan serta orang Muslim semakin berkemampuan, ia turut mempengaruhi bilangan angka di atas.

Melihat sepintas lalu, kita rasa masjid ini sudah cukup luas, tidak ada kekurangan, jauh sekali ada cacat celanya. Tetapi tidak begitu bagi pemerintah Arab Saudi.

Sebab itulah, sehingga kini pun, kerja-kerja merobohkan bangunan kediaman dan hotel-hotel penginapan berhampiran Masjidil Haram masih giat dijalankan.

Bercerita tentang pembesaran Masjidil Haram, ramai di antara kita yang sekadar menerimanya sebagai satu yang lumrah. Anggapan umum, ia demi menjamin keselesaan, sekali gus keselamatan para tetamu Allah.

Pun begitu, di sebalik tabir usaha pembesaran tersebut, seperkara yang perlu dibanggakan khasnya rakyat Malaysia ialah pemilihan rakyat negara ini sebagai salah seorang panel yang bertanggungjawab dalam usaha untuk meluaskan kawasan Masjidil Haram.

Apatah lagi, beliau adalah antara 1.5 bilion manusia Islam di dunia yang terpilih memikul amanah besar Allah SWT ini. Beliau jugalah satu-satunya panel dari Asia. Pastinya, ini sesuatu yang perlu dibanggakan oleh negara dan umat Islam di Malaysia.

Beliau yang dimaksudkan ialah pensyarah dari Jabatan Seni Bina dan Arkitek Alam Sekitar (KAED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Ismawi Zen atau lebih mesra dengan panggilan Prof. Mawi.

Temuramah pada hari itu adalah rentetan daripada sebuah program bual bicara beliau yang berlangsung pada penghujung Januari lalu di Pusat Pengurusan Kajian, UIAM, Gombak, Selangor.

Menurut Mawi yang berasal dari Kampong Gedong, Samarahan, Sarawak, tawaran yang diterima itu adalah sesuatu yang tidak disangka atau terlintas dalam fikirannya.

Apatah lagi ia adalah satu kerja yang bukan kecil tanggungjawab dan amanahnya. Di tambah pula, ia mengaitkan soal seluruh umat Islam dan amat rapat dengan ritual ummah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 06:46 PM | Show all posts
Beliau yang berusia 56 tahun mengakui, bergelar seorang profesional Muslim, sesungguhnya tidak dapat tidak ada juga menyimpan cita-cita tinggi dan impian menggunung sebegitu.

Namun panggilan telefon dari kerajaan Arab Saudi pada 23 September lalu, memang di luar jangkauan fikiran serta mengundang pelbagai mainan perasaan.

"Saya diamanahkan untuk menjemput Prof. untuk menjadi salah salah seorang daripada panel antarabangsa untuk pembesaran Masjidil Haram."

Kata-kata yang tidak sampai dua minit inilah yang membuatkan Mawi tidak keruan, terkejut, terkedu seketika malah sehingga tidak lena tidur semalaman itu.

Semuanya bermula semasa beliau di luar negara untuk menghadiri satu majlis penganugerahan ke atas UIAM. Malah Pasar Namdaemon di Seoul, Korea Selatan menjadi saksi penerimaan berita gembira itu.

"Saya tambah terkejut apabila nama tiga lagi panel diberitahu itu adalah mereka yang sememangnya popular dan terkenal di dunia. Spontan saya merasakan diri ini tidak berkelayakan.

Soalan seperti: "Mengapa saya dipilih?" cuba saya ajukan kepada si pemanggil. Namun diberitahu, pemilihan ini telah melalui penapisan yang muktamad daripada Raja Abdullah, ketua kerajaan Arab Saudi yang juga Penjaga Dua Tanah Suci.

"Sekembalinya ke Malaysia, saya dapati semua urusan tiket malah surat tawaran telah dilampirkan serta dihantar menerusi e-mel.

"Malah saya hanya perlu mengambil visa di kedutaan Arab Saudi untuk pertemuan pertama yang diadakan pada 4 dan 5 Oktober 2008.

"Malah apabila terima pelantikan itu, saya tidak memberitahu sesiapa. Saya hanya beritahu isteri pada malam sehari sebelum tarikh penerbangan.

"Bagi saya benda ini bukan yang perlu dibanggakan sangat kerana tanggungjawab yang terpikul itu adalah berat. Apatah lagi ia adalah amanah daripada Pencipta kita. Allah SWT," jelas beliau merendah diri.

Walaupun beliau adalah arkitek berpengalaman dan menjadi pelopor dan pakar dalam unit perancangan bandar dan seni bina Islam.

Sambung Mawi lagi, mesyuarat pertama yang berlangsung awal Oktober itu dihadiri empat orang panel iaitu dari Arab Saudi, Switzerland dan Turki selain beliau menghadiri bengkel khas tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 06:47 PM | Show all posts
Sayangnya, arkitek dari Switzerland terpaksa menarik diri kerana dia bukan Muslim. Kumpulan panel itu kemudiannya disertai tiga arkitek, seorang dari Algeria dan dua dari Lebanon, menjadikan enam orang kesemuanya.

"Pada peringkat awal, jawatankuasa ini ditugaskan untuk menggubal satu wawasan yang merangka garis panduan untuk merencanakan bagaimana seharusnya pembangunan semula Mekah.

"Khususnya pembesaran Masjidil Haram di dalam sebuah dokumen yang dinamakan Vision Brief. Ini adalah pembesaran kali ketiga Masjidil Haram," jelas beliau.

"Sungguhpun apa yang hendak divisikan ini tiada garis panduan atau ia adalah free ticket dan wang bukanlah masalah kerana diumpamakan kami diberi blank cheque, hakikatnya itu adalah jauh lebih mencabar. Ini kerana banyak perkara yang perlu difikirkan.

"Kita tidak mahu usaha ini sehingga melampaui dan dibimbangi ia tersasar daripada konsep pembangunan di dalam Islam itu sendiri. Di mana Islam amat menekankan perihal tauhid, rububiah, khilafah dan tazkiah (niat).

"Di samping itu, aspek kesederhanaan juga menjadi pokok keutamaan agar selaras dengan falsafah Islam, kesederhanaan itu tanda kebenaran (simple is sign of truth)," terang Mawi.

Apa yang boleh digambarkan ialah Masjidil Haram itu akan berubah menjadi lebih luas, sebuah masjid yang mesra alam, selamat dan ia seolah-olah mengembang dan menguncup mengikut musim kemuncak dan sebaliknya.

Mengulas lanjut aspek-aspek dan pokok permasalahan yang perlu difikirkan, kata Mawi, panel yang dilantik ini perlu mengambil kira soal pembesaran. Namun ia tidak meminggirkan konsep masjid yang mesra alam.

Reka bentuk baru itu harus tidak menyumbang kepada pemanasan global, pembaziran, keselamatan di waktu kecemasan dan mempunyai sentuhan kerohanian apabila berada di dalam masjid.

Aspek pengurusan pembuangan sisa pepejal, pengangkutan, pengurusan berkaitan air zamzam dan juga tidak boleh melindungi pandangan jemaah terhadap Kaabah, terutama ketika sedang melakukan ibadat tawaf serta paling penting nilai sejarah kota tersebut harus dipelihara.

"Panel ini ditugaskan untuk memikirkan semua perkara di atas dan kemudiannya menghasilkan dengan beberapa cadangan dan garis panduan bagi membantu perancangan dan reka bentuk pembesaran kelak.

"Kami akan beri penerangan, memantau, menilai dan membuat laporan sebelum menghantar cadangan kepada jawatankuasa untuk dipersembahkan kepada Raja Abdullah," katanya.

Menurut Mawi, di bawah panel ini, terdapat 16 syarikat arkitek antarabangsa dari 13 negara seperti Arab Saudi, Mesir, Jordan, Jepun, Jerman, Perancis, Switzerland, England, India, Afrika Selatan serta Malaysia.

Mereka dibahagi kepada dua kumpulan; enam adalah Vision Architect yang menghasilkan idea. Sepuluh lagi adalah Application Architect, yang akan memikirkan tentang perkara-perkara praktikal.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2009 06:47 PM | Show all posts
"Mereka ini bukannya bertanding untuk idea tetapi pemilihan arkitek-arkitek ini adalah atas cadangan panel kerana mereka mempunyai kekuatan tersendiri, kepakaran dan kecenderungan dalam mereka bentuk.

"Setiap arkitek ini akan membentangkan kertas kerja masing-masing di mana ia menyentuh aspek-aspek seperti ritual ibadah/ketuhanan, mesra alam, kerohanian, kemasyarakatan, bahan-bahan atau material yang bakal digunakan dan teknologi yang digunapakai," kata Mawi yang turut berkongsi idea-idea radikal yang diterima panel daripada para arkitek sepanjang penglibatan tersebut.

Beliau juga adalah antara orang yang terawal dan diberi tanggungjawab mereka pelan bangunan kampus utama UIAM di Gombak dan di Kuantan serta Dekan pertama KAED.

Malah menerusi pemerhatiannya, pembangunan seluas 650 meter ini bakal siap dalam masa kurang daripada dua tahun kerana kewangan tidak menjadi masalah yang besar kepada kerajaan Arab Saudi.

Ditambah pula, Raja Abdullah menganggap dirinya sebagai 'khadam' atau hamba serta bertanggungjawab untuk memberikan keselesaan kepada semua jemaah yang datang ke Masjidil Haram.

Menurut Mawi, Raja Abdullah mempunyai kata putus untuk mengambil satu pelan dan melaksanakannya, mengambil idea-idea yang bagus daripada kumpulan itu dan kemudian mencantumkannya ataupun mengambil satu-satu perkara daripada keseluruhan pelan tersebut.

Kongsinya lagi, beliau tidak pernah menjangkakan pengiktirafan serta kepercayaan sebegini.

Beliau sebelum ini terlibat dalam kerja-kerja mereka pelan bangunan dan menubuhkan kuliah KAED di UIAM, dilantik sebagai Pengarah Reka Bentuk, Pelan Induk Landskap untuk Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 2007 lalu dan pelbagai lagi.

Apapun, kata Mawi, pemilihan beliau sebagai panel pembesaran Masjidil Haram mungkin berkait rapat dengan doanya di hadapan Kaabah sewaktu menjadi pensyarah jemputan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti King Abdul Aziz, lebih 20 tahun lalu.

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ga&pg=ke_01.htm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.240432 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list