View: 3808|Reply: 3
|
Dokumentari : Daulat Tuanku [Raja & Rakyat Bpisah Tiada] @ TV3 - Akan Datang
[Copy link]
|
|
Memahami institusi raja di Malaysia
Oleh Ramlah Zainal
[email protected]
Rap | GAMBARAN lebih jelas mengenai institusi raja menerusi paparan menarik dalam dokumentari Daulat Tuanku bertemakan'Raja dan Rakyat Berpisah Tiada' yang akan menemui penonton TV3 tidak lama lagi.
| Idea asal penerbitan dokumentari lapan episod itu dicetuskan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Abdul Mutalib Mohamed Razak.
Abdul Mutalib berkata, institusi raja memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian sekali gus menjamin keseimbangan politik dan menyumbang kepada kestabilan negara.
"Pembikinan dokumentari ini bukan kerana kami ingin mengambil kesempatan dengan isu politik negara ketika ini. Idea untuk menghasilkannya sudah tercetus sejak 2006 lagi.
"Sebelum buat dokumentari ini, kami sudah mendapat kebenaran daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidindan Raja-Raja Melayu yang turut memberi pandangan serius mengenai pembikinan dokumentari ini.
"Mulai detik itu, kami tidak berlengah lagi untuk mengambil tanggungjawab ini sebagai satu amanah yang perlu disampaikan kepada seluruh rakyat," katanya.
Abdul Mutalib berkata, Daulat Tuanku diterbitkan untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada penonton mengenai institusi raja di Malaysia yangjuga warisan budaya yang sebati dalam masyarakat Melayu sejak lebih 600 tahun lalu.
"Dokumentari ini meninjau hubungan pemerintah Melayu dan rakyat dalam pelbagai ruang kehidupan. Ia juga mengupas keistimewaan dan kepentingan pelbagai bentuk dan artifak kebesaran kerabat seperti potret keperibadian sultan yang terpancar dalam pelbagai bentuk seperti mata wang, sastera, warkah, gambar foto, cop mohor dan setem.
"Dokumentari ini memberikan huraian dan pendedahan kepada orang ramai mengenai konsep Raja Berperlembagaan,seni bina istana, alat kebesaran diraja, masakan, tarian istana seperti tarian asyik Kelantan dan tarian gamelan Pahang, nobat serta asal usul perkataan seperti daulat tuanku," katanya.
Katanya, penggambaran dokumentari ini merangkumi istana, koleksi Kesultanan Melayu di Malaysia dan di United Kingdom.
"Saya juga ke United Kingdom untuk membuat penyelidikan mengenai institusi raja di The British Library dan The School OfOriental And African Studies, University Of London bagi pembikinandokumentari ini.
"Semua sultan memberi kerjasama untuk menjayakan pembikinan dokumentari ini dan kami tidak ada masalah mendapatkan bahan seperti daripada aspek makanan, alat kebesaran dan sebagainya," katanya.
Abdul Mutalib ditemui ketika sidang media Daulat Tuanku di Sri Pentas,Bandar Utama, baru-baru ini. Selain Abdul Mutalib selaku penasihat,tenaga produksi yang terbabit dengan penggambaran Daulat Tuanku ialahAhmad Kamaludin Zabaai (Penerbit Eksekutif), Abdul Aziz Hassan(Penerbit Penyelaras), Hisham Abdullah (penerbit, pengarah dan wartawan penyiaran), Ooi Beng Cheang (wartawan penyiaran) dan Zainal AriffinIsmail (suara latar).
Sementara itu, Hisham berkata, penggambaran dokumentari Daulat Tuanku dimulakan pada 2007 dan ia berakhir pada Februari lalu.
"Penggambaran episod terakhir ialah mengenai sambutan Jubli Perak di Perak. Ia projek besar kerana dokumentari ini mengenai institusi raja.
"Cabaran paling besar adalah untuk mendapatkan kebenaran daripada sultan untuk buat penggambaran dokumentari ini.
Sebenarnya bukan mudah untuk mendapat kebenaran daripada sultan kerana banyak protokol yang perlu dipatuhi sepanjang penggambaran.
"Penonton juga berpeluang menyaksikan temu bual eksklusif antaranya dengan RajaNazrin, Raja Perlis, pakar akademik dari dalam dan luar negara sertawarga Malaysia pelbagai kaum.
"Selain itu, turut dipaparkan wawancara dan pengembaraan beberapa sultan dan Yang Dipertua Negeri termasuk temu bual bersama Almarhum Tuanku Jaafar pada 2007. Selain itu, temu bual bersama bekas Datuk Bandar London pada 1992, Sir DatukFrancis McWilliams (Jurutera Kanan Petaling Jaya pada 1954).
"Topik yang dipaparkan dalam dokumentari ini ialah Daulat Tuanku, Seni Bina Istana, Seni Persembahan Istana, Potret Raja, Warisan Istana, Raja Berperlembagaan, Alat Kebesaran Diraja dan Raja Berjiwa Rakyat,"katanya.
"Dokumentari lapan episod ini menggunakan bahasaMelayu serta Inggeris sebagai perantara dan akan bersiaran selamasetengah jam untuk setiap episod," katanya.
[ Last edited by Syd at 11-3-2009 11:13 ] |
|
|
|
|
|
|
|
bagus jugak dokumentari ni diterbitkan.. memahamkan kebanyakan rakyat yg tak paham peranan raja/sultan di malaysia nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
bila dijangka dokumentari ni nak disiarkan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|