CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9195|Reply: 16

jejak warisan pulau mutiara

[Copy link]
Post time 12-3-2009 06:30 PM | Show all posts |Read mode
Jejak warisan Pulau Mutiara
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah



KEPINGAN papan yang menjadi pelantar pejalan kaki sudah agak lusuh, tetapi untuk penghuni perkampungan air berdekatan pusat bandar Georgetown, Pulau Pinang, ia menyimpan sejarah panjang menjangkau hampir 150 tahun.


Menjejak sejarah Pulau Pinang yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia tidak lengkap jika tidak singgah di Fort Cornwallis, kota pertahanan dan pusat pentadbiran yang binaan asalnya dikatakan menggunakan batang nibung

KEPINGAN papan yang menjadi pelantar pejalan kaki sudah agak lusuh, tetapi untuk penghuni perkampungan air berdekatan pusat bandar Georgetown, Pulau Pinang, ia menyimpan sejarah panjang menjangkau hampir 150 tahun.

Rumah pertama dibina pada 1860-an oleh pemuda dari wilayah Fujian, China yang merantau untuk berkerja sebagai kuli di Pulau Pinang yang ketika itu berkembang maju sebagai pelabuhan selepas dibuka Kapten Francis Light pada 1786.

Sejak itu, ia berkembang kepada beberapa perkampungan air menempatkan sebilangan puak hidup harmoni dalam koloni masing-masing iaitu jeti Chew (paling besar), jeti Lee, Tan dan Yeoh.

Kini, penempatan di kawasan dikenali sebagai Weld Quay menjadi antara tarikan sejajar dengan pengiktirafan Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Kebudayaan, Saintifik dan Pendidikan Sedunia (Unesco), pada 7 Julai tahun lalu.

Jejak warisan di Pulau Mutiara ini bagaimanapun, tidak akan lengkap jika tidak singgah di Fort Cornwallis, kota pertahanan dan pusat pentadbiran yang binaan asalnya dikatakan menggunakan batang nibung pada 1786.

Tiga tahun kemudian, ia dibina semula bagi memenuhi keperluan sebagai pusat pentadbiran dan pangkalan tentera sejajar dengan perkembangan kuasa empayar British di rantau ini.

Sejarahnya, seperti yang dapat dihayati di galeri pameran, berkait rapat dengan usaha pemodenan pulau ini. Selain menempatkan gereja kecil, ia juga menempatkan rumah api - uniknya, di tengah pusat bandar dan masih berkhidmat sebagai panduan arah kepada kapal dagang.

Catatan penting yang tidak boleh dipinggirkan mengenai kota di Jalan Tun Syed Sheh Barakabah ini adalah kisah menarik mengenai meriam bernama Seri Rambai, yang dikatakan bermula sejak 1603.

Asalnya, Belanda menghadiahkan meriam ini kepada Sultan Johor, tetapi ia dibawa ke Acheh, Indonesia dan kemudian diletakkan di Kuala Selangor. Pada 1871, ia dirampas oleh British dan diletakkan di lokasi sedia ada iaitu satu sudut kota itu.

Menghala ke pusat bandar, pengunjung dibawa menghayati keindahan bangunan warisan kolonial dengan seni bina Anglo-India dengan pengaruh reka bentuk Cina. Perluasan kuasa Inggeris dan perkembangan pulau ini juga menarik kedatangan pedagang dari serata dunia.

Pelbagai nama jalan utama membuktikan penempatan awal masyarakat pelbagai bangsa. Orang Eropah ditempatkan di Lebuh Light, keturunan Serani (Lebuh Bishop), pedagang Cina (Lebuh China), pedagang India (Lebuh Chulia) dan pedagang Aceh (Lebuh Aceh).

Pendatang dari wilayah India Selatan dikatakan membina deretan rumah kedai sepanjang Jalan Chulia (dulu dikenali sebagai Malabar Street), King Street and Queen Street, kawasan yang kini tersohor dengan jolokan Little India.

Pulau ini juga menjadi transit untuk pedagang yang ingin belayar ke India dan Timur Tengah. Masjid Kapitan Keling umpamanya, menjadi tempat berhimpun jemaah haji dari Tanah Melayu, Thailand dan Sumatera sebelum berangkat ke Mekah dengan kapal laut.

Lebuh Armenian dan Lebuh Acheh pula menyimpan sejarah dan gaya hidup glamor golongan atasan suatu ketika dulu. Hartawan terkemuka, Syed Alatas yang menemui kekayaan dengan perdagangan antara Pulau Pinang dan Acheh pernah mendiami banglo dua tingkat di Lebuh Acheh.

Jalan sama turut menempatkan Masjid Melayu Lebuh Acheh, manakala Lebuh Armenian pula mendapat namanya daripada warga Armenia berketurunan Yahudi, Sarkies, yang bertanggungjawab membuka hotel The Eastern & Oriental yang amat popular sekitar 1920-an.

Pertembungan Timur dan Barat dapat disaksikan dengan jelas jika anda singgah ke Muzium Peranakan Pulau Pinang di Jalan Gereja. Menariknya, pemilik rumah agam ini adalah Kapitan Chung Keng Kwee, ketua puak Hai San, yang terbabit dalam Perang Larut antara 1860-an dan 1884.

Walaupun bukan berasal daripada keturunan Baba hartawan yang meraih kekayaan hasil perlombongan bijih timah di Perak ini membina rumah yang sarat dengan jiwa Peranakan ini pada abad ke-19.

Pengunjung dapat menyaksikan pakaian, perabot dan pinggan mangkuk yang digunakan bagi menggambarkan kedudukan ahli keluarga masyarakat atasan ketika itu. Malah, rumah itu turut menempatkan koleksi kebaya dan kuil untuk acara keagamaan keluarga besar ini.

Kongsi Khoo berusia lebih 100 tahun di Lebuh Cannon pula membawa pengunjung mengembara ke Dinasti Ching dengan reka bentuk bangunannya seperti perkampungan Cina pada abad ke-19. Kuil dalam kongsi ini pernah diabadikan dalam satu babak filem Hollywood, lakonan Jodie Foster pada 1999.

Menariknya, kompleks kediaman yang dilengkapi pentas opera, rumah kedai, pejabat pentadbiran ini juga mempunyai pertalian dengan tokoh perniagaan terkemuka negara termasuk Tan Sri Francis Yeoh dan aktres antarabangsa, Datuk Michelle Yeoh.

INFO

>Tapak Warisan Dunia meliputi bangunan bersejarah di Lebuh Acheh, Masjid Melayu Lebuh Acheh,

Masjid Jalan Mesjid Kapitan Keling, Goddess of Mercy Temple, Kuil Mariamman Temple, Kongsi Khoo, Gereja St George dan Assumption Church.

>Selain itu, St Xavier's Institution, Convent Light Street, Little India, muzium dan mahkamah, bangunan komersil sepanjang Beach Street, Fort Cornwallis, Esplanade, City Hall dan perkampungan air di Weld Quay.

>Jejak warisan Pulau Pinang mengambil masa antara dua dan tiga jam. Selain menghayati bangunan warisan, pengunjung boleh mencuri masa untuk mengunjungi kedai di sepanjang Jalan Masjid Kapitan Keling sehingga ke Lebuh Pasar.

>Selain hidangan nasi kandar, pastikan anda singgah untuk menikmati rojak pasembor dan laksa di medan selera berhampiran dengan Esplanade atau gerai penjaja di Gurney Drive.





aku pun nak ke pulau mutiara bulan depan.... bley ler  pekena rojak pasemboq kegemaran aku.... ingat nak ajak  beskot sama... leh kita  naik motor pi  travel.....  tunggu beskot balik dari pertapaan dan dapat massage pompuan siam sana  ekkk beskot!!!  :@   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2009 06:10 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

Nak ikut.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 07:18 AM | Show all posts
Bersiar-siar di bandar George town

Oleh NIZHA PERIASWAMY


Anda kini tidak perlu bimbang dengan kesesakan di George Town, Pulau Pinang kerana Central Area Transit (CAT) menyediakan perkhidmatan mengelilingi pusat bandar tersebut secara percuma.


KUNJUNGAN anda ke Pulau Pinang semakin selesa dengan
kemudahan yang ditawarkan oleh CAT.


SEDEKAD yang lalu, pengangkutan awam di Pulau Pinang, khususnya pengangkutan darat kurang memberikan impak terhadap pelancongan. Ini kerana sistem pajak basnya tidak memberi imej positif.

Namun sejak pertengahan tahun 2007, satu suntikan baru diberikan ke atas sistem pengangkutan darat iaitu Rapid Penang. Sehingga hari ini, ia dilihat mampu mempamerkan kebolehan yang maksimum dan perkhidmatan berkualiti.

Sejak lebih sebulan lalu, dengan perkhidmatan percuma, Central Area Transit (CAT) berlegar di sekitar bandar raya George Town.

Bagi Sonia Menon, 21, lulusan diploma fesyen dan pelatih di salah sebuah butik fesyen di bandar ini, CAT adalah satu kemudahan untuk pelancong dan penduduk setempat bersiar-siar di Pulau Mutiara.

Walaupun perlu banyak berjalan mendapatkan ilham untuk tugas kreatifnya, bas awam adalah pilihan utamanya.

"Jika bukan bas awam, maka saya akan menggunakan kereta ayah. Tetapi sejak kecil hingga sekarang saya banyak menggunakan pengangkutan awam," kata Sonia yang ditemui di Perhentian Weld Quay, George Town.



KOTA CORNWALIS salah satu tarikan yang
terdapat di George town, Pulau Pinang.


Menemani penulis untuk melawat bandar raya George Town menggunakan bas CAT, Sonia berkata, kini ada cara mudah untuk melawat bandar George town. "Hanya duduk dalam bas ini. Kita akan kenal setiap tempat menarik di sini," katanya sambil menunjukkan arah Masjid Kapitan Keling di Jalan Kapitan Keling.

"Saya tidak perlu turun bas tetapi hanya dengan duduk di sini sudah cukup untuk saya menikmati keindahan bandar ini dengan percuma.

"CAT berhenti di hampir semua lokasi pelancongan yang menarik di Pulau Pinang. Misalnya dari Weld Quay, kita boleh ke Kota Cornwallis, gereja-gereja di sekitar Lebuh Light, Muzium dan Galeri Seni, Jalan Penang, Chowrasta, Komtar, tokong-tokong Cina, Little India, Padang Kota dan banyak lagi," jelasnya menyenaraikan beberapa lokasi tumpuan pelancong.

Tambah Sonia yang merupakan Miss Pesta Pulau Pinang 2008 dan dipilih sebagai Duta Pelancongan Pulau Pinang, selaku warga Pulau Pinang, dia amat berbangga dengan kemudahan bas percuma yang disediakan itu.

"Secara tidak langsung kemudahan ini dapat menyenangkan perjalanan kepada pelancong. Lebih penting ialah bas ini amat selesa, luas, bersih dan sejajar dengan kehendak semasa," tuturnya.



CAT menawarkan keselesaan kepada pelancong
yang menggunakan perkhidmatannya.


Kata Sonia, pemandu bas yang digelar sebagai 'kapten' sangat peramah dan sedia membantu memberi bimbingan jalan.

Laluan bas CAT mengelilingi pusat bandar George town merangkumi pusat-pusat perbankan, tapak warisan bersejarah, pusat beli-belah, lokasi tarikan pelancong, pejabat-pejabat kerajaan, Komtar dan Terminal Pengkalan Raja Tun Uda.

Dengan perkhidmatan yang percuma ini, Rapid Penang bersama-sama Kerajaan Negeri percaya dapat menjadi sebahagian daripada usaha membangunkan industri pelancongan di bandar bersejarah itu.



TEROMPAH mini ini merupakan barangan
kraf yang boleh dibeli di Little Penang Street Market.



Pengurus Komunikasi Kreatif Rapid Penang, Yap Lee Ying yang ditemui di pejabatnya di Lorong Kulit berkata, sebanyak tiga buah bas berhawa dingin disediakan dengan perjalanan ulang alik dari Weld Quay atau Terminal Feri Raja Tun Uda ke Komtar.

"Sebanyak 19 buah perhentian bas disediakan sepanjang laluan bas CAT dengan kekerapan berlepas setiap 15 minit dari stesen pertama bergantung kepada lalu lintas," kata Lee Ying.

Lahirnya CAT adalah cadangan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, terang Lee Ying. Namun, nama tersebut bukan sahaja diperoleh hasil implikasi politik pemerintahan kerajaan negeri tetapi nama tersebut juga digunakan untuk bas-bas percuma yang beroperasi dalam bandar di Australia.



BANDAR George town pada waktu malam penuh dengan keindahan.

Perkhidmatan CAT yang beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 malam menepati kehendak penumpang khasnya pelancong yang mahu bergerak dalam bandar.

Ia diperkukuhkan lagi dengan pengaplikasian Sistem Pengesanan Global (GPS) yang memudahkan penumpang mengenali kedudukan bas menerusi panggilan telefon atau yang akan datang, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menambah kepada segala kemudahan dan fasiliti yang ada kepada CAT dan juga bas henti-henti Rapid Penang yang lain, Lee Ying memberitahu, pada masa akan datang, pihaknya juga akan memasang perkhidmatan Wi-Fi dan memperkenalkan sistem e-tiket untuk perkhidmatan bas antara bandar.

"Ia dijangka dilaksanakan pada bulan Mei ini,'' katanya.

Dalam pada itu, bas CAT yang berlepas setiap 15 minit itu turut digunakan untuk tujuan pelancongan berskala besar atau berkumpulan.

Ia menerusi pengenalan satu pakej lengkap di mana selain membawa penumpang ke lokasi pelancongan, ia juga akan memudahkan akses pelancong ke hotel-hotel dan restoran.

Dengan pakej yang berharga RM20 untuk penggunaan selama seminggu, pelancong juga boleh menggunakannya sebagai akses diskaun ke lokasi lawatan, hotel dan restoran.



SEJAK lebih sebulan yang lalu, orang ramai dan pelancong berpeluang
menikmati perkhidmatan Central Area Transit secara percuma.


Dengan kos perbelanjaan sebanyak RM50,000 sebulan atau RM600,000 setahun untuk tiga bas itu yang dibiayai oleh kerajaan negeri, ia dilihat satu pelaburan jangka panjang yang baik untuk kedua-dua pihak. Namun jumlah bas yang ada buat masa sekarang dilihat tidak dapat menampung jumlah pengguna.

Justeru, dalam satu perjumpaan dengan Guan Eng baru-baru ini, beliau mahu Rapid Penang menambah bilangan bas.

"Oleh kerana kerajaan negeri membayar amaun yang tinggi, kita harap jumlah bas dapat dipertingkatkan," katanya.

Antara laluan baru yang akan diperkenalkan ialah Little India, Muzium, Lebuh Mentri, Jalan Penang, Komtar, Kampung Kolam, Dewan Seri Pinang, Kota Cornwalis dan Lebuh Downing.



******************************************************************************************

banyak kemudahan2 yang disediakan di penang ni -
no wonder dapat jadi tapak warisan.. - lama dah tak pergi penang -
traffic jam teruk sangat -  sekarang mesti
lebih teruk lagi -
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 05:26 PM | Show all posts
Nak tanya banyak ke blh kredit kalau post seperti tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 02:28 PM | Show all posts
double decker bus di Penang


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 02:31 PM | Show all posts
Penang ferry 1958

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2009 02:32 PM | Show all posts
1980


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 02:33 PM | Show all posts
Penang

The Esplanade


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2009 02:34 PM | Show all posts
Beach street

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 02:35 PM | Show all posts
Chulia street

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 02:36 PM | Show all posts
Penang road

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 02:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 07:17 AM | Show all posts
Keistimewaan Pulau Pinang

Oleh ROKIAH ABDULLAH



MASJID Kapitan Kelling, Pulau

PULAU PINANG 12 April
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 02:01 PM | Show all posts
Jom ronda pulau pinang makan nasik kandaq...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2009 07:36 AM | Show all posts
Ikon Pulau Mutiara yang semakin lesu

Oleh ABU HAKIM TANZIMUDDIN
Gambar SAZALI CHE DIN


Bukit Bendera menjadi kawasan tarikan pelancong kerana mempunyai suhu yang nyaman.

KATA orang tidak lengkap melawat Pulau Pinang sekiranya tidak berkunjung ke Bukit Bendera. Namun pernahkah anda menaiki kereta api di situ kebelakangan ini?

Jika anda pernah berbuat demikian dalam tempoh setahun dua ini anda pasti akan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan produk pelancongan tersebut yang menjadi ikon Pulau Pinang sejak 1922 hingga tahun lalu.

Disebabkan masalah itu, Bukit Bendera kini digugurkan daripada menjadi ikon Pulau Mutiara pada tahun semasa ini dan juga tahun depan disebabkan banyak faktor.

Antaranya keadaan kereta api di situ yang sudah uzur dan sering rosak dan menyebabkan penumpang terkandas berjam-jam di dalam gerabak yang sesak lagi panas tanpa hawa dingin.

Pelancong juga kerap merungut terpaksa menunggu lama sebelum dapat menaiki kereta api.

Tempat menunggu juga sesak dan jika anda berpendapat era berebut-rebut menaiki kereta api sudah berlalu, anda silap! Kereta api Bukit Bendera masih di takuk lama. Kalau mahu duduk di dalam kereta api, anda terpaksa berebut.

Sampai di puncak Bukit Bendera, anda boleh menikmati keindahan Pulau Pinang, namun terpaksa melalui proses menjemukan yang sama apabila mahu turun.

Namun begitu segalanya akan berubah tidak lama lagi.

Ratusan ribu pengunjung ke Bukit Bendera bakal menikmati perkhidmatan yang lebih selesa dan selamat tidak lama lagi apabila projek menaiktaraf sistem kereta api sedia ada akan dimulakan Mac tahun depan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 02:30 PM | Show all posts
15# amazed


nilah yg paling aku ralat dlm byk2 kat penang.... nape x jg elok2? takdak dwit kah? dulu aku penah nek ngn family, sgt seronok, scenary dia santekk... benti kat atas bukit, sambil manikmati udara bukit.... tgk ke bawah nmpak penang, lautan.. santekkk!!!.... last time kwn aku visit... masih tutup for visitors.. sedey... keciwa!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2009 04:12 PM | Show all posts
Pic Seri Mutiara ketika sebelum merdeka ada tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 7739 Replies : 4
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 1416 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 310009 Replies : 8927
Rosmah lepas atau sangkut?
maklukpenggodaRosmah lepas atau sangkut?
Views : 48651 Replies : 35
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 12652 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 9286 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.090107 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list