KUALA LUMPUR: Celcom (Malaysia) Bhd akan mementaskan "Konsert Penghargaan Search di Awan Biru" di bawah jenama prabayarnya, Celcom Blue, untuk menunjukkan sokongannya yang kukuh terhadap industri hiburan tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Shazalli Ramly berkata syarikat itu menyediakan peruntukan yang agak besar supaya konsert itu menempa kejayaan yang besar.
"Acara ini akan menjadi aktiviti pemasaran syarikat yang utama bagi separuh pertama tahun ini dan pastinya acara ini akan mendapat bantuan dana yang kukuh," katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan konsert itu di sini hari ini.
aku tak kira sapa nak taja..... ini punyer konsert mmg aku MOSTI pergi........cayer ler amy!!!!!:victory:
danedzya, gamba tu salah .. line up SEARCH skang & untuk konsert ni adalah line up album Langit & Bumi dan Mentari Merah Di Ufuk Timur soo tu menjawab soalan ko tu!
Ini adalah konsert farewell Search ... Selepas tour konsert ni ,Search akan dibubarkan buat selama-lamanya..bermakna tiada lagi Search selepas konsert itu ...Search akan dikenang sebagai sebuah band Lagenda Malaysia
BUTTERWORTH 24 April - Kumpulan rock popular tanah air, Search akan menjayakan 'Konsert Penghargaan Search di Awan Biru' anjuran syarikat telekomunikasi Celcom (Malaysia) Berhad (Celcom) di tapak ekspo Seberang Jaya di sini pada 2 Mei ini.
Seberang Jaya diberi penghormatan sebagai lokasi pertama konsert jelajah Malaysia oleh kumpulan evergreen, Search yang mempunyai ribuan peminat di seluruh tanah air.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, Seberang Jaya merupakan salah satu daripada 11 lokasi yang bakal digegarkan oleh Search dengan persembahan yang diadakan kelak.
"Selama lebih 27 tahun penubuhan kumpulan Search aktif dalam industri hiburan tanah air, popularitinya terus kekal dan mereka mempunyai jumlah peminat yang ramai.
"Justeru, sebagai penghargaan atas jasa Search dalam memartabatkan industri muzik, Celcom tidak teragak-agak untuk menaja konsert bergerak Search di 11 tempat," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurut Sazalli, sebagai penghargaan kepada para pelanggan Celcom pula, konsert jelajah Search itu dianggap membalas jasa atas sokongan pelanggan-pelanggan Celcom terutama mereka yang menggunakan kad prabayar Celcom Blue.
Beliau berkata, sempena konsert Search itu nanti, pihaknya mengadakan promosi eksklusif untuk pelanggan prabayar Celcom Blue.
Bermula sejak 7 April lalu sehingga 31 Julai nanti, orang ramai yang membeli kad prabayar Celcom Blue berpeluang mendapatkan khidmat perisian Search secara percuma melalui isian semula kad prabayar RM30.
Katanya, pelanggan juga berpeluang mendapat hadiah lain berupa khidmat pesanan ringkas (SMS) secara percuma sehingga 30 SMS, waktu bercakap sehingga 200 minit atau pun dua tiket konsert Search percuma di dalam petak biru.
"Cara untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik ini cukup mudah iaitu pengguna prabayar Celcom Blue hanya perlu taip SEARCH dan hantar ke 28881.
"Pada hari konsert diadakan, pelanggan Celcom Blue yang mengisi semula kad prabayar mereka dengan jumlah minimum RM10 berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan nilai hadiah RM5,000 hingga RM10,000," tambahnya.
esok (1 Mei) kumpulan Search akan berada di Tesco Xtra Seberang Jaya pada jam 4 ptg untuk sesi otograf dan berjumpa peminat. nak beli tiket pun boleh datang...
esok konsert ni ..sebelah umah je ni tapak konsert ni..rehesel pun dah berdetum2 bunyi....bergegar umah kayu ni...tak payah p tgk dah..duk luaq umah dengar je .....kalau rajin p depan skit tgk skrin besar dr luar kekeke
harus esok ptg sampai mlm tak leh p mana2...jalan jem...jalan kluar ku merupakan jalan masuk tapak konsert...adeh ada emengency kaku d rumah le jawabnya
sekarang lagu ke 2..td amy ckp ari ni hujan rahmat..pasal depa pun tunggu lama utk konsert mcm ni....memang membawa rahmat dan membawa rezeki..hujan rahmat...
Originally posted by sinar_inspirasi at 1-5-2009 14:36
tshirt utk duniasearch.com aku yg buatkan.... ada ngan aku 5 design.. salah satu aku dpt copyright dari nordin...
duniasearch.com tempah tshirt tu semua dgn kau ke sinar?
yg copyright dari nordin tu yg mana satu, tshirt gambar apa?