CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1869|Reply: 3

HUKUM UNIT AMANAH

[Copy link]
Post time 11-4-2009 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Boleh komen skit tak mengenai hukum unit amanah atau hukum menjadi agent unit amanah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2009 11:03 AM | Show all posts
takda sapa2 ke yang nak bagi pendapat?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 09:53 AM | Show all posts

Cuba tgk jawapan berikut yg ada berkait kpd soalan sdr

Soalan Pertama :  
Assalamualaikum Ustaz,
Saya adalah consultant unit trust untuk Public Mutual. Secara peribadisaya merasa sedikit keliru dengan kerjaya ini apabila saya cubabandingkan dengan MLM. Bagi saya memang ada persamaan dengan MLM keranaada sale bermakna adalah komisyen.Dan juga saya hanya menjual IslamicTrust. Apa pendapat ustaz dari boleh atau tidak saya teruskanprofession sambilan ini?

Sekian,terima kasih.

- Abd Razak -




Soalan Kedua :
salam ustaz...

sebelum saya mengajukan kemusykilan, saya ingin mengucapkan berbanyak
terima kasih kepada ustaz atas usaha ustaz 'menyernihkan' kekusutan
mengenai permasalan muslimin dan muslimat di komuniti yahoogroups
ini.

soalan 1
apakah hukum keuntugan yang hanya diperolehi daripada menyertai
produk-produk yang berlandaskan shariah seperti Public Islamic Equity
Fund.

soalan 2
apakah hukum pendapatan yang hanya diperolehi daripada hasil menjual
produk-produk yang berlandaskan shariah seperti Public Islamic Equity
Fund dll memandangkan Public Mutual juga menawarkan produk2 yang
tidak berlandaskan shariah...
'betulkan saya jika salah'

sekian. wassalam.
aminuddin


JAWAPAN

wa'alaikumussalam,

pertamanya, tahniah atas rasakeperihatinan anda berdua dengan harta yang halal dan sistem perniagaansecara Islam yang tulen, ia sebenarnya satu tanda iman yang baik dalamdiri. Ameen.

Berkenaan Public MutualIttikal dan Public Islamic Equity Fund. Ia telah diluluskan olehSuruhanjaya Sekuriti sebagai sebuah instrument pelaburan Islam manakalaMajlis Penasihat Shariah khas baginya adalah Islamic Banking andFinance Institute Malaysia ( IBFIM ) sila buka webnya di www.ibfim.com

Bagaimanapun, setelah sayaberbincang dengan 憄erson in charge' di IBFIM, pihak mereka menjelaskanbahawa mereka hanya memantau dan menyemak portfolio, kaedah pelaburanyang di buat, di kaunter mana di letakkan, cara kiraan dan yangberkaitan dengannya dana dan pelaburan itu sahaja.

Adapun cara pemasaran menggunakan kaedah persis MLM dan komisyen ini tidaklah di semak oleh mereka.

Saya  pula belum mengkajisecara detail cara komsiyen dan pemasaran yang dibuat oleh PublicMutual Ittikal ini mahupun Takaful Ikhlas dan lain sepertinya. Justerubagi sesiapa yang terlibat dengan semua jenis ini, apa yang mampu sayasarankan adalah; Bawa isu ini kepada pihak pengurusan Public Mutual dandesak mereka untuk 'table' kan sistem pemasaran itu kepada ShariahAdviser masing-masing..

Itu lah yang perlu dibuat.Benar, tiada ertinya benda yang halal, jika dijual dengan cara yangtidak menepati Shariah. Hasilnya akan pasti sama iaitu HARAM. SayaTIDAK mengatakan sistem marketing Public Ittikal ataupun Takaful IkhlasHaram, cuma saya sarankan individu terlibat bawa ke Shariah (jika belumdi bawa).

Dalam pada masa itu, sayajuga tiada idea buat masa ini samada ingin menasihatkan anda agarberhenti atau meneruskan. Wallahu 'alam.

Sekian,

Ust Zaharuddin Ab Rahman
15 Jan 07
25 Zulhijjah 1427 H
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2009 08:24 AM | Show all posts

Balas #3 noriabdullah\ catat

terima kasih byk2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.064120 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list