CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45064|Reply: 204

LAGENDA : CUCU BETONG

[Copy link]
Post time 13-4-2009 08:03 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 13-1-2010 08:21

Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 7-12-2009 22:18

Post Last Edit by Syd at 2-12-2009 17:21

Dengarnya... Drama Anak Betong bersambung   
Oleh Normah Becok
               

SETIA Papa juga dugaan daripada Tuhan, pasti ada kemanisan di penghujungnya. Itu yang dirasai penerbit dan pelakon, Sheila Rusly apabila produk terbitan syarikatnya kebelakangan ini menjadi mangsa kecaman dan kritikan daripada banyak pihak.

Cik Normah rasa Sheila kena berfikiran terbuka. Dalam perkara macam ini, memang setiap orang ada pendapatnya masing-masing. Cuma, Sheila janganlah mudah tersinggung dengan setiap kritikan itu. Ini pun cara untuk meningkatkan mutu penerbitan drama yang dibuat oleh Sheila sendiri.

Iyerlah, kalau semuanya hendak pujian saja, lama-kelamaan kita pun tak yang mana satu baik, mana satu buruk. Terbaru Cik Normah dapat tahu, Sheila mendapat tawaran untuk menyambung semula drama bersiri, Anak Betong yang mendapat sambutan hangat ketika ditayangkan TV3, sedikit masa lalu.
        
Drama itu sebelum ini mendapat banyak kritikan. Sehingga hari ini, Sheila masih berdiam diri. Pernah juga Cik Normah menjolok pertanyaan panas tetapi isteri kepada pengarah, Jinggo ini tetap membisu.

Bagi Cik Normah, apabila drama itu dapat kritikan atau teguran, bermakna orang ramai menonton dan memberi perhatian terhadap drama terbitan Sheila sendiri. Itu paling penting. Maklum balas daripada penonton atau orang ramai penting untuk memperbaiki penerbitan karya seterusnya.

Daripada apa yang Cik Normah dengar, drama bersiri terbaru itu akan menggunakan judul Cucu Betong. Bagaimana jalan ceritanya, takd apat Cik Normah pastikan. Skrip pun masih pada peringkat pembikinan kerana drama itu hanya akan memulakan penggambaran Jun nanti. Cik Normah dapat tahu, musim terbaru program masakan popular kendaliannya, Ketuk-Ketuk Ramadan juga bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2009 10:21 AM | Show all posts
waa... ade sekuel citenye...
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 12:44 PM | Show all posts
choiii perluke... kang ade plak sambungan lagi ... moyang betong plak
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 03:05 PM | Show all posts
lepas cucu..cicit la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 03:35 PM | Show all posts
pttlah ending cam hanjeng... ada sequel ropanya.. kot ye pun buatla senonoh sket ending anak betong..choii
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 09:37 PM | Show all posts

Reply #5 beta_carotene's post

aku setuju.. aku tgk ending dia terus aku menc-harut tak hengat..
kalau dia buat ending gantung tak bertali gak dalam siri baru nih mmg kene bom ah produksi nih...:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2009 09:19 PM | Show all posts
HAHAHA... kelakarlaa cucu betong... cicit betong... pembetongan... hahaha...   
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 05:31 PM | Show all posts
lawak nye tajukkkk....cucu betong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 09:42 AM | Show all posts
Originally posted by nanie at 16-4-2009 17:31
lawak nye tajukkkk....cucu betong


cucu betong? kan elok letak waris betong ke.. nampak la komersial skit.. dah abih ke perkataan dlm bahasa malaysia nak buat tajuk drama? hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2009 10:45 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

sib baik bukan "anak menakan betong"   
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2009 10:58 AM | Show all posts
wahh ni yg tak sabar nka nungu cucu betung ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 10:59 AM | Show all posts
korang sapa, anak jagat yg mana jd cuuc betong tu? yer la.. dia kan ada 3 bini, dah tu 3 sekali ari tu kan mengandung.. tp 3 org tu gak piap (mati).. ermm camner ek?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:29 PM | Show all posts

Balas #12 cik_tijah\ catat

fatihah tu pon pregnant ker
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 09:33 AM | Show all posts
fatihah pun pregnant gak kalau tak silap.. kalau semua bini dia mati, so mai mana cucu ni? adehh takkan anak dia dgn si malika kot? huaaargghh huuaarrrgghh
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 11:29 AM | Show all posts
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat..

tema peribahasa plak..terus menang award drama terbaik katanya
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 12:52 PM | Show all posts
Originally posted by hyie at 23-4-2009 11:29
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat..

tema peribahasa plak..terus menang award drama terbaik katanya


award apa dpt.. sistem pembentungan terbaik. blh gitu? hikhikhikhik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2009 05:22 PM | Show all posts
Sheila Rusly Terpaksa Bergayut Atas Pokok Demi Malika

Oleh R.K.SHYAMALA


Shiela Rusly melakonkan watak Malika bergambar dengan Mohd Naim (Raqib)di set penggambaran drama bersiri 'Cucu Betong'

AKTRES Sheila Rusly terpaksa memberanikan diri bergayut dari tempat-tempat tinggi bagi memberi penghayatan pada watak jahat yang dibawanya, 'Malika', dalam drama 'Cucu Betong'.

Sheila menganggap aksi bergantung di tempat tinggi ini salah satu cabaran yang perlu dihadapinya untuk drama seram ini.

'Cucu Betong' akan ke udara pada pukul 4.30 petang dari hari Isnin (8 Disember) hingga Khamis dalam slot Lagenda TV3 dan merupakan kesinambungan drama ‘Anak Betong’ yang pernah popular sedikit masa dulu.

'Cucu Betong' dan 'Anak Betong' adalah arahan suami Sheila, Jinggo.

Namun, kata Shiela, ini tidak bermakna yang dia tidak risau mengenai keselamatan diri.

"Walaupun risau mengenai keselamatan diri, saya tetap memberanikan diri untuk bergantung dari tempat-tempat yang tinggi seperti di atas pokok dan bangunan pada waktu malam.

"Saya lakukan semua ini untuk mendapatkan sudut penggambaran yang terbaik," jelas Shiela semasa ditemui di majlis ramah mesra drama bersiri ‘Cucu Betong’ di Sri Pentas semalam.

Apabila ditanya kenapa aktres itu sering berlakon dibawah terbitan syarikatnya sendiri, J.S Pictures (J.S bagi singkatan nama Jinggo dan Sheila), Sheila berkata pengarah tempatan lain tidak berani memberi peluang kepadanya untuk melakonkan watak yang mencabar kepada pelakon-pelakon yang bertudung.


Shiela Rusly melakonkan aksi lasak di set penggambaran drama bersiri 'Cucu Betong'

"Walaupun mendapat tawaran berlakon di bawah syarikat terbitan lain, saya memilih untuk berlakon dalam watak yang lebih mencabar walaupun kini sudah bertudung.

"Saya ingin menolak persepsi masyarakat yang menganggap wanita bertudung mempunyai perwatakan yang sopan dan tidak boleh beraksi lasak semasa berlakon.

Sheila juga lebih selesa berlakon dibawah arahan suaminya Jinggo.

"Suami saya memahami keadaan diri saya yang sudah bertudung dan mengizinkan saya untuk membawa watak-watak yang mencabar.

"Berlakon seperti sudah sebati dengan darah daging saya dan apabila sudah mencapai tahap ini, saya ingin melakukan sesuatu yang lebih mencabar dan berhasrat membawa watak-watak yang jarang dilakonkan oleh wanita bertudung," tambah Sheila.

Sheila kini sedang sibuk berlakon dalam drama bersiri ‘Bila Musang Berjanggut’ dan ‘Roh.’

Beliau juga akan berlakon dalam sebuah telemovie yang akan ditayangkan sempena hari Mulidur Rasul nanti.

Bercakap mengenai syarikat terbitannya iaitu J.S Pictures Sdn.Bhd, Sheila berkata syarikatnya tidak akan menerbitkan filem dalam masa terdekat.

"Kami sekarang lebih tertumpu menerbitkan drama kerana drama lebih mendapat sambutan dari filem.

"Syarikat kami juga tidak mempunyai kapasiti dari segi tenaga kerja dan kewangan buat masa ini.

"Walaupun begitu, saya mempunyai banyak idea untuk masa-masa akan datang. Saya juga bercadang untuk menerbitkan filem apabila keadaan ekonomi bertambah pulih nanti," akhiri Sheila.

Pengarah drama 'Cucu Betong', Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, pula berkata, apa yang menarik mengenai ‘Cucu Betong’ ialah ianya lebih seram dan dramatik.

"Karakter-karakter yang dipaparkan lebih menyerlah berbanding ‘Anak Betong.’

"Walaupun ianya merupakan sebuah drama sekuel, ceritanya penuh dengan misteri dan akan membuatkan penonton tertunggu-tunggu untuk episod seterusnya," jelas Jinggo.

Selain itu tambahnya lagi, walaupun drama bersiri ini hanya untuk hiburan, ada juga diselitkan ciri-ciri keislaman seperti amalan berzikir.

"Watak Malissa (lakonan Farisha Ayu) dalam drama ini akan putus asa dengan hidup dan untuk mencari ketenangan, dia akan mula berzikir.

"Walaupun drama ini hanya sekadar hiburan, ia juga disertakan dengan unsur-unsur keagamaan yang mengingatkan para penonton untuk kembali ke jalan benar," ujar Jinggo.

Sementara itu, antara barisan pelakon drama bersiri ini adalah Ezany (Zaman), Fizz Fairuz (Jagat) Sheila Rusly (Malika) Mohd Naim (Raqib) Farisha Ayu (Malissa), Maya Matahari (Naya), Sofia Jane (Ratu Solowangi) Emilda Rosmila (Katrina) dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 06:20 PM | Show all posts
budak tu ke yg berlakon cucu betong??
best ke lakonan dia?
mcm tak best jer..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 09:14 PM | Show all posts
harap best gak........
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 10:53 PM | Show all posts
takut tgk muka sheila @ malika
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.451817 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list