|
Assalamu'alaikum...
ada satu ceramah cakap.. "wahabi" yang dikenali di Malaysia dan "wahabi" yang dikenali di Tanah Arab lain..
ada betul ka?
nih link youtube nya
http://www.youtube.com/watch?v=2mnvT6WuAzA&feature=related
saya ada full ceramah ustaz nih, dia cerita pasal wahabi in full sense..
p/s saya tak tahu samada letak kat forum nih sesuai @ letak kat M & M atau letak kat forum mazhab.. mintak tolong mod alihkan kalau rasa tak sesuai.. T_T |
|
|
|
|
|
|
|
ohh ohh.. telah di alihkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 gunblade712's post
ana tinggal di saudi tak nampak pun apa yg salahnya fahaman sini dan mereka anggap diri mereka salafi dan satu penghinaan tahu kalau kita panggil mereka wahabbi |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 Mawlay\ catat
oh ye ke?
sbb kat dalam ceramah tuh, dia cakap lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gunblade712 at 15-4-2009 17:15
Assalamu'alaikum...
ada satu ceramah cakap.. "wahabi" yang dikenali di Malaysia dan "wahabi" yang dikenali di Tanah Arab lain..
ada betul ka?
nih link youtube nya
http://www.youtube. ...
Memang betul...wahabi di Malaysia terbahagi kepada beberapa kelompok. Wahabi kacukan di Perlis yang mengikut Asri Zainal Abidin tidak sama dengan wahabi tulen di Johor yang mengikut Rasul Dhari orang Singapura. Kedua-dua golongan ini pernah satu masa dulu saling bertelingkah dan mengadakan ceramah2 khas untuk menghentam satu sama lain khususnya dalam isu rujukan2 aliran pemikiran masing2. Wahabi Johor mengikut hanya ulama2 yang diiktiraf oleh kerajaan Arab saudi saja seperti Ben Bazz, Albani, sheikh Fauzan dsbnya manakala mereka menolak Sheikh Yusuf Qardhawi yang menjadi rujukan utama Asri Zainal Abidin malah dianggap telah menyeleweng. Isu Ikhwan Muslimin juga pernah menjadi pertikaian hangat diantara mereka.
Wahabi tulen seperti golongan Rasul Dhari ini ada juga terdapat bergerak di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan ini diaktifkan oleh Abdullah Yassin yang dibayar gaji oleh kerajaan Arab Saudi. Mereka ini sering mengadakan kelas2 pengajian mereka di dewan al-Malik Faisal di Kedutaan Arab Saudi Jalan Ampang. Ramai golongan2 wanita yang berjaya ditarik mereka dalam pengajian mereka khususnya perempuan yang baru nakmengenali Islam dan yang menjaga status kedudukan mereka. Mengadakan pengajian atau usrah di dewan2 atau di rumah2 bungalow tentunya sesuai dengan status mereka yang berkereta besar dan mewah sehinggakan ada suami mereka yang tak tahu pun mereka pi mengaji.
Kalau nak tahu antara wahabi kacukan dan wahabi tulen bolehlah pi sembahyang di masjid negeri di Arau Perlis. Mana yang bersedakap tangan selepas berdiri dari ruku' maka itulah dia wahabi tulen manakala kalau wahabi kacukan akan meluruskan tangan mereka. Yang mana satu bidaah tak tahu lah den! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 Gravedigger's post
ohh macam tuh...
saya pernah dengar ceramah Rasul Dahri, agak tegas orangnya...
dan saya juga pernah baca buku penulisan Rasul Dahri yang menghentam Sheikh Yusuf Qardawi...
jadi persoalannya, betul ke dua2 kelompok ini?
sbb setau saya, term "wahabi" itu sendiri tak de dalam lipatan sejarah orang2 Islam.. ianya adalah satu term yang diberi oleh orang2 Inggeris... betul kaaaa??
sbb asas kepada pemikiran wahabi ini adalah daripada Ibnu Taimiyyah dan juga Muhammad bin Abdul Wahhab, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 gunblade712's post
gerakan itu di nisbahkan kpd muhammad abd wahab yg mengambil pemikiran2 dari ibnu taymiyah dan yg sealiran dgn nya.
maka dgn itu dikuniah ( gelar ) WAHHABI yg merujuk kpd nama tokoh pergerakan itu.
namun kebelakangan ini mereka menggelar diri mereka sebagai SALAFI yg merujuk kpd org2 salaf ( sahabat, tabiin dll ) yg terdahulu.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 sirri_khafi's post
siapa yang menisbahkan gelaran tersebut?
saya ada dengar penjelasan daripada dornag, dan saya tak nampak pon apa2 yang bercanggah, maybe sbb saya nih bukan orang terpelajar..
jadi di harap saudara/i khafi dapat menerangkan sikit kemusykilan saya..
ada orang cakap dorang nih terlalu amik direct ayat2 Quran dan Hadith, dan ini tak boleh kerana ada beberapa ayat yang kita tak dapat nak jangkau dengan kepala otak kita (mereka kata inilah ayat Mutasyabbihat yang dinyatakan oleh Allah)...
bagaimana cara yang sebenarn untuk kita menangani/memahami/handle ayat2 Mutasyabbihat yang terdapat di dalam Quran?
Contoh : dalam Quran ada menyatakan bahawa Allah duduk di atas Arasy (ada thread tentang perkara ini), ada ayat yang menyatakan bahawa Allah mempunyai Wajah, etc...
seperasan saya, golongan tersebut mengambil ayat tersebut in a literal sense dan mereka tidak menerangkan dengan terperinci, dalam erti kata lain, kalau Quran kata Allah duduk di atas Arasy, mereka kata Allah duduk di atas Arasy, meraka tak fikir macam mana, di mana etc... they do not elaborate on those issues...
dan seingat saya, Imam Malik pon tak pernah elaborate atas mende2 nih, kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 gunblade712's post
siapa yg menisbahkan tidaklah diketahui & tidaklah menjadi soalan. banyak juga jemaah2 & golongan2 dlm islam yg dinisbahkan dgn nama2 tertentu pdhal pioneer jemaah @ golongan tersebut tak pernah memberikan nama pd jemaahnya misalnya sepert jemaah tabligh dll.
kalau awak nak memahami lebih detail tentang isu ayat2 mutasyabihat, awak cari dlm bod mazhab page 2, thread yg bertajuk SALAFIYAH WAHABIYYAH MUJASSIMAH ( DAN MUSYABBIHAH ? ) dan awak baca pd page 2 jugak. saya ada post dlm thread tuh berkenaan CARA2 ORG AWAM MEMAHAMI MASAALAH AYAT MUTASYABIHAT kalau x silap saya.
saya nak letakkan linknya tapi x pandai, im sorry
WALLAHU A'LAM.
[ Last edited by sirri_khafi at 19-5-2009 17:48 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 sirri_khafi's post
ok.. thanks. insyaAllah...
"siapa yang menisbatkan" itu rasanya ada memainkan peranan, saudara/i..
sbb kadang2 orang2 kafir nih suka melabel orang2 Islam dengan nama yang macam.. yang terbaru.. "terrorist".. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 gunblade712's post
rasanya nama WAHHABI itu tidak ada unsur2 penghinaan. mungkin golongan ini enggan di panggil WAHHABI kerana tokoh pergerakan golongan ini ( muhammad abd wahab ) adalah seorg yg sangat kontroversi di dalam dunia islam ini, sama mcm ibnu taymiyah la... so kalu boleh, diorg taknak dikaitkan dgn tokoh ini, sebaliknya mereka mahu dikaitkan dgn ulama' salaf supaya menambahkan prestij golongan ini. sebab itu kebelakangan ini mereka memanggil diri mereka SALAFI.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
petikan dari "Apa itu Wahabi" oleh Ustadz DR. Ali Musri SP (Rektor Sekolah Tinggi Dirasat Islamiyah Imam Syafii, Jember, Jawa Timur ) "Begitu pula Syaikh Mas抲d An-Nadawy dari India berkata: 揝esungguhnya kebohongan yang amat nyata yang dituduhkan terhadap dakwah Syaikh Muhammad bin Abdu Wahhab adalah penamaannya dengan wahabi, tetapi orang-orang yang rakus berusaha mempolitisir nama tersebut sebagai agama di luar Islam, lalu Inggris dan turki serta Mesir bersatu untuk menjadikannya sebagai lambang yang menakutkan, yang mana setiap muncul kebangkitan Islam di berbagai negeri, lalu orang-orang Eropa melihat akan membahayakan mereka, mereka lalu menghubungkannya dengan wahabi, sekalipun keduanya saling bertentangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gunblade712 at 19-5-2009 13:29
sbb setau saya, term "wahabi" itu sendiri tak de dalam lipatan sejarah orang2 Islam.. ianya adalah satu term yang diberi oleh orang2 Inggeris... betul kaaaa??
sbb asas kepada pemikiran wahabi ini adalah daripada Ibnu Taimiyyah dan juga Muhammad bin Abdul Wahhab, kan?
Term "wahabi" memang ada dalam lipatan sejarah dan ia di rujuk kepada pengikut2 Muhammad bin Abdul Wahhab. Pendekatan yang diambil oleh mereka ini terhadap orang2 yang tidak mengikuti pemikiran pembaharuan agama baru yang cuba dilaksanakan oleh mereka amatlah dasyat dan jijik sekali sehingga mengakibatkan pertumpahan darah jutaan nyawa orang2 Islam. Ironisnya mereka tidak ada jasa2 perjuangan terhadap orang2 kafir yang ketika itu memang memusuhi Islam seperti British,Perancis, Itali dsbnya malah cara golongan wahabi bersepakat dengan Raja Saudi untuk merampas kuasa di Hijaz penuh dengan tipu muslihat perancangan yang dibantu oleh British. Bukan itu saja malah golongan wahabi ini juga menyumbang keatas kejatuhan Empayar Islam yang terakhir di Turki atas sokongan kafir laknat British juga.
Hari ini golongan yang masih mendapat inspirasi dari Muhammad bin Abdul wahab ini mungkin merasa malu untuk digelar sebagai wahabi dan dari itu cuba mengenalkan diri mereka sebagai golongan Salafi.
Secara khususnya hari ini apabila dikatakan dengan golongan Salafi maka ia merujuk kepada Wahabi dan juga dikaitkan dengan kekerasan dan keganasan yang menjadi matlamat perjuangan mereka.
Secara umumnya pula terdapat banyak jemaah Islam lain yang mendakwa mereka juga pengikut salafi seperti Jemaah Tabligh, Ikhwanul Muslimun, HAMAS, dsbnya malah PAS di Malaysia pun pernah mengaku sebagai pengikut Salafi.
Lihat saja Jemaah Tabligh...walaupun mereka merujuk terus daripada sahabat2 nabi tapi tidak mengambil pendekatan keganasan dan kekerasan yang diamalkan oleh wahabi walaupun sumbernya adalah sama.
Di Indo-Pakistan golongan Jemaah Tabligh ini pernah cuba dipengaruhi oleh wahabi yang beraliran Deobandi untuk bersama mereka berjihad di Afghanistan tapi tidak mendapat sambutan seperti yang cuba mereka lakukan di Ijtima'i Raiwind suatu masa dulu. Inilah juga yang membuat mereka amat marah kepada Jemaah tabligh dan membidaahkan mereka kerana tidak mahu mati syahid cepat untuk bertemu 73 anak dara bidadari di Syurga yang akan menanti emuaskan nafsu mereka...wow! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 Gravedigger\ catat
kat mana saya boleh refer untuk mendalami kisah 'lipatan sejarah' ini, bro gravedigger? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gunblade712 at 31-5-2009 15:20
kat mana saya boleh refer untuk mendalami kisah 'lipatan sejarah' ini, bro gravedigger?
Nak sumber primer ker atau sumber sekunder?
Kalau nak sumber primer bolehlah merujuk kepada tokguru2 yang berketurunan ahlul-bait ataupun yang mencintai mereka. Mereka ini aktif sekarang ini menyebarkan ilmu2 mereka. Tak semestinya mereka ini syiah tapi yang pasti mereka dimusuhi oleh golongan yang mencintai anak Pak wahab ataupun wahabi dan anda boleh merujuk terus kepada mereka. Anda bolehlah merujuk kepada seorang forumner di MM yang bernama syeduum yang aktif menyebarkan info tentang pengajian2 yang dijalankan oleh mereka ini.
Kalau nak dari sumber sekunder pula, di internet ni pun banyak juga. Antaranya ialah...
http://www.geocities.com/~abdulwahid/muslimarticles/dogs.html
http://bankwahabi.wordpress.com/2008/12/17/siapa-wahabi-wahabi-kafir/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|