CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4782|Reply: 67

Pengetua AF7 ada hak melindungi pelajar dari menjadi 'bahan eksperimen'

[Copy link]
Post time 22-4-2009 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Pengetua AF7 ada hak melindungi pelajar dari menjadi 'bahan eksperimen'         
Oleh Team mStar Online


        
Sejauh mana kuasa yang diperuntukkan kepada Pengetua Akademi Fantasia, prinsipal Datin Seri Tiara Jacquelina?


SEJAUHMANAKAH kuasa yang diperuntukkan kepada Pengetua AF? Persoalan ini kerap diajukan oleh peminat program realiti TV palingpopular Akademi Fantasia musim ke-7 ini apabila saban minggu graf persembahan pelajar tidak menentu.

Benarkah pengetua atau prinsipal Akademi Fantasia tidak mempunyai hak sama sekali untuk menentukan lagu pilihan, wardrobe dan juga membuat keputusan mutlak seandainya ada sesuatu yang tidak kena di saat akhir konsert diadakan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh prinsipal AF7 selepas konsert minggu lepas, Datin Seri Tiara Jacquelina telah memberi alasan yang pihaknya kesuntukan masa dan terpaksa melalui beberapa fasa atau birokrasi sekiranya ingin membuat sesuatu perubahan di saat akhir jika lagu pilihan atau wadrober yang diberi dirasakan tidak sesuai dengan pelajar.

Namun, tinjauan secara rambang yang dijalankan oleh team mStar Online termasuk temubual dengan mereka di belakang tabir dan kru produksi menunjukkan bahawa kuasa yang diberikan kepada pengetua AF cukup besar.

Malah lesen yang diserah kepada Pengetua AF sama besarnya seperti pengetua sesebuah pusat pengajian tinggi.

Malah, menurut beberapa sumber, pengetua boleh memberi teguran seandainya pelajar-pelajar dijadikan eksperimen untuk menyampaikan lagu yang boleh mengaibkan mereka.

"Pengetua ada kuasa melindungi hak pelajar sekiranya mereka diberikan lagu yang tidak sesuai atau sengaja mereka didajalkan dengan diberikan lagu yang salah.

Pengetua juga berhak menegur dan memberi pandangan jika mereka tidak bersetuju dengan tindakan pihak produksi atau wardrobe sekalipun,"jelas sumber terdekat dengan program realiti ini.

Sambungnya lagi, "Setahu saya Pengetua diberi garis panduan untuk menentukan arah tuju sesebuah konsert.

"Jadi kenyataan yang menyatakan Pengetua tidak sempat untuk membetulkan sesuatu yang dirasa tidak kena di saat akhir, adalah kurang tepat."

"Hanya bila di atas pentas, itu sudah di luar bidang kuasa Pengetua.Saya cuma terkilan bila melihat pelajar-pelajar terkial-kial mencari identiti mereka.

"Sepatutnya mereka dibantu untuk mencari key yang sesuai dalam menyampai sesebuah lagu tapi penekanan lain pula yang diberikan,"katanya.

Menurut satu sumber lain pula, mungkin juga pihak Astro ingin mencipta satu kontroversi untuk musim ke-7 ini, sebab itu sejak dari mula lagi segala tindakan yang diambil berbentuk kontroversi.

"Itu pendapat saya kerana saya pernah bersama AF sejak dari awal lagi. Seperkara yang saya suka musim ini ialah susunan muzik yang dibuat oleh Acis. Ia lebih segar, menepati apa yang saya ingin lihat.Cuma sesekali, ianya agak longgar," kata sumber yang pernah diberi kepercayaan menjadi tenaga pengajar dalam AF itu.  

Katanya lagi, "Contohnya pada konsert minggu ketiga yang mengetengahkan lagu-lagu lama tahun 80'an. Lagu-lagu lama memang merdu namun pelajar belum ada 'expertise' untuk membawa lagu-lagu seperti ini.

"Sayang, pelajar-pelajar tidak boleh tackle lagu-lagu ini kerana mereka tidak faham 'trick' muzik itu. Sepatutnya Acis dibimbing oleh seorang eksekutif produser untuk memastikan kelancaran setiap konsert,"katanya.

Pandangan dari bekas Pengetua AF musim lalu juga dituntut untuk meninjau prestasi pelajar-pelajar musim ini dari pengamatan mereka.

Bekas pengetua AF4, Ramli Sarip berpendapat, sesiapa yang terlibat dalam menentukan lagu pilihan, wardrobe dan lain-lain perlu bekerja secara berpasukan.

Jelas beliau, ini kerana lagu dan pakaian kena `serasi' dengan persembahan seorang penyanyi.

"Ini adalah kerja berpasukan dengan pereka bentuk, artis dan dankita kena `bijak'... sebab kita bercakap tentang sesuatu yang bernilai seni dan artistik.

"Sebagai pengetua, kita boleh beri pandangan dalam post-mortem.Misalnya, sebelum dan selepas sesuatu persembahan... ," katanya ketika dihubungi mStar sebentar tadi.

Sementara itu, pengarah muzik tersohor Ramli M.S ketika diminta pendapat beliau berkata, "Sebagai seorang profesional, saya tidak ingin memberi komen terhadap hasil kerja orang lain.

"Sama seperti seorang Perdana Menteri lama memberi pandangan kepada Perdana Menteri baru. Ianya kurang manis. Tunggulah hingga musim AF7 selesai, nanti saya akan komen," kata bekas Pengetua AF musim ke-2 dan ke-6 ini.

Walau bagaimanapun, Ramli sempat memberi komen tentang susunan muzik di bawah pimpinan Acis.

"Saya rasa dia telah melakukan kerja yang bagus. Susunan muziknya baik dan sedap didengar," kata Ramli yang terkenal dengan sikap suka berterus terang itu.

'Arranger' muzik terkenal ini mengaku dek kesibukan kerja, dia tidak kesempatan mengikuti perkembangan pelajar-pelajar AF musim ini secara keseluruhan.

"Saya hanya sempat melihat tiga konsert saja. Bagi saya, pelajar yang paling menyerlah ialah Hafiz. Sekali dengar saja, saya tahu budak ini berbakat besar," jelas Ramli yang secara prinsipal bersetuju dengan kritikan yang dilemparkan oleh para juri tetap AF musim ini seperti Adlin Aman Ramlie, Datuk Khatijah Ibrahim dan Edry Hashim.

Dalam pada itu, bekas guru lakon seni persembahan AF, Fauziah Nawi berkata, setahu beliau, prinsipal berhak menegur pihak terbabit sekiranya tidak berpuas hati dengan lagu dan wardrobe peserta.

"Bekas pengetua AF, Ramli MS misalnya akan campur tangan semasa rehearsal. Beliau akan tegur lagu, koreografi, baju dan sebagainya.Ramli adalah seorang yang sangat vokal dan tegas," katanya.

Tambahnya, prinsipal juga bermesyuarat dengan cikgu dan pihakpengurusan setiap minggu untuk membincangkan masalah-masalah yang berbangkit.

Mengulas lanjut mengenai kuasa prinsipal dalam pemilihan lagu,Fauziah berkata, bekas pengetua AF, Ramli Sarip pernah membuat teguran.

Katanya, Ramli Sarip pernah meminta lagu seorang peserta AF6 yang tidak fasih berbahasa Inggeris ditukarkan.

"Budak itu pada awalnya diminta membawakan lagu Umbrella nyanyian Rihanna. Selepas teguran Ramli Sarip, budak itu mendapat lagu bahasa Melayu," jelasnya yang jarang mengikuti AF7 kini.

Sehubungan itu, Fauziah berasa hairan apabila dimaklumkan aspek pemilihan lagu atau tema dan gaya pakaian peserta tidak ditentukan oleh pengetua dan tenaga pengajar untuk musim ini.

"Melainkan pihak pengurusan mempunyai sebab-sebab tertentu ataupun mereka mempunyai strategi tertentu, saya kurang pasti. Kalau dengan Tiara sebagai pengetua AF sekarang, lagi mudah kerana dia terbuka,"jelasnya.

Dalam pada itu bekas guru tarian AF1 hingga AF6, Linda Jasmine Hashim berkata setahunya guru vokal dan pengetua terlibat dalam pemilihan lagu pelajar AF pada musim yang lalu.

Sementara pemilihan pakaian pula hanya ditentukan oleh pihak wardrobe, pereka fesyen dan Astro sendiri.

Ditanya komennya tentang AF7, Linda memuji kehebatan semua pelajar dan menganggap mereka semua boleh menyanyi.

揝emua pelajar bagus-bagus belaka dan boleh menyanyi. Antara mereka,saya lihat ada tiga orang pelajar yang lebih menyerlah daripada yang  lain iaitu Hafiz, Akim dan Aril.

揝aya rasa mereka bertiga boleh pergi jauh,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2009 11:13 AM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

muka dia ni dah tuo....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:13 AM | Show all posts
SETUJU NGAN CIKGU LINDA!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2009 11:14 AM | Show all posts

Reply #3 af_mania's post

yup.

1. identiti AF yang makin hilang
2. motif nak tiru mcm program realiti yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:14 AM | Show all posts
gitu la pulak ek...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:16 AM | Show all posts
tiara ada turun padang ke masa rehearsal???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2009 11:17 AM | Show all posts
AF bukan OIAM
OIAM bukan AF

kalau OIAM, lantak pi la nak kasi lagu hazzab pun sbb arrangement lagu boleh tukar n konsep dia nyanyi dlm 2 minit camtu je

AF nie, full song .. kalau lagu hazzab + arrangement sama je kan ke membosankan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:18 AM | Show all posts

Reply #4 Syd's post

yep...setuju!

cikgu aris tu..keje dia mengajar menari puncak je ke?
bleh plak duk atas kerusi:@

seingat aku cikgu inda ngan cikgu corrie rajin...selalu berjalan menari..
reka step utk lagi bdk tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2009 11:19 AM | Show all posts
Sokong Cikgu Linda Jasmine!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:32 AM | Show all posts

Reply #9 soulfly's post

aku pun

kalau nak transformasi boleh... tapi jangan sampai hilang identiti & jadi copy cat
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:33 AM | Show all posts
aku suka part ni "Saya hanya sempat melihat tiga konsert saja. Bagi saya, pelajar yang paling menyerlah ialah Hafiz. Sekali dengar saja, saya tahu budak ini berbakat besar," .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2009 11:33 AM | Show all posts

Reply #11 Bedah279's post

konsert lain

aku yang kena update dia

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:43 AM | Show all posts
setuju dgn cikgu linda.
sebab banyak format dilanggar jadi bebudak AF yg akhir2 ni banyak songeh. kurang berdisplin. kurang menghormati cikgu.:@

sekarang ni memang banyak yg dah dilanggar. majalah pon ada kat akademi.
dulu mana ada. walau macam katak bawah tempurung, tapi penjiwaan dalam sesebuah lagu superb!

yang hairan menda ni dah ditonjolkan since AF5 lagi. itu masalahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:43 AM | Show all posts

Balas #13 apikwaeh\ catat

transformasi weh.... jgn memain
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:49 AM | Show all posts
inilah tanformasi.. takkan nak sama dengan yang dulu.. fahamkan tagline dia... transformasi... go tiara.... ... suka cikgu aris dr cikgu linda...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2009 11:50 AM | Show all posts

Reply #13 apikwaeh's post

cikgu-cikgu now dah giler kuasa.
overule tiara
produser diari pung mcm mengikuttttt jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2009 11:50 AM | Show all posts

Reply #15 joe7289's post

transformasi transformasi jugak

format asal kena maintain
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:52 AM | Show all posts
[quote]揝emua pelajar bagus-bagus belaka dan boleh menyanyi. Antara mereka,saya lihat ada tiga orang pelajar yang lebih menyerlah daripada yang  lain iaitu Hafiz, Akim dan Aril.

揝aya rasa mereka bertiga boleh pergi jauh,
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:53 AM | Show all posts

Balas #12 Syd\ catat

syd, hang tanya le dia lagu apa yg ssuai nak bagi kat apizz, bole le kita lobi joe suruh bagi kat apizzz
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2009 11:55 AM | Show all posts

Balas #15 joe7289\ catat

heee
nak ubah boleh... tapi jangan sampai hilang identiti..
ko suka cikgu aris? ngape eh..
aku kureng. sebab dia mudah sentap n lagak diva..(refer time dia ngajar duduk kat kosi je kejenya.. )

cikgu linda dah berpengalaman. so dia dah tau step2 yg akan diajar dgn penari2 pengiring bebudak time perform. cikgu aris?? harap tarian menuju puncaklah..
tak dapat?? sentap!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.199144 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list