|
Telah menjadi kebiasaan masyarakat di negara ini khususnya segelintir golongan muda, apabila datangnya hari hujung minggu pasti akan bangun tidur lambat. Sebab malamnya asyik dipenuhi kegiatan-kegiatan membuang masa dengan borak-borak kosong, lepak, merempit dan macam-macam lagi aktiviti yang kurang sihat. Tapi ada juga yang mencari rezeki halal.
Bila esoknya matahari dah terpacak pun masih tidak mahu bangkit dari kesedaran. Lebih-lebih lagi kalau yang tiada aktiviti pada hari itu, apalagi... .. disambung dengan aktiviti terlampaulah - tidur. Ada pula yang sepanjang harinya asyik berkepit dengan
perempuan bantal peluk busuk. Hanya bangun semata-mata untuk ke tandas atau membesarkan otot perut sahaja.
Orang-orang yang berakal amat tidak menyukai mereka yang hidupnya hanya dihiasi dengan aktiviti tidur sahaja sepanjang hari dan suka tidur pada waktu-waktu yang terlarang. Ini kerana dipercayai boleh menyebabkan:
1) Akal menjadi lemah
2) Pengamal tidur terlarang ini akan mengalami kegoncangan dan gangguan saraf.
3) Otak cepat dungu/bebal
4) Tubuh badan menjadi lemah
5) Suburnya sikap pemalas
6) Tiada adab
Jika diperhatikan, apabila sering mengamalkan tidur yang terlarang ini mungkin otak akan mengalami rasa bingung seketika dan tidak dapat membezakan adakah waktu tersebut adalah pagi atau senja.
Dipandang dari sudut akhlak, ianya menggambarkan keperibadian seseorang itu tidak terurus, pemalas, kurang adab pada diri dan orang ramai serta membuang masa.
Apabila diamalkan secara 'istiqamah', maka kemungkinan besar akan terjadinya penyakit gila. Dan cepat mati - tahu-tahu dah sampai umur ajalnya (masa hidup terasa pendek). Na'udzubillah.
Antara tidur yang dilarang adalah:
1) Tidur selepas Subuh iaitu pada awal-awal pagi (rezeki mahal).
2) Tidur selepas Asar.
3) Tidur selepas Maghrib
4) Tidur di bawah cahaya matahari walaupun hanya sebahagian daripada badan terkena cahaya matahari.
5) Tidur dalam majlis ilmu (kurang sopan)
6) Tidur dalam solat (ini kurang ajar)
7) Tidur dalam tandas (ini pun ada?)
8) Tidur yang terlalu banyak.
Amalan yang mulia dari pandangan para solihin adalah dengan mengurangkan tidur supaya banyak masa dapat diluangkan dengan ibadah dan aktiviti-aktiviti berfaedah.
Tips kurangkan tidur - KURANGKAN KANDUNGAN DI PERUT!
p.s. Tidurlah sekadar yang mencukupi untuk keperluan jasmani kita berehat. |
|
|
|
|
|
|
|
syukur....ilmu yg bermanfaat ! ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
thanks mrohaida...good article. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 mrohaida\ catat
Bagaimana pula dgn org yg bekerja shift??Waktu tidur yg tidak menentu dan kebanyakkannya di waktu2 terlarang??Apa komen anda?? |
|
|
|
|
|
|
|
thanks
gud info![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by danedzya at 23-4-2009 10:07 ![](http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
Bagaimana pula dgn org yg bekerja shift??Waktu tidur yg tidak menentu dan kebanyakkannya di waktu2 terlarang??Apa komen anda??
jatuh atas dasar darurat pulak. kalau tak cukup tidur, boleh menyebabkan penyakit dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana pula dengan tertidur semasa khatib membaca khutbah jumaat...? |
|
|
|
|
|
|
|
kan ada perkataan 'ter' tu kan. bukan saja nak tidur. lg pun masa time2 cam nielah setan bergayut kat bulu mata tu sbb berat nak lelep je .... |
|
|
|
|
|
|
|
just want to share ...
Terlalu banyak tidur atau tidur lebih dari lapan jam sehari tak hanya akan membuat Anda dicap sebagai pemalas tapi juga bisa membuat Anda meninggal dengan cepat. Wah...!
Penelitian yang dilakukan oleh Institusi American Cancer Society ini melibatkan 1000 orang sukarelawan dari beberapa negara bahagian di Amerika, dan berhasil mengungkapkan bahwa orang yang tidur lapan jam sehari ternyata berisiko 12% meninggal lebih cepat. Risiko ini meningkat menjadi 17% pada orang-orang yang tidur sembilan jam sehari. Risiko kematian yang paling besar terjadi pada seseorang yang tidurnya mencapai sepuluh jam sehari, yaitu mencapai 34%.
Mengapa tidur lebih dari lapan jam sehari tidak dianjurkan? Profesor Daniel F. Kripke, salah seorang peneliti mengatakan bahwa terlalu banyak tidur sama seperti terlalu banyak makan. Tubuh tidak memerlukan lebih dari yang ia perlukan, terlalu banyak tidur hanya akan membuat organ tubuh menjadi lemah. "Sebaiknya setiap orang mempunyai kebiasaan tidur 6,5 jam sehari, tapi harus tidur yang berkualiti. "Tak ada alasan untuk menambah jam tidur, tubuh akan memberitahu kita berapa banyak jam yang ia perlukan untuk beristirehat, " ujar Prof. Daniel.
Jadi, merujuk pada penelitian di atas maka dapat diambil kesimpulan bahwa tidur tujuh jam sehari adalah yang terbaik. Penelitian tersebut menunjukkan bahwa tubuh paling merasa nyaman jika hanya tidur selama tujuh jam. Tiada masalah juga jika tidur kurang dari tujuh jam sehari. Misalnya, enam atau lima jam sehari.
"Tapi ingat, tidak baik bagi kesihatan apabila Anda terus menerus tidur kurang dari lima jam sehari dalam waktu yang cukup lama," ujar Prof. Daniel mengingatkan.
"Kalau selama ini Anda tidur lebih dari yang diperlukan oleh tubuh, maka mulai sekarang hilangkan kebiasaan tersebut. Tidurlah yang berkualiti dan yakinlah bahwa tidur selama tujuh jam sehari telah mencukupi dan membawa impak yang positif bagi kesihatan Anda," ujarnya.
Ibnu Qoyyim Al Jauziyah rahimahullah mengatakan,
揃anyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Waktu tidur yang paling bermanfaat yaitu :
[1] tidur ketika sangat perlu,
[2] tidur di awal malam 杋ni lebih manfaat daripada tidur di akhir malam-,
[3] tidur di pertengahan siang 杋ni lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang-.
Apalagi di waktu pagi dan petang sangat sedikit sekali manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu 慉shar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Karana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang solih. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian karena waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan). |
|
|
|
|
|
|
|
tido......... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 aku_komeng\ catat
itu tak pay attention kat khatib lah tuh...
kene buat macam zaman skolah.. tulis, lepas tuh cikgu check muehehehhehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa pula dengan those doctors on call? pilot ( ada auto kan) yg kena you alter the sleeping patterns?
tapi kan depends jugak depa tu dah tugas jadi cam dah tugas kena jaga ? is it fardhu thingy?
sumber mana tang tidoq tidoq ni ? interesting jugak nak tahu. Tapi tang tidoq lepas Asar tu biasalah dengaq. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 nefertari's post
rasanya jumlah waktu tidur bergantung pada umur juga. like kids 8 hours, adults usuallyon average 6.5 hours, tapi tengoklah kalau letih like sehari tu you sipakan report tidoq pukul 5 .00 am |
|
|
|
|
|
|
|
ni satu funny story nak share sikit from my chat friend.
well , waktu solat subuh kat kolej dia, mmg depa buat solat jemaah. Tapi imam tu baca panjang sangat. last last sekali tu kut i dunno lah apa kan , dah lama sangat baca surah so apa yg berlaku ialah sesudah jer imam bagi salam, dia lihat cuma dua org malmun jer tinggal yg lain dah ......hmm![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 mrohaida\ catat
Islam adalah agama bekerja................oleh itu Allah amat melarang hambanya yang banyak tidur tetapi banyak beribadah dan kuat mencari rezeki kurniaannya.......................kerana kehidupan di dunia ini adalah untuk bersusah2 tetapi kesenangannya adalah di akhirat.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Good info untuk yang masih tak tahu...TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mrohaida's post
ko punya pendapat tak universal.
kenapa?
fikirlah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 mrohaida\ catat
Ko nie copy paste artikel jer..pastu takde komen...apa daaa....
aku pun boleh buat camnie...
Baik ko copy paste dlm bentuk e-mail ,pastu ko mail out kat semua geng2 ko...
takde saper yg akan tanya.....
Ini forum ler geng..... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|