PAJNCAINDERA AHAD 10 MEI 2009
assalamualaikum
Saya amat meminati rancangan rrealiti akademi fantasia (AF) sejak musim pertama lagi.Melaluinya saya dapati,rakyat malaysia semakin hari kian pandai menilai bakat seseorang insan seni.Aril adalah salah seorang pelajar af musim ini yang berbakat tetapi telah tersingkir pada konsert mingguan lepas.Pada saya memang wajar disingkirkan sejak awal lagi kerana sikapnya yang agak kurang sopan serta berlagak hebat.
Kononya pro dalam semua aspek telah membuatkan kami sebagai peminat af meluat apabila menonton rancangan tersebut.Semua tahu dia adalah adik kepada penyanyi popular negara iaitu izwan pilus namum aril tidak boleh menggunakan identiti abangnya untuk menarik perhatian umum.
Sikap aril yang semakin hari semakin over memang wajar ditegur dan perlu diubah kerana dia seolah-olah tidak sedar diri.saya sendiri tidak tahu mengapa dia berkelakuan kebudak-budakkan yang nampak sangat mahu meraih undian penonton.
Mungkin kerana wajahnya yang dikatakan comel kononya boleh membeli undian simpati penonton namun seribu kali silap kerana penonton masih tidak buta seni dalam menilai bakat seseorang peserta.
Saya berharap agar aril menyedari hakikat bahawa dia baru lagi dalam bidang seni ini dan fikirlah sejenak bahawa tanpa bakat,nama tidak akan naik.
NH mohamad,negeri utara tanah air
|