Post Last Edit by seriperak25 at 7-10-2009 12:13
Apabila Trek Agogo Geng beraya bersama
16 Syawal 1430m @ 04 Oct 2009 yang lalu Geng Agogo Trek telah sama2 beraya kerumah Bonda Shawal tersayang di Wangsa Maju. Alhamdulillah setelah hampir 2-3 minggu bercuti raya & walaupun bz dgn tugas masing2 akhirnya dapat juga kami berkumpul bersama bagi mengeratkan silaturahim antara kami.
Kami juga sempat meraikan hari lahir salah seorang member T.A.G yang lahir pada 28.09.09 lalu. Bila dah berkumpul mcm ni riuh rendah rumah Bonda dibuatnya. Macam-macam ragam ada... seperti satu keluarga yang besar berkumpul sesama adik-beradik dihari raya. Bagi memeriahkan susasana kami juga mengadakan potluck untuk tidak menyusahkan Bonda yang sememangnya telah menyediakan juadah istimewanya untuk tetamu yang bakal berkunjung.
Assalammualaikum w.b.t...
Alhamdulilah selesai sudah Program Amal Nur Kasih Ramadhan bersama anak2 dari Rumah Amal Limpahan Kasih (RALK), Puchong pada 13 Sept yang lalu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah sudi memberi sumbangan tak kira la dalam bentuk wang ringgit, barang keperluan, pakaian dan sebagainya.
Terima kasih kepada Puan Raba'ah selaku Penaung RALK yang sudi menerima kunjungan kami. Mudah-mudahan dengan izin Allah, dapat lagi kita bersua di masa-masa akan datang. Dan jutaan terima kasih juga kepada penaja-penaja dan penganjur Program Amal Nur Kasih Ramadhan
---------------------------------------------------------------------------------
ATZ Engineering
Global Cool Enterprise
Team Ketupat Bawang (TKB)
Shawal Fan Club
---------------------------------------------------------------------------------
dan juga tidak lupa, terima kasiih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dlm menjayakan program ini. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas segalanya...
WASALAM...
gambar2 sepanjang event... (^_^)v
***Jumlah keseluruhan sumbangan bg Program Amal Nurkasih Ramadhan : RM5,920.00.
Sumbangan telah selamat diserahkan kepada Puan Raba'ah dlm bentuk Cheque + Wang Tunai, & selebihnya diserahkan dalam bentuk barang keperluan harian + alat2 tulis. TERIMA KASIH kepada semua penyumbang, alhamdulillah. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t yang mampu membalas segala jasa baik kalian (^_^)v
|