View: 33462|Reply: 143
|
Memories of Terengganu@Terenjanu@Terenkanu
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 22-5-2010 18:55
Asal-usul Nama
Asal nama Terengganu tidak diketahui dengan jelas.Teori yang menyatakan bahawa asal-usul nama Terengganu diambil dari perkataan 慣aring Anu?sebagaimana yang telah diberitahu oleh Almarhum Sultan Omar (Marhum Baginda) tidak begitu kuat kerana jarak masa diantara zaman pemerintahan Sultan Omar dengan tarikh Batu Bersurat Terengganu terlalu jauh iaitu sekitar 536 tahun sehingga 573 tahun.Tarikh yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu ialah pada 1303 Masehi sementara Sultan Omar pula hanya berkuasa pada tahun 1839-1876 masehi.Teori ini juga ditolak berdasarkan sejarah permulaan kesultanan Terengganu yang hanya bermula pada tahun 1708 Masehi iaitu setelah pertabalan Sultan Zainal Abidin I di Kuala Berang.Sedangkan Batu Bersurat Terengganu ini dipahat pada zaman pemerintahan Telanai Terengganu (Raja Mandalika).
Selain itu, dikatakan ianya berasal dari perkataan 慣aring Anu?mengambil sempena dialog sekumpulan rombongan dari Pahang yang datang memburu di sungai Terengganu Mati sedangkan Pahang masih belum ada lagi pada waktu itu.
Batu bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira pada tahun 1887 itu menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah"Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya "Terkanu".Manakala pada masa sekarang Terengganu dieja sebagai 慣erenjanu?Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO.Semasa pemerintahan Sultan Umar (Marhum Baginda 1839-1876) ada dikatakan Terengganu menggunakan gelaran "Darus-Salam".
Kepentingan Batu Bersurat.
1) Orang Terengganu tidak terlibat dengan kerajaan Langkasuka yang dikatakan dipengaruhi campuran Melayu-Siam atau Mon-Khmer kerana Batu Bersurat Terengganu dipahat dalam bahasa dan tatacara penulisan Melayu Terengganu dan tiada langsung unsur-unsur perkataan Siam di dalamnya.Dengan ini ianya menolak andaian bahawa orang Terengganu berasal dari Langkasuka ataupun Patani.
2) Telah wujud system pemerintahan yang sistematik dengan pemerintahnya mengguna-pakai gelaran Telanai.Sultan Muhammad Syah iaitu sultan Pahang pernah menghantar Seri Akar Raja untuk membunuh Telanai Terengganu setelah baginda mengetahui Telanai telah bertemu dengan Sultan Alauddin Shah,sultan Melaka bagi meminta bantuan daripada baginda.
3) Tidak wujud perkampungan masyarakat Siam di Terengganu kecuali di Besut yang mana mereka ini kebanyakkannya berasal dari pelarian perang di waktu berlakunya peperangan diantara Thai dengan Patani dimana kesudahannya Patani tewas pada tahun 1786 menyebabkan sebahagian penduduk mereka berhijrah ke Terengganu terutamanya di daerah Besut.Pada masa itu Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Mansur Syah 1.
4) Mengesahkan bahawa Islam mula-mula bertapak di Terengganu.
5) Orang Terengganu memang bertutur di dalam bahasa melayu dan loghat terengganu adalah antara loghat melayu tertua yang masih ada.Setakat ini,hanya orang terengganu yang bertutur dengan akhiran 慹?dan 憂g?secara jelas.
6) Bahasa yang digunakan pada Batu Bersurat Terengganu lebih mudah difahami berbanding Batu Bersurat Minya Tujuh Acheh.
7) Tulisan Jawi dipercayai dicipta oleh orang Terengganu kerana setakat ini masih belum dijumpai sebarang artifak yang mengandungi tulisan-tulisan Jawi sepertimana yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu.
8) Membuktikan bahawa sudah ada pemerintah yang telah melaksanakan Undang-Undang Islam di Terengganu.
9) Menunjukkan bahawa orang Terengganu pada waktu itu pandai menulis dan membaca.
Asal keturunan
1) Setakat ini, kebanyakkan orang Terengganu berketurunan Champa sama sepertimana dengan orang Patani.Tetapi lebih dipengaruhi oleh susur galur dari era Dong-Son.
2) Ada juga diantara mereka ini berketurunan Yunnan bergantung kepada waktu kedatangan mereka ke Terengganu.
3) Bukti yang mengaitkan Terengganu dengan Champa ialah penemuan gendang tembaga era Dong-Son di Pantai Batu Burok,Kuala terengganu.Pelabuhan Primula sepertimana yang disebut oleh Ptolemy mungkin merujuk kepada Batu Burok yang ada pada hari ini.Dong-Son adalah suatu tempat yang terletak di dalam sebuah daerah yang bernama Jawana yang sekarang ini terletak di utara Vietnam.Daerah ini telah ditakluk oleh orang Han sekitar kurun ke-2 Masehi.Pada peringkat awal peperangan pada waktu itu hanya melibatkan diantara orang Han dan Viet tetapi kemudiannya berlarutan sehingga menjerumuskan nenek moyang bangsa melayu ke kancah perang tersebut.Loceng tembaga era Dong-Son juga telah dijumpai di Kelang,Selangor.Kelang merupakan tapak awal petempatan manusia di Selangor dan orang asal Kelang ini mungkin berasal dari Terengganu.
4) Orang Terengganu merupakan masyarakat maritim atau dengan kata lainnya terlibat dengan kegiatan perdagangan,perikanan serta pelayaran.Perahu Besar Terengganu adalah antara tinggalan warisan orang Terengganu yang memaparkan ciri-ciri warisan kebudayaan di Tanah Besar China dan ukiran-ukiran naga turut dilakar atau dicat pada kapal-kapal serta perahu-perahu mereka.Fakta lain yang mengukuhkan kenyataan ini ialah kebanyakkan orang Terengganu membina petempatan-petempatan di sepanjang pantai timur semenanjung Tanah Melayu dan tidak terhad didalam negeri Terengganu yang ada sekarang ini tetapi menjangkau ke Pahang,Johor Timur,Riau dan Lingga serta sebahagian daripada Perak.Di Perak,kita boleh menemui sebuah kampung yang bernama Kampung Kuala Terengganu.Hatta, di Bali dan Filipina juga terdapat perkampungan orang Melayu Terengganu.
5) Orang Kuala Berang merupakan orang Terengganu yang membina petempatan paling jauh dari pantai dan sehingga ke hari ini mereka digelar 憃rang hulu?atau 憃rang darat?Walau bagaimanapun, kuala Berang adalah pusat pemerintahan terawal bagi orang melayu Terengganu sebelum pusat pemerintahan kesultanan Terengganu dipindahkan ke Kuala Terengganu.
6) Orang Terengganu setakat ini belum pernah mendirikan sebuah empayar yang besar.
Ketenteraan
1) Dianggarkan bahawa setiap ketumbukan angkatan tentera Terengganu berkekuatan sekitar 4000 orang berdasarkan kepada bilangan tentera dibawah pimpinan Panglima Megat Panji Alam dalam kempen menawan Melaka akibat daripada tindakan Laksamana Hang Tuah melarikan Tun Teja ke Melaka.( Teja adalah perkataan yang berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang digunakan oleh orang Terengganu untuk dibuat ubat-ubatan)
2) Selain itu, semasa kempen menyerang Besut,sekitar 8000 tentera telah dihantar ke Besut oleh Sultan Terengganu untuk menghapuskan pemberontakan disana dan ianya mungkin melibatkan 2 ketumbukan tentera yang menyerang dari arah laut.
3) Peperangan dengan Kelantan tidak dapat dipastikan dengan jelas jumlah tentera yang telah digunakan.Begitu juga semasa menghadapi pemberontakan di Kemaman.
Terengganu Sebagai Pusat Perdagangan
Pada abad ke- 18 dan ke- 19, Kuala Terengganu telah menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Hal ini dijelaskan beberapa orang Eropah yang pernah melawat Terengganu, antaranya pada tahun 1719, Alexander Hamilton seorang Inggeris telah melaporkan keadaan Kuala Terengganu. Kata beliau penduduk Kuala Terengganu sebahagiannya terdiri dari orang China yang berdagang dengan Wankang atau Jong. Selain daripada itu terdapat kapal dari Siam, Kemboja dan Sambas. Pengeluaran negeri ini ialah lada hitam dan emas yang di ekspot ke China.Medhurst, seorang Mubaligh Kristian melaporkan keadaan negeri Terengganu semasa lawatan beliau pada tahun 1828, menyatakan terdapat banyak perahu-perahu kecil dipunyai orang Melayu, dua buah Jong Siam dan Perahu Besar kepunyaan Terengganu yang sedang bersiap untuk ke Singapura.Earl mengesahkan, menangkap ikan adalah suatu pekerjaan penting di Terengganu. Ikan yang dikeringkan akan ditukar dengan penduduk pendalaman seperti debu-debu emas dan lada hitam. Barang ini menjadi barang pertukaran dengan pedagang asing.Barang yang diperlukan ialah beras, tembakau, kapas dan barangan lain.Hugh Clifford pada tahun 1895 melaporkan kemahiran pengeluaran orang-orang Terengganu. Barang-barang utama pengeluaran Terengganu ialah sutera,kain-kain, alat-alat senjata seperti pisau, badik, pedang, keris, barang-barang logam dan ukiran kayu. Orang-orang Melayu Terengganu adalah pembuat bot yang pakar.Masyarakat Terengganu telah menjalankan perdagangan antarabangsa menggunakan perahu besar membawa barangan seperti barangan tembaga, kain dan rotan dari Terengganu menuju negeri Indo-China dan Indonesia.
Kebenaran FO-LO-AN (Kuala Berang) sebagai sebuah pusat perdagangan di Abad ke 12,berkemungkinan ada kaitannya dengan sebuah kapal yang telah tersadai. Kapal ini telah menjadi batu dan bentuknya dapat dilihat seperti bunyikan, kemudi dan bahagian dalamnya. Kapal tersebut terletak di atas sebuah anak bukit tidak jauh dari sebuah anak sungai di Kampung Gerdong, kira-kira 40 km dari Bandar Kuala Berang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
i love you so much for this thread..proud to be part of Terengganu...walaupun lahir di perak, dan keturunan org perak, tapi aku still mengaku aku anak terengganu...sbb dah menetap di sini sepanjang usia sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah ada cerita org tua dulukala, perang antara org kelantan dgn terengganu utk merebut huruf G, last2 tganu menang, sebab tu mereka ckp ada G kat belakang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sekngucing at 28-5-2009 21:03
pernah ada cerita org tua dulukala, perang antara org kelantan dgn terengganu utk merebut huruf G, last2 tganu menang, sebab tu mereka ckp ada G kat belakang
takkan la orang dulu2 berperang disebabkan perkara bodoh mcm tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
Potensi Terengganu Sebagai Pusat Perkembangan Budaya Melayu-Islam (1)
BAHAGIAN PERTAMA
Oleh MOHAMAD ABU BAKAR
Saya kira ini adalah syarahansaya ke 40 di Negeri Terengganu sepanjang 30 tahun berlalu,dansahubungan ini saya mahukan ia berupa suatu rumusan tentang suatuperjalanan yang menghubungkan masa lepas dengan masa kini, dan masakini dengan masa depan. Bahan dan butiran yang terkandong di dalamnyadiharap menjadi asas pemikiran dan pembentokan dasar dalam menghadapialaf baru yang turut diiringi oleh globalisasi itu.
Dari segi sejarah nasional,Negeri Terengganu sudahpun sedia terkenal kerana penyertaannya dalamarus perdana pengislaman, pemerintahan beraja dan perdaganganantarabangsa semenjak awal-awal lagi. Dari sudut masa kini,ia jugaberpotensi besar untuk bertindak sebagai pusat perkembangan budayaMelayu-Islam, sama ada dalam konteks kebangsaan maupunserantau.Pembugaran dan pemerkasaan nilai-nilai tempatan yang positifmampu mengangkat status negeri ini selaku penyumbang dan penyalur dalamproses Islamisasi dan interaksi peradaban alaf baru.
NEGERI TERENGGANU DARI SEGI SEJARAH NASIONAL: Perkembangan Budaya Melayu-Islam dalam Konteks Masa Lalu
PengIslaman dan perdaganganadalah aktiviti utama dalam sejarah Terengganu yang menjadikannyaterkenal semenjak pertengahan alaf kedua. Ia menjadi lebih bermaknaapabila perkembangannya berpaksikan pemerintahan kesultanan yangterasas pada Kurun ke 18. Sumbangan anak negeri dalam kedua-dua bidangini begitu menonjol sehingga pada tahun-tahun kedatangan British danpenempatan Penasihatnya, aspek tersebut sering mendapat perhatian luar.
Pengenalan Islam di Terengganutidaklah terakam sejelas penyibaran agama itu di Melaka,kerana tidakterdapat karya-karya saperti Sejarah Melayu atau Suma Oriental yangmemuat adegan pertembongan antara pengaruh Islamiyyah dengannilai-nilai tempatan. Namun begitu adalah dipercayai Islam sediatersibar lebih awal di Terengganu berdasarkan penemuan Batu Bersurat diKuala Brang. Tarikh 4 Rejab 702 Hijrah (bersamaan 22 Februari 1303)yangterpahat pada monumen itu.
Pemerintahan beraja yangterasas berikutan perlantikan Sultan Zainal Abidin 1 bukan sahaja telahmerangkaikan Negeri Terengganu dengan negeri-negeri Melayu lain dalamsuatu sistem kesultanan yang lebih besar, tetapi juga telah turutmemantapkan lagi perkembangan Islam.
Baginda yang berketurunan TunAbdul Majid Johor, dengan bantuan pembesar-pembesar tempatan terdiridari golongan Megat khasnya, berperanan besar dalam pemerkasaan budayaMelayu-Islam. Pelaksanaan Islam dalam konteks politik kenegerian danpergabungan ulama-umarak yang tercipta berikutan kerjasama Sultan danilmuan semasa, Syeikh Abdul Malik, atau Tok Pulau Manis, telahmengukuhkan lagi tradisi keIslaman dalam negeri. Ulama yang menjadibapa mertua Sultan Zainal Abidin 1 itu bertindak sebagai penasihat danpenaong diraja.
Keislaman dan kemelayuan semakin mencirikan landskap Negeri Terengganuapabila ia mengambil bahagian aktif dalam perkembangan Islam serantaudan politik kebangsaan. Ulama seperti Sharif Muhammad adalah di antarapendatang luar yang pernah tertumpu ke Terengganu dalam siripendakwahannya. Pada sekitar masa yang sama, pelarian politik dariJohor yang telah menerima tekanan dari Portugis turut memilih negeriitu untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan mereka.Pendatang-pendatang dari Acheh juga telah menyumbang kepadaperkembangan Islam tempatan menerusi penglibatan mereka dalam kegiatankeagamaan, di samping menjalankan aktiviti perdagangan.
Pada pertengahan Kurun ke 19,kehidupan Islam ternyata semakin mewajah dan mewarnakan persekitaranNegeri Terengganu. Pemerihalan oleh Abdullah Munsyi yang pernah singgahdi negeri ini pada tahun 1838 sedikit sebanyak menunjukkan komitmenmasyarakat tempatan terhadap Islam; beliau mendapati institusipengajian keagamaan yang menggunakan kitab-kitab Arab berkembang maju,dan taraf literasi, atau kadar celek, di kalangan penduduk agak tinggi.Suatu kesinambungan dari perkembangan sebelumnya.
Pengamatan sinis oleh Grahambahawa "the land was full of holy men, and the cries of themiserablewere drowned in the noise of ostentatious prayer..."mengukuhkankepercayaan kita bahawa Islam telah menempa kemajuan yang meluassekitar akhir kurun berkenaan. Para ulama yang menjadi golongan pentingdalam pembentokan masyarakat dan proses sosiol merupakan suatukehadiran yang bermakna. Kalaulah sebelumnya Tok Pulau Manis menjadipembimbing Sultan, maka pada akhir Kurun ke 19 dan awal ke 20,nama-namaseperti Tok Ku Tuan Besar, Tok Syeikh Duyung, Tok Syeikh Bukit Bayas,dan Tok Ku Paloh, adalah peribadi yang berpengaruh dalam pemerkasaannilai Melayu-Islam dalam negeri. Inilah persekitaran yang mendorongHugh Clifford merumuskan bahawa "the people of Trengganu arethe mostzealous Mohammadans in the Peninsula, and since religiousteaching amongthe Malays is the beginning of all learning, their standard of cultureis comparatively high".
Penyata TahunanNegeriTerengganu 1919 pula mengesahkan bahawa "Terengganu memangterkenal dengan pengajian agama, terdapat enam atau tujuh orang Arab disekitar bandar terutamanya di Losong dan Pulau Duyong yang menarikpengikut-pengikut dari negeri lain dan dari Terengganusendiri".Kehadiran pelarian dari Patani, termasuk ulamanya, telah turutmengukuhkan lagi tren keislaman, khasnya apabila mereka berkampong diBukit Bayas dan Pulau Duyung. Sebenarnya, Negeri Terengganu juga telahturut didatangi oleh penganut Islam dari Benua Cina, dan semenjak awalKurun ke 20 terutama sekali semakin ramai dari mereka, khasnya dariDaerah Guangdong, yang berhijrah dan memulakan kehidupan. Mereka yanglebih dikenali sebagai Orang Yunan, dan bercakap dalam dialekHokkien,tertumpu di kawasan-kawasan Batu Buruk, Air Jernih, JalanBanggol,Kampong China, Gong Kapas dan Simpang Tokku, dan umumnyaterlibat dalam aktiviti perniagaan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Guangdong
Semenjak zaman ZainalAbidin 1lagi, penyertaan aktif sultan dalam pentadbiran dan pengurusan negeridan masyarakat begitu ketara, termasuk dalam bentok pengagihan daerahkepada kerabat diraja dan orang kenamaan yang berjasa,sebagaimana yangberlaku di negeri-negeri Melayu lain semenjak Kesultanan Melaka. Rajaselaku pemerintah menjadi paksi dalam susunan birokrasi, yangmelibatkan golongan istana, para pembesar dan慾uak-juak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pinang kotai
Penglibatan anak Terengganudalam bidang komersil telah menyebabkan lanskap kehidupan sosiol danekonomi mengalami perubahan sebegitu rupa sehingga Kuala Terengganubertukar wajah menjadi sebuah bandar "typical of an Asian bazaar".Nukilan berikut memperihalkan kedudukan ibu negeri itu dalambabak-babak penting sejarahnya. Seorang pegawai pentadbir kolonialBritish, Sir William Maxwell, mendapati bahawa pada tahun-tahun1890an,di sebuah pasar terbuka di Kuala Terengganu, setiap peniagaadalah wanita:
"Some came from the villages with poultry and eggs, fruits andvegetables an anything that their husbands, fathers or children grew,and others were the wives and daughters of the fisher-folk. All weredressed in the brilliant and flaunting colours of Terengganu-made silksand cloths". Beliau seterusnya menambah "...and their beauty and charmwere equaled only by their business acumen. It was the gayest and mostdelightful scene imaginable"
W.W.Skeat dan F.F.Laidlaw,dalam pengamatan mereka pula merujuk kepada aktiviti industri pendudukibu negeri Terengganu sekitar masa yang sama: "KualaTerengganu appearedto be a hive of industry, and we were truly astonished at the range ofactivities, and in parts at the high qualityof the work." Ringkasnya,sebagaimana yang pernah dirumuskan oleh seorang pegawai dan pemerhatiBritish, Hugh Clifford, "The natives of Terengganu are of a verydifferent type. First and foremost, they are men of peace. Their soleinterest in life is the trade or occupation which they ply...." SarjanaJ. De V. Allen, berpandangan serupa, ketika menghuraikan pendirianClifford:"...this is not the only evidence wehave of the growth ofsomething like a Malay middle-class and the development of acapitalist-style economy: there was the emergence of a large group ofskilled craftmen; and the method of marketing thefishing-catch...clearly suggests a form of indigeneouscapitalism".Gambaran-gambaran seperti ini mungkin tidak mewakilisepenuhnya kenyataan hidup yang terdapat di Negeri Terengganu umumnya,dan di Kuala Terengganu khususnya, namun ia sedikit sebanyakmemperlihatkan suatu pembabitan yang telah menarik pandangan danmenyentuh perasaan banyak pihak lantaran ia begitu menyerlah danmenonjol.Keislaman-Kemelayuan penduduk Terengganu juga telahmembolehkan bangsa lain yang bukan beragama hidup aman damai semenjakKurun ke 18 lagi.
Seorang pelawat Perancis, JeanFrancois de Surville, ketika mengunjungi Kuala Terengganu pada tahun1769, mendapati tiga buah bazaar membeli belah,satunya Pasar OrangMelayu, satu lagi Pasar Orang Cina dan yang satu lagi Pasar Orang Siam.Pada tahun 1828, seorang pengembang agama Kristian, W. Medhurst, pulamengesahkan bahawa penduduk Cina di sekitar bandar bebas bertutur dalambahasa ibunda mereka, suatu ciri yang kekal terdapat hingga kini.Kampung Cina dengan penempatan penghuninya seperti sediakalamenjelaskan taraf toleransi yang telah diperlihatkan oleh golongan yangterlibat dalam pengembangan budaya Melayu-Islam. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Perhatikan bahasa yang tertulis pada salah satu bahagian batu bersurat terengganu (setelah diterjemahkan):
RasuluLlah dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).
Asa pada Dewata Mulia Raya memberi hamba meneguhkan agama Islam.
Dengan benar bicara, derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya.
Di benuaku ini pembantu agama RasuluLlah SallaLlahu alaihi wasallamrajamandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalambumipebantu itu fardhu pada sekalian raja mandalika Islam menurutsetitahDewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara berbajikan betul pebantu itu maka titah Seri PadukaTuanmenduduki tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat dibulanRejab di tahun Saratan di sasanakala.Baginda RasuluLlah telahlalutujuh ratus dua.
ini pula tulisan yang terdapat pada batu bersurat minye tujuh aceh
hijrat nabi mungstapa yang prasida
tujoh ratus asta puluh sawarsa
haji catur dan dasa wara sukra
raja iman warda (?) rahmat Allah
gutra barubasa mpu hak kadah pasema
taruk tasih tanah samuha
ilahi ya rabbi Tuhan samuha
taruh dalam swarga Tuhan tatuha |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BeachBoys at 13-6-2009 14:27
Perhatikan bahasa yang tertulis pada salah satu bahagian batu bersurat terengganu (setelah diterjemahkan):
RasuluLlah dengan yang orang sahabi mereka (sekalian).
Asa pada Dewata Mulia Raya ...
Yang perkataan Acheh tu kat batu bersurat Minye Tujuh ke, kat Batu Nesan kat Pasai. Bunyi macam perkataan kat batu nesan puteri Sultan Kedah yg juga cucu Sultan Al Malikul Dzahir Raja Samudera Pasai jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 sayapghaib's post
Pasai tu kat mana letaknye ye? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 27-10-2009 11:43
CATATAN MENGENAI TERENGGANU DALAM SEJARAH NEGARA CHINA DAN PENEMPATAN AWAL KOMUNITI CINA DI TERENGGANU
2,000 Tahun Dahulu
Dinasti Han Barat (206SM - 8M)
Negara Du-Kun () Negara Koli () Kua-Du-Kun ()/Kuala Dungun
Artifak Gendang Dong So'n () - 2,500 Tahun
Sebuah catatan Cina, "Han Shu" yang ditulis oleh Bangu ada menyebut pada zaman Dinasti Han Barat menyatakan bahawa Duta Han telah diarah belayar ke Wong Zhi (India) dan pelayarannya bermula daripada Pelabuhan Hup-Pu di Semenanjung Luizhou di Negeri Kanton, Negara Cina.Mereka belayar ke Selatan dan mengambil masa selama 5 bulan untuk sampai kesebuah Negara yang bernama Du-Yuan 4. Selepas pelayaran Duta Han ini,beberapa buah buku lain juga ada mencatatkan mengenainya dengan ejaan yang berdekatan dengan nama ini seperti Du-Kun "Tong Tain" (m/s 188),"Tai Peng Ye Chang"(m/s 888),Kua-Du-Kun"Liang Shu, Fo Nam Chuan" dan Kua-Du-Kan "Nam Chuan Shu. Ling Yi Chuan".Ahli sejarah tempatan professor Kho Yuanqiao berpendapat " Kua-Du-Kun" itu adalah Kuala Dungun.
Pada zaman Dinasti Song, buku "Tai Peng Ye Chang" yang ditulis oleh Lee Fang ada mengatakan bahawa penduduk di Kua-Du-Kun seramai 2,000 orang yang berhijrah dari Daerah Chu Woo di Negeri "Jenam" (Vietnam) yang pada masa itu Negeri Jenam terletak dibawah jajahan Negara Cina. Mereka adalah petani dan berbangsa Han yang telah lari dari tempat asalnya kerana mereka tidak berpuas hati dengan Pegawai Kerajaan yang ketika itu sentiasa memaksa mereka membayar cukai yang terlalu tinggi dan mereka tidak mampu untuk membayarnya.Artifak Dong So'n yang dijumpai di Kampung Batu Buruk dan Jerteh adalah barangan dari Negeri Jenam (Vietnam) yang pertukangannya berasal daripada Yun Nam di Negara Cina.
Pada ketika itu, sebuah Negara bernama Gouli telah pun dicatatkan berkali-kali di dalam buku "Tong Tain" 6 (m/s 188) yang ditulis oleh Toh You pada zaman Dinasti Tang.Nama Koli/Coli seperti ini telah disebut oleh seorang penulis berbangsa Yunani /Greek iaitu Pegawai Perpustakaan di Pelabuhan Besar Alexandria (Iskandariah) di Negara Egpyt lama pada zaman Empayar P'Tolemy. Dalam bukunya "Alam dan Sejarah" yang dicatatkan sekitar abad pertama sebelum Masihi penulis berkenaan telah melakar petanya sekali. Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu telah dikesani oleh pengembara Egypt (Mesir) sebagai Semenanjung Emas (Golden Chersonness).Peta tersebut menunjukkan Koli (Kemaman), Polimols (Terengganu) dan Terrha (Kuala Terengganu).
Catatan Cina mengenai Malaysia pada Zaman Dinasti Han dan Tang
Negara Peng Dou (atau Bang Dou),Negara Du Kun (atau Du Kan), Negara Koli (atau Ko Lee), Negara Bekow,selalu boleh didengar pada masa Dinasti Sui.Dari Fu Nam belayar melalui Teluk Kim Lee,sejauh 3,000 Lee (1,500 KM ) ke Selatan yang terletak diempat buah Negara (tersebut).Pertanian di Negara ini sama seperti di Negara Kim Lee (Ratburi/Nakhon/Pathon Siam).Kebanyakan rakyatnya berkulit putih.Du Kun mengeluarkan candan,cendana dan belerang yang bermutu.Pokok cendana boleh hidup beribu-ribu tahun lamanya,malah akarnya terlalu besar dan ia mengambil masa selama 4 hingga 5 tahun untuk ditebang.Isi kayu didalamnya semua buruk dan hanya teras sahaja yang paling keras dan masih berwangi untuk dijadikan colok.
--"Tong Tai" ( Peng Dou ) --
Negara Pok Ci,selalu dapat didengari pada masa Dinasti Sui di Selatan Teluk Koli .... -- "Tong Tai" ( Pok Ci ) --
- Ditulis oleh Du You |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ganu n kelantan memang berperang sejqk zaman dulu lg ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 sekngucing's post
dok eh...perang sebab krisis takhta kerajaan kelantan dulu je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BeachBoys at 14-6-2009 16:49
Pasai tu kat mana letaknye ye?
Pasai tu nama negeri di Pulau Sumatera yang kemudiannya berkembang menjadi Negara Samudra Pasai (merangkumi Acheh).Raja yg pertamanya bernama Meurah(Merah)Silu yg bergelar Sultan Malikul Sallih dan kemudian diwariskan pula kepada Sultan Malikul Dzahir. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sekngucing at 14-6-2009 19:13
ganu n kelantan memang berperang sejqk zaman dulu lg ke?
dengar citer nama Besut tu berasal dari perkataan busuk sempena bau mayat askar Terengganu dan Kelantan yang terkorban dalam medan perang kat situ.Betul ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 sayapghaib's post
Jadi betullah nama artifak tu batu bersurat minye tujuh Aceh.....sebab dijumpai di aceh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayapghaib at 15-6-2009 12:21
dengar citer nama Besut tu berasal dari perkataan busuk sempena bau mayat askar Terengganu dan Kelantan yang terkorban dalam medan perang kat situ.Betul ker?
dok tau la plok aku...masa konflik tu berlaku, kelantan lah medan utama berlakunya peperangan tu...Perang tu berlaku pada tahun 1798 dan seterusnya ditakluk oleh terengganu sehinggalah kelantan berjaya membebaskan dirinya dari terengganu antara tahun 1800 dan 1801 masehi.Masa tu tentera terengganu tidak menumpukan untuk menyerang kawasan pedalaman kelantan menyebabkan Long Muhammad berjaya menyatupadukan kembali pengikutnya di kawasan tersebut....akibatnya terengganu mengalami kekalahan dan Tengku Muhammad berundur kembali ke Terengganu setelah memerintah Kelantan selama 2 tahun
[ Last edited by BeachBoys at 15-6-2009 13:27 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BeachBoys at 15-6-2009 13:00
Jadi betullah nama artifak tu batu bersurat minye tujuh Aceh.....sebab dijumpai di aceh
tapi kalau perkataan" Kedah Pasema" tu memang dari Batu Nesan.Perkataan tu lah yg digunakan oleh Blog Sejarah Kedah Pasaima sebagai nama rasmi Kedah dalam blog tu.Sedangkan ahli sejarah Indonesia telah menyatakan bahawa itu batu Nesan milik cucu Sultan Samudera Pasai dan anak kepada Sultan Kedah pada waktu itu.Mungkin juga batu nesan itu juga ditakrifkan sebagai batu bersurat di Indonesia kerana wujud perkataan yang panjang kat situ. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mmg la batu bersurat tu takde perkataan mon sbb org semenanjung dipaksa-melayukan oleh orang srivijaya lepas depa konker langkasuka..lebih tepat, kedah tua |
|
|
|
|
|
|
| |
|