CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4429|Reply: 14

Sejarah Rejimen Ke-10

[Copy link]
Post time 31-5-2009 08:04 PM | Show all posts |Read mode
Khamis, 2009 Mei 21
REJIMEN KE-10: SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN
(Mengenang kelahiran Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya pada 21 Mei 1949)


(gambar: perarakan tentera yang diadakan di Rejimen Ke-10 TPNM)

Hari ini ialah ulang tahun ke-60 berdirinya Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM).

Padahari yang bersejarah ini, marilah kita sama-sama berdoa semoga AllahSWT senantiasa melindungi para pahlawan serta pejuang bangsa dan tanahair kita yang sudah lanjut usia.

Kami juga mengajak semuamendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh putera-puteri terbaik tanah air yang telah pergi demi perjuangan kemerdekaan ibupertiwi – Alfatihah!

Rejimen Ke-10 didirikan di Kerdau, Temerloh, Pahang pada 21 Mei 1949.

Abdullah C.D., pengasas Rejimen Ke-10 telah menulis, antara lain, begini: “RejimenKe-10 adalah sebuah tentera anak rakyat yang dari komander hingga ke perajuritnya terdiri dari putera-puteri terpuji bangsa Melayu yang berteraskan anggota PKM, PKMM, PETA, BTM dan lain-lain yang telah diharamkan oleh penjajah British.


(gambar: Abdullah C.D., dirakam pada tahun 1989)


Sebelum itu, kecuali United Malays National Organisation (UMNO), badan-badan lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), PembelaTanah Air (PETA), Barisan Tani Malaya (BTM) dan sebagainya adalah pertubuhan politik Melayu yang berjuang atas hasrat murni untuk memerdekakan Malaya dan melepaskannya daripada belenggu British.

Dan, apabila kesemuanya (kecuali UMNO)diharamkan pada Jun 1948 di bawah apa yang dinamakan ‘Undang-UndangDarurat’, pertubuhan-pertubuhan tersebut terpaksa mengambil jalan perjuangan bersenjata yang bermandi darah.

Justeruitu, Rejimen Ke-10 yang pada mulanya terdiri daripada 17 orang telah berkembang dan mendewasa dengan cepat dalam kancah perang rakyat melawan British – sehinggalah ia menjadi satu-satunya pasukan gerila Melayu anti-British yang bukan saja digeruni tetapi dihormati oleh pihak lawan.

Dalam tempoh 40 tahun, tidak sedikit para pemimpin dan perajurit Rejimen Ke-10 telah menjadi mangsa tangkapan, penjara, buang negeri bahkan hukuman gantung sampai mati.

Antara mereka yang telah mengharumkan nama termasuklah: Kamarulzaman Teh, Mat Amin,Mat Indera, Shamsiah Fakeh, Manap, Cikgu Taha, Mat Kerinau, Maimun,Asiah, Johan (dari Indonesia), Hidzir, Ali Boyok, Yasin, Jidin, Alias,Bakri, Zahura dan ramai lagi.

Mengikut catatan Abdullah C.D., seorang bernama Manan (Adnan) dari Kajang merupakan “kawan Melayu pertama yang dihukum gantung, bahkan yang pertama digantung semasa darurat. Lepas beliau digantung, kawan-kawan yang lain juga turut digantung. Kadang-kadang 3 orang, kadang-kadang 6 orang sehari”.

Begitulah harga yang terpaksa dibayar – dengan darah dan nyawa – oleh putera-puteri terbaik kita demi kemerdekaan tanah air!


(Gambar:Anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 bersama Chen Ping. Dari kiri:Suriani Abdullah, Rashid Maidin (Allahyarham), Abdullah C.D.,Chen Ping,Abu Samah Mohd. Kassim (Allahyarham), Ibrahim Chik dan Abdullah Sudin(Allahyarham). – dirakam pada tahun 1989)

Di sini, timbul beberapa pertanyaan: Apakah sumbangan Rejimen Ke-10 dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaya? Mengapakah fakta-fakta tentang RejimenKe-10 tidak terdapat dalam buku-buku teks sejarah? Apakah penulisan sejarah negara kita telah diputarbelitkan? Siapa yang bertanggungjawab terhadap pemalsuan sejarah ini, dan mengapa?

Justeru itu, bersempena hari yang bersejarah ini, kami ingin menyeru kepada semua pihak yang prihatin terhadap kebenaran sejarah supaya memikirkan masalah ini.

Terima kasih!

http://matamin.blogspot.com/2009/05/rejimen-ke-10-sejarah-yang.html

[ Last edited by  Acong at 31-5-2009 20:06 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2009 10:39 PM | Show all posts
Apasal depa nak menegakkan lagi perjuangan.. mengapa depa tak keluar berjuang macam Anwar... Nik Aziz..
dan mengapakah orang seperti Nik Aziz, Hj Hadi, Anwar, Lim Kit Siang tu tidak menyertai perjuangan reg. 10 ni...

Reg.10 memperjuangkan apa... sampai mana perjuangan mereka akhirnya merengek nak duduk dalam negara/pemerintahan yang dibenci mereka.  Adakah anggota Reg. 1o sendiri sudah mengiktiraf Malaysia maka Chin Peng dah sanggup minta duduk dlm negara pemerintahan yang dimusuhi dan tidak diiktiraf olehnya dulu.. (sudah merdeka pun kira tak aci)..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 02:37 AM | Show all posts
biasalahh... semua negara ada sejarah yang terpaksa diRAHSIAkan... itu normal... baik negara2 maju seperti USA, BRITAIN, GERMAN, RUSSIA dan lain2...

itu dah jadi sejarah RAHSIA kerajaan laa..

buat apa nak kecoh2...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 11:20 AM | Show all posts
sudah2 la komunis nih, poyo btul la, just go on with current life. kira ok da ni malaysia cmnih.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 01:10 PM | Show all posts
apatah lagi perjuangan komunism di Malaysia dan perjuangan komunism semasa zaman soviet jauh berbeza...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 01:26 PM | Show all posts
Dunia skang dah lain drpd dlu. idea komunis ni dah lapuk. sudah2 la pak2 komunis. aku rase nk gelak je dgr psl komunis di zaman canggih nih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2009 03:02 PM | Show all posts

Balas #1 Acong\ catat

tak abih2 lagi kisah perjuangan komunis nih....
penulis dia ntah2 pon bekas komunis.....

memang ler komunis tulis dia ler perjuang....tak kan ler komunis nak tulis dia tu penganas...
adoi.....lah.....

acong... kalu lu brani...lu print...lepas tu lu tunjuk kat lu punya ayah...pakcik2....
dan org2 tua kg lu......apa pendapat dia org....
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 03:04 PM | Show all posts

Balas #6 dax_wdw\ catat

ntah nye....

rusia ngan china pon dah tinggal separuh jer komunis nyer....
yg betul komunis....korea utara...

ntah apa yg dibangga kan ngan idologi komunis ni...aku pon tak tau.....
kalau yer pon marah kerajaan...jgn ler sampai nak sokong komunis....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2009 05:11 PM | Show all posts
Jap lagi bro Revo 30 masuk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2009 06:14 PM | Show all posts
Originally posted by ctaz at 1-6-2009 15:02
tak abih2 lagi kisah perjuangan komunis nih....
penulis dia ntah2 pon bekas komunis.....

memang ler komunis tulis dia ler perjuang....tak kan ler komunis nak tulis dia tu penganas...
adoi... ...
iye kot..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2009 06:15 PM | Show all posts
Originally posted by ctaz at 1-6-2009 15:04
ntah nye....

rusia ngan china pon dah tinggal separuh jer komunis nyer....
yg betul komunis....korea utara...

ntah apa yg dibangga kan ngan idologi komunis ni...aku pon tak tau.....
kalau ...
takde bangganya......

sistem komunis nie hanya sesuai utk negara yg miskin je......
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2009 10:19 PM | Show all posts
tak kira la jasa mende komunis nih dlu2, sudah2 la, tak yah la nk tepek gamba pakcik komunis malaya, nk buat blog nostalgia,

seriously org yg buat blog tu mmg idiot, takde maknenya nk bukak blog ungkit2 mcm tu, malaysia skang dah lain,

p/s: dh la bj askar komunis antara terhuduh fesyennya. lawa lg bj nazi
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 08:53 AM | Show all posts
sepanjang tempoh darurat berapa ramai komunis berbangsa cina dihukum gantung?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 10:57 AM | Show all posts

Reply #5 edy137's post

Apa bezanya? Ke lu main taram aje.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 11:00 AM | Show all posts
Takkan nak tegakkan Rejimen ke-10 aje...kang katakan rejimen ke-10 'pejuang' takkan lagi 11 rejimen tu sanggup biarkan nama depa kekal sebagai petualang......

Pandai commies nih......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.052160 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list