View: 2615|Reply: 16
|
jalinan muhibbah selama 35 tahun Malaysia & China
[Copy link]
|
|
lah..boss tu ct la ek
kelaasss org China pun tau lagu cindai |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... 1st time aku baca CT=Bos!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian sewaktu para pelajar dariBeijing mempersembahkan lagu Cindai, boss muncul di pertengahan lagu.Mereka memang tidak sangka malah teruja meneruskan persembahan.
ada bidio tak? |
|
|
|
|
|
|
|
boleh bagi alamat blog kak rozie tak ezal |
|
|
|
|
|
|
|
bangga dgn ct |
|
|
|
|
|
|
|
ade video tak?
bile punye prsmbhn ni |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan bos manalah td.cayalah.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa alamat blog kak rozie |
|
|
|
|
|
|
|
Kesibukan Melampau
12 Jun-Hari ni Boss ada latihan dengan Akir dan Freddy iaitu gitaris kumpulan Coda yang akan mengiringi Boss membaca puisi dan menyanyikan lagu puisi sempena Hari Sastera Utusan di Laman Santai, Istana Budaya.
Sebelum memulakan latihan, aku yang bingung dengan senarai undangan media dan tetamu mula gusar sebab tempat duduk waktu konsert tidak mencukupi. Kerusi yang diberikan kepada media tidak sepadan dengan jumlah media yang sudahpun dan belum mendaftar untuk hadir membuat liputan konsert Boss nanti.
Aduhai..berpeluh jugak ni. Aku ambil masa berbincang dengan Boss tentang jemputan-jemputan ini. Memang semua yang ada dalam senarai wajar diundang tetapi tempat duduk sahaja yang harus diatur nanti.
Aku semakin risau jika tetamu vip juga pihak aku yang akan harus mengundangnya, pihak Istana Budaya minta kami yang mengaturkan undangan. Boleh ke aku buat semua ni serentak? Huhuhu...tak mampu rasanya.
Kalau aku fokus pada satu kerja ni saja mungkin aku akan usahakan sebaiknya tetapi ada beberapa lagi kerja yang harus dilangsaikan. Tengoklah macam mana nanti.....
Bila Freddy dan Akir dah berada dah berada di studio (untuk jamming dan latihan muzik, studio sudah boleh digunakan), aku dan Boss pun turun ke bawah. Inilah pertama kali Freedy dan Akir mengiringi Boss dan nampaknya mereka agak gementar juga.
Boss macam biasa, `steady' sahaja, Boss menyanyikan lagu Penantian (kumpulan Harmoni) beberapa kali dan setelah yakin dengan latihan yang diadakan, Boss pun berhenti dan ambil posisi sebagai pemain dram pula.
Dram ni memang alat muzik kegemaran Boss, selalunya Boss akan mengetuk dram bila pemain dram sebenar tak ada di situ. Kalau dalam sesi latihan untuk sesebuah show, Boss akan tunjuk gaya bermain dram, ketuk sajalah apa yang patut.
Oleh kerana kerja banyak, aku meneruskan kerja-kerja di opis. Telefon sana sini, dapatkan kepastian kehadiran media, sambil itu cuba mengatur lagi tetamu-tetamu jemputan yang lain pula.
Selesai waktu opis, aku terus balik ke rumah. Berehat sebentar, bersiap-siap pula untuk ke rumah Boss. Jam 8 malam, kami bergerak dari rumah Boss ke Laman Santai, Istana Budaya untuk acara malam ini.
Sampai di belakang pentas, Boss sempat lagi berlatih membaca sajak Lelaki Yang Patah Sayap Kirinya. Sekali baca, aku dah dapat agak sajak tersebut ditulis untuk siapa. Aku panggil Dean, pengarang hiburan Utusan Malaysia, bertanyakan apakah benar sajak itu untuk orang itu? Dean pun mengiyakan. Benar sangkaanku.
Orang itu adalah orang yang aku pernah bekerja dengannya dulu. Seorang yang cekal, tabah dan tidak sedikitpun menunjukkan riak duka, sedih mahupun kehidupan sebenarnya di depanku dan rakan2 lain.
Walaupun tidak banyak yang aku tahu tentang kisah hidupnya tetapi aku cukup mengerti dan sentiasa cuba memahami apa yang dilaluinya. Selepas meninggalkan tempat kerja lama, aku jarang sekali bertemu orang itu. Tapi ilmu yang aku dapat kutip sedikit sebanyak sewaktu bersamanya dulu masih aku gunakan sehingga ke hari ini.
Malam ini aku rasa amat berbesar hati apabila Boss sudi menyampaikan sajak tersebut dan orang itu ada di sini..akan mendengarnya. Barangkali sajak itu ditulis oleh seorang teman kepada orang itu....
Di belakang pentas, kami sempat bersembang dengan beberapa rakan2 artis dan juga jemputan yang turut diundang membaca sajak/menyanyi. Bila tiba giliran Boss, aku yang biasa duduk di belakang pentas, mengambil tempat di bahagian depan.
Acara-acara begini memang aku suka, apatah lagi Boss menyampaikan lagu yang begitu sinonim dengan Allahyarham Zubir Ali, Penantian. Bacaan sajak yang bagus dan semakin bagus, nyanyian yang bagi aku begitu memberi jiwa kepada lagui itu. Cukup rencah dan rasanya.
Setelah selesai di pentas, Boss ditemubual pula di belakang pentas. Selepas itu kami menghantar Boss pulang, oleh kerana ada majlis di rumah Boss, kami singgah menjamu selera sebentar.
13 Jun-Seperti biasa bangun pagi siapkan sarapan anak-anak. Kalau hari cuti sekalipun, anak2 aku yang bersekolah tetap bangun awal dan makanan mestilah sudah tersedia di meja. Siap sarapan pagi, aku masak makanan tengah hari pula kerana selepas ini aku akan temankan Boss ke tempat latihan.
Seperti biasa jemput Boss di rumahnya. Jam 2pm, Boss mulakan latihan. Jam 8pm, latihan selesai dan aku hantar Boss ke rumahnya. Hasrat nak makan malam kat luar tak jadi, Papa tak mahu join. Akhirnya aku balik terus ke rumah. Makan apa yang ada.
14 Jun- Hari minggu, aku bangun agak awal kerana mahu menyiapkan keperluan keluarga dengan secepatnya. Bukan apa, aku mahu bersenang-senang hari ini. Hendak tarik nafas lega sikit setelah saban hari tak berehat.
Sebelah petang aku ajak Papa dan anak-anak keluar. Destinasi kami petang itu ialah ke taman reakreasi yang agak jauh sikit dari rumah. Sudah lama tak menjengah ke sini, terakhir waktu aku menemankan Boss untuk satu sesi fotografi lebih kurang 11 tahun yang lalu. Lama kan?
Seronok rupanya di tempat ini, taman permainannya luas dan banyak kemudahan yang disediakan. Gerai-gerai juga banyak menjual minuman, kuih muih dan juga keropok lekor. Aku beli air dan keropok luar kemudian lepak makan-makan kat meja dan tempat duduk yang ada di situ.
Anak-anak nampak seronok tapi kami tak dapat berlama-lamaan di situ kerana cuaca makin mendung. Bila hujan mula turun, kami bergegas pulang.
Aku ajak Papa singgah beli barang dapur terlebih dahulu. Sambil Papa menunggu aku membeli-belah, Papa bawa Put'a dan Nabil gunting rambut. Esok dah mula sekolah kenalah nampak kemas.
Balik tu aku kerah Put'a siapkan keperluannya ke sekolah. Buku disusun elok-elok, kerja rumah pastikan semua dah disiapkan, pensil diasah, pemadam, pembaris semua cukup. Duit sekolah juga dah diberikan. Aku memang cerewet sikit dengan Put'a ni, aku memang `demand' dalam semua hal dengan anak sulung aku ni. Kekadang aku jadi panas....sebabnya, semua ibu hendakkan yang terbaik untuk anak-anak.
Dan..hal yang menakutkan Put'a, aku minta dia baca depan aku semua bacaan dalam sembahyang. Mmm...aku dah bagitau dia, bermula Ramadhan nanti, aku hendak dia belajar sembahyang, ingat semua bacaan. Alhamdulillah, sikit2 saja lagi, tahiyyat akhir saja sangkut dua,tiga ayat. Yang lain dah ok.......
15 Jun-Anak-anak dah kembali ke sekolah. Aku ke opis macam biasa, kerja menimbun, amat banyak. Tak tahu nak siapkan yang mana satu.Huh!
Aku minta D.J dan A.Z saja temankan Boss berlatih hari ini. Kalau aku pergi juga alamatnya semua kerja takkan siap. Nak mulakan apa dulu? Hal jemputan konsert lagi? Huhuhu....aku dah mengalah pagi tadi, aku bagitau Boss untuk jemputan VVIP bukan aku yang buat. Kalau aku tumpukan pada hal ni, aku akan hilang masa yang aku peruntukkan untuk kerja2 aku yang mahu didahulukan.
Jemputan media, agak serabut lagi tapi aku cuba selesaikan....sedang dan masih mencuba. Buku program, kena siapkan sebelum Rabu ini. Bertungkus lumus aku menyediakan semua bahan. Siap 1, ada 10 lagi, siap 10, ada 14 lagi..huhuhu..fokus..fokus.
Skrip lagi...semalam dah bagi skrip Boss, hari ni Pat minta aku tambah beberapa lagi, buatkan juga prolog dan lain-lain. Ok..fokus..fokus...hahahahah.
Walaupun sibuk pasal konsert, kerja2 album juga tak boleh ditinggalkan. Penerbit album Saida & Sairah amat2 sibuk, aku juga sudah mengejarnya berminggu2. Huh!
Untuk album kerohanian Boss, aku sudah bercakap dengan bakal penerbitnya, cuma mencari waktu dan ruang saja untuk memulakan apa yang perlu.
Album duet Boss dan KD juga perlu diberi perhatian. Semuanya datang menyerbu pada satu masa. InsyaAllah. Perancangannya aku cuba aturkan dengan baik.
Album Coda juga masih belum rancak promosinya, tetapi kami sudah berkira-kira untuk mengambil seorang lagi PR yang boleh membantu kerja2ku. Ini juga untuk memudahkan lagi promosi dibuat terutama kepada artis2 baru kami.
Hari ni balik lambat, duduk menghadap pc di opis sampai malam. Kepala dah berat tapi aku tak mahu layan, nanti kerja tak siap. Papa yang baik hati jemput aku di opis...aku ajak makan, Papa ikut saja, dia tahu bini dia penat.
16 Jun- Aku sampai pagi di opis hari ni, kerja menanti untuk disudahkan. Aku atur satu persatu, bimbang ada yang tertinggal. Ya...hari ni siapkan bahan2 buku program konsert. Selepas tengah hari aku perlu ke rumah Boss. Hari ini aku temankan Boss ke latihan.
Malam baru habis. Sampai di rumah, alahai.....Damia nampak macam rindu sangat. Dia peluk aku dan ajak aku terus ke bilik. Bukan main gembiranya Damia bila aku bersamanya, kami berdua bergomol2 atas katil. Damia ni manja, suka cium dan peluk aku. Kami tengok Tom & Jerry bersama2, ketawa bersama2. Letih seharian aku terus hilang. |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan
17 Jun-Jam 5.30am, aku bangun, siapkan mee goreng dan nasi goreng. Mee goreng untuk sarapan pagi dan nasi goreng untuk makan tengahari sampai malam nanti. Maid aku jangan haraplah. Sebab tu aku sanggup bangun seawal ni untuk siapkan makanan anak2.
Jam 6.30am, aku, A.Z dan D.J ke rumah Boss. Bertolak dari rumah Boss ke RTM jam 7.40am. Hari ni Boss mempromosikan Konsert Satu di Selamat Pagi Malaysia. Sampai di RTM, sempatlah Boss sarapan dahulu.
Temubual tak lama, elbih kurang 10 minit dan kemudian Boss menyanyikan lagu Di Taman Teman. Aku minta Aiman datang ambil aku di RTM. Aku perlu ke opis dan hari ni tak dapat nak teman Boss ke tempat latihan.
Di opis, macam biasa menghadap benda2 bertimbun depan aku. Meja aku jangan cakaplah, tak ada ruang dah, berselerak dengan macam2 benda. Aku ni kalau buat kerja mesti meja berselerak, tak tahu kenapa?
Pasal jemputan aku tolak tepi dahulu, Hari ni ada dua fokus aku. Pertama lengkapkan bahan-bahan yang hendak dihantar ke bahagian grafik. Kemudian, siapkan bahan2 untuk buku program pula. Buku program atau buku cenderamata ini akan dijual di Konsert Satu Boss nanti.
Aku tekad menyiapkannya hari ini juga. Walaupun hari dah malam, aku masih lagi berteleku di opis. Lega...95% bahan dah siap dan dah dihantar.
Hari ini Papa juga yang ambil aku di opis, singgah makan di sebuah restoran berdekatan rumah. Balik tu, Damia masih menunggu aku. Macam biasa sebelum tidur kami habiskan masa bergurau-gurau, menyakat2.
18 Jun- Aku datang awal ke opis hari ni, kena siapkan kerja sebab tengah hari nanti aku perlu temankan Boss ke tempat latihan. D.J dan Aiman temankan Saida dan Sairah untuk rakaman program 1,2 Jus di NTV7.
Sebelum ke tempat latihan, Boss singgah makan dahulu di restoran Jepun. Apa yang boleh aku makan? Nasib baik ada tori karaage atau dalam bahasa Melayunya, ayam goreng. Dan enak aku menghirup Japanese Tea. Tak lama kemudian, D.J dan Saida join kami. Mereka baru sampai dan ada hal nak bertemu Boss.
Latihan Boss hari ni macam biasa sampai ke malam. Boss bermurah hati belanja para penari makan pizza Domino's hari ni. Aku sempat gigit sikit pizza sambal ikan bilis yang rangup yang Boss ambilkan sebab masa tu kami dah nak pulang.
Emmm..sedap...sedap sangat. Aku tak tahu kat Domino's ada pizza yang sedap macam tu. Sepanjang jalan nak balik ke rumah, aku berkira2, nak order pizza ke, nak order atau nak beli terus di Domino's? Bila dah nak sampai ke rumah, aku pun telefon pizza dan minta hantarkan pizza sambal ikan bilis yang sedap tu.
Hahahah..aku, Papa, Put'a dan Nabil makan sampai tak cukuplah..Nabil dan Put'a minta2 lagi walaupun dah habis. Alahai sebenarnya aku pun sempat makan 1 slice saja....takpelah..nanti ibu beli lagi ya. Damia tak makan sebab agak pedas pizza yang ini.
Malam yang panjang, menonton tv dengan Papa, jam 1am, Papa teringin nak makan cokodok manis...hahahah jangan malas, aku menggoreng cokodok pagi2 buta tu. Nyum..nyum..nyum....ditambah pula dengan teh o suam. Manalah tak gemuk..iskhhhh.
19 Jun-Semalam aku dah sms panjang lebar kat Boss dan D.J supaya hari ni mereka mulakan aktiviti awal kerana banyak perkara yang mereka harus sediakan. Pertama siapkan bahan-bahan untuk permit untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik di Jakarta bulan depan.
Huh! Banyak betul permintaan dan macam2 pulak, aku juga kena sediakan tapi yang penting Boss kena siapkan dulu. Kemudian Boss kena ambil baju2 yang nak dipamirkan di Istana Budaya bermula minggu depan sempena Konsert Satu.Boss ni banyak rumah, baju kat rumah lama ni ada, kat kondo ada, kat rumah yang dia duduk sekarang ni ada. Merata-rata. Kenalah ambil semuanya kumpul di satu tempat.
Oh! Ya, bermula Rabu depan (mungkin), aku cadangkan Boss mempamerkan beberapa helai baju yang memberikan kenangan di lobi Istana Budaya. Sesiapa yang datang nanti, bolehlah bergambar kenangan dengan baju2 tu. Memang banyak baju Boss tapi aku terpaksa memilih yang elok dan yang sesuai untuk dipamerkan.
Hari ini aku menyiapkan kerja2 akhir untuk skrip/bahan grafik dan juga buku program. Kemudian barulah aku siapkan info tentang baju2 yang hendak dipamirkan. Sebab itulah sampai sekarang aku masih lagi di opis. Waktu menulis catatan terakhir 19 Jun ini..aku belum pulang ke rumah lagi. Lepas ni kena sambung kerja lagi.
Berdebar...tak lama lagi dah nak konsert....... |
|
|
|
|
|
|
|
[img]http://3.bp.blogspot.com/_gymZvm1mvcM/SjIOkIE2eGI/AAAAAAAABEQ/83gQFklaMms/s320/IMG_1989.JPG/img]
Boss sedang menjalani latihan bersama pemuzik.
8 Jun-Hari ni bangun awal, jam 7 pagi, aku, D.J dan A.Z dah pun bergerak ke rumah Boss. Sempat makan di restoran mamak dekat dengan rumah Boss, sebelum jemput Boss untuk ke Universiti Lim Kok Wing di Cyberjaya.
Aku sempat ingatkan maid aku supaya kejutkan Nabil kerana hari ini dia akan ke sekolah. Walaupun sekolah masih bercuti tetapi aku minta cikgu buatkan kelas untuk Nabil sebagai persediaan untuk menduduki sekolah rendah tahun hadapan.
Hari ni Boss diundang sebagai salah seorang tetamu bagi satu majlis bersejarah di mana YBhg.Tun Dr.Mahathir diberi anugerah kehormat oleh pihak universiti. Lama juga berada di sini, sambil menunggu Tun datang kemudian waktu Tun dibawa melawat ke sekitar universiti, kami hantar Boss ke tempat duduknya di dalam dewan. Selepas sejam, barulah Tun dibawa masuk ke dewan. Aku, D.J dan A.Z hanya duduk di luar dewan, melayan kebosanan.
Jam 1230pm, Boss keluar dan kami terus balik ke rumah Boss. Keluar makan tengah hari terlebih dahulu sementara menunggu Boss berehat untuk ke tempat latihan muzik hari ini.
Sambil menunggu jam 3.30pm, aku cuba tidur sekejap kat rumah Boss tapi mata tak mahu lelap. Baring2 saja. Kami bertolak ke tempat latihan muzik jam 3.30pm. Jam 4.30pm Boss mulakan latihan hari pertama dengan pemuzik yang dipimpin oleh Aubrey Suwito.
Jam 7pm, Boss minta berhenti rehat sebab dia hendak pergi berbuka puasa dengan suami. Aku tak ikut kerana ada meeting di tempat latihan.
Lepas Boss kembali semula, latihan bersambung sampai jam 9.30malam. Hantar Boss balik ke rumah dahulu dan kami singgah makan di gerai tomyam biasa.
9 Jun-Macam biasa ke opis dahulu sebelum ke rumah Boss. Hari ini masih ada latihan. Aku dan A.Z saja yang pergi, D.J ada kerja di opis. Macam2 hal kena bincang dan putuskan di tempat latihan muzik terutama mengenai teknikal untuk konsert nanti.
Semua inginkan sesuatu yang terbaik dan mungkin ada keputusan dan pendapat yang berbeza, sesuatu yang positif di sini adalah semua pihak pun mahukan Boss gembira dan dapat menjayakan konsert terbaik.
10 Jun-Hari ni merupakan hari ketiga latihan bersama pemuzik. Aku, D.J dan Saida ambil Boss dan bawa ke tempat latihan. Ada perbincangan juga. Kemudian D.J menyusul.
Waktu berehat, kami semua pergi makan di gerai berdekatan tempat berlatih kemudian sambung kembali sampai jam 9.30malam.
11 Jun-Pagi ni aku ajak Papa membeli belah barang2 dapur. Bawa Damia dan Put'a bersama. Nabil tak ikut sebab hari ni dia ke Putrajaya bersama cikgunya...buat lawatan sambil berhibur saja.
Lepas beli dan hantar barang dan anak2 ke rumah, aku dan Papa ke opis. Jam 3 petang, aku dan A.Z ke rumah Boss. Jam 4pm Boss ada latihan menari. Sambung semula setelah beberapa hari terhenti.
Ada wartawan buat liputan hari ni tentang persediaan Boss sebelum konsert. Latihan berlanjutan sampai jam 8pm. Dalam perjalanan ke rumah Boss, singgah di Giant terlebih dahulu, aku dan Boss beli beberapa barang keperluan rumah.
diambil drpd blog kak Rozie. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak jugak tugasan sebagai pengurus ye..
all the best kak rozie..
harusss aku nak jenguk blog dia tiap hari |
|
|
|
|
|
|
|
eddy-pe blog kak rozie ni??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|