CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2215|Reply: 12

Bahtera Faizal Tahir Goyang?

[Copy link]
Post time 28-6-2009 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Tak cukup tisu, kertas surat khabar Joyah guna nak sapu air mata Joyah yang berderai bak hujan ribut ni. Joyah sedih dan terharu bila Joyah dengar kisah penyanyi yang Joyah minat iaitu Faizal Tahir sedang menghadapi masalah rumah tangga.

Betul ke Faizal? Kenapa jadi macam ni? Joyah harap berita yang disampaikan kepada Joyah ini hanya gosip semata-mata. Ia bukan sesuatu yang benar.

Lagipun Joyah minat dengan suara Faizal dan bakat dia yang tinggi melangit itu. Dia juga ada isteri yang baik di samping tiga orang anak yang comel-comel belaka.

Khabar angin yang bertiup menghembus ke telinga Joyah membawa berita kononnya Faizal dan isterinya sedang mencari peguam untuk menyelesaikan kes mereka di Mahkamah Syariah.

Menurut khabar angin itu lagi, Faizal dan isterinya mempunyai masalah didalam melayari bahtera kehidupan mereka. Masalah itu dipercayai sudah lama bersarang tetapi tidak dapat diselesaikan juga sehinggalah mereka mencari jalan untuk membawa kes berkenaan ke mahkmah.

Itu yang Joyah dengar dari mulut orang. Tapi mulut orang tak boleh kita nak percaya sangat melainkan ia keluar daripada mulut tuan punya diri.

Bila dengar khabar angin ini, seperti yang Joyah katakan Joyah tak mahu percaya sangat. Yalah... khabar angin namanya. Kadang-kadang bukannya betul.

Tapi bila Joyah fikir-fikirkan, kalau tak ada angin takkan pula ada pokok yang akan bergoyang?

Apa yang Joyah harapkan kalaulah benar Faizal ada masalah didalam rumah tangga, selesaikan dengan cara yang baik. Mungkin masih ada jalan untuk menyelesaikan kekusutan yang ada.

Tapi sekiranya berita yang Joyah sampaikan ini tidak benar, anggaplah ia sekadar usikan manja Joyah sahaja kerana dalam hati Joyah ini memang tidak mahu mempercayai berita buruk mengenai artis yang Joyah sayangi.

sumber: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2009 09:26 AM | Show all posts
kalau betul .... cian anak kecik2 lagi!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2009 09:29 AM | Show all posts
kalau betul jugak ... alamaknya DIHARAMKAN teruslah nampaknya lagu2 FT kat semua semua stesen radio ASTRO
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 10:22 AM | Show all posts
3# santubung

pasai pa nak haram lagu plak..... ada kaitan ker..?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 10:34 AM | Show all posts
gosip je nih...
x baik kak joyah cakp bnda nie usikan manja...:@
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 01:09 PM | Show all posts
selagi tak kuar statement dr mulut ft kte tak leh nk ckp ape2..
tak msk akal la ble dikata usikan manja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2009 01:32 PM | Show all posts
gosip je ni.. jgn la betul.. aku minat gila kat FT
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 04:20 PM | Show all posts
ayah FT dah respon pada panggilan2 pasal hal ni di Rockensteiners chatbox, katanya rumahtangga FT Ok, berita tu tak betul, baru reunion satu famili minggu lepas, hari ini dikejutkan dengan berita yang nak mengganggu ketenangan mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2009 05:10 PM | Show all posts
gossip jer kan.....

ada pihak yang tak senang ngan Faizal Tahir kowt......
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 05:53 PM | Show all posts
Raihanim Noran at 11:36am June 28

hmm.. dah baca kat RC.
xde apape la...
ni ada la mulut2 yg tak berfikir meggunakan otak ni..
one word, passed on to another person, satu cerita dah jadi cerita lain pulak...
and as a reporter, u shud go straight to the source to validate ur story - apa guna blaja ethics semua kan?... Read More
IT's not true.
sesapa yg ada account kat cari, tlg bgtau diorg its not true.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2009 10:18 PM | Show all posts
bini pejal sibuk dok berfacebook
meratapi pemergian michael jackson
dia tak layan gossip2 sampah ni
whatever!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 08:47 AM | Show all posts
Bagus ler kalau tak betul ...
bila baca topik ni ...
mind aku automatic teringat kes lagu ft tak dimainkan kat stesen tuu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 09:02 PM | Show all posts
Ekoran dari gosip yang telah disiarkan di akhbar Utusan Malaysia semalam, GUA telah menghubungi Faizal Tahir untuk mendapatkan kepastian tentang khabar angin yang rumahtangganya goyang.

Faizal enggan memberi komen kerana tidak mahu begitu cepat melatah tentang khabar angin seperti itu. Baginya, ada pihak tertentu yang cuba mengada-adakan cerita.

gua.com.my (29/6/09)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.667962 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list