|
Pemenang tempat ketiga AF7, finalis Anak Wayang Astro dikatakan semakin intim
Kini, Zubir ingin mengalih perhatian pembaca kepada ceritabintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Afiq Akim Ahmad atau Akim,18, yangmemenangi tempat ketiga program realiti itu. Khabarnya Akim sedangasyik dilamun cinta dengan finalis Anak Wayang Astro, Nur Dayana KamsunBaharin atau Dayana,18, yang memegang watak jururawat drama bersiriKecuali Cintamu. Kononnya mereka semakin intim, mungkin sebagai kawanrapat atau kekasih!
Cerita ini disampaikan kepada Zubir oleh sumber rapat dengankedua-dua bintang remaja itu. Difahamkan, ketika berada di lokasipenggambaran, Dayana dan Akim sering berhubungan menerusi telefon.Orang sekeliling tahu Dayana sedang asyik berborak dengan Akim apabiladia dikhabarkan dengan sengaja menyebut nama Akim kuat-kuat,seolah-olah ingin memberitahu satu dunia, Akim adalah buah hatinya!
“Kita orang sempat jugalah curi-curi dengar perbualanmereka, tak nampak romantik pun, dengar aku kau, aku kau saja! Pernahsekali Dayana terlepas cakap, dia tak boleh bercinta dengan pemuda yangsebaya dengannya, masing-masing 18 tahun. Kalau dah macam tu, kenapanak pukul canang dia berkawan dengan Akim, dia ni nak publisiti ke,kononnya bercinta dengan Akim AF7, tolonglah geli!,” kata sumberberkenaan.
Bagi Zubir, Dayana, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SekolahMenengah Kebangsaan Bukit Indah, Ampang, Selangor, tak salah jika diaingin berkawan baik sekalipun bercinta dengan Akim kerana masing-masingmasih solo, tapi janganlah mengharapkan perhatian umum. Pun begitu,Dayana boleh dimaafkan kerana faktor usianya. Nasihat Zubir, Dayanamahupun Akim masih terlalu mentah, rasanya belum layak mereka bermaincinta!
Seperkara lagi, Zubir sempat dibisikkan dengan perangaiDayana di lokasi Kecuali Cintamu, kononnya dia sering cakap lepasdengan individu yang baru dikenalinya tanpa memikirkan perasaan orangitu. Sekiranya apa yang disampaikan ini benar berlaku ke atas Dayana,kita wajar memaafkannya dan memberinya peluang perbaiki kesilapan itukerana dia masih baru dalam dunia seni, masih banyak ilmu yang harusdipelajarinya. |
|