CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2604|Reply: 3

Album baru Faizal Tahir muncul selepas Aidilfitri

[Copy link]
Post time 6-7-2009 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 6-7-2009 10:20

Dengarnya... Album baru Faizal Tahir muncul selepas Aidilfitri    Oleh Normah Becok


CIK Normah tumpang senang apabila diberitahu penyanyi popular, Faizal Tahir kini sudah mula berpijak di bumi nyata. Ada kawan sepejabat dan rakani ndustri yang mula memberitahu Faizal Tahir sekarang sudah tidak'kekwat' lagi.

Malah, melihat reaksinya terhadap gosip kononnya rumahtangganya berantakan, Cik Normah nampak dia begitu tenang dan tidak mudah melatah menangani isu itu. Baguslah.

Tapi yang Cik Normah nak kongsi di sini bukan mengenai perkara terbabit. Tetapi ia berkaitan dengan single terbaru nyanyiannya,Bencinta. Kali pertama lagu itu dipentaskan ketika kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 April lalu .
        
Cik Normah dapat tahu daripada teman sepejabat yang bertemu dengannya baru-baru ini, lagu itu dibikin dengan kadar segera dibantu kolaborasinya bersama komposer, Audi Mok yang kini bergelar suami kepada Nikki Palikat.

Lagu Bencinta itu sebenarnya disiapkan dua minggu sebelum dipersembahkan di pentas ABPBH 2008 dan mendapat pengesahan terlebih dulu daripada ahli jawatan kuasa yang menganjurkan anugerah itu.

Tup-tup lagu itu meletup dan tengah mendaki tinggi carta radio tempatan. Sudah namanya rezeki, malahan lagu itu turut menjadi pilihan untuk dinyanyikan dalam pertandingan realiti Akademi Fantasia 7 dan Bintang RTM 2008. Cik Normah tumpang seronok dengan kejayaannya dantak sabar menanti kemunculan album terbarunya nanti.


Sudah dua tahun penyanyi lagu Sampai Syurga dan Cuba itu tak muncul dengan album baru. Khabarnya album terbarunya akan muncul selepas Aidilfitri nanti. Difahamkan Faizal memang begitu teruja untuk tampil dengan album baru, tapi memandangkan rakan kerjasamanya, Audi Mok sedang melalui fasa bahagia dalam perkahwinan, penyanyi itu memahami dan tidak terlalu mahu tergesa-gesa.

Biasalah, orang baru kahwin. Mesti sedang menikmati keindahan bulan madu. Tak elok pula diganggu, nanti buat hilang mood pula. Cik Normah dan Faizal Tahir faham benar situasi Audi Mok sebab kami pernah lalui perkara yang sama. Ibaratnya dunia itu macam kita yang punyalah.Kak Pora bila lagi nak cari pengganti, jangan jual mahal, nanti tak laku, siapa yang rugi?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2009 09:18 PM | Show all posts


Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan gelaran ‘Superman’ iaitu Faizal Tahir turut tidak menaruh harapan tinggi untuk memenangi sebarang anugerah mahupun tercalon dalam APM2009.

“Secara realistik, kini sudah tiga tahun saya dalam industri tetapi saya masih rasakan yang saya mungkin tidak dikenali di Indonesia berbanding dengan band indie lain seperti Hujan dan Bunkface yang pernah ke sana.
Faizal tidak sangka berada di tangga ketiga dalam keputusan tidak rasmi bagi kategori Artis Serantau Paling Popular yang diumumkan baru-baru ini.

“Saya belum diberi peluang dan album saya pun belum sampai ke sana. Jadi, saya tidak hairan dan tidak terkejut kalau nama Faizal Tahir terasing dalam kategori Artis Serantau Paling popular,” jawab Faizal yang terkejut juga apabila namanya tersenarai dalam calon top 4 yang mendapat undian tertinggi setakat ini bagi kategori tersebut.

Keputusan undian tidak rasmi baru-baru ini menunjukkan Faizal menduduki tempat ketiga selepas ST12 dan Siti Nurhaliza.

Kata Faizal, “Saya terkejut juga apabila mendapat top 4 tetapi saya tahu yang saya akan duduk di situ. Kalau dapat kekal nombor dua pun, saya tetap mengucapkan syukur, Alhamdulillah.

“Saya tengok peminat Siti pun sangat besar. Dia sangat lama dalam industri ini dan berhak untuk mendapat anugerah itu.”

Selain itu, bapa kepada tiga orang anak ini turut dicalonkan dalam kategori Artis Malaysia Paling Popular menerusi SMS.

Tambah Faizal, memang niat utamanya dalam perancangannya untuk membawa muziknya menembusi pasaran luar.

“Tetapi selagi belum ada kepuasan muzik saya bertapak di Malaysia ni, mungkin belum ada lagi.

“Setakat ini, album saya pun baru sampai di Singapura sahaja,” katanya yang turut terkejut dengan sambutan luar biasa tentang lagu single terbarunya, ‘Bencinta’.

Menurut Faizal, lagu itu dirakamkan dalam masa dua minggu sahaja sebelum dia membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular 2008 sebelum ini.

“Saya buat lagu Bencinta dengan Audi Mok dalam masa sekejap sahaja kerana kami perlu kejar masa disebabkan saya hendak membuat persembahan dengan lagu baru.

“Saya rasa orang lain baru lagi menonton persembahan saya menerusi lagu ‘Coba’ dan ‘Sampai Syurga’ di Anugerah Juara Lagu ke-23 sebelum ini.

“Jadi, saya memang tidak sangka yang lagu ‘tangkap muat’ itu sudah mampu menduduki carta teratas di stesen-stesen radio tempatan,” luah Faizal yang dijangka akan mengeluarkan album terbarunya dalam bulan September nanti.

Akhiri Faizal, “Album ini agak ‘slow and steady’ kerana saya jadi cerewet apabila orang lain menaruh harapan yang tinggi.

“Jadi, saya akan pastikan jika album ini tidak terbaik, ia mungkin lebih baik dari album sebelum ini.”



sumber: mstar online
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 01:23 PM | Show all posts
yg penting jge kualiti
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 11:48 PM | Show all posts
lmbt la korang nk tgg album die

stkt ni baru single Bercinta

ak harap die dpt siap album akhir thn ni...if possible
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.244636 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list