|
apakah kesannya jika seseorang itu melanggar sumpah
dan apakah maksud dimakan sumpah? |
|
|
|
|
|
|
|
akan dilaknat Allah......suatu bala akan datang padanya cuma tak tahu bila...... |
|
|
|
|
|
|
|
apakah kesannya jika seseorang itu melanggar sumpah
dan apakah maksud dimakan sumpah?
ymhr1 Post at 17-7-2009 17:15
tengok ler sumpah dia camne. kalau dia sumpah orang jadik kereta ker jadi komputer ker... takder ler menjadi kat zaman ni... tu zaman dulu2 jer. orang dulu2 biasa tengok batu kot... tu pasal dia sumpah jadi batu jer... hehehe... joking yer...
tapi betul lah... kena tengok keadaan lah... dia bersumpah atas apa... sumpah yang syarak ker atau sumpah saja2...
kalau tak silap... ada istilah kifarah sumpah dan kifarah nazar... ni bagi orang yang melanggar sumpah atau tak melaksanakan nazar dia ler... dan lepas tu bertaubat...
yang kena laknat tu kalau dia bersumpah bohong dengan nama Allah dan terus berkekalan dengan sumpah bohongnya.
wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
3# AwgSagi
maksud kau yg kena laknat tu kalau dia bersumpah sesuatu contohnya "aku bersumpah dengan nama ALLAH bahawa barang ni milik aku"..padahal dia tau barang tu bukan miliknya..eh?bagaimana pulak kalau dia bersumpah mcm ni "aku bersumpah dengan nama ALLAH aku xkan hisap rokok"tapi dia bersumpah dengan diri dia je..bukan dengan orang lain..tapi akhirnya dia melakukan jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by AwgSagi at 18-7-2009 13:20
ni saya pastekan jawapan kepada soalan yang serupa... semoga bermanfaat. tapi... kenapa perlu bersumpah dengan nama Allah hanya sebab nak berhenti merokok? cukup jer lar sekadar berazam... azam yang betul ler... buat dan lepas tu berdoa minta perteguhkan semangat.
sumber dari Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
" Dalam Islam, sesuatu lafaz itu hanya dikira sebagai sumpah sekiranya ia dimulai dengan lafaz wallahi, billahi,tallahi. Sebagai contoh seseorang dikira melafazkan sumpah sekiranyaberkata: “wallahi, aku tidak pernah mengambil duit engkau”. Sebaliknya tidak dikira sumpah kalau dia berkata “sumpah, aku tidak pernahmemgambil duit engkau”.
Makan sumpah bermaksud seseorang yangdikenakan bala oleh Allah S.W.T kerana bersumpah bohong. Contohnya dia berkata: “wallahi, aku tidak pernah mengambil duit engkau” sedangkan dia yang mengambilnya dan kerana pembohongannya itu dia dikenakan bala oleh Allah S.W.T.
Kafarah sumpah ialah berpuasa 3 hari atau memberi makan 10 orang miskin
Untuk membatalkan sumpah yang telah dibuat, orang yang bersumpah itu perlu membayar kifarah sumpah.
Kifarah sumpah adalah seperti berikut:
- Memberi makan10 orang miskin. Kadarnyasecupak beras bagi setiap orang miskin. Dalam mazhab Syafie kita tidakdibenarkan untuk membayar dalam bentuk nilai tetapi mazhab hanafi membenarkannya.
- Atau memberi pakaian kepada 10 orang miskin. Yang dimaksudkan dengan pakaian adalah benda yang dipakai mengikut adat.
- Membebaskan hamba yang beragama islam. Hamba tersebut sempurna anggota badan dan boleh bekerja.
Bagi mereka yang tidak mampu untuk melakukan ketiga-tiga perkara tersebut maka baginya puasa sebanyak tiga hari . Bagi mazhab Syafie tidak disyaratkan secara berturut-turut.
Sumpah secara paksaan tidak diterima/dikira oleh Allah SWT. Wallahu 'alam.." |
|
|
|
|
|
|
|
kalo kena sumpah seranah plak mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|