View: 2820|Reply: 6
|
Faizal bayar PTPTN 18/7 kosmo
[Copy link]
|
|
Faizal bayar PTPTN Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan SUHANA YUSOP
[email protected]
KERATAN Kosmo! semalam.
KUALA LUMPUR - Penyanyi Faizal Tahir yang gagal menaiki pesawatuntuk menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta, Indonesiakelmarin akhirnya akur dengan membayar pinjaman Perbadanan TabungPendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semalam.
Menurut sumber, penyanyi yang merupakan Naib Juara program One In A Million itu menghantar pengurusnya, Haryadi Rusli bagi mewakili dirinya untuk menyelesaikan tunggakan pinjaman tersebut.
Wakil penyanyi itu hadir seorang diri dan menemui Ketua EksekutifPTPTN, Yunos Abd. Ghani dan berunding mengenainya kira-kira 15 minit.
Terdahulu, difahamkan beliau bersama-sama penyanyi itu hadir ke OneStop Centre PTPTN di KL Sentral di sini untuk menyemak dan menjelaskanbaki pinjamannya.
Kosmo! difahamkan, Faizal sudah membayar tunggakan pinjamanpelajaran itu yang bernilai puluhan ribu sebelum berlepas ke Jakarta,malam tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
choyyyy...kalo apm dibuat di mesia..maksudnya, sampai bila2 la sengaja tak nak bayar hutang ek?
sebab katanya bayar puluh2 ribu... |
|
|
|
|
|
|
|
aku cuma risaukan keselamatan artis2 malaysia kat sana je..
berharap ft dapat bwk pulang trofi..:pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by washere2 at 19-7-2009 18:38
Selebriti perlekeh PTPTN
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
Kosmo 19/7
KUALA LUMPUR - Mereka berbakat besar dan mempunyai reputasi hebat dalam kerjaya masing-masing, baik dalam bidang nyanyian, lakonan, deejay mahupun sebagai pengacara televisyen.
Biarpun karier berbeza, mereka berkongsi satu persamaan - kesemuanya enggan membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas bertahun-tahun meninggalkan universiti.
Majoriti daripada mereka ialah bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Jika masih enggan membayar hutang, mereka akan bersama-sama dengan penyanyi Faizal Tahir dan kira-kira 78,000 lagi peminjam tegar PTPTN yang hanya akan dapat keluar negara selepas membayar hutang masing-masing.
Sumber Kosmo! Ahad memberitahu, ada selebriti dalam senarai itu berlakon dalam beberapa filem box-office dan kini bergelar pengarah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by washere2 at 19-7-2009 18:38
Hutang Faizal Tahir
[email protected]
Kosmo 19/7
SAYA cuma nak sentuh isu penyanyi kesayangan saya, Faizal Tahir yang pada mulanya tidak dibenarkan ke Jakarta untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM), Khamis lalu.
Saya rasa tak patut Faizal ditahan sebegitu rupa di lapangan terbang. Yelah, siapa tahu Faizal akan menang di APM. Dia ditahan sebab tak bayar wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Namun, dia dibenarkan keluar negara selepas melangsaikan hutangnya sehari kemudian.
Sebagai peminat Faizal Tahir, hampa betul saya kalau dia tak dapat hadir ke majlis gemilang itu. Buat Faizal pula, saya nak pesan, anda kan sudah kaya, menang banyak anugerah tapi kenapa pinjaman PTPTN pun susah nak bayar? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by washere2 at 19-7-2009 18:37
Saya tak rasa malu - Faizal Tahir
Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
Kosmo 19/7
JAKARTA - Kalau bukan kerana Anugerah Planet Muzik (APM 2009) yang berlangsung di sini, penyanyi Faizal Tahir mengaku dia mungkin kekal sebagai peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Namun, disebabkan APM 2009, dia kelam-kabut melangsaikan hutangnya yang sebelum itu didakwa terlepas pandang.
"Saya terlalu sibuk sampai terlepas pandang.
"Saya juga tidak malu dengan apa yang berlaku. Saya sudah membayar semua hutang PTPTN kerana tidak mahu terlepas peluang muncul di APM 2009,'' katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya ft mengaku yg dia terlepas pandang..
biar jd pengajaran kat artis2 lain gak..
jgn smpi terjadi benda yg sama dah la ye.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|