CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4558|Reply: 16

Mawi enggan lapor polis isu foto bogel

[Copy link]
Post time 26-7-2009 10:30 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 26-7-2009 22:34

Mawi enggan lapor polis isu foto bogel
Oleh Suzan Ahmad

               

     Mawi


PELBAGAI bentuk kontroversi serta dugaan yang melanda anak kelahiran Felda Taib Andak, Kota Tinggi Johor ini sejak bergelar artis bermula padapertengahan 2005. Ada saja berita negatif dan gosip liar yang dikaitkan dengan dirinya apatah lagi ketika beliau belum berkahwin.

Sejak hari pertama bergelar Juara Akademi Fantasia musim ketiga, kontroversi putus tunang, bercinta sehinggalah dia mendirikan rumah tangga. Kini, selepas lebih enam bulan bergelar suami kepada pelakon yang juga model, Ekin, timbul pula cerita panas membabitkan pengedaran meluas gambar aksi bogel seorang pemuda yang seiras wajahnyadi ruang siber.

Sungguh mengejutkan apabila gambar bogel yang seiras wajah Raja SMS, Asmawi Ani atau Mawi itu bukan saja tersebar secara meluas di internet tetapi dalam bentuk Sistem Pesanan Multimedia (MMS) menerusi telefon bimbit. Harus diakui, ramai peminat terkejut dengan pendedahan gambar itu menerusi media massa kerana wajah yang dipaparkan dalam gambar itu adalah wajah mawi tetapi badannya milik orang lain yang dipaparkan menerusi teknik imej pertindihan (superimposed).

Ketika dihubungi B*Pop Khamis lalu bagi mengulas penyebaran gambar bogel MMS yang dikaitkan dengan dirinya, reaksi Mawi memang tidak disangkakan kerana dia ketawa besar.


Pada masa itu, penyanyi yang pernah tiga kali bergelar Bintang Paling Popular itu mengakui dia langsung tidak terkejut, malah, dia ketawa secara spontan dan ketawanya itu berpanjangan sambil menyifatkan gambar itu memang kelakar dan menafikan imej lelaki bogel dalam MMS itu bukan dirinya.

Ketika itu, Mawi yang sedang menikmati makan malam di rumah bersama Ekin menjelaskan memang dia sudah tahu mengenai kewujudan imej lelaki bogel yang menyerupai dirinya itu sejak beberapa bulan lalu.

“Isu mengenai gambar ini sebenarnya cerita lama, saya sendiri hampir terlupa mengenainya. Rasanya pertama kali saya melihat gambari ni sekitar dua tahun lalu bila seseorang menunjukkan kepada saya...tidak sangka pula ia timbul semula sekarang selepas saya berkahwin dan mula aktif menerbitkan program untuk stesen televisyen kebelakangan ini,” katanya sambil tergelak lagi.

Tambah Mawi lagi, dia yang kini sedang sibuk dengan promosi filem terbitan KRU Studios berjudul Jin Notti di samping Fara Fauzana juga berasa pelik kerana sepanjang mengetahui kewujudan gambar aksi bogel itu yang mula tersebar sejak dua tahun lalu, langsung tiadap engamal media atau wartawan hiburan datang meminta komen daripadanya, mahupun mendapatkan maklum balas beliau mengenai isu berkenaan sehinggalah dihubungi B*Pop.

Ditanya sama ada Mawi pernah membuat laporan polis mengenai gambar bogel itu bertujuan untuk siasatan serta menghentikanp engedarannya secara berleluasa, Mawi menjawab: “Saya langsung tidak terfikir hingga ke peringkat itu...”

Mawi akui, tidak berminat untuk melayan isu gambar bogel itu memandangkan gambar lelaki bogel yang didakwa itu bukan dirinya meskipun ia adalah imej wajahnya.

“Hakikatnya kalau sudah gambar itu bukan saya, buat apa saya perlu melatah dan kecoh tidak tentu pasal. Gambar itu orang buat dengan letak muka saya. Biarkanlah saja mereka, kalau dilayan pun tidak akan kemana, entah badan lelaki dari negara mana mereka ambil.., ” katanya lagi yang juga baru selesai penggambaran filem Magika juga terbitan KRU Studios.

“Kkalau orang tengok betul-betul pun akan tahu itu bukan saya, entah gambar lelaki mana mereka ambil selepas itu dengan menggunakan teknik superimposed meletakkan wajah saya. Saya memang tidak terkejut langsung bahkan merasa amat geli hati melihat gambar itu,” katanya yang masih dalam ketawa kecil.

Dalam perkembangan lain, selain mengembangkan kerjaya seni dengan pembabitan dalam seni lakon, Mawi juga sibuk menerbitkan programTV bersempena Aidilfitri ini menerusi syarikat miliknya, MW Entertainment.

“Saya tetap tidak melupakan kerjaya seni nyanyian saya kerana akan menerbitkan album bertemakan lagu raya yang akan berada dipasaran tidak lama lagi,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2009 10:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 11:40 PM | Show all posts
berani kerana benar, takut kerana salah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 11:42 PM | Show all posts
mcmana gambaq bogel dia ni trkeluo...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 12:18 AM | Show all posts
2# Syd

btl la mknanye gosip slame ni..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 12:19 AM | Show all posts
poyo jek..better report police...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2009 08:21 AM | Show all posts
2# Syd
wah dalam diam syd ade simpan gambo mawi yea hakhak
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 08:32 AM | Show all posts

Itulah Mawi, semuanya dibiarkan... takpe sana sini
sebab tu orang senang-senang amik kesempatan
Nak tunggu gambar dia dengan Ikin dikeluarkan pulak ke ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2009 10:53 AM | Show all posts
2# Syd
wah dalam diam syd ade simpan gambo mawi yea hakhak
dino Post at 27-7-2009 08:21


kah kah kah

ampeh tauu abe dino

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 10:57 AM | Show all posts
9# Syd
jgn la memalu... abe memahami hakhak
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 04:02 PM | Show all posts
7# dino


tak sangka kan??



pas tu tak syer pun ngan kita
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 04:03 PM | Show all posts
10# dino


harus ada pic penuh yg tak blurr kan??


Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 04:42 PM | Show all posts
11# niy
tula ...taknak kasi kite wat kajian ke ape....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2009 10:19 AM | Show all posts
mawi....terlalu xsensitif
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2009 03:54 PM | Show all posts
kalaupun betul dia yg bogel,  aku rasa takda salahnya.

bersepah selebriti hollywood yg bogel
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2009 05:31 PM | Show all posts
ala..biarlah..Mawi memang macam tu caranya..dia tak cepat melatah walaupun pelbagai dugaan datang melanda..Dari dulu lagi, dia jenis yang low profile.Tetapi aku heran kenapa semua org, termasuk segelintir wartawan yang suka memburuk2 kan mawi serta mengeluarkan pelbagai fitnah terhadap beliau.. Sepatutnya kita harus berbangga, at least kita masih ade pelapis yang berbakat seperti Mawi. Mengapa manusia selalu mendambakan kesempurnaan walaupun hakikatnya ia sukar digapai? Aku sokong mawi. Dia dah jadi yang terbaik yang dia boleh jadi. Janganlah kita asyik kate zaman org ni da jatuh, zaman org tu da jatuh.. Sarjana Inggeris ade cakap, the great victory is not how long u last without fall, but how will u rise each time u fall. Kalau kita asyik burukkan artis kita sendiri, jangan salahkan peminat kalau mereka lebih meminati artis luar..Ini kerana kita sendiri yang telah membunuh industri kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2009 01:35 AM | Show all posts
ok ler tu leh jadi stok merembes memancit2 -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.713912 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list