CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42322|Reply: 302

SERAM : TOWER 13

[Copy link]
Post time 27-7-2009 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by eddlisa_uyuk at 14-11-2009 12:03

Post Last Edit by jac_diehard_fan at 5-8-2009 18:44

dh ku0 promo smlm.. korang tgk x? mcm arahan kabir jep... hmm..

plakon yg ak knal - BRONT PALARAE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2009 12:42 PM | Show all posts
wow yeke aarahan kabir ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 12:42 PM | Show all posts
btw... abis gak cerite keliwoon yg ala2 drama sendu rashid sibir yg lain tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 01:11 PM | Show all posts
horray.... akhirnya berakhir jugak cite azab keliwon ala2 cite seram indon ittew
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 01:12 PM | Show all posts
kat FB, Bront tulis yg tu dr kompeni KB tapi pengarah bukan KB kot....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 02:40 PM | Show all posts
kat FB, Bront tulis yg tu dr kompeni KB tapi pengarah bukan KB kot....
defeduck Post at 27-7-2009 01:12 PM

mungkin org yg mengarahkan cerita SUTRAMAYA kot... arap2 drama ni setanding kekasihku seru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2009 01:49 AM | Show all posts
tgk iklan cam seram arrr.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 12:09 PM | Show all posts
..ada kait mengait kisah ape2 ke? sebut tower2 neh..tringat highland tower~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2009 12:31 PM | Show all posts
tasabarnye nak tecongok depan tv blk
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:57 PM | Show all posts
9# jac_diehard_fan

dua mlm direct la jwbnye tcongok dpt tv klau betul terbitan KB .....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2009 03:57 PM | Show all posts
9# jac_diehard_fan

dua mlm direct la jwbnye tcongok dpt tv klau betul terbitan KB .....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2009 02:23 AM | Show all posts
tak pe....kalau best
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 09:35 AM | Show all posts
aku pun tgk gazet tu..mcm seram je..bila start ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 09:41 AM | Show all posts
esok mlm startnya....jgn lupa kita congok dpn tv ramai2 kul 9mlm......

dan esok mlmnye lg plak kita layan nur kasih     
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 10:01 AM | Show all posts
harap2 drama seram terbaru nih best mcm KKS
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 03:44 PM | Show all posts
Tak kuar synopsis cite lagi ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2009 01:23 AM | Show all posts
harap2 best.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 09:41 AM | Show all posts
Kejadian aneh di Tower 13

Buah tangan terbaru Kabir Bhatia temui penonton TV3 mulai jam 9.30 malam ini

KABIR Bhatia bagaikan terus terpanggil untuk menghasilkan drama bergenre seram setelah dua dramanya Kekasihku Seru dan Cerita Dari Singapura berjaya meninggalkan impak di kalangan penonton. Terbaru, Tower 13 yang disifatkannya lebih segar akan mengisi slot Seram di TV3 mulai 6 Ogos ini.

Subjek utamanya hanya menggunakan sebuah bangunan apartmen yang dikembangkan dengan plot tersendiri. Drama yang turut mendapat bantuan Joeza Rasidi itu menggunakan teknik naratif di mana ada watak yang bercerita menerangkan susur galur kejadian mengerikan yang terjadi di dalam filem itu.

Menurut suami kepada penulis skrip Mira Mustaffa itu, drama 13 episod ini mempunyai kelainan yang tersendiri.

“Setiap episod berlainan cerita namun saling berkaitan di antara cerita yang disiarkan. Jawapan di sebalik misteri itu akan terungkai menerusi episod terakhir. Drama ini membuatkan kita tidak dapat menjangka kemungkinan kesudahan yang bakal berlaku.

“Ia cabaran kepada kami pihak produksi untuk mewujudkan sudut penceritaan berbeza dan baru yang lari daripada kebiasaan. Jika ada plot cerita yang ditulis penulis skrip kelihatan klise, kita akan berbincang dan meminta penulis skrip (Mira Mustaffa dan Alfie Palarmo) mengubahnya.

“Drama ini ada sedikit campuran filem seram Asia namun dengan pendekatan berbeza. Kita juga menampilkan pelakon generasi baru yang pernah bekerja dengan saya sebelum ini seperti Dira Abu Zahar dan Bront Palarae. Setiap episod juga menggandingkan pelakon baru dan lama supaya dapat memberi variasi,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama Tower 13 di TV3 baru-baru ini.

Menariknya, drama ini juga menggunakan angka 13 yang sering digunakan penerbit filem seram. Contohnya seperti Friday The 13th, Lantai 13 dan 13 Ghosts.

Kata Kabir, dia tidak menidakkan nombor itu cukup sinonim dan popular digunakan bagi judul filem seram di luar negara.

“Saya tak menafikan nombor itu memberikan perlambangan yang sangat berpengaruh terutama yang menggambarkan karya seram. Bagaimanapun, saya tidak melihat itu sebagai kekangan atau masalah kerana ia terpulang kepada penggiat seni itu sendiri untuk mencorakkan apa yang diingini,” katanya yang kini sedang menyudahkan baki penggambaran drama terbabit.

Pada masa yang sama, Kabir juga sedang merangka projek untuk menghasilkan filem romantik komedi bersama Grand Brilliance Sdn Bhd. Filem itu masih belum mempunyai judul dan menggunakan khidmat isterinya sebagai penulis skrip.

Mengenai perkembangan drama Kekasihku Seru yang pernah dipukul canang akan dibikin dalam versi filem, kata Kabir, ia masih samar lagi sama ada mahu diteruskan atau tidak.

“Siaran drama Kekasihku Seru pun sudah lama berakhir dan rasanya seperti agak lambat untuk kita menaikkan kembali populariti drama itu ke medium filem. Mungkin dengan menyiarkan kembali drama itu ia boleh memberi kesan dan membangkitkan kembali semangat untuk saya mengarahkan filem itu,” katanya lagi.

Gandingan kedua Dira, Bront Palare

DRAMA yang bersiaran setiap Khamis jam 9.30 malam ini turut menggandingkan Dira dan Bront Palarae buat kali kedua. Kali pertama mereka bersatu menerusi drama Rona Roni Makaroni siaran Astro. Selain mereka, drama ini dibintangi Azhan Rami, Farah Aliya dan Rahim Omar. Malah setiap episod turut menampilkan pelakon undangan.

Bagi Dira yang bergelar isteri kepada anggota kumpulan Bau, Ash, ini adalah kerjasama keduanya dengan pengarah itu selepas muncul dalam satu episod drama Kekasihku Seru. Dira juga dilihat antara pelakon yang perlu diberi perhatian apatah lagi bakat lakonannya membuka ruang ramai pengarah menguji kemampuannya.

Dalam drama Tower 13, Dira memegang watak Maria seorang gadis bisu yang mampu melihat alam ghaib. Malahan, ini kali kedua Dira diberi peranan sebagai gadis buta. Sebelum ini, Dira menjadi gadis buta dalam drama Delima. Bekerjasama dengan Khabir buat kesekian kalinya juga membuatkan dirinya berasa berbangga kerana sekali lagi menjadi pilihan pengarah itu.

“Sebelum mengenali Kabir, saya berasakan dia seorang pengarah garang dan tegas. Namun selepas bekerjasama dengannya, dia sangat menyenangkan. Dalam tegasnya, dia masih mampu membuatkan orang di sekelilingnya mahu lagi bekerjasama dengannya.

“Pada hemah saya, Tower 13 ini elemen seram yang ditonjolkan lebih kepada mencipta rasa ketakutan. Unsur mencemaskan yang dibayangkan bukan lebih kepada cuba menakutkan orang sebaliknya menimbulkan perasaan semula jadi yang akan terjadi apabila kita rasa takut,” katanya yang turut terbabit berlakon dalam teater Kompilasi Volume II bersama Zahiril Adzim.

Seperti Dira, Bront juga baru dua kali mendapat kesempatan berharga menerima tunjuk ajar di bawah bimbingan Kabir. Sebelum Tower 13, Bront terlebih dulu terbabit dalam filem Setem arahan Kabir. Menariknya, jejaka kacak tinggi lampai itu sebenarnya kurang berminat terhadap genre seram, namun tawaran yang datang daripada Kabir membuatkannya bersedia memegang watak Adam.

“Drama ini menjadi cabaran untuk saya memberanikan diri menjadi rapat dengan elemen seram. Sejujurnya, menjadi satu kerugian untuk saya menolak tawarannya kerana peluang bekerjasama dengan Kabir memberi definisi berbeza kepada lonjakan kerjaya saya. Susah untuk saya menolak tawarannya.

“Untuk drama ini, Kabir seboleh-bolehnya tidak mahu ia terus dibayangi dengan drama Kekasihku Seru. Kabir ada matlamat yang jelas untuk menghasilkan drama ini. Sepanjang bekerjasama dengannya, Kabir seorang yang sangat memberi inspirasi terhadap apa yang ingin dicapainya.

“Dia bukan jenis yang suka memaksa. Kami pun tak terlalu serius di set penggambaran biarpun berlakon drama seram. Sebaliknya, ada kalanya pelakon dan kru bergelak ketawa di set penggambaran. Tapi apabila berlakon sampai berlanjutan ke pagi, mood pun boleh jadi lain,” usik Bront.

Mengenai watak Adam yang dipegangnya, Bront berkata, ada sisi yang terdapat pada Adam lebih kurang sama dengan dirinya di alam realiti. Watak ini juga diterima Bront sebagai langkah awal bagi memastikan penggemar bakatnya tidak terus menyampah apabila sering disajikan dengan perwatakan yang klise.

“Watak Adam ini sebenarnya sangat boring. Tidak susah menjiwai watak ini, namun selepas sebulan menyerap ‘roh’ watak itu, saya sudah mulai bosan dan bertanya berapa lama lagi harus saya memegang watak Adam,” katanya yang turut ke sesi uji bakat filem terbaru Osman Ali baru-baru ini.

INFO: Tower 13

# Disiarkan mulai 6 Ogos ini mengisi slot Seram selepas tamatnya drama Keliwon.

# Bersiaran setiap Khamis jam 9.30 malam.

# Mengisahkan mengenai Adam Bakhtiar yang disoal siasat oleh polis selepas berlakunya pembunuhan di Menara Emerald. Adam bertindak sebagai pengurus bangunan itu dan menjadi perantara membantu penyiasatan pihak polis. Adam memberitahu pembunuhan yang terjadi kononnya berkait rapat dengan entiti misteri seperti roh atau makhluk halus. Satu persatu cerita dibuka Adam dan semuanya dapat ditonton sepanjang 13 episod drama ini bersiaran.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 09:49 PM | Show all posts
cam kureng jek...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2009 09:50 PM | Show all posts
Post Last Edit by krepek_pisang at 6-8-2009 22:07

aku semangat bebeno nak tgk....

tp


adehhh asal aku sakitjiwe tgk pokcik polis ala2 horatio.. konon bgs.. tejerit2 cam bangang jee... nak siasat apemenda kalau glabah semacam memanjang... dah tu org bawahan dia cam bangang.. semua nye nak kene bg tau ape menda nak kene antar lab..

dengan x pakai glove . dok betepok2 meja budget ganas la.. abih finger print ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.089236 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list