View: 5054|Reply: 19
|
Rancangan raya bukan penghalang umat Islam keluar beraya!!!!
[Copy link]
|
|
Kontroversi mengatakan rancangan-rancangan Hari Raya berselerak di kaca TV Malaysia kononnya akan menghapuskan amalan kunjung-mengunjungi pada Hari Raya. Namun, desas-desus yang mengatakan program raya yang kebanyakkannya menghalang amalan kunjung-mengunjungi pada Hari Raya akan terjawab apabila program-program raya berselerak di kaca TV bukan lagi penghalang bagi umat Islam keluar beraya atau kunjung-mengunjungi pada Hari Raya. Ini kerana, program-program raya disiarkan sekarang sebahagian besarnya bukan lagi pilihan sesetengah khalayak umat Islam kerana jika amalan kunjung-mengunjungi pada Hari Raya setiap kali, maka nilai tradisi Hari Raya tidak akan luput ditelan zaman sekalipun kini berada dalam arus kemodenan. Ingatlah, dengan amalan kunjung-mengunjungi sempena Hari Raya maka raya anda pasti ceria setiap kali.
Jadi, kepada forumer yang ingin menyebut tentang program raya di kaca TV, sila-silakanlah ke thread ini okay. Tak perlu sesak-sesak buka thread baru tentang program raya ok. |
|
|
|
|
|
|
|
bg aku, hari raya kena berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat taulan... pasal tv tu, aku tak berapa minat nak tengok... kalau tak sembang raya, depa tayang nyanyi lagu raya...
pastu ucapan selamat hari raya... pastu kalau cerita, byk ulang yg dah 5-6 tahun lepas... lgpun, family aku hari raya tak di galakkan bukak tv...
ada lagi ke yg nak melangut depan tv hanya tengok mende yg seakan2 sama??? |
|
|
|
|
|
|
|
bg aku, hari raya kena berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat taulan... pasal tv tu, aku tak berapa minat nak tengok... kalau tak sembang raya, depa tayang nyanyi lagu raya...
pastu ucapan selamat hari raya... pastu kalau cerita, byk ulang yg dah 5-6 tahun lepas... lgpun, family aku hari raya tak di galakkan bukak tv...
ada lagi ke yg nak melangut depan tv hanya tengok mende yg seakan2 sama???
innova77 Post at 31-8-2009 12:34
Betul kata awak. Kau dan aku berbeza. Famili mu pada Hari Raya tak digalakkan bukak TV tapi famili haku bukak TV terus pada Hari Raya. Lagipun haku ada Astro. |
|
|
|
|
|
|
|
family aku bukak tv pown pasal dgr takbir jer lps tuh tak tgk pownnn.....ala cerita kat tv tuh ulang ulang lar hari raya ke 6 kang baru tgk program rayer |
|
|
|
|
|
|
|
rancangan RAYA laa bestt... tapi kunjung mengunjung pon bestt.... dua2 kena seimbangkan laa.. takkan nak pergi berkunjung bawak tv kot semata-mata nak tgk rancangan raya.. time tgk tv, kita tgk laa tv... time berkunjung, lupakan kejap tv, kita eratkan silahturrahim... balik berkunjung kalau nak sambung tgk, sambung laa.. takde hall punyerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan wabak H1N1 yang makin serius ni elok la dok jer kat rumah. Kang kalo pegi beraya kang dah menempah penyakit pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan wabak H1N1 yang makin serius ni elok la dok jer kat rumah. Kang kalo pegi beraya kang dah menempah penyakit pulak.
Zep Post at 1-9-2009 09:53 Macam mana ni tapi hendak tanya dulu ada tak tuan rumah kena H1N1. Tapi kalau ambang Merdeka baru-baru ni malas haku pergi bandar. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi haku, yang tak minat AF, daripada tgk bebudak AF pada Hari Raya baik pergi keluar beraya la. |
|
|
|
|
|
|
|
yesss.. yesss.. btol tuhh... AF??? dari tgk bebudak AF baik keluar jenjalan.. {:3_81:} |
|
|
|
|
|
|
|
Laaaaaaa... tuan umah buka thread ni nak cari jalan nak ngutuk AF n bebudak AF ghupanya.. Choii... |
|
|
|
|
|
|
|
Akak takde hal dgn program TV raya yg byk2 n diulang2 ni.. Kalau nak pegi beraya, pegi je.. Tak pernah lg tak jadi kluar beraya cos ada program TV nak tgk.. Umumnya muslimin n muslimat kat m'sia ni mcm ni.. Sbnrnya tak brape paham motip tuan rumah buka thread ni, nk ulas pun tak tau nak tulih apa..
Tp Rumah Terbuka AF7 "Raya Kilang Berapi" akan kutonton. Rumah terbuka AF ni la satu program raya yg bertukar konsep n ceritanya tiap2 tahun, variety sikit dari program TV raya yg lain.. bebudak AF (termasuk yg batch2 sblm ni) pun blakun better dr peserta AnakWayang, Pilih Kasih or even beberapa so-called-established pelakon yg ada..
Tak dpt tgk 1st show tu nanti cos pegi beraya, ada ulangan @ astro, takpun tgk je kat youtube, sure ada nanti.. takpun tahun dpn ulang blk. Tak pun, tak kesahnya tak dpt tgk langsung.. tp tak sesekali akan memperlekehkan program TV ni, ngan buka thread tajuk lain, sendiri reply melencong ke lain... |
|
|
|
|
|
|
|
yesss.. yesss.. btol tuhh... AF??? dari tgk bebudak AF baik keluar jenjalan.. {:3_81:}
edy137 Post at 6-9-2009 18:02 Betul kata awak ni. Keluar beraya lagi sonok, kunjung-mengunjungi pada Hari Raya. |
|
|
|
|
|
|
|
RTM paling banyak siar program raya
Oleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected]
SELAMAT Hari Raya Perantau merupakan sitkom yang pasti menggeletek hati para penonton di TV1.
RADIO Televisyen Malaysia (RTM) merupakan stesen penyiaran tempatan yang paling banyak menyiarkan rancangan-rancangan berkonsepkan Hari Raya Aidilfitri sepanjang musim perayaan itu disambut pada tahun ini.
Ketua Pengarah Penyiarannya, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, RTM menerusi saluran TV dan radionya akan menyajikan pelbagai program raya di mana jumlahnya mengatasi stesen-stesen penyiaran yang lain.
"Kalau tidak silap saya, bilangan program raya RTM tahun ini paling banyak berbanding stesen-stesen penyiaran yang lain dan mungkin juga pada tahun-tahun sebelumnya.
"Contohnya, tahun ini TV1 sahaja mempunyai 51 rancangan raya, TV2 pula ada 46 rancangan termasuklah tayangan 11 filem blockbuster. Itu tidak termasuk 34 lagi stesen-stesen radio RTM yang berada di seluruh negara.
"Berdasarkan jumlah stesen TV dan radio yang kita ada, RTM memang sentiasa mempunyai program-program raya yang banyak pada setiap tahun," katanya pada sidang media di Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Ibrahim, selain stesen-stesen radio berbahasa Melayu, stesen-stesen radio bukan berbahasa Melayu juga akan menyiarkan rancangan-rancangan yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri.
Katanya, pendekatan itu bukan setakat menambah bilangan program-program raya di RTM tetapi ia secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan para audiens mereka yang berbilang bangsa dan agama.
"Misalnya stesen radio Asyik FM yang khusus untuk Orang Asli ada menyediakan program-program raya, begitu juga dengan Minnal FM yang berbahasa Tamil turut mempunyai program-program raya mereka sendiri.
"Kebanyakan daripada program itu dijayakan sendiri oleh kakitangan radio masing-masing seperti juruhebah mereka di mana cara ini akan memperlihatkan bakat mereka seperti menyanyi dan bukan setakat mengacara sahaja," ujarnya.
RTM tambahnya, bukan setakat menyiarkan program-program berbentuk hiburan seperti nyanyian, sitkom, tayangan filem serta telemovie tetapi juga maklumat-maklumat terkini terutamanya di radio untuk para audiensnya pada hari raya ini.
Antaranya kata Ibrahim, setiap stesen radio akan memberi perkembangan terbaru keadaan lalu lintas bagi memudahkan para pendengarnya merancang perjalanan semasa melalui jalanraya di stesen-stesen masing-masing.
"Stesen-stesen radio RTM contohnya akan bekerjasama dengan PLUS (Projek Lebuhraya Utara Selatan) bagi memberi maklumat tentang keadaan trafik. Kita juga akan lebih kerap menyiarkan takbir raya.
"Begitu juga dengan lagu-lagu raya sama ada di TV ataupun radio. Semua itu kita sediakan sebagai alternatif bagi para penonton kita yang berada di rumah semasa menunggu tetamu berhari raya," katanya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan menarik raya di TV3 dan TV9
Susunan NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]
LEGENDA Lebaran bakal bersiaran pada raya kedua pukul 6 petang di TV3.
HARI raya pasti lebih menarik jika dapat berkumpul bersama kaum keluarga sambil menikmati pelbagai hidangan menarik yang disajikan di kaca televisyen.
Sudah menjadi tradisi, setiap kali tibanya musim perayaan, pelbagai rancangan menarik tidak kira drama, filem mahupun rancangan hiburan disediakan bagi mengisi takwim perayaan.
Lebaran ini, pelbagai rancangan menarik disediakan oleh dua saluran di bawah Media Prima, TV3 dan TV9 yang mengisi senarai tayangan bertemakan Inspirasi Lebaran TV3 dan Riang Ria raya TV9.
Muzikal
Akustika Raya (Raya pertama, 20 September, 5 petang)
Menampilkan bintang rock dan indie popular. Berkonsepkan unplugged, konsert tersebut membawa penonton menikmati persembahan hebat oleh barisan artis berbakat yang pertama kali digabungkan.
Penyanyi: Faizal Tahir, Aizat, Noh Hujan dan Lan (bekas vokalis Meet Uncle Hussin)
Kasih Siti (Raya pertama, 20 September, 6.02 petang)
Program muzikal yang memaparkan tentang penghibur nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Beliau berkongsi berita terkini tentang dirinya serta perkara-perkara menarik tentang percintaan agung dalam hidupnya.
Legenda Lebaran (Raya kedua, 21 September, 6 petang)
Lagu-lagu nostalgia aidilfitri tidak lekang ditelan waktu. Untuk membangkitkan kembali nostalgia lagu-lagu yang masih segar ini, Legenda Lebaran membawa penonton berhibur dengan penyanyi-penyanyi baru bersama penyanyi asal mendendangkan lagu-lagu evergreen raya.
Penyanyi: Datuk D. J Dave, Gaya Zakri, Fabulous Cats, Azlina Aziz, Elyana, Aman Shah, Tomok, Stacy dan One Nation Emcee.
Mentor 3 Raya (Raya kelapan, 27 September, 9 malam)
Berkonsepkan santai, gandingan sifu dan protégé , Mentor musim ke-3 seperti Awie dan Keena, Adibah Noor dan Thye, Jaclyn Victor dan kumpulan Evo, Lah Ahmad dan Fira serta Ajai dan Chaq. Turut diundang ialah penyanyi yang mengasah bakat juara Mentor 3 iaitu Mas Idayu.
Komedi Raya
Senario: Anak Raya (Raya pertama, 20 September, 11 malam)
Mengisahkan Pak Habib yang kematian isteri ketika melahirkan anak sulungnya, Johan. Pak Habib membesarkan Johan dengan penuh kasih sayang dan sanggup berhutang dengan Saat demi mendapatkan duit apabila Johan melanjutkan pelajaran ke universiti
Pelakon: Azlee, Wahid, Mazlan, Ropi dan Siti NurfazurinaMr.
Mama Beraya (Raya ketiga, 22 September, 11 malam)
Cerita bermula ketika Badrul, Suria dan anak-anak mereka dalam perjalanan pulang ke kampung. Ini kali pertama Badrul beraya sebagai suami Suria dan bapa kepada anak-anaknya itu.
Pelakon: Arash Mohamad, Jasmine Ashraff, Ayainie Aida dan Muhammad Syahmi Danial
Telemovie Raya
Kuih Goyang Seha (Raya ketujuh, 26 September, 10 malam)
Drama kekeluargaan ini mengisahkan tentang Seha yang nekad mahu beraya di kampungnya selepas tujuh tahun meraikan lebaran di kampung suaminya. Bagaimanapun, suaminya bertegas mahu meneruskan tradisi pulang ke kampung halamannya membuatkan Seha bertekad untuk berbuat sesuatu.
Pelakon: Rozita Che Wan, Eizlan Yusoff, Nabil dan Irma Hasmie.
Tragedi Malam Raya (3 Oktober, 10 malam)
Faizal terpaksa bekerja sehingga lewat malam menjelang lebaran. Dia berhadapan situasi yang tidak dijangka apabila dia menumpangkan seorang gadis misteri, Salmah untuk pulang ke Melaka.
Pelakon: Beego, Eyzendy, Amanda Misbun dan Kamarul Yusuf.
Filem
Dunia Baru The Movie (Raya ketiga, 22 September, 3 petang)
Opie mendapat kejutan melalui surat yang ditulis oleh Anizah menyatakan hasratnya untuk ke Thailand dan kahwin lari dengan Fazley. Menerusi surat itu, Anizah begitu nekad hingga sanggup melepaskan tawaran melanjutkan pelajaran ke UK.
Pelakon: Elyana, Pierre Andre, Iqram Dinzly, Anne Ngasri, Almy Nadia dan Anita Baharom.
Jangan Tegur (Raya kelima, 24 September, 9 malam)
Natasya terlibat dalam kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura yang hilang dua tahun lalu secara misteri tanpa khabar berita.
Pelakon: Julia Ziegler, Nadia Mustafar, Ellie Suriati, Pierre Andre dan Almy Nadia.
Akhirat (Raya kesebelas, 30 September, 10 malam)
Mengisahkan Mira yang berusaha meneruskan kehidupan dengan mengenepikan hakikat bahawa dia dijangkiti HIV positif. Dia nekad merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan suaminya, Amran malah cuba untuk menjodohkan Amran dengan sepupunya yang liar, Noni.
Pelakon: Vanida Imran, Tony Eusoff, Nabila Huda.
Rancangan menarik di TV9
Suatu Hari Di Hari Raya (Raya pertama, 20 September, 6.30 petang)
Memaparkan jiwa, karakter dan kisah berbeza , masing-masing belajar erti cinta dan kegagalan serta penghargaan dalam liku-liku hidup yang dihadapi. Mereka mempunyai matlamat dan impian yang ingin dicapai tetapi apa yang terjadi tidak mampu memuaskan hati masing-masing sehinggalah terjadinya pelbagai konflik.
Pelakon: Atilia, Adibah Noor, Tony Eusoff dan Cheryl Samad.
Peluang Kedua (Raya pertama, 20 September, 5.36 petang)
Rancangan sejam berbentuk majalah yang akan memaparkan tiga kisah ketabahan insan-insan yang menerima dugaan yang paling besar dalam hidup mereka dan memperoleh peluang kedua untuk meneruskan kehidupan.
Skrin Riang Ria Raya TV9
Cerita Hantu Malam Raya (Raya kedua hingga kelima, 21-24 September, 8.36 malam)
Mengisahkan tiga rakan yang telah lama tidak berjumpa dengan abang angkat mereka. Mereka akhirnya pulang berhari raya bersama di kampung pada Aidilfitri kali ini. Bermulanya satu pertandingan apabila mereka terpaksa menceritakan pengalaman paling menyeramkan.
Pelakon: Yus, Danny, Munir dan Bell Ngasri.
Raya Sedondon (Raya kelima, 24 September, 9 malam)
Mengisahkan tentang Imran dan Ratna yang telah lama bertunang tetapi masih belum berkahwin. Ini adalah kerana kedua-dua ibu mereka sedang berebut seorang lelaki bergelar 'Datuk'. Tanpa disangka, 'Datuk' yang menjadi rebutan itu hanyalah seorang pemandu peribadi.
Pelakon: Abby Abadi, Hasnol Rahmat, Kartina Aziz, Norlia Ghani dan Zami Ismail. |
|
|
|
|
|
|
|
39 program baru Astro sempena Aidilfitri
Oleh Rozdan Mazalan
[email protected]
SITI NURHALIZA dan Faizal menghiburkan tetamu.
| Detik meraikan kedatangan Syawal bermula Sabtu ini ketika umat Islam sibuk buat persiapan lebaran
SEBANYAK 39 program baru sempena Aidilfitri pelbagai genre bakal disiarkan stesen televisyen berbayar Astro menerusi lima saluran utama iaitu Ria, Oasis, Citra dan Warna bermula Sabtu ini.
Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah berkata, peningkatan sebanyak 25 peratus program raya setiap tahun berbanding tahun sebelumnya adalah sebagai tanda penghargaan buat pelanggan Astro.
“Setiap tahun kita akan merancang awal untuk menyediakan semua program khas sempena Aidilfitri. Tahun ini kita mula merancang sejak Februari lalu untuk menyediakan 39 program baru termasuk filem baru yang akan disiarkan menerusi Astro.
“Tahun ini juga kita menggabungkan lima saluran utama kita bertujuan membahagi-bahagikan program raya mengikut semua lapisan usia. Usaha ini juga agar dapat memberi ruang kepada penonton memilih mana-mana saluran yang menepati cita rasanya memandangkan setiap saluran berbeza dari segi pengisiannya,” katanya yang ditemui pada majlis Berbuka Puasa bersama Rumah Anak-Anak Yatim dari Rumah Sentuhan Budi, Sentul Kuala Lumpur.
Menurut Zainir, antara program menarik yang akan disajikan sepanjang sembilan hari berturut-turut adalah drama yang dilakonkan pasangan pengantin popular Mawi dan Ekin berjudul Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya yang akan disiarkan pada 21 September ini menerusi Astro Prima jam 12 tengah hari.
[tr][td][/td][/tr][tr][td]MAWI mewakili Astro menyampaikan sumbangan kepada kanak- kanak pada majlis berbuka puasa, baru-baru ini.
“Selain itu, saya memberi jaminan yang penonton tidak akan kering gusi menyaksikan telatah Juara Raja Lawak 3, Sepah bersama tiga anggotanya dalam Lemang Si Bujang Sepang yang akan disiarkan pada 20 September menerusi Astro Prima bermula jam 12 tengah hari,” katanya.
Program dari pelbagai genre seperti telefilem, komedi romantik, muzikal, konsert, majalah, hiburan dan pelbagai lagi bakal menemui penonton bermula malam raya.
“Kami menyusun strategi untuk memastikan kelima-lima saluran ini menayangkan program yang sesuai untuk kumpulan sasaran masing-masing. Buat masa ini, dua saluran utama iaitu Ria dan Prima akan mendahului senarai terbanyak menyajikan program raya. Di Ria kita mempunyai 18 program raya, Prima (12), Oasis (3), Citra (3) dan Warna (3).
“Memandangkan Astro menyiarkan siaran 24 jam, kesemua program raya ini juga akan diulang siar dalam tempoh masa tertentu,” katanya.
Antara segmen Istimewa Tayangan Raya seperti Mega Raya Astro, Lemang Si Bujang Sepah, Habibi Mawi Aidilfitri, Rumah Baru Bini Baru Raya, Lantera Aidilfitri Datuk Siti, Cinta Meriam Buluh, Duyung dan Glamor Raya.
Selain itu, program telefilem yang akan disiarkan seperti Takbirratulihram, Riuh Sebelum Raya, Takbir Terakhir, Mencari Katarsis, Baju Raya Mona, Pelita Terang Tang Tang, Doa Ibu, Pak Ngah 4D, Mawi Oh Mawi dan banyak lagi.
Tiga filem baru bakal menemui penonton melalui Astro Citra iaitu Senario The Movie: Episod 1, Los dan Faun serta Apa Kata Hati.
Majlis berbuka puasa yang dirancang diadakan di atas padang di Rumah Malaysia Taman Bukit Jalil, bagaimanapun terpaksa diubah di atas pondok berhampiran yang mampu memuatkan 150 orang disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan.
Biarpun terpaksa berbuka puasa di dalam keadaan yang berasak dan kurang selesa namun tetamu yang hadir turut memperoleh hikmahnya.
“Tidak semua yang dirancang akan menjadi. Begitu juga dengan majlis hari ini kerana kita hanya merancang dan Tuhan yang akan menentukan. Tetamu yang ingin diraikan adalah anak yatim dari Rumah Sentuhan Budi, Sentul dan hujan yang turun ini adalah rahmat untuk menyatukan anak yatim bersama artis Astro.
“Dalam keadaan macam ini dilihat hubungan mereka lebih mesra apabila dapat berbuka puasa sambil bersila bersama beramai-ramai,” kata Zainir.
Antara rakan artis yang hadir bagi memeriahkan majlis itu seperti Datuk Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Mawi, Ekin, Ain, Faizal Tahir, Akhil Hayy, Farid Kamil, Masha, Fikhree Bakar dan ramai lagi. Anak yatim turut dihiburkan dengan nyanyian Siti, Faizal Tahir, Mawi dan Akhil Hayy.
[/td][/tr] |
|
|
|
|
|
|
|
laaa mentang2 dah tak puasa dan ramadan dah lepasnya.. di bantainya citer seram kaw2 nya...
balas dendam nampak? |
|
|
|
|
|
|
|
Rancangan raya skrg2 cuma sesetengah saja yg best kan |
|
|
|
|
|
|
|
huhu.. raya2 nih.. susah nak tgk tv..
mana sempat pown.. dahlah nak layan tetamu lagik..
pastu nak gi ziarah sedara mara lagik.. mana sempat pown.. |
|
|
|
|
|
|
|
huhu.. raya2 nih.. susah nak tgk tv..
mana sempat pown.. dahlah nak layan tetamu lagik..
pastu nak gi ziarah sedara mara lagik.. mana sempat pown..
anniez08 Post at 25-9-2009 12:48 Betul kata awak ni. Program raya skrg2 ni tak berapa besh sgt = lagu raya skrg2 tak besh. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau raya tahun lepas, paling tak best "Remp-It" dan "Rempit vs Impak Maksima". |
|
|
|
|
|
|
| |
|