View: 6471|Reply: 31
|
Muhammad Ali : the legend; the champ!!!
[Copy link]
|
|
Muhammad Ali diberi sambutan meriah
| Muhammad Ali (tengah) tiba di Ennis, Ireland semalam di mana sebuah plak dipasang di Jalan Turnpike bagi memperingati nenek moyangnya. Ennis merupakan tanah kelahiran nenek moyang Ali, Abe Grady. - AP 5. Obama berucap semasa majlis jamuan malam sempena Ramadhan di Ruang Makan Negara di White House, semalam. - AP
|
DUBLIN 2 Sept. - Kunjungan peninju legenda, Muhammad Ali telah disambut meriah semalam ketika beliau melawat Ennis, kampung halaman nenek moyangnya di Ireland dan diberikan penghormatan besar pada satu majlis yang disaksikan oleh beratus-ratus peminat menerusi beberapa skrin besar.
Seperti berjuta-juta rakyat Amerika Syarikat (AS) lain, Ali, seorang pejuang pergerakan hak asasi manusia, kulit hitam mempunyai nenek moyang warganegara Ireland.
Moyangnya, Abe O'Grady, 67, telah berhijrah dari Ennis, County Clare pada tahun 1860-an dan merupakan saudara jauh bagi juara tiga kali heavyweight dunia yang berasa sangat gembira dapat melawat bandar tersebut sebagai membalas jasa 'Terbesar' mereka itu.
Para pekedai di Ennis, sebuah bandar sibuk kira-kira 240 kilometer ke barat daya Dublin telah menghias premis-premis mereka dengan sarung tangan tinju, bendera AS dan gambar peninju tersebut ketika era kegemilangannya.
Para penduduk Turnpike Road, tempat Abe mendirikan sebuah rumah dan sebuah tugu untuk cicit lelakinya, telah membersihkan tingkap-tingkap rumah tersebut sebelum peninju itu tiba.
Ali kini sedang melawan penyakit Parkinson yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu, telah diberi penghormatan besar pada satu siaran sambutan yang menyaksikan beratus-ratus peminat berada di luar bangunan tersebut dan beberapa buah sekolah tempatan telah bercuti setengah hari sempena majlis itu.
Siaran televisyen memaparkan wajah pucat Ali yang kini berada di Ireland bagi menghadiri beberapa majlis kebajikan, telah menunjukkan aksi bertinju ke arah para peminatnya.
"Saya percaya setiap warga Ennis yang telah membanjiri beberapa jalan bagi menyambut kedatangan Ali, saya tidak pernah melihat kejadian seperti itu sebelum ini," kata isteri Ali, Lonnie memberitahu penyiar nasional, RTE.
"Ia lebih baik daripada anda memberikannya ubat-ubatan," tambahnya.
"Bapa saya sentiasa bercakap mengenai Muhammad Ali, kami tahu bahawa kami mempunyai pertalian persaudaraan dengannya," kata Imelda O'Grady kepada RTE.
"Terima kasih kepada Tuhan kerana kami masih berpeluang menyaksikan peristiwa pada hari ini," katanya. - REUTERS |
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg minat ngan muhammad ali... dulu aku suka boxing sbb ali... sekarang dah tak minat sangat nak tengok.... tengok dulu sbb dia ajer!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Float like a butterfly...sting like a bee.....
Masa aku kecik2 dulu bapak aku ada beli set boxing (glove dengan apekebende namanya yang depa guna nak training tu) semua pasal Muhamad Ali datang KL! |
|
|
|
|
|
|
|
masa mohd. ali dtg mesia 1977, budak2 asik nyanyi...
~ muhd. ali itam...joe bugner putih,
~ mohd. ali hentam...joe bugner letih..
ulang2 kali..best lak dgn iramanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hebatnya pengaruh Muhammad Ali kat Malaysia hinggakan kalau ada perlawanan tinju membabitkan Muhammad Ali..sessi persekolahan dihentikan bagi menyaksikan perlawanan tinju... best tak zaman dulu ? sekarang boleh buat macam tu tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Hebatnya pengaruh Muhammad Ali kat Malaysia hinggakan kalau ada perlawanan tinju membabitkan Muhammad Ali..sessi persekolahan dihentikan bagi menyaksikan perlawanan tinju... best tak zaman dulu ? seka ...
cm_matjawasp Post at 3-9-2009 13:00
uishh..bia btol?? |
|
|
|
|
|
|
|
1# amazed
salam amazed,
dia ni islam lagi ke?
atau nama je?? ((mcm nurul huda abdullah tu)
msa tgk kat tv smlm, he looks so weak kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Muhammad Ali masih Islam ..harap harap begitulah hingga ke akhir hayat.
Mula mula dulu dia pengikut Elijah Muhammad , tapi sekarang dia mengikut ajaran ahl sunnah wal jamaah |
|
|
|
|
|
|
|
masa mohd. ali dtg mesia 1977, budak2 asik nyanyi...
~ muhd. ali itam...joe bugner putih,
~ mohd. ali hentam...joe bugner letih..
ulang2 kali..best lak dgn iramanya..
buahcinta Post at 3-9-2009 08:15
dia datang 1975 tak silap aku julai 75
joe bugner vs muhammad ali kat stadium negara
yg datuk harun dituduh rasuah tu ler.... aku baca gak pasal tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
1# amazed
salam amazed,
dia ni islam lagi ke?
atau nama je?? ((mcm nurul huda abdullah tu)
msa tgk kat tv smlm, he looks so weak kan..
joyahglam Post at 3-9-2009 13:42
salam joyah....
yeah... dia islam......
mmg dah weak..... parkinson disease getting worse on him..... tapi masih lagi bley senyum sumer... |
|
|
|
|
|
|
|
Hebatnya Muhammad Ali sampai ada penyanyi kita rakamkan lagu bertajuk
"Muhammad Ali " walau pun lagu tersebut lagu saduran , Muhammad Ali bila datang KL bila dengar lagu tersebut dia sendiri pun suka. |
|
|
|
|
|
|
|
Muhammad Ali punyai darah keturunan Irish
MUHAMMAD Ali (tengah) disambut meriah ketika melawat Ennis, Ireland, semalam.
| Bekas juara tinju dunia melawat rumah moyang di Ireland
DUBLIN: Legenda tinju Muhammad Ali disambut dengan meriah ketika membuat kunjungan sentimental ke Ireland semalam bagi mencari semula warisannya dan bertemu saudara jauh di sebuah dewan tempatan dan istana lama berhampiran.
Ribuan penduduk berbaris di sepanjang jalan di Ennis, barat Ireland, sambil bersorak ketika kumpulan berkereta lalu membawa bekas juara tinju dunia itu melawat rumah moyangnya Abe Grady.
Peminat menghiasi jalan dengan kain rentang dan bendera Amerika Syarikat kecil berwarna merah, putih dan biru, sementara tingkap kedai berlumba-lumba menghiasi poster menarik bagi meraikan Ali termasuk gambar lidahnya menjilat pipi jelas bersedia menyerang seorang ahli politik Irish tidak popular.
Ali, 67, dan kini bergelut melawan penyakit Parkinson, menawarkan beberapa aksi hebat di hadapan kamera namun tidak membuat sebarang kenyataan dan enggan menandatangani autograph yang dinantikan beratus murid sekolah berhampiran yang ditutup untuk acara itu. Polis menutup jalan dan memasang pagar.
Grady tinggal di Kentucky pada 1860-an dan berkahwin dengan hamba yang dibebaskan. Salah seorang cucunya, Odessa Lee Grady Clay, melahirkan Ali awalnya dikenali Cassius Clay pada 1942.
Susur galur mengaitkan Ali di Ireland pada 2002 namun Ali tidak pernah melawat Ennis sebelum ini.
Lawatannya ke Dewan Bandar Ennis disiarkan langsung di televisyen skrin besar di luar, tempat penduduk tempatan turut mengambil bahagian dalam konsert langsung pemuzik tradisi Irish termasuk pemain akordian terkenal Sharon Shannon.
Isteri Ali, Yolanda berkata darah Irish suaminya mungkin membantu menerangkan keupayaan legenda itu untuk bertinju. Beliau berada hampir dengan Ali di sepanjang acara umum, bercakap dan menenangkannya ketika mereka berjalan berpimpin tangan.
"Apabila anda lihat kemahiran Muhamad Ali menumbuk dan caranya yang ramah, saya pasti jika moyangnya masih hidup, beliau bersumpah ia datangnya daripada beliau. Jika Grady masih hidup, saya pasti beliau akan bercerita di semua pub mengenainya," katanya. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Photograph of Muhammad Ali against Joe Bugner in Malaysia
Joe Bugner went the distance twice with Muhammad Ali - the first time on February 14th, 1973 in Las Vegas and then again on June 30th, 1975 in Kuala Lumpur. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by amazed at 3-9-2009 14:13
Muhammad Ali
Statistics
Name
Muhammad Ali
Birth name
Cassius Marcellus Clay Jr.
Nickname
The Greatest, The Champ,
Height 1.91 m (6 ft 3 in)
Reach2 M
Weight Heavyweight
Nationality United States
Birth date January 17, 1942 (1942-01-17) (age 67)
Birth place Louisville, Kentucky, U.S. |
|
|
|
|
|
|
|
dia datang 1975 tak silap aku julai 75
joe bugner vs muhammad ali kat stadium negara
yg datuk harun dituduh rasuah tu ler.... aku baca gak pasal tuh..
amazed Post at 3-9-2009 14:04
Yess dia datang tahun 75, bapak kawan aku Datuk Zainal Alam jadi MC.
(aku teringat kat kantin sekolah ada jual gambar Muhammad Ali lwn Joe Bugner dia bahagian belakang gambar ada daun terup ..harga 5 sen ) |
|
|
|
|
|
|
|
10# amazed
tq.
alhamdulillah kalau mcm tu.
sweet je msa dia buat posing tinju tu kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
15# cm_matjawasp
kalu ko ada gambar tuh... hah!!! MOSTI gempaq ekkkk.... antik mate!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Muhammad Ali masih Islam ..harap harap begitulah hingga ke akhir hayat.
Mula mula dulu dia pengikut Elijah Muhammad , tapi sekarang dia mengikut ajaran ahl sunnah wal jamaah
cm_matjawasp Post at 3-9-2009 13:56
salam cm_matjawasp,
pengikut ajaran sesat ke ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
10# amazed
tq.
alhamdulillah kalau mcm tu.
sweet je msa dia buat posing tinju tu kan..
joyahglam Post at 3-9-2009 14:13
lagi satu kan joyah..... bila dia nak start lawan ajer... dia MOSTI berdoa kat penjuru gelanggang tinju tu..... tu trademark dia gak tuh...
doa doa gak.... ckp besar mulut lancang memang dah biasa dah dari ali nih!!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|