sorry because i do not know how to put in words...what i mean is...lagu-lagu yg sangat dekat dengan kehidupan kita..lagu-lagu jenaka, puisi dan puitis yang mungkin datang dari berbagai genre muzik yang berbeza samada pop, rock, blues atau ragae tapi kekal dengan unsur yang clise, mesej yg ringan, bersahaja tapi dekat dengan masyarakat malaysia contohnya: lagu-lagu arwah abang sudir tentang (sekadar bebrapa lagu) Punch card (pasal ketepatan masa), Minah Kilang, Ding ding gale(lagu komedi), anak dagang(pesanan bila merantau ke negara org) , gembala kambing, chow kit road (pembangunan rancak di satu sudut di kuala lumpur), Toyol (menyindir amalan khurafat org melayu), Balik kampung(peringatan kepada anak muda ttg cinta pada ibu bapa di kampung),
Atau lagu-lagu M nasir dan kembara seperti: Ekspress Rakyat (pasal public transport), Duit (rasuah dan giler duit) , Empat penjuru (tentang bekas banduan yg hendak bertaubat), Senandung Buruh Kasar(peranan dan sumbangan golongan ini pada ekonomi), Kolar Biru ( pasal pekerja bawahan), Impian seorang nelayan (untuk Pak nelayan yg bertarung nyawa untuk hidup), Puduraya (pengangkutan awam), Sesat di Kuala Lumpur( Pasal org muda yg mudah terjerumus di kota besar) Dedaun masa (tentang kepentingan masa)
Begitu juga lagu -lagu puitis seperti sohaimi Mior Hasan dengan lagu Senandung sambal tumis dan Apabila istreiku ketawa . sekadar menyebut beberapa lagu yang masih ku ingat: Derma Bukan Tontonan oleh Herman Tino, Ojo Kesandung oleh Herman tino(ini lagu jawa pasal anak2 muda yg mengabaikan perasaan org tua), Apa Nak Dikato oleh Blues Gang( kecantikan negeri sembilan) Apa Kono eh jang (lagu nogori), Nasi Dagang oleh Rosmaria dan Saya anak Malaysia dari Dr Sam
isunya:
1- Rasanya lagu cinta adalah yg paling sinonim di dunia tetapi rasa macam dah letih dengan lagu-lagu cinta yang meleleh2..merengek2 atau lagu yg di cedok semula..dan dicacatkan dengan muzik hip hop yg caca merba.Lagu sepatutnya menghiburkan bukan melalaikan..atau tidak sepatutnya kering dengan makanan rohaninya.
2- Aku rasa abang sudir dan M Nasir contohnya, membuat lagu mengikut apa yg mereka minat dengan rasa tanggung jawab sendiri. Mereka tidak sesekali tunduk dengan apa yg masyarakat suka iaitu lagu-lagu berunsur cinta semata. Pada pendapat mereka, pendengar yg kena ikut selera atau genre muzik mereka. Mereka buat lagu dan menyanyi lagu yg ada nilai patriotik yg kuat wpun pada masa yg sama mereka ada juga menyanyikan lagu cinta. Hakikatnya ,lagu sebegini tetap ada khalayaknya sendiri dan turut disukai jugak. apa komen anda??
3- Jom berkongsi ..apa lagi lagu lama yg ada mesej camnih yg anda masih ingat?
yes betul tu setuju dgn tuan rumah..lagu rakyat feveret aku sampai sekarang di nyanyikan balik kak nita (penyanyi asal tak tahu) lodeh mak lodeh..lodeh anak pak salleh..rasanya malaysia perlu buat sesuatu untuk terus naikkan lagu mcm ni sebab tak lama lagi kalau dah tak ada yang menyanyikannya balik, mungkin terus pupus..tak pun tiba tiba in next 50 years, indon plak duk claim lagu-lagu rakyat yang kita duk nyanyi tu milik dia orang...
sebagai salah satu usaha untuk memartabatkan lagi lagu lagu rakyat Terengganu, aku penah jugak usahakan agar pasukan koir di bawah bimbingan aku berkoir lagu lagu rakyat terengganu..memang best dan menarik sebab jarang dibuat orang..at least new generation ada peluang untuk mendengar lagu lagu yang mcm ni..
(Malique)
Terlalu banyak kena kopi, aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati, salam
(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia, masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi
Chorus
(Salam)
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi (2x)
Verse 1
(Salam)
Ada satu hero melayu, namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa
(Malique)
Asal boleh masuk tv, dia mesti buat
Awek tengok jambu, laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Ay, jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Ay, jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon, jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi, sorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok, geram dan sangkut
Datuk outstation,apalagi angkut
Chorus
Verse 2
(Salam)
I’m in the mood for love
Simply because you’re near me
Honey but when you’re near me
I’m in the mood yes i’m in the mood for love
(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk, rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama, pucat bila balik
Bini buncit sikit tau dia tak boleh naik
Datuk pergi London, dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya, apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk tv lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri
Bridge
(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia, masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi
Chorus
Verse 3
(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati, rentak keluarga marley
Hamba di belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam, dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kedai kopi Malaysia
Aku cerita, dia ketawa
Tak kering gusi, jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual didiskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace, love and harmony, reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady
Chorus
Outro
(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati, yeah…
actually mmg susah nak dgr lagu berjiwa rakyat di media elektronik spt radio n tv.
kalo dgr pun melalui filem lama hitam putih yg ada part nyanyi2 tu.
otai_g Post at 13-9-2009 19:07
BRO..
a VERY BIG THANKS for your attachement...
aku pun setuju, payah sangat nak dengar lagu yg berjiwa rakyat keluar di tv..aku tak harapkan lagu2 sentimental yg lama macam `Rasa sayang HEI', `Enjit2 semut' , `Bapak ku pulang dari kota' atau lagu `gigi ku sakit' ..cukup la lagu berjiwa rakyat mcm lagu2 kembara M nasir(tak payahla aku sebut contoh ya...sila rujuk lagu2 di awal thread aku) ...itu pun payah sangat!
Paling aku sedih, bila tengok pertandingan realiti nyanyian untuk kanak-kanak contohnya Bintang Kecil. Budak2 zaman sekarang tak reti nyanyi lagu rakyat atau lagu kanak2..mcm pelik plak bila budak perempuan 7 tahun nyanyi lagu `jerat percintaan ' by Dato CT atau budak lelaki 8 tahun menyanyi lagu `Fantasia bulan Madu'. Antara sedar atau tidak, media telah mengajar kanak2 menjadi dewasa sebelum masanya.
teringat zaman aku kecik2 dulu .. komposer2 dulu x la se- block minded cam skang .. memanjang je lagu cintan cintun dengan alasan stendet "skop cinta ni kan luass maknenyeee .."! lagu kedai kopi tu mmg lagu terkini jd playlist aku sbb topiknye yg segar bugar .. dulu ada macam2 .. lagu Anita Serawak "saya ada kawannnnnn ..."; lagu ismail haron "berdiam diriii bukan ertinya kau kalahhh..", lagu ikan todak, yang band pea bees tu abis hampir 1 album cter pasal buah-buahan malaysia, lagu taik judi m.daud kilau, lagu penagih dadah pun adaaa "bahayaaaa .. bahayaaaa .. dirimu jadi penaaaagih dadahhh" .. lagu jalil hamid yg secara tersiratnye cter pasal overweight etc segar sungguh minda time tu!
teringat zaman aku kecik2 dulu .. komposer2 dulu x la se- block minded cam skang .. memanjang je lagu cintan cintun dengan alasan stendet "skop cinta ni kan luass maknenyeee .."! lagu kedai kopi tu mmg lagu terkini jd playlist aku sbb topiknye yg segar bugar .. dulu ada macam2 .. lagu Anita Serawak "saya ada kawannnnnn ..."; lagu ismail haron "berdiam diriii bukan ertinya kau kalahhh..", lagu ikan todak, yang band pea bees tu abis hampir 1 album cter pasal buah-buahan malaysia, lagu taik judi m.daud kilau, lagu penagih dadah pun adaaa "bahayaaaa .. bahayaaaa .. dirimu jadi penaaaagih dadahhh" .. lagu jalil hamid yg secara tersiratnye cter pasal overweight etc segar sungguh minda time tu!
Cat Farish:
Hei nak melentur buluh biarlah dari rebungnya
Dah keras kematu tak tahu mana arahnya
Noraniza Idris:
Takkan rencong mana arahmu
Bercabang atau pun bersilang
Rimbunan patah mana kau mahu
Menjulang atau pun jatuh ke bumi
Layu..layu dan terbuang
Dibawa angin tanpa hala
Aduh mana pergi..
Ke mana terbang hendak terbang
Gelita hari penuh walang
Lantas kau kembali
Korus:
Noraniza Idris / Cat Farish:
Enjut ewah enjut, enjut
Ala ramai enjut
Enjut jangan tak enjut
Enjut mari mari enjut
Enjut enjut, enjut
Ala ramai enjut
Enjut nak tak enjut
Enjut ramai ramai enjut
Cat Farish:
Indah dan berlagu
Membuat kita mengenjut-ngenjut
Ikut rentak raggaethon gabungan
Gerakan dari yang asli
Ke kiri ke kanan
Goyangkan badan halus gerak geri
Jari jemari bersama diserikan
Noraniza Idris:
Tegak atau rencong mana arahmu
Bercabang atau pun bersilang
Rimbunan patah mana kau mahu
Menjulang atau pun jatuh ke bumi
Pulang pulang engkau pulang
Ke akar umbi pangkal jalan
Ramai menantimu
Ke sini duduk diam-diam
Usahlah lagi kau tenggelam dalam kesamaran
Ulang Korus
Cat Farish:
Kencang nafas berdenyut nadi
Bagai kuda lari
Begitulah hati
Ke tepi duri-duri melingkari
Derasnya air membanjiri
Hunuskan kata sakti
Verse Rap:
Galak dicanang dagangan orang
Gelanggang haus bidang ke bidang
Pupus tradisi tidak
Monopoli pelesit bersangkar
Memajak butakan buru penunggu kota
Meraba-raba pulang ke pangkal desa
Pekik melaung sesat hingga ke akar umbi
Dicari di mana hilangnya jati diri
kalao boleh dengar balik lagu2 camnih kat radio...mesti aku senyum sendiri..tapi nak buat camno...lagu indon lebih hebat gamaknya di mata stesyen2 radio..
masa kecik2 dulu aku suka dengar lagu `sakit gigi' oleh Indra shahril..korang pernah dengar ke?..nih lagu pasal budak kecik suka makan gula2 tapi tak suka gosok gigi..hehehe
dulu2...ada lagu nasi dagang...bunga tanjung...kain songket...joget kelantan..joget pahang...lagu2 pak pandir pun best jgak melayan...at least, IKLIM ada jgak kuar ngan lagu `ngganu kite' ...tapi lagu Kembara dan abg sudirman..memang dekaaaaaaaaaaat sangat dgn kehidupan kita.lagu2 ni mcm nih...mcm merakam peristiwa semasa..